Anda di halaman 1dari 16

Senarai Kandungan Halaman

Senarai kandungan ……………………………………………………........ 1

1.0 Pengenalan…………………………………………………………………. 2

2.0 Isu Literatur ………………………………………………………………... 3

2.1 Latar Belakang Ibnu Jama’ah ……………………………………... 3

2.2 Pendidikan.……………………………………………………….. 4

2.3 Karya Ibnu Jama’ah………………………………..………………..5

3.0 Dapatan Kajian …………………………………………………………… 5

3.1 Corak pemikiran Ibnu Jama’ah …………………………………… 5

3.2 Sumbangan ilmu pendidikan Ibnu Jama’ah ……………………... 6

4.0 Cadangan ………………………………………………………………...... 12

5.0 Kesimpulan ………………………………………………………………... 13

6.0 Rujukan ……………………………………………………………………. 14

7.0 Lampiran ………………………… ……………………………………….. 15


1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu proses penyerapan atau pengukuhan ta’dib dalam diri

seorang manusia sejak dari zaman Rasulullah s.aw. Melalui tarbiah Islamiah ini satu

proses penyampaian ilmu yang berterusan perlu dihayati agar ia meresap dalam pemikiran,

kelakuan dan tindakan terhadap diri sendiri, sesama manusia dan alam sekeliling, sesuai

dengan peranan manusia sebagai hamba Allah, khalifah dan ulamak pewaris nabi. Selaras

dengan itu, proses penyampaian ilmu perlu dilakukan dengan penuh adab dan kesopanan

bagi menjamin keberkatan dan keberkesanan ilmu yang dipelajari. Baginda Rasulullah saw

merupakan contoh teladan yang terbaik bagi orang yang beradab sebagaimana firman

Allah swt di dalam surah al-Qalam: 4

ٍ ُ‫َو ِإنَّ َك لَعَلَ ٰى ُخل‬


٤ ‫ق َع ِظ ٖيم‬
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Ramai para sarjana Muslim telah menekankan ta’dib sebagai konsep pendidikan

Islam yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang beradab. Dengan kemunculan tokoh-

tokoh sarjana ilmuan telah membuka ruang untuk pendidik-pendidik pada era kemajuan

kini untuk menjadikan contoh dan teladan dalam membentuk generasi yang semakin

hilangnya peradaban dalam menuntut ilmu. Ibnu Jama’ah merupakan ulama yang berada

diantara para ulama Feqah dan pendidikan yang mempunyai karya besar seperti; Al-

Zarnudji, dan al-Thusy. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmuan dalam bidang

pendidikan yang telah membincangkan tentang adab dan nilai-nilai murni yang perlu ada

dalam diri seorang pencinta ilmu dan orang yang berkehendak dalam mencari ilmu dalam

kitabnya iaitu Tazkiratul Sami’ Wal Mutakallim Fii Adabil ‘Alim Wal Muta’alim. Oleh

yang demikian, untuk bab yang seterusnya saya akan membuat ulasan tentang buku ini

yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang berjodol ‘The Memoir of the

Listener and The Speaker in the Training of Teacher and Student. Buku ini amat sesuai

2
dan berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada seluruh umat Islam khususnya

warga pendidik dan murid-murid dalam meningkatan peradaban diri agar mendapat

keberkatan dalam kehidupan.

2.0 SOROTAN KAJIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

2.1 Latar belakang Ibn Jama'ah

Nama penuhnya adalah Badruddin Abdullah Muhammad Ibnu Ibrahim Ibn

Sa'adullah Ibn Jama'ah Ibn Hazm Ibn Sakhr Ibn Abdullah al-Kinani al-Hamawi al-Shafi'I

dan telah yang dikenali sebagai Ibn Jamaah. Beliau dilahirkan di Hama (Syria Utara),

dalam 4 Rabiul al-Akhir 639 H dan meninggal dunia pada pertengahan malam akhir, Isnin 21

Jamadil Awal 733H. Beliau dimakamkan di Qirafah, Mesir. (Ibnu Jama’ah, 2012) Beliau

adalah salah seorang keturunan suku Kinana di utara Arabia, beliau dipanggil al-Kinani.

Di samping itu, beliau merupakan tokoh terkenal dalam sejarah ulama’ (ulama-ulama

agama) untuk Empayar Mamluk. Oleh kerana bapanya adalah seorang pensyarah,

pemimpin agama yang hebat, ahli undang-undang, dan juga seorang ahli Sufi. Ibn Jamaah

dikelilingi dengan pendidikan agama. Berikutan itu, semua itu adik-beradik menjadi ulama

(guru agama) (Ibnu Jama’ah, 2012)

Ibn Jama’ah (639-733 A.H. / 1241-1333 A.D.) sebenarnya merupakan seorang

ulama yang pakar dalam bidang pendidikan. Namun demikian beliau lebih dikenali

sebagai hakim kerana sebahagian daripada hidupnya dihabiskan untuk melaksanakan

tugasnya sebagai hakim di Syam dan Mesir. Meskipun begitu, profesionnya sebagai

pendidik telah bermula ketika ia mengajar di beberapa institusi pendidikan seperti di

Qimyariyah, sebuah institusi pendidikan yang di bangun oleh Ibn Thulun di Damasyqus

dalam tempoh yang cukup lama. (Muhammad Ghifari, 2006)

3
2.2 Pendidikan

Ibn Jama'ah memulakan pendidikannya dengan Shaykh al-Shuyukh al-Ansari di

kampung halamannya. Ketika berusia tujuh tahun, dia telah menghafaz Al-Quran di bawah

pengawasan ulama terkenalnya, Ahmad Ibn al-Mufarraj Ibn `Ali Ibn al-Mufarraj. Beliau

sangat berpotensi dalam pencarian ilmu dan sanggup melakukan perjalanan ke bandar-

bandar seperti Aleppo, Damsyik, Alexandria, dan Jerusalem untuk belajar daripada guru-

guru yang berbeza. Beliau menumpukan pada Hadis, Tafsir Al-Quran, fiqh Islam, Usul al-

Tafsir Prinsip Tafsiran Al-Quran dan Tatabahasa (Ibnu Jama’ah, 2012). Selepas

menamatkan pendidikannya, beliau berjaya mewujudkan dirinya sebagai seorang yang

terkenal dan mula menarik orang untuk belajar di bawah pengawasannya. Dia seorang

sarjana yang hebat dengan keperibadian dan maruahnya. Kehebatan beliau dalam bidang

ilmu pengetahuan dapat diperkukuhkan lagi dengan kegigihan beliau mencari ilmu dengan

memiliki ramai guru, menurut al-Barzali jumlahnya hingga 74 orang, satu di antaranya

seorang perempuan (Masyaikhat). Antara guru-gurunya yang paling masyhur ialah Syaikh

al-Syuyukh bin Izzun,Taqiyuddin Abu Abdlillah Muhammad bin Husain bin Razin (W

680 H), Mu'inuddin Ahmad bin Ali bin Yusuf al-Dimisyqi (W667 H), Zainuddin Abu

Thahir Ismail bin Abdul Qawiy (W 667) dan Muhammad bin Abdillah bin Malik (W 672

H).

2.3 Karya-karya Ibn Jama’ah

4
Terdapat lebih daripada tiga puluh karya yang dihasilkan oleh Ibnu Jama’ah. Karya-karya

ini pada dasarnya terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang pendidikan, astronomi,

ulumul hadits, ulum at-tafsir, Ilmu fiqh dan Ushul al-Fiqh. Kitab Tadzkirat as-Sami’wa al-

Mutakallimin fi Adab al-Alim wa al-Muta’ilim merupakan kitab yang berisi tentang konsep

pendidikan, bidang sastera Arjûzah fî al-Khulafâ. Dalam bidang Teologi (Ilmu Kalam)

beliau menghasilkan ‘Idah al-Dalil fi Qat. Kitab al-Munhil al-Rawy fi Ulum al-Hadits al-

Nabawy merupakan ringkasan dari kitab ilmu hadits yang ditulis Ibn as-Shalah. (Maya,

Tetap, Studi, & Agama, 2017) Dalam kitab ini, Ibn Jama’ah telah menambahkan beberapa

cacatan dan menghuraikan beberapa pembahasan. Kitab ini selesai ditulis pada bulan

Sya’ban tahun 687 H. di Damaskus. (Khoirun Roin, 2016)

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Corak Pemikiran Ibnu Jama’ah

Di dalam karya-karya Ibn Jamaah dapat dinyatakan bahawa corak pemikiran yang

dibawa adalah menumpukan kepada pendidikan akhlak dan feqah dengan mengutamakan

nilai-nilai emosi yang berlandaskan sumber wahyu agar tidak tersasar daripada landasan

yang benar. Pemikiran beliau merupakan satu wacana umum bagi perbincangan dalam

kitab-kitab agama tradisional lama yang digunakan di pondok-pondok. Umumnya jika

dilihat asas aliran pemikiran Ibnu Jama’ah ternyata banyak kesamaannya dengan konsep

pemikiran Imam al-Ghazali.

3.2 Sumbangan Ilmu Pendidikan Ibnu Jama’ah

5
Berdasarkan kepada pandangan Ibnu Kathir di dalam kitab Al-Bidayah wa al-

Nihayah, Ibnu Jama’ah merupakan seorang ulama, Sheikhul Islam, banyak mendengar

hadis (riwayat), sibuk dengan ilmu, menghasilkan ilmu yang beraneka ragam, dan lebih

maju dari rakan sejawatnya dalam hal kepemimpinan dan jabatan, serta pakar agama, pandai

menulis, warak). Maka jelaslah di sini, dengan pelbagai ilmu dan pengalaman yang dimiliki,

beliau dapat menjelaskan satu konsep pendidikan yang melibatkan di antara seorang guru

dan murid. Dalam kitab tersebut beliau mengemukakan tentang keutamaan ilmu

pengetahuan dan orang yang mencarinya. Berdasarkan kitab ini keseluruhan konsep

pendidikan Ibnu Jama’ah ini dapat dibahagikan kepada lima bab:

1. Keutamaan ilmu, guru, proses belajar dan mengajar

2. Adab guru terhadap dirinya sendiri

3. Adab murid

4. Adab bersama kitab-kitab

5. Adab menetap di madrasah atau sekolah

Penegasan Ibnu Jama’ah tentang keutamaan mencari ilmu pengetahuan dapat kita

lihat dalam bahagian pertama kitab ini. Beliau menegaskan bahawa ilmu sahaja yang akan

memperbaiki ibadah seseorang. Oleh kerana itulah beliau berpendapat bahawa keutamaan

menuntut ilmu adalah lebih umum daripada melakukan ibadah sunat. Beliau juga

memberikan nasihat bahawa ilmu akan tetap kekal walau ditinggal mati oleh pemiliknya,

dia sentiasa menjaga dan menghidupkan syariat.

Menurut Ibn Jama’ah, seorang guru itu mestilah mempunyai adab dan sifat-sifat

yang terpuji. Di dalam bab kedua Ibnu Jama’ah mengklasifikasikan etika guru untuk

memudahkan pembahasan dan memperjelaskan aspek-aspek yang berbeza, dengan konsep

yang jelas. Menurut para ahli, etika adalah aturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam

6
pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika

dalam perkembangannya sangat memengaruhi kehidupan manusia. Etika memberi manusia

orientasi cara ia menjalani hidupnya melalui rangkaian tindakan sehari-hari. (H. Mahmud,

2012). Di dalam kitab ini, Ibnu Jama’ah telah membahagikan etika guru ke dalam tiga

bahagiaan:

a) Etika guru pada dirinya

Menurut Ibnu Jama’ah terdapat 12 adab terhadap profesion keguruannya yang

membentuk peribadi seorang guru yang baik. adab tersebut dapat dirangkumkan kepada tiga

fokus utama iaitu pertama kewajipan guru adalah dengan menghiasi diri mereka dengan

kemuliaan akhlak. Secara umum syarat pendidikan guru dan etika yang baik dengan dirinya,

murid-muridnya dan pelajaran. Seseorang guru adalah penentu kepada proses keberkesanan

ilmu kepada murid. Hal ini merangkumi segala aspek ilmu dari segi pengajaran dan

pembelajaran murid mahupun dari segi akhlak murid. Maka, guru seharusnya terlebih

dahulu mempunyai adab yang membentuk peribadinya. Sikap dalam menjaga adab

kemuliaan ilmu sebagaimana para ulama salaf terdahulu; dengan menjadikan ilmunya

sebagai hal yang mulia dan berharga. Guru perlu mempunyai sikap zuhud iaitu dengan

sentiasa membiasakan diri hidup bersederhana sesuai dengan keperluan hidup. Sentiasa

menjaga hubungan muamalah dengan sifat-sifat mahmudah supaya guru sentiasa dipandang

tinggi dalam kehidupannya.

Kedua, seorang guru mesti ada pegangan agama yang kuat iaitu muraqabah (Maya

et al., 2017) dengan sentiasa menjaga kewajipan dalam beribadah di samping menjaga

perkara-perkara sunnah dengan lisan mahupun sikap seperti; membaca al-Quran, berzikir

kepada Allah dengan hati dan lidah serta sentiasa mengagungkan nama nabi setiap kali

disebutkan Penekanan tehadap aspek akhlak dan ibadah yang dilakukan oleh Ibnu Jama’ah

banyak terpengaruh dengan kitab Harith al-Muhasiby “Al-Ri’ayah”. Menurut Ibn Jama’ah

7
lagi, semua kriteria yang sangat ketat tersebut disebabkan oleh kreadibiliti seorang guru

yang harus dijaga dan tauladan yang harus dicontohkan. Beliau menuturkan;

‫ وبالتالي فال بد من أن يتمتع بطالقة‬,‫ ثم لكونه القدوة للناس ولطالبه‬,‫"ألن زلة المعلم كبيرة‬

".‫ وعلى التلطف وعلى األمر بالمعروف‬,‫ وعلى اإليثار‬,‫ وبالقدرة على كظم الغيظ‬,‫الوجه‬

“Kerana sesungguhnya kesalahan guru akan memberi impak yang sangat besar, juga

kerana dia menjadi contoh tauladan kepada manusia lain dan muridnya. Dari itu, ia harus

sentiasa menunjukkan wajah berseri-seri, mampu menahan marah, empati, lemah lembut

serta menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.

Ketiga, mempunyai ciri-ciri profesion seorang guru. Ibn Jama’ah memandang

bahawa guru harus memiliki ciri-ciri seorang guru. Hal ini kerana tidak mungkin proses

pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar jika guru tidak memiliki ciri-ciri tersebut.

Ibnu Jama’ah mengingatkan bahawa guru hendaklah selalu menyibukkan diri dengan ilmu,

dan melakukan perkara lain sekadar hanya memenuhi keperluan sahaja seperti makan,

minum, tidur, berehat, menunaikan hak isteri dan lain-lain lagi.

Hal itu disebabkan;

.‫ فال تنال إال بشق األنفس‬,‫ألن درجة العلم هي درجة وراثة األنبياء‬

“kerana ilmu merupakan darjat pewaris para nabi, maka ia tidak akan diperolehi kecuali

dengan payah dan lelah”.

Bagi Ibnu Jama’ah guru adalah satu profesion pekerjaan yang sangat mulia iaitu pewaris

para nabi. Maka sudah selayaknya seorang guru mencurahkan segala waktu, tenaga, daya

upayanya untuk kepentingan ilmu tersebut.

Secara amnya, kriteria-kriteria tersebut adalah untuk menunjukkan kesempurnaan

sifat-sifat dan keadaan pendidik dengan memiliki syarat-syarat tertentu sehingga layak

menjadi pendidik seperti mana sepatutnya.

b) Etika guru dalam mengajar.


8
Mengikut Ibnu Jamaah di dalam kitab ini, disenaraikan juga terdapat 12 perkara yang perlu

dilakukan oleh seorang guru. Pertama, persiapan sebelum mula kelas, sebelum memulai

pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mempersiapkan dirinya. Persiapan yang harus

dilakukan meliputi zahir dan batin. Sebelum bergerak ke tempat mengajar, hendaknya guru

berpakaian rapi, kemas, berhias dan memakai minyak wangi. Sebelum keluar dari rumah,

guru hendaklah membaca doa. Ketika masuk ke tempat mengajar, guru memulainya dengan

doa dan bacaan al-Quran serta menutup majlis dengan cara yang sama. Guru harus

memerhatikan cara duduk yang baik, menghadap kiblat, menampakkan kewibawaan dan

ketenangan, khusyu’, tidak bergurau, langkah kaki yang teratur, dan tangannya sentiasa

tergenggam. Guru boleh segera pulang jika sesi pengajaran dan pembelajaran tamat dan

murid sudah beransur pulang.

Kedua, kaedah dalam pengajaran seorang guru. Menurut Ibnu Jama’ah, guru

hendaklah mendahulukan disiplin ilmu dengan memberikan ilmu secara bertahap daripada

mudah ke sukar dan berpandukan kepada kemahiran dan tahap kepandaian murid. Guru

mestilah menjawab pertanyaan murid dengan cepat agar murid tidak menganggapnya malas

atau tidak tahu menjawab. Guru juga menjaga intonasi suaranya, bila harus tinggi dan

rendah disesuaikan dengan keadaan dan suasana dalam kelas supaya semua murid dapat

mendengarnya dengan jelas dan lebih memahami isi pelajaran yang dipelajarainya.

Untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan selesa, guru

hendaklah sentiasa menjaga ketenangan majlis, sentiasa menegur murid yang berperangai

buruk dan meminta bantuan kepada murid yang cerdas dan pandai supaya mereka terbiasa

melibatkan diri dalam pembelajaran. (Dr. Noor Muhammad Ghifari 2006)

c) Etika guru pada muridnya

9
Ibnu Jama’ah menggariskan terdapat beberapa prinsip dasar untuk guru dalam

menjalinkan hubungan erat antara guru dan murid. Antaranya ialah:

1. Mengajar dan mendidik tujuaannya hanya untuk mengharapkan redha Allah.

2. Guru harus melatih dan membiasakan murid untuk ikhlas dalam niat secara

bertahap.

3. Memotivasi murid dalam mencari dan mengamalkan ilmu di samping

mengingatkan supaya tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia.

4. Guru menghormati peribadi dan hak privasi murid dan menjaga perasaan murid

dengan tidak menampakkan kesalahannya terhadap yang lain.

5. Mempermudahkan pelajaran bagi murid yang lambat memahami dan mendidik

murid yang cerdas dan pandai dengan sangat baik.

6. Memahamkan pelajaran sesuai dengan kadar kemampuan murid. Tidak

membebaninya dengan tugas yang tidak mampu dilakukan.

7. Memberikan ganjaran dan hukuman pada masa yang sesuai.

8. Memperlakukan murid dengan adil. Namun Ibnu Jama’ah melihat bahawa harus

ada perhatian khusus dari guru kepada murid yang mempunyai kecerdasan yang

melebihi murid lain. Dengan syarat guru menjelaskan alasan tersebut kepada murid

lainnya.

9. Bersikap rendah hati, menunjukkan perhatian kepada muridnya. Contohnya dengan

memanggil namanya, nama ayahnya atau nama yang dapat membuat hatinya

senang.

[16].‫يسألهم عن أحوالهم وأحوال من يتعلق بهم‬

“guru menanyakan keadaan muridnya dan orang yang mempunyai hubungan

dengannya.

10
Demikian antara panduan adab yang boleh dijadikan panduan dan rujukan menepati ciri-

ciri guru yang baik dan efektif. Secara keseluruhannya, untuk melahirkan guru yang efektif

seseorang perlu mengikut pandangan Ibnu Jama’ah seperti berikut:

1. Kecekapan seorang pendidik dalam pelaksanaan proses pengajaran

2. Seorang pendidik harus memiliki kemahiran mengajar

3. Seorang pendidik memiliki sifat dan keperibadian yang baik

3-1. Konsisten dengan adab pengajaran ilmu

3-2. Bersih dari berbagai obsesi dengan perkara negatif

3-3. Bersikap ramah dan lemah lembut terhadap peserta didik dan bersabar dengan

perilaku mereka.

3-4. Seorang pendidik aktif dalam kehidupan bermasyarakat

3-5. Bersikap adil dan objektif dalam berinteraksi dengan murid

3-6. Memperhatikan penampilan yang umum

4. Metode dan teknik pengajaran

Tidak terdapat batasan yang jelas dalam kitab Ibnu Jama'ah mengenai metode

pengajaran, namun beliau menjelaskan bahawa pengajaran akan terealisasi tujuannya

apabila memiliki keistimewaan dalam metode dan media pembelajaran, di antaranya:

4-1. Kreatif dalam memotivasi murid untuk belajar

4-2. Memperhatikan tahap intelek murid

4-3. Bersandar pada keberkesanan murid dalam setiap aktiviti mereka

4-4. Menjunjung fleksibiliti dan keseimbangan dalam diri murid

11
4-5. Memelihara kesihatan jiwa murid

4-6. Mengatur rancangan pengajaran dan pembelajaran kelas

4.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Mengikut pandangan saya, untuk istiqamah sebagai seorang pendidik yang baik,

berakhlak mulia tidak memadai untuk seseorang guru itu melakukannya secara

bersendirian tetapi sebaliknya hendaklah mempunyai kumpulan guru-guru yang baik atau

disebut “suhbah al-solihin” yang saling ingat mengingati dan tegur menegur jika berlaku

kesilapan. Sehubungan dengan itu amat wajarlah jika kitab daripada Ibnu Jama’ah ini

dijadikan sebagai panduan dalam menetapkan etika perguruan supaya amalan ini dapat

dibudayakan di sekolah-sekolah dan instistusi pengajian tinggi yang ada di Malaysia.

Saya juga menyarankan kepada pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia agar mengkaji semula tentang isi kandungan mata pelajaran

Pendidikan Sivik dengan menerapkan adab-adab atau etika Islamiah mengikut yang

dianjurkan oleh tokoh-tokoh sarjana Islam sebagai menyokong kepada apa yang

terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Selain itu, saya mencadangkan pihak sekolah menjalankan kuliah dan tazkirah

berpandukan kitab karangan Ibnu Jama’ah sebagai aktiviti mingguan. Kuliah seperti ini

dapat disampaikan di tapak perhimpunan jika melibatkan guru dan murid atau bertempat di

bilik khas jika hanya melibatkan guru-guru sahaja. Ia bertujuan untuk mengingat dan

membetulkan kembali apa yang telah dilupai oleh guru dan murid mengenai adab.

5.0 KESIMPULAN

12
Dunia pendidikan Islam pada hari ini diharapkan dapat memfokuskan kepada

agenda pembentukan manusia bagi melahirkan modal insan yang beretika, dan perkara ini

hanya dapat dilakukan jika dunia pendidikan mengajarkan ilmu yang benar secara

berintegriti.

Guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid kerana mereka

merupakan role-model. Insan beradab akan melahirkan masyarakat beradab dalam

pelbagai bidang. Sesebuah masyarakat dibina melalui kerjasama erat sebilangan besar

individu di dalamnya. Hasil usaha masyarakat beradab selama beberapa generasi akan

menghasilkan sebuah peradaban yang mencerminkan pandangan alam, nilai-nilai agama,

akhlak dan syariat masyarakat tersebut.

Setiap pekerjaan atau perlakuan hendaklah menjaga adab-adab kerana tradisi murni

ini menyumbang kepada mewujudkan guru yang efektif dalam dunia pendidikan.

6.0 RUJUKAN

H. Mahmud, M. (2012). Etika pendidikan panduan bagi guru profesional. Pustaka

Setia Bandung.

13
Ibnu Jama’ah, B. A. M. I. I. I. S. I. (2012). Tadzkirat as-Sami’wa al-Mutakallimin fi Adab

al-Alim wa al-Muta’ilim.

Khoirun Roin, M. (2016). Etika guru dan murid perspektif Ibn Jama’ah dalam kitab

Tadzkirah al-Sami’ wa al-Mutakallim fi adab al-‘Alim wa al-Muta’allim.

Maya, R., Tetap, D., Studi, P., & Agama, P. (2017). Karakter (adab) guru dan murid

perspektif Ibn Jamâ’ah al-Syâfi’î. Jurnal Edukasi Islami Jurnal Pendidikan Islam,

6(12).

Muhammad Ghifari, N. (2006). The memoir of the listener and the speaker in the training

of teacher and student. New Delhi: Adam Publisher and Distributors.

7.0 LAMPIRAN

14
15
16

Anda mungkin juga menyukai