Anda di halaman 1dari 47

Diasaskan pada tahun 750 M

Selepas gerakan / Revolusi Abbasiyah berjaya menjatuhkan


kerajaan Bani Umaiyah.

Pada mulanya gerakan ini ditaja oleh
. Bergerak secara sulit.

Bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, gerakan
ini dikendalikan secara terbuka.

Bagi meraih sokongan,mereka berkempen atas nama
Ahlul Bait (keluaraga Nabi Muhammad)

Gerakkan secara sulit
a-Tertubuh pada awal kurun kedua Hijrah (98H) pada masa
pemerintahan Khalifah Umar bin Abd.Aziz.
b-Pengasasnya ialah Ali bin Abdullah yang kemudiannya
digantikan oleh anaknya Muhammad bin Ali.
c-Gerakkan ini berselindung dibawah nama Bani Hasyim
(Alawiyeen dan Ahlil Bait). Pada masa ini mereka tidak
melahirkan nama Abbasiyah dengan tujuan untuk menarik
sokongan Syiah dan mengelakkan berlakunya perpecahan.
d-Gerakkan pemberontakkan ini lebih giat dan aktif di zaman
pemerintahan Khalifah Omar bin Abd.Aziz kerana sikap
Khalifah yang sangat berlemah lembut.
Gerakkan secara terbuka
a-Pada tahun 747M / 129H Ibrahim bin
Muhammad menaikkan bendera hitam di
Khurasan sebagai cabaran kepada kerajaan
Bani Umaiyah (pada ketika itu menggunakan
bendera putih).
b-Abu Muslim al Khurasani, pemimpin utama dalam rangka
mendirikan Kerajaan Bani Abbasiyah:
i. telah berjaya menakluki Meru (ibu kota Khurasan).
ii. Beliau berjaya menakluki Kufah pada tahun 749M
/ 131H.
Gerakkan secara terbuka
c-Ibrahim bin Muhammad terbunuh
dalam peperangan lalu digantikan oleh
saudaranya Abdullah bin Muhammad
(Abu al Abbas al Saffah).
d-Abu al Abbas mengisytiharkan
dirinya sebagai Khalifah Kerajaan Bani
Abbasiyah pada tahun 750M / 132H.

Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan 2 orang pahlawan
besar:-
Abu Salamah al-Khallal (Kufah)
Abu Muslim al-Khurasani (Khurasan)
(Humaimah)

Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas(bapa
saudara Rasulullah s.a.w)

Mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem
monarki.

Pusat pemerintahan telah diubah (Damsyik-Baghdad) semasa
pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur

Kerajaan ini berakhir pada 1258 M.
Ibu kotanya ditawan oleh tentera Mongul di bawah pimpinan Hulagu Khan.

Politik dan Pemerintahan
Menubuhkan institusi wizarah secara formal. Wazir al-
wuzara berkuasa melantik dan memecat gabenor dan
qadi wilayah
Mewujudkan jawatan al-hajib untuk menggantikan
khalifah mendengar aduan-aduan rakyat dan
menyelesaikan masalah tersebut dan juga mengatur
agenda pertemuan antara duta - duta dan perwakilan
asing dengan khalifah
Melantik golongan asing seperti orang Parsi dan Turki
menjawat jawatan penting dalam negara seperti wazir a -
wuzara, al-hajib dan gabenor.
Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa
mengira bangsa dan keturunan

Perkembangan Al-
Dawawin
Dewan telah muncul semenjak zaman Khulafa di bawah
pemerintahan Umar b. al-Khattab (r.a.).
Abbasiyyah telah mengembangkan jabatan ini secara
lebih meluas.
Antaranya seperti al-Jund, al-Kharaj, al-Rasail, al-Sawafi,
al-barid dan al-Sirr.
Terdapat dua dewan yang terpenting dalam zaman
Abbasiyyah, iaitu al-Jund danal-Kharaj.

Dewan Al-Jund
Dikenali juga sebagai Jabatan Ketenteraan.
Bertanggungjawab dalam semua urusan ketenteraan
negara.
Perlu untuk menyediakan keperluan asas untuk tentera.
Memberi latihan dan memilih anggota tentera baru.
Dewan ini diasas oleh Umar b. al-Khattab.
Dimansukhkan pula oleh Muawiyah.
Khalifah Hisham b. Abd al-Malik al-Umawi wujudkan
semula dengan perubahan.
Khalifah al-Mansur lakukan perubahan lagi.

Objektif dewan ini ialah mempertahankan negara dan
ancaman dan serangan orang bukan Islam.
Ketua tentera perlu ingatkan anak buahnya tentang
ganjaran dunia dan Akhirat.
Orang awam juga turut berkhidmat dalam tentera.
Mereka dikenali sebagai al-mutawwiin; termasuk Arab
dan ajam.
Mereka turut diberi ganjaran ibarat gaji.
Abbasiyyah perkemaskan dengan selaraskan bayaran
gaji.

Mereka yang berdaftar sahaja boleh memperoleh
pelarasan gaji.
Gaji yang dibayar adalah berdasarkan kategori; infantri,
berkuda.
Zaman Umawi, dewan ini eksklusif untuk orang Arab
sahaja.
Gaji zaman Umawi lebih tinggi daripada zaman Abbasi.
Ini kerana kemasukan yang ramai dan keadilan yang
perlu diberikan.

Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian.
Mengutip segala hasil cukai tanah yang mengeluarkan
hasil pertanian.
Ia diketuai oleh seorang pegawai yang mempunyai kuasa
untuk melantik wakil bagi memungut cukai.
Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain.
Kharaj berperanan untuk memantapkan ekonomi
negara.
Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.).
Mengalami perubahan; Khulafa dan Umawi.

Untuk tujuan keberkesanan, Abbasiyyah telah
menubuhkan satu unit khas bagi matlamat perisikan.
Misal: Khalifah al-Rashid telah hantar perisik diseluruh
negara musuh.
Contoh: Abd Allah b. al-Sidi yang dihantar ke Byzantine.
Laporan para perisik ini memudahkan para geografi
Muslim untuk melakar peta.
Abbasiyyah berjaya mencipta peralatan perang yang
canggih.
Contoh: Manjaniq, peluru, baju kalis api.

Dewan Al-Khazraj
Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian.
Mengutip segala hasil cukai tanah yang mengeluarkan
hasil pertanian.
Ia diketuai oleh seorang pegawai yang mempunyai kuasa
untuk melantik wakil bagi memungut cukai.
Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain.
Kharaj berperanan untuk memantapkan ekonomi
negara.
Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.).
Mengalami perubahan; Khulafa dan Umawi.

PENDAHULUAN

Zaman Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan kemuncak
kegemilangan pemerintahan Abbasiyah, atau boleh juga
dikatakan sebagai zaman paling gemilang dalam sejarah
Islam. Pada masa pemerintahannya, bermulalah era
pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan.
Selain itu, beliau juga berjaya menjadikan kota Baghdad
sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu
pengetahuan.


SEKTOR-SEKTOR UTAMA EKONOMI KERAJAAN
ABBASIYAH

Zaman Abbasiyah adalah di anggap sebagai zaman yang
paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam, ahli-ahli
sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus
meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-
Rasyid (170 194H/786 809M) sebagai zaman
pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak
menerima jolokan zaman keemasan (golden period).
Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam
soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan
taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan
setanding dengan keagungan Byzantin.


ANTARA SEKTOR UTAMA EKONOMI BERIKUT
ADALAH :
Pertanian

Kegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai kepesatan
yang luar biasa jika tidak ditampung oleh kegiatan pertanian
dan perindustrian yang kukuh. Hal ini yang sangat menjadi
perhatian pemerintah Kerajaan Abbasiyah. Pada masa
Abbasiyah lah bidang pertanian mengalami perkembangan
pesat, kerana di samping ibu kota terletak di daerah sangat
subur (di apit oleh sungai Eufrates dan Tigris), pemerintah
memberi kebebasan kepada penduduk setempat untuk
mengusahakan tanah pertanian mereka, tanpa tekanan-tekanan
yang besifat diskriminasi (membezakan).

IBU KOTA YANG TERLETAK DIANTARA
SUNGAI EUFRATES DAN TIGRIS

Pertanian merupakan sumber terpenting kerajaan
Abbasiyah dan petani merupakan majoriti penduduk
yang mendiami seluruh wilayah kekuasaan di antara
mereka yang hanya menjadi petani, pelaksanaan
pengolahan tanah pertanian tidak jauh berbeza dengan
amalan masa khulafa ar-Rasyidin .



Perdagangan

Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban
yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdagangan
internasional yang luas. Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad,
Basrah, Siraf, Cairo dan Iskandariyah menjadi pelabuhan
internasional.
Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China.
Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya di bawa oleh
kuda. Di sebelah barat orang-orang Arab telah berdagang sampai ke
Sepanyol. Mereka telah menjual kurma, gula, kapas, kain bulu, alat
besi dan gelas serta mengimport rempah ratus, kapur barus dan
sutera dari negeri-negeri Asia. Dari Afrika di import daging, gading
dan kayu arang.



Perindustrian

Faktor utama yang menjadi ukuran tahap ketinggian
tamaddun sesebuah Negara itu adalah bergantung
kepada kadar penglibatan Negara berkenaan dalam
bidang industri. Dalam hubungan ini kita dapati kerajaan
Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta galakan
yang kuat kepada golongan usahawan tempatan agar
menceburkan diri dalam bidang perindustrian bagi
menjaga keseimbangan perniagaan.
KESIMPULAN BAGI PEMBINAAN
EKONOMI

Di sini jelaslah menunjukkan bahawa dengan kemajuan dan
ketamadunan yang tinggi yang telah dicapai oleh kerajaan Bani
Abbasiyah telah memberikan kesan yang tertentu kepada
masyarakatnya. Kesan-kesan ini akan mematangkan lagi usaha dan
daya maju di kalangan penduduk bani Abbasiyah. Bahkan pada
masa inilah juga lahir berbagai ilmu Islam dan berbagai ilmu
penting lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab.
Selain itu sumbangan umat Islam bagi peradaban dunia juga
dihasilkan oleh para cendikiawan-cendikiawan besar yang hidup
pada Zaman Bani Abbasiyah


PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih
pesat berbanding di zaman bani umaiyah,
disebabkan di zaman bani umaiyah banyak
pemberontakan dari puak syiah khususnya yang
perlu ditangani.
Antara faktor utama perkembangan ilmu
pengetahuan pada zaman abbasiyah :

Kreativiti para ulama.
Usaha dan galakan para khalifah.
Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu.
Kestabilan polotik dan kewangan kerajaan abbasaiyah.
Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan
kepada ilmu pengetahuan.
INSTITUSI PENDIDIKAN PADA ZAMAN
ABBASIYAH

MASJID
ISTANA KHALIFAH
PERPUSTAKAAN
PUSAT PENGAJIAN
ANTARA BIDANG ILMU YANG DITEROKAI PADA
ZAMAN ABBASIYAH
Ilmu tafsir
Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun
Mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad
al-farra' dan diperbaharui oleh at-tabari.

Ilmu hadis
Zaman abbasiyah adalah zaman kegemilangan
pengumpulan dan penyusunan hadis
Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari,
muslim, abu daud, at-tirmizi, an-nasai dan ibnu majah
Ilmu fekah
Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulama muktabar yang
mengasaskan mazhab-mazhab fikah seperti imam abu
hanifah, imam malik, imam malik, imam syafi'e dan imam
ahmad bin hanbal

Ilmu tauhid
Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan
sampingan buruk terhadap akidah umat islam
Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah
yunani sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan
masalah akidah
Muncul ulamak-ulamak terkenal seperti abu hasan al-
a'sya'ri yang berjuang memurnikan semula akidah umat
islam daripada pengaruh falsafah yunani yang
menyesatkan
KESIMPULAN

Kecemerlangan tamadun Islam dalam pelbagai
aspek pada zaman kerajaan bani Abbasiyah
adalaha berbunca dari sikap liberal dan berfikiran
positif yang ditunjukkan oleh para pemimpin,
golongan ilmuan dan masyarakat setempat.
ZAMAN KEMUNDURAN BANI
ABBASIYYAH
Kerajaan Bani Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu Abbas
as-Saffah itu hanya sempat bertahan selama 508 tahun (5
kurun) iaitu pada tahun 750 hingga 1258 Masihi.
Namun dalam tempoh 400 tahun yang terakhir,
pemerintahan Bani Abbasiyyah hanya tinggal pada nama
sahaja.
Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan
semula. Kerajaan Bani Abbasiyyah menjadi lemah dan
terus merosot.
Akhirnya kerajaan Abbasiyyah tumbang pada tahun 1258
Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan (tentera
mongol ). Berikut adalah faktor-faktor kejatuhan kerajaan
Bani Abbasiyyah.
FAKTOR FAKTOR KEMUNDURAN
BANI ABBASIYAH
Kelemahan pemerintah
Serangan tentera monggol
Polisi mengutamakan bangsa asing
Kemerosotan ekonomi

KELEMAHAN PEMERINTAH

Faktor utama kejatuhan kerajaan Abbasiyyah
adalah disebabkan oleh kelemahan
pemerintahnya sendiri.
Hal ini dapat dilihat apabila para pemerintahnya
diperlakukan seperti boneka oleh bangsa Turki.
Selain itu, para khalifah Abbasiyyah pada zaman
terakhir pemerintahan, mereka lebih
mementingkan kepentingan peribadi serta
kehidupan yang mewah tanpa mempedulikan
rakyat dibawah pemerintahan mereka.
Keadaan adalah lebih teruk apabila Khalifah al-
Mutasim Billah termakan nasihat penasihatnya
sehingga menyebabkan Kerajaan Abbasiyyah jatuh
ketangan Hulagu Khan yang merupakan cucu kepada
Genghis Khan.
Ketika itu, pusat pemerintahan Abbasiyyah bertapak
di Kota Baghdad, Iraq.
Dalam sejarah, kejatuhan itu dilihat berpunca dari
kelemahan Khalifah al-Mutasim Billah sendiri.
Beliau yang hanya mendengar nasihat dari pengampu
kerajaan, sedangkan pengampu tersebut mempunyai
seribu satu muslihat untuk menjatuhkan pemerintahan
Khalifah Islamiah tersebut.
Walaupun mempunyai kemahiran dalam bidang al-
Quran dan as-Sunnah, tetapi Khalifah al-Mutasim
Billah merupakan seorang yang kurang cerdik.
Beliau amat mempercayai penasihatnya yang bernama
Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, sedangkan ketika
itu sudah banyak tindakan-tindakan Umayiduddin .
Segala nasihat dan cadangan yang diberikan oleh
Umayiduddin, ternyata tidak memberi sebarang faedah
kepada Islam, seperti cadangan mengadakan hubungan
perpaduan dengan Hulagu Khan, walhal ketika itu
tentera Hulagu Khan sudah bersiap sedia untuk
melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan
kerajaan Abbasiyyah di Kota Baghdad tersebut.
Ketua Tentera kerajaan Abbasiyyah bernama
Rukunuddin Ad-Daudar telah memberi nasihat kepada
Khalifah, tetapi Khalifah tetap meletakkan
kepercayaannya kepada Umayiduddin
Hulagu Khan telah menjanjikan jawatan raja kepada
Umayiduddin, sekiranya tentera Hulagu Khan berjaya
menguasai Baghdad.
Oleh hal yang demikian, dengan segala kecerdikan yang
ada, Umayiduddin telah menggunakannya untuk
memperdayakan Khalifah al-Mutasim Billah sehingga
Hulagu Khan dan bala tenteranya berjaya masuk ke kota
Baghdad tanpa menghadapi sebarang kesusahan dan
kepayahan.
Sebelum kejadian itu, beberapa tindakan yang dilakukan
oleh Umayiduddin ini sudah dapat dihidu oleh ketua
tentera Kerajaan Abbasiyyah iaitu Rukunuddin, malahan
telah dilaporkan kepada Khalifah.
Namun begitu, disebabkan kebodohan dan sifat lurus
bendul yang wujud dalam diri Khalifah al-Mutasim
Billah, menyebabkan segala laporan yang disampaikan
oleh Rukunuddin tidak dipedulikan.
SERANGAN TENTERA MONGGOL
Orang-orang Mongolia adalah bangsa yang berasal dari
Asia Tengah.
Negeri mereka adalah Mongolia yang merupakan
sebuah kawasan di negara China.
Mereka terdiri daripada kabilah-kabilah besar yang
pelbagai, yang kemudiannya disatukan oleh Genghis
Khan (603-624 H/ 1206-1226 M) .
Mereka adalah orang Badwi-sahara yang terkenal
dengan sikap yang keras kepala dan suka melakukan
kejahatan.
Selain itu, mereka juga adalah kelompok manusia yang
suka berperang, merompak, dan menumpahkan darah,
serta menyembah berhala, bintang-bintang, dan
matahari.
Pada tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan
bangsa Mongol, ini bukan sahaja mengakhiri kekuasaan
Khilafah Bani Abbasiyyah di sana, tetapi juga
merupakan tanda awal kemunduran politik dan
peradaban Islam,
Dalam kejadian itu, digambarkan bahawa Hulagu Khan
menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang
sangat besar.
Jumlah tentera Mongol kira-kira seramai 200 000
orang. Oleh itu, tentera Abbasiyyah tidak mampu
menentang tentera Mongol lalu lari berkurung di
dalam kota. Tentera Mongol terus mengepung kota
Baghdad selama 10 hari.
Akhirnya, kota Baghdad jatuh ke tangan tentera
Mongol.
Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam
telah dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah
sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat
daripada tulisan kitab-kitab itu).
POLISI MENGUTAMAKAN BANGSA
ASING
Terdapat khalifah-khalifah Abbasiyyah yang terlalu
mengutamakan bangsa asing khususnya keturunan Turki
dan Parsi. Sebaliknya bangsa Arab kurang diberi perhatian.
Bangsa Turki dan Parsi diberikan jawatan-jawatan penting
dalam pentadbiran negara. Ini menimbulkan perasaan tidak
puas hati bangsa Arab.
Hal ini dapat dilihat apabila Khalifah Al-Mutasim telah
mencipta satu dasar yang melemahkan Kerajaan
Abbasiyyah apabila beliau mengambil 50,000 orang Turki
untuk menjadi askar upahan dengan harapan untuk
menjadikan mereka sebagai penyokongnya yang setia.
KEGAWATAN EKONOMI
Kerajaan Bani Abbasiyyah juga mengalami
kemerosotan ekonomi yang teruk sehingga
menyebabkan jatuhnya kerajaan.
Banyak negara melepaskan diri, jumlah bayaran
pajakan daripada wilayah-wilayah semakin
berkurangan.
Bagi meningkatkan pendapatan, pemerintah
mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa.
Menurut Jurji Zaidan, pendapatan Kerajaan Bani
Abbasiyyah menurun kerana para pengutip cukai
memonopoli hasil cukai.

Selain itu, kemerosotan ekonomi Kerajaan
Abbasiyyah juga adalah disebabkan oleh
berlakunya rusuhan rakyat sehingga
menyebabkanpara pedagang tidak lagi
berkunjung ke Baghdad.
Hal itu menyebabkan dana yang tersimpan di
Baitulmal semakin merosot berbanding
peruntukan yang dikeluarkan.
Malahan berpunca daripada kehidupan para
khalifah yang semakin mewah dan
mementingkan diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai