Anda di halaman 1dari 51

TOPIK 1

PENGERTIAN
PENDIDIKAN ISLAM

Sapie Sabilan
HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan pengertian pendidikan Islam.


2. Menjelaskan matlamat pendidikan Islam.
3. Menghuraikan pengertian falsafah
pendidikan Islam.
PENGENALAN KEPADA KONSEP
PENDIDIKAN ISLAM
• Mempunyai kedudukan yang suci dan
menjadi satu bahagian yang tidak boleh
dipisahkan dari Islam.
• Tuntutannya selaras dengan surah al-Alaq
:1 – 4.
• Wahyu ini menggesa supaya mengenal
Allah SWT. Kesannya mampu mengenal
ciptaanNya dan dirinya sendiri serta
mengamalkan cara hidup yang baik.
• Menekankan pendidikan duniawi dan
akhirat.
Samb.

• Ilmu terbahagi dua – fardu ain dan fardu


kifayah.
• Islam menyepadukan ilmu dengan agama
yang berbeza dengan pendekatan Barat.
• Islam . – theology dan science
• Islam menyepadukan semua aspek di
bawah lingkungan akidah, akhlak dan
syariah dan menyeimbangkan antara
tuntutan akal dan wahyu.
PENGERTIAN PENDIDIKAN
• Pendidikan merupakan suatu proses
perubahan tingkah laku dan sikap
seseorang manusia. secara langsung
(conscious) atau tidak langsung
(unconscious)
• Kamus Dewan (2005), pendidikan ialah
perihal mendidik atau pengetahuan
mendidik.
• Dalam bahasa Inggeris, pendidikan disebut
dengan ‘education’ yang berasal daripada
perkataan Latin ‘educere’ bermaksud
memasukkan sesuatu. Di sini boleh
diertikan dengan memasukkan ilmu ke
dalam akal pemikiran manusia (Hassan
Langgulung: 1991).
• Bahasa Arab disebut tarbiyyah –tumbuh,
berkembang, memelihara, memimpin,
memperbaiki, mentadbir. –al-Isra’ : 24
• Menurut ahli bahasa, tarbiyyah bermaksud
membangun sesuatu secara tahap demi
tahap menuju kepada kesempurnaan
• Ta’lim, tadris – pengajaran/belajar (suatu
proses menyampaikan/memperolehi ilmu).
Al-Baqarah :31
• Ta’dib – santun, beradab dan sopan
(mendidik adab) – hadis nabi
• Tazkiyah dan riyadah –cth tazkiah al-nafs
(penyucian diri) dan riyad al-nafs (latihan
diri) –oleh iman al-Ghazali
• Kesimpulannya; satu proses mengasuh,
mendidik, melatih, menyucikan,
memperbaiki, mengawal hawa nafsu,
mengikut arahan pemimpin, membentuk
kesantunan, sikap sopan dan beradab,
memadam sifat yang tercela dan
menggantikan dengan sifat mahmudah,
membentuk sikap belajar dan semangat
mempelajari sesuatu yang baru.
PENGERTIAN PENDIDIKAN
ISLAM
• Al-Qaradawi (1982)- Pendidikan Islam
sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup
termasuk akal dan hati, rohani, jasmani,
akhlak dan tingkahlaku.
• Khursyid Ahmad – pendidikan Islam
sebagai latihan akliah, jasmaniah dan
ruhiyyah bertujuan melahirkan manusia.
• Ibrahim Hamdu – pendidikan Islam
sebagai suatu gagasan konsep yang saling
berkaitan dalam satu carta pemikiran yang
berdasarkan kepada beberapa prinsip nilai
yang dibawa oleh Islam.
• Hassan Langgulung (1979)– merubah
dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan
kepada setiap individu dalam masyarakat
melalui pelbagai proses.

• Al-Tamimi - Pendidikan Islam sebagai


pendidikan yang sebenarnya mampu
memperbaiki kehidupan manusia dan
mewujudkan keseimbangan peribadi
seseorang insan.
• Abdul Halim El-Muhammady (1993)
berpendapat bahawa pendidikan Islam
ialah proses mendidik dan melatih akal,
jasmani, rohani, dan emosi manusia
dengan bersumberkan al-Quran dan as-
Sunnah, pengalaman salafussoleh serta
sarjana ilmuan yang tinggi ilmunya.
• Supyan Hussin (2014) pula berpendapat
bahawa pendidikan Islam adalah satu
usaha berterusan yang bersepadu dalam
menyampaikan ilmu bagi membentuk,
mengasuh, dan membina kemahiran diri,
dan menjadi contoh tauladan dalam
penghayatan cara hidup berlandaskan al-
Quran dan as-Sunnah.
ISLAM DAN PENDIDIKAN
• Terkandung di dalam Islam sebagai ad-
din. Tidak ada perkara yang diluputkan
oleh Allah SWT- surah al-An’am : 38
• Al Syahid Hassan al-Bana menjelaskan
tentang kesyumulan Islam.
• Turki Rabih – Pendidikan Islam adalah
program menuju kepada matlamat
membentuk peribadi manusia yang
seimbang daripada segi kerohanian dan
kebendaan serentak dalam satu masa
• Nik Aziz – tujuan akhir pendidikan adalah
membentuk insan yang bersih kognitif,
personaliti, corak hidupnya, emosinya,
budi pekertinya dan murni pergaulannya.
• Al Jundi – pendidikan sebagai suatu
persediaan roh dan jiwa seseorang untuk
menerima pelajaran dan pengetahuan
melalui cara yang dirancang.
• Muhammad Qutb – kualiti insan salih
(takwa, amal salih, akhlak mulia)
TUJUAN PENDIDIKAN
DALAM ISLAM
• Membentuk akidah, sikap, kemahiran,
keperibadian, dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang ada
tanggungjawab kepada diri, masyarakat,
negara dan agama.
• Hassan Langgulung – segala usaha
untuk membentuk watak manusia
sebagai khalifah Allah SWT.
• Manusia mempunyai 4 komponen – roh,
jasad, akal dan nafsu.
• Pembangunan harus seimbang – dapat
dicapai melalui pendidikan.
• Pendidikan yang baik dan tulen mestilah
berlandaskan tauhid – lahirlah manusia
luhur yang dapat
mengharmonikan/menyepadukan antara
ilmu, budi, dan amal salih.
• Pendidikan Islam mementingkan tiga
hubungan :manusia – Allah, manusia –
manusia dan manusia – alam.
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Syed Ali Ashraf

“Faith and knowledge must go hand in


hand. Faith is a spiritual gift and knowledge
in an intellectual acquisition through the use
of man’s intellect ‘aql….Islam does not allow
the Muslims to dichotomize life and divide it
into that which belongs to God and that
which belongs to Caeser (secular). Islam
wants education to be a process in which
curriculum and teaching methods help each
individual to unfold its own unique
potentiality as a representative of God on the
earth”.
• Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi – MPI
ialah“Pendidikan hendaklah menyediakan
seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan
sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat
jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur
pendidikannya, halus dan murni perasaannya,
cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan
orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan
lisannya serta tangannya dapat membuat
sesuatu pekerjaan itu dengan baik.
• Abdul Qadir Ahmad – MPI untuk melahirkan
individu yang salih.
• Hassan Langgulung – MPI sebagai alat untuk
menentukan haluan pendidikan. Terdapat tiga
peringkat;
i. Murid2 menguasai prinsip-prinsip ilmu.
ii. Murid2 sanggup berfikir secara kritis.
iii. Murid2 akan mencapai perwujudan diri.
• Menurut Imam al-Ghazali matlamat
pendidikan ialah:
“Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
bukan untuk memperolehi kedudukan,
bermegah-megah dan berlumba-lumba.”
Matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
• Mempersiapkan warganegara yang baik.
• Membentuk manusia memiliki keperibadian
yang unggul
• Membekalkan anak didik dengan ilmu
pengetahuan
• Mendidik manusia ke arah kecemerlangan
rohani dan jasmani
• Membentuk akhlak yang sempurna sebagai
manusia yang ideal
• Kebolehan dan kecekapan dalam kerja
supaya dapat hidup bahagia
Matlamat Khas Pendidikan Islam

1. Mengajar agama – mengenal Allah SWT.


2. Mendidik murid2 supaya ada kesedaran
beragama.
3. Mendidik supaya berakhlak mulia.
4. Menunjukkan semua ajaran agama sama
ada suruhan atau larangan.
5. Mepupuk cintai al-Quran dan hadis nabi
saw.
6. Mengambil teladan yang baik daripada
nabi saw dan para sahabat.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PENGERTIAN FALSAFAH

• Perkataan ‘falsafah’ dalam Bahasa Melayu


asalnya daripada perkataan bahasa Arab ‫فلسفة‬
atau ‫حكمة‬yang bermaksud kebijaksanaan, ilmu
dan keadilan
• Perkataan falsafah diambil daripada perkataan
Yunani (Greek) iaitu philein yang bermaksud
mengasihi, mencintai, ilmu atau hikmah.
• Falsafah berasal daripada perkataan Yunani
philosophia, philo bermaksud cinta, suka
atau menghargai, manakala sophia pula
bermaksud kebijaksanaan (hikmah atau
wisdom) atau kebenaran.
• Kombinasi keduanya – cinta kebenaran.
• Falsafah iaitu satu usaha mencari suatu
kebenaran atau keyakinan yang berhubung
dengan suatu perkara dengan menggunakan
kekuatan akal fikiran.
• Kamus Dewan -Pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang
tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
• Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai
dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih
dahulu oleh falsafah hidup Islam dan
dilaksanakan dalam proses pendidikan
• Hasan Langgulung (1986) menyatakan falsafah
Islam yang telah meletakkan seluruh prinsip dan
norma yang meliputi keseluruhan skop
pendidikan.
• Al-Syaibani (1979) menjelaskan, falsafah
Pendidikan Islam ialah falsafah yang
dirancangkan dengan hikmah untuk menjadikan
proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi
suatu bangsa
• Turki Rabib – FPI dibina berasaskan
empat rukun iman yang teguh, akhlak
mulia, berilmu dan amal salih (Yunus
:9).
• Kamal Hassan – FPI menekan konsep;
i. Pendidikan seumur hidup.
ii. Pembangunan menyeluruh JERI.
iii. Menyampaikan dua fungsi –’abid,
khalifah.
iv. Memakmurkan alam.
v. Kesepaduan iman, ilmu dan amal
salih
vi. Al-falah.
Samb.

• Al-Nahwi – Asas FPI terdiri daripada;


i. Keimanan kepada Allah, meninggikan
kalimahNya dan daie.
ii. Manhaj rabbani.
iii. Kesedaran dan penerokaan terhadap
realiti alam dan diri sendiri.
HAKIKAT FPI

1. Hakikat ketuhanan.
2. Hakikat alam.
3. Hakikat manusia.
Hubungan FPI Dengan Konsep
Pendidikan Islam

ALLAH

MANUSIA ALAM
Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan
pendidikan Islam;

i. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan


pemikiran yang sihat terhadap proses pendidikan.
ii. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem
pendidikan negara dalam ertikata yang menyeluruh
iii. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam
kaedah pengajaran di sekolah, universiti dan institusi
pendidikan yang lain.
iv. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem
pendidikan negara dengan wujudnya nilai Islam
dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.
v. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam
sistem pendidikan.
CIRI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

1. Sesuai dengan roh Islam, akidah dan


undang-undang Islam.
2. Bersifat membentuk akhlak.
3. Bersifat terbuka/universal didasari faktor
sosial, budaya, spiritual, ekonomi dll.
4. Bersifat sejagat.
5. Mengimbangi antara dunia & akhirat.
6. Bebas daripada sebarang percanggahan.
7. Dinamik dan mempunyai contoh-contoh
yang jelas
PERBEZAAN FPI DAN FALSAFAH
MODEN

FALSAFAH PENDIDIKAN FALSAFAH MODEN


ISLAM
1. Berkonsepkan ketuhanan 1. Berdasarkan akal fikiran
dan kebenaran dan logik.

2. Relevan sepanjang 2. Tidak berkekalan dan


zaman boleh berubah.
3. Mempunyai tujuan dan 3. Kadangkala kabur dan
matlamat akhir yang jelas keliru tentang tujuan dan
matlamat akhir.
4. Mempunyai sistem nilai 4. Sistem nilai yang dicipta
yang bersifat tegar/mutlak manusia yang
mengutamakan duniawi.
TARBIYYAH, TA’LIM DAN TA’DIB
TARBIYYAH TA’LIM TA’DIB

Tarbiyyah-bentuk Ta’lim-bentukmasdar Ta’dib- bentuk masdar


masdar dari kata robba- dari ‘alama-yu’alimu- dari kata addaba-
yurabbi-tarbiyyatan, yang ta’liman, bererti yuaddibu-ta’diban, yang
bererti pengajaran yang bersifat bererti mengajarkan
pendidikan/mangasuh, pemberian atau sopan santun/mendidik
mendididk dan penyampian pengertian, adab
memelihara pengetahuan dan
keterampilan.
Tarbiyyah - proses Ta’lim -proses pemberian Ta’dib adalah pengakuan
penyampian sesuatu pengetahuan, yang secara beransur-
batas kesempurnaan pemahaman, ansur ditanamkan kepada
yang dilakukan secara pengertian,tanggungjawa manusia tentang
setahap demi b, sehingga diri manusia penciptaannya sehingga
setahap./sebagai proses itu menjadi suci atau membimbing ke arah
menumbuhkan sesuatu bersih dari segala kotoran pengakuan kekuasaan
secara setahap dan sehingga siap menerima dan keagungan Tuhan
dilakukan sesuai pada hikmah dan mampu
batas kemampuan. mempelajari hal-hal yang
bermanfaat bagi dirinya
(keterampilan)
Dalil Al-Rum : 39, Al- Dalil Al-Baqarah : 239, Hadis.
Isra’ : 24 Al-Baqarah :31
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka
sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan,
kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka
hendaklah kamu mengingati Allah (dengan
mengerjakan sembahyang secara yang lebih
sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu
apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah : 239
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala
nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini
semuanya jika kamu golongan yang benar".
Al-Baqarah :31
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau
tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah
kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia
tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak
mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu
pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan
mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka
mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang
beroleh pahala berganda-ganda.
Al-Rum : 39
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.“
Al-Isra’ : 24
BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN
ISLAM
1. Pendidikan keimanan (al-tarbiyah al-
imaniyyah).
2. Pendidikan akhlak keperibadian (al tarbiyah
al-khuluqiyyah).
3. Pendidikan jasmani (al-tarbiyah al-jismiyyah)
4. Pendidikan pemikiran (al-tarbiyah al-
aqliyyah).
5. Pendidikan kerohanian (al-tarbiyyah al
ruhiyyah).
6. Pendidikan kemasyarakatan (al-tarbiyah al-
ijtimaiyyah).
SUMBER-SUMBER
PENDIDIKAN ISLAM
1. Al-Quran
• Merupakan sumber utama Pendidikan Islam.
Ia berkaitan dengan perkembangan dan
pertumbuhan individu dan masyarakat ke
arah kebaikan, memperbaiki dan mengatur
kehidupan manusia, merealisasikan
kebahagian di dunia dan di akhirat,
• Al- Nadawy – al-Quran suatu mukjizat yang
tiada kebatilan didalamnya.
• Mahmud Syaltut – al-Quran datang dari
Allah, manusia wajib beriman dengannya dan
isi kandungannya. Al-Ankabut :48-49
• Ayat makkiyah – berkisar tentang perkara
akidah.
Matlamat /asas pendidikan dalam al-Quran;

• Mengabdikan diri kepada Allah SWT.


• Mendidik akal supaya berfikir dan
mengambil iktibar (surah al-Isra’: 36)
• Pendidikan akhlak mulia (Surah al-
Isra’:53), (at-Taubah :119)
• Mendidik hati dan perasaan. Al-Hadid :
16
2. al-Sunnah
• Sumber kedua selepas al-Quran.
• Al-Sunnah al-Nabawiyah yang
dimaksudkan ialah segala percakapan,
perbuatan dan pengiktirafan yang keluar
daripada Rasulullah SAW selain dari al-
Quran
• Rasulullah seorang yang maksum.
• Menjelaskan apa yang disyariatkan Allah
dalam konteks kehidupan dunia dan
akhirat.
• Beramal dengan sunnah nabi adalah satu
kewajipan yang diperintahkan oleh Allah
SWT di dalam al-Quran.(al-Taghabun: 12)
• Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik
ikutan bagi seluruh manusia dalam
semua aspek kehidupan.(Surah al-
Taubah: 128)
• Baginda terbaik dari aspek pendidikan,
kepimpinan, ketenteraan, ekonomi,
politik dan sebagainya. Baginda terkenal
dengan sifat benar, baik hati, akhlak
mulia, dan adil, serta baginda
meninggalkan semua perkara keji,
kezaliman dan segala sifat tercela.
3. Sirah Para Sahabat Rasulullah saw

• Sirah para sahabat atau perjalanan hidup


mereka adalah sirah yang terbaik. Ini
kerana mereka terdidik dalam lingkungan
“sekolah” Rasulullah SAW. Mereka
mengikut dan mengikuti baginda Rasulullah
SAW dalam segenap aspek kehidupan.
(Surah al-Taubah: 100)
• Sirah para sahabat merupakan sumber
pendidikan Islam yang penting bagi umat
Islam. Ini kerana mereka menjelaskan
perlaksanaan amali bagi segala arahan
yang dikeluarkan oleh Rasulullah SAW
KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai