Anda di halaman 1dari 8

Kelebihan dan kekurangan kaedah talaqqi musyafahah

Kaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaaan al-Quran yang


tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana
yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui
peristiwa di Gua Hira’ ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah
s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril
membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh Rasulullah
s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan
oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan
seterusnya membacakan kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan
Rasulullah s.a.w. Bacaan tersebut juga dituliskan dan seterusnya tulisan itu
dibacakan dan dihafalkan.
            Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau
bersemuka. Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid
secara bersemuka. Lebih mudah ialah, guru membacakan sepotong ayat kepada
sekumpulan murid dan kemudian murid mengikut bacaan guru secara berhadapan
dengan guru beramai-ramai. Kaedah ini juga dilakukan oleh baginda Rasulullah
s.a.w. dengan malaikat Jibril sekali dalam setahun, dan pada di akhir hayatnya
baginda melakukannya 2 kali dalam setahun.
Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut
yang diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid
menerima pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan
menyebutnya mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong
ayat kepada seorang murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan
guru secara individu.
Di dalam musyafahah terdapat dua cara yang lazim digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran membaca al-Quran. Pertama adalah dengan cara guru
membacakan ayat di hadapan murid dan didengari murid sahaja. Cara ini disebut
al-Mutaqaddimin.[1] Manakala cara kedua pula, murid membaca di hadapan guru
dan guru hanya menyemak serta membetulkan mana-mana bacaan yang salah.
Cara ini sering disebut sebagai cara al-Mutaakhirin.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti
berhadapan secara langsung kepada gurunya. Hal ini kerana, setiap guru al-Quran
atau salasilah guru al-Quran sanadnya adalah bersumberkan daripada Rasulullah
s.a.w. Di sinilah terletaknya kepentingan berguru di dalam membaca al-Quran
secara talaqqi musyafahah iaitu langsung dari mulut ke mulut dengan bersemuka
secara langsung.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhku agar membacakan al-Quran kepadamu.


Jawab Ubay, “Allah memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi
s.a.w., “Allah s.w.t. telah memilih dan menamakan kamu disisiku.” Maka Ubay
pun menangis.

            Selain itu, beberapa dalil dari al-Quran yang membuktikan bahawa kaedah
talaqqi musyafahah telah diamalkan sejak zaman kerasulan nabi Muhammad s.a.w.
lagi hingga ke zaman moden ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t. di dalam al-
Quran,

(Surah al-Qiyamah: Ayat 16-18)


Maksudnya: Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat
menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu
membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah
Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan
bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut
bacaannya itu;

Dalam Surah al-Isra’ juga, Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 106;
Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau
membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.

Faktor ini juga sangat ditekankan supaya murid mengetahui secara amali
dengan betul bagaimana perlaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan
yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
Menurut Ibnu al-Jazairi yang dinamakan muqri’ adalah orang yang mengetahui
ilmu-ilmu al-Quran secara musyafahah iaitu pengambilan pembelajaran dari mulut
ke mulut. Seseorang itu tidak akan dinamakan muqri’ selagi mana tidak bertalaqqi
ataupun bermusyafahah sekalipun merupakan seorang yang sangat alim dan telah
menghafal al-Syatibi. Kesimpulannya, talaqqi dan musyafahah adalah syarat utama
bagi kesahihan dan diterima pakai sebagai seorang guru al-Quran yang baik.[2]     
Kaedah talaqqi musyafahah ini asasnya mengutamakan sebutan dan bacaan
yang tepat dari segi makhraj dan sifat huruf serta bacaan kalimah. Hal ini adalah
melalui pemerhatian pergerakan mulut guru secara berdepan atau bersemuka
dengan murid. Kemudian, murid mestilah menyebut atau mengikut cara sebutan
guru sepertimana yang ditunjukkan oleh guru tersebut dan perkara yang perlu
dititik beratkan semasa menggunakan kaedah talaqqi musyafahah adalah,
kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid. Hal
ini kerana, murid akan mengikuti dan mencontohi bacaan guru dalam amalannya.
Kaedah ini bertujuan adalah untuk memudahkan murid menyebut dan
membunyikan huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat. Selain itu, murid juga
dapat membezakan bacaan panjang atau pendek sebutan huruf dan membaca
dengan betul dan fasih sepertimana guru yang bertindak sebagai seorang mursyid.
Bahkan kaedah ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat dalam diri
pelajar supaya yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Ciri-ciri kaedah talaqqi musyafahah yang utama ialah ianya disampaikan
secara individu dan kumpulan. Pembimbing juga perlu menguasai kemahiran yang
baik agar input yang disampaikan kepada murid adalah benar kerana murid-murid
akan menambil maklumat terus dari guru. Selain itu, ciri kaedah talaqqi
musyafahah juga adalah memerlukan penglibatan murid yang aktif. Pembelajaran
dan pengajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas, serta teks perlulah
ada samada naskah al-Quran, muqaddam ataupun teks-teks lain.
Langkah-langkah dalam pembelajaran dan pengajaran kaedah talaqqi
musyafahah ini bermula apabila para guru mencungkil pengetahuan dan kemahiran
sedia ada dari murid. Kemudian, sekiranya terdapat kesalahan, guru akan membuat
pembetulan dan penerangan dari perkataan dan ayat yang dibaca serta boleh
memperdengarkan bacaan contohnya melalui kaset atau bacaan guru. Guru juga
boleh merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman dan memperdengarkan
semula bacaan pelajar dan berbincang bagaimana untuk membuat penambah
baikkan dalam bacaan.
Kemudian, guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis dan
menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dalam pembelajaran dan
pengajaran dengan cara guru membaca, murid mengikut. Setelah itu, guru
membahagikan dan membentuk kumpulan murid berdasarkan kemahiran
membaca. Mereka mendengar bacaan guru dan mempraktikkan bacaan tersebut
dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
Melalui kaedah talaqqi musyafahah juga, murid secara tidak langsung diajar
mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan
mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya. Guru juga menerangkan hukum tajwid
bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan dan menulis di papan tulis untuk
memudahkan lagi murid untuk memahi. Sekiranya, murid itu berada pada tahap pemulihan, guru
juga boleh mengajarkan dengan cara mempamerkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan
gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan juga boleh dilakukan secara latihan mengeja dan
menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
Pada peringkat penilaian, guru meminta seorang atau dua orang murid
membaca beberapa ayat dan guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang
terdapat di dalam ayat tersebut. Melalui jawapan yang diberikan oleh murid, guru
boleh menilai sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu berjaya atau pun
tidak. Sebagai aktiviti susulan, murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat
yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu
berikutnya.

………………………………………………………………………………………
Cara perlaksanaannya.

Sebelum
Murid akan duduk bersemuka dengan guru secara langsung dan bersemuka.

Semasa
Guru mula memperdengarkan bacaan al-Qur’an. Ketika itu murid-murid dikehendaki mendengar
dan memerhatikan gerak bibir guru dalam melafazkan kalimah-kalimah tertentu. Selepas guru
selesai menghabiskan bacaan, murid akan mengikut bacaan guru. Ketika itu guru mendengar
bacaan murid dan membetulkannya jika terdapat kesilapan di dalam bacaan.

ü Analisis kekuatan dan kelemahan

KEKUATAN

· Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan
guru.
· Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya.
· Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat
kefahaman dan ilmu yang salah
· Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru.

KELEMAHAN

· Pembelajaran lebih berpusatkan guru


· Murid menjadi pasif
· Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.
http://tripofjourney.blogspot.my/2010/07/al-quran-atau-al-hadith-yang-menjadi.html

Kaedah tTasmi`.

" ‫" وإذا قرئ القرءان فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون‬

Maksudnya: “ Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan

perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat “

(Surah al- A’araf)

Talaqqi-musyafahah.
Penurunan surah iqra’ kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah dalil yang paling nyata bagaimana
Jibril A.S mengajar Nabi Muhammad S.A.W secara talaqqi dan Musyafahah

ُ‫فَِإ َذا قَ َرْأنَاهُ فَاتَّبِ ْع قُرْ َءانَه‬


Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan
perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.”
(surah Iqra` ayat 1-5)

Aktiviti tutorial
Soalan 1
Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan
kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut serta bincangkan cara-cara mengatasinya.
Talaqqi Mushafahah
Kelabihan
a) Kaedah ini murid-murid dapat membaca Al-Quran dihadapan guru secara bersemuka dan
dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemidian di ikuti oleh pelajar.
b) Kaedah ini merupakan kaedah yang pertama berlaku keatas junjungan besar Nabi
Muhammad (SAW) semasa Jibril menyampaikan wahyu keatas baginda. Ketika itu
Nabi Muhammad (SAW) memerhati cara bacaan dari Jibril kemudian nabi
membacanya, begitulah seterusnya nabi menyampaikan pula kepada sahabat-
sahabatnya.
c) Murid-murid dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan mengikut
tajwid.
d) Murid-murid dapat menunpukan perhatian yang sepenuhnya apa yang diajar atau disebut
oleh guru kerana kaedah ini berlaku didalam kelompok kecil.
Kelemahan
a) Murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir jika di
bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai.
b) Guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca dan segera
membetulkan jika berlaku kesalahan.
c) Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca dihadapan guru,ini menimbulkan
masalah kepada murid-murid yang kurang menguasai bacaan dan sebutan huruf
hijaiyah.
Cara-cara mengatasinya
a) Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat menguasai huruf
hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah. Ketika murid barada
dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas mambantu murid yang lemah.
b) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menayangkan carta
huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil menyebut dan diikuti oleh
murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu murid-murid untuk mengikuti kembali
huruf tersebut.
c) Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi,
contohnya: ‫س‬ dan ‫ث‬ disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan bibir guru
sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.
Tasmik
Kelebihan
a) Dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan murid-murid serta dapat
memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan.
b) Guru dapat mendisiplinkan murid-murid dari segi bacaan yang betul mengikut hukum-
hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.
c) Guru dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kesalahan bacaan dari segi tajwid.
d) Guru dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada murid dalam ayat yang dibaca.
Kelemahan
a) Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya tidak
sesuai untuk bacaan.
b) Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada seorang murid,
maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam
pembacaan mereka.
Cara mengatasinya
a) Ketika guru sedang mentasmik’ salah seorang murid, guru hendaklah menyediakan
lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk mengelakkan daripada
berlaku kebisingan. Contohnya : Cantumkan huruf
Tadarus
Kelebihan
a) Murid-murid dapat berada dalam satu jemaah dan saling membantu diantara satu sama
lain.
b) Murid-murid dapat memberanikan diri ketika membaca didalam kumpulan mereka.
c) Murid yang fasih dalam bacaan membimbing pelajar yang lemah. Contoh : Ajar mengeja
dan membaca.
Kelemahan
a) Guru tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya jika berlaku kesalahan dalam bacaan
murid-murid tersebut kerana adakalanya kaedah ini dibaca secara beramai-ranai
dalam halaqat dan adakalanya dibaca secara bergilir-gilir.
b) Pelajar yang fasih dalam bacaan akan merasa boring kerana ada segelintir pelajar yang
lemah perlu bimbingan daripada pelajar tadi. Contohnya bacaa surah Al-Fatihah.
Cara mengatasi
a) Sebelum mengagihkan murid kepada kumpulan tertentu, guru hendaklah membaca ayat
tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring sambil diikuti oleh murid.
b) Guru hendaklah memuji dan memilih beberapa orang pelajar yang baik dalam bacaan Al-
Fatihah supaya menjadi pembimbing dalam halaqat

Anda mungkin juga menyukai