Anda di halaman 1dari 20

1.

Pendahuluan
Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada
seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. 1 Ini
berdasarkan dengan sabda Rasulullah SAW:
Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan
27 kali darjat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya
seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam.
Bagi Mazhab Syafie hukumnya adalah fardu kifayah, manakala sesetengah
pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muakad atau
sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Mereka yang terlewat mengikuti solat berjemaah, ia dikenali sebagai
masbuq. Masbuq pada masa kini memang kurang di ambil perhatian bagi
sesetengah masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja.
Walaupun perkara ini telah disentuh dan diajarkan di sekolah-sekolah
agama, tetapi masih lagi ada murid-murid yang tidak mengetahui
bagaimana untuk mempraktikkannya dan melaksanakannya.
Ini merupakan satu isu pendidikan ugama yang perlu diambil berat; dan
perlu adanya usaha untuk mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian,
kami mengambil inisiatif untuk meninjau permasalahan ini dan mencuba
sedaya upaya untuk mengkaji apakah punca-punca yang menyebabkan
perkara ini berlaku dan cuba mengetahui sejauh mana pengetahuan
pelajar-pelajar sekolah ugama terhadap masbuq. Kami berharap dalam
1

Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al-Malbariy. Fathul Muin. Johor Baru: Perniagaan
Jahabersa, 2009 (hlm. 146).

penulisan ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan


kepada orang ramai mengenai isu pendidikan tersebut.
2. Isu-Isu yang berbangkit.
Isu-isu yang diambil perhatian di sini adalah mengenai kefahaman
pelajar-pelajar sekolah ugama dalam masbuq; sejauh mana kefahaman
mereka dalam mempraktikkan masbuq ini ketika sembahyang berjemaah.
Melalui penelitian dan tinjauan kami terhadap pelajar-pelajar sekolah
agama, timbul beberapa isu-isu mengenai permasalahan masbuq ini;
antaranya adalah seperti berikut:
1. Kebanyakkan pelajar-pelajar tidak mahu menghadiri kemasjid untuk solat
berjemaah dan mereka lebih suka untuk sembahyang di rumah secara
seorang diri. Juga, mereka jarang melakukan atau mengerjakan solat
berjemaah.
2. Ada pelajar yang kurang memahami maksud masbuq dan mendalami
ilmu mengenai pengaplikasian masbuq.
3. Tidak ada tindakan susulan dari guru-guru dalam memantapkan
kefahaman pelajar dalam masbuq.
4. Murid-murid tidak mengetahui tentang kelebihan solat berjemaah ini,
sebab itulah mereka tidak ambil peduli tentang solat jemaah, dan juga
masbuq.
Memang banyak isu-isu yang berbangkit dari permasalahan tersebut dan
oleh sebab itu kami mengambil inisiatif untuk membuat kajian terhadap

pelajar-pelajar agar dapat memberikan sedikit cadangan dan saranan untuk


mengatasi permasalahan yang dihadapi.

3. Objektif Kajian.
Antara objektif kajian adalah seperti berikut:
1) Untuk mengetahui pengetahuan pelajar-pelajar dalam solat berjemaah
bab masbuq.
2) Untuk mengetahui apakah kaedah pengajaran yang digunakan guru
untuk mengajar pelajar-pelajar dalam masbuq.
3) Untuk mencari penyelesaian berupa cadangan dalam permasalahan ini.

4. Hukum Solat Berjemaah.


Menurut pendapat yang sahih, hukum solat berjemaah selain daripada
solat Jumaat ialah fardhu kifayah. 2 Justeru tuntutan melakukannya tidak
gugur daripada semua penduduk setempat sehingga suasana berjemaah
itu benar-benar kelihatan wujud di tempat tersebut. Jika tidak dilakukan
sama sekali atau dilakukan dalam keadaan yang tidak nyata berdosalah
semua penduduk, dan pemerintah wajib bertindak mengatasinya. Hal ini
berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa ayat 102:

Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha & Ali Al-Syarbaji. Manhaj Fiqh Al-SyafiI Jil.3.
Malaysia: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 2004 (hlm.409).


....
Tafsirnya:

dan apabila

Engkau (Wahai Muhammad) berada

Dalam

kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang


Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka
berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu.
(Q.s An-Nisaa: 102)
Perintah dalam ayat di atas adalah berkaitan solat semasa kecemasan.
Apabila dalam keadaan ini pun masih disuruh berjemaah apatah lagi dalam
keadaan aman, ia adalah lebih utama.
Kemudian, sabda Rasulullah s.a.w juga ada menyuruh mengerjakan solat
jemaah :Apabila terdapat tiga orang di sesebuah kampung atau di kawasan
pedalaman tidak mendirikan solat berjemaah sesama mereka, berjayalah
syaitan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu berjemaah kerana
kambing yang jauh terpencil sahaja yang akan dibaham serigala.
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Hibban dan yang lainnya)
Hadis di atas menyatakan bahawa jika di antara manusia yang tidak
mengerjakan solat berjemaah dan mengerjakan seorang diri, maka orang
itu mudah diganggu syaitan, seperti cara sembahyang yang dilakukan itu
kurang khusyu dan sebagainya. Tetapi apabila seseorang itu berjemaah,
maka sembahyang mereka itu lebih kuat, tenteram dan khusyu.
Selain itu, terdapat juga hadis Rasulullah s.a.w yang menganjurkan kita
untuk solat berjemaah:

Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan
27 kali darjat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Masbuq.
Perkataan Masbuq dalam solat adalah makmum yang ketinggalan.
Makmum yang tertinggal membaca surah Al-Fatihah bersama-sama imam.
Apa yang lebih jelas lagi, semasa makmum hendak masuk berjemaah,
imam sudah melakukan beberapa rukun seperti sujud, membaca tahiyat
awal atau sebagainya.3
Makmum yang masbuq itu ialah jika dia sempat melakukan rukuk dengan
thumaninah bersama imam.4 Dalam keadaan ini, makmum tersebut sudah
pun mendapati rakaat bersama imam.
Jika makmum tidak sempat rukuk dengan thumaninah bersama imam
maka tidaklah dia dikira mendapat rakaat imam. 5 Dalam keadaan ini
makmum hendaklah bangkit semula setelah imam selesai memberi salam
bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.

6. Metodologi kajian.
Kaedah yang kami gunakan dalam kajian ini adalah melalui temu duga
sahaja. Di mana, kami akan mengambil beberapa orang pelajar sekolah
3

Muhammad Isa Selamat. Panduan Ringkas Ibadah Solat. Kuala Lumpur: Daru Numan, (hlm
98).
4
Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Irsyad Hukum. Brunei: Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam,
2012 (hlm. 369).
5
Ibid (hlm 61).

agama untuk ditemu duga sejauh mana kefahaman dan pengetahuan


mereka di dalam bab masbuq ini. Persoalan-persoalan yang ditanyakan
adalah berdasarkan tujuan kajian.
Kajian diadakan secara temu duga ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang lebih benar dan kuat keasliannya berbanding
dari kaedah-kaedah yang lain.
Oleh itu, sasaran kami di sini adalah terhadap pelajar-pelajar yang
bersekolah ugama yang sudah mempelajari masbuq ketika disekolah
masing-masing.

7. Isu dalam kurikulum sekolah


Melalui penelitian kami melalui sukatan pelajaran di beberapa buah
sekolah di daerah brunei dan muara, kami telah mendapati bahawa
terdapat beberapa masalah tentang masbuq dalam kurikulum sekolah.
Melalui sukatan pelajaran di sekolah ugama di negara ini, pelajaran masbuq
mula diajarkan dalam darjah 4. Pelajaran masbuq telah dimasukkan di
dalam pelajaran solat dengan menggunakan buku zainul thalib penggal
pertama. Hasil dari penelitian kami, di dalam sukatan pelajaran tersebut
terdapat hanya satu unit sahaja yang membincangkan tentang masbuq di
dalam sembahyang iaitu dalam penggal keempat (Sila lihat lampiran
Sukatan Pelajaran Darjah 4 Sekolah Ugama). Perkara ini akan menyukarkan
para guru-guru di sekolah ugama untuk menerangkan secara lebih
mendalam terhadap anak murid memandangkan unit pembelajaran tidak
mencukupi

dan

masih

banyak

pelajaran-pelajaran

dihabiskan dan diajarkan.

yang

lain

perlu

Permasalahan kedua merupakan dari segi masa pembelajaran yang tidak


mencukupi. Sistem jadual mengajar yang agak terhad di sekolah-sekolah
ugama telah menyukarkan lagi para guru-guru untuk mengajar pelajaran
solat

khususnya

Sebagaimana

pelajaran

jadual

mengajar

masbuq
yang

terhadap
telah

anak-anak

disediakan

oleh

murid.
jabatan

pengajian islam, setiap period hanya dibenarkan untuk mengajar selama


25minit. Setiap subjek akan diajarkan dalam satu period. Bayangkan,
adakah mencukupi untuk kita menghalusi sesuatu pelajaran hanya dalam
masa yang kurang dari setengah jam? Selain daripada itu, masih ada
pelajaran-pelajaran yang baru untuk dipelajari yang mana menyebabkan
pembelajaran yang lepas-lepas menjadi kabur dan lupa dari ingatan;
hasilnya pelajar tersebut tidak akan pandai melakukan masbuq sampai
bila-bila kerana tidak faham (sila rujuk lampiran jadual mengajar).
Kesimpulannya, sekolah-sekolah ugama di negara kita mengalami masalah
untuk mengajar dan mendidik anak-anak murid tentang ibadat adalah
disebabkan dua perkara iaitu terikat dengan sukatan pelajaran, yang mana
terlalu banyak pelajaran-pelajaran yang perlu di ajarkan oleh guru terhadap
murid-murid dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar
pelajaran-pelajaran solat yang merupakan sesuatu pembelajaran yang
paling penting untuk difahami dan dihalusi. Oleh yang demikian perlu ada
tindakan-tindakan untuk mencuba menyelesaikan masalah tersebut.

8. Dapatan Kajian.
Berikut adalah merupakan dapatan kajian daripada beberapa pelajar
sekolah ugama mengenai permasalahan solat secara masbuq:

Pelajar Pertama

Darjah 5
7

1) Pengetahuan mengenai masbuq.


Pelajar berkenaan apabila ditanya mengenai apakah yang dimaksudkan
dengan masbuq, pelajar telah menerangkan bahawa masbuq adalah
seseorang yang tidak sempat membaca surah al-fatihah bersama imam
dan seorang itu dikehendaki menambah rakaatnya yang tertinggal.
Pelajar juga apabila ditanya tentang apabila seseorang itu masuk
kemasjid atau tempat bersembahyang, ketika itu ada orang yang
bersembahyang sendirian; apakah yang patut dilakukan, pelajar itu
menjawab kita mestilah berdiri di sebelah bahu kanan seseorang itu dan
memegang bahunya secara perlahan untuk menunjukkan bahawa kita
hendak solat berjemaah dengannya secara masbuq.
Tentang tambahan bilangan masbuq, apabila soalan ini ditanyakan
kepada pelajar tersebut, ternyata mereka sedikit ragu mengenai cara
menambah rakaat solat secara masbuq dan tidak tahu bilakah masa yang
sebenarnya dipanggil masbuq. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut
telah menerangkan jika seseorang itu ketinggalan satu rakaat bersama
imam, kita hendaklah menambahnya; begitu juga jika tertinggal dua
rakaat, tiga atau empat rakaat kita mesti menambah mengikut jumlah
rakaat yang tertinggal.
Dan yang terakhir, pelajar ditanya tentang perlukah menggunakan niat
solat tertentu bagi masbuq, pelajar tersebut berpendapat menggunakan
niat tertentu bagi masbuq adalah mengikut keadaan tertentu. Ini
menunjukkan

pelajar

tersebut

masih

kurang

faham

dan

belum

menguasai sepenuhnya tentang masbuq tersebut.

2) Kaedah pengajaran yang digunakan guru untuk mengajar pelajar8

pelajar dalam masbuq.


Pelajar apabila ditanya tentang cara guru mereka mengajar pelajaran
masbuq, mereka mengatakan ketika dalam kelas guru akan menerangkan
pelajaran tersebut di hadapan murid-murid dan menuliskan fakta-fakta di
papan tulis untuk menjelaskan lagi isi pelajaran yang diajarkan.
Setelah itu guru juga akan memanggil beberapa orang murid untuk mara
ke hadapan kelas untuk membuat demonstrasi cara melakukan masbuq.
Ini termasuklah dalam tatacara menambah solat yang kurang, cara untuk
memasuki

solat

berjemaah

bersama

orang

yang

bersembahyang

sendirian dengan cara masbuq.


Pada kebiasaannya di sekolah tersebut akan mengadakan sembahyang
fardu zuhor dan asar secara berjemaah di dewan sembahyang. Apabila
pelajar yang akhir datang, mereka akan disuruh untuk mempraktikkan
sembahyang secara masbuq dan perkara itu akan diawasi oleh beberapa
orang guru.

Pelajar Kedua

Darjah 6

1) Pengetahuan mengenai masbuq.


Apabila

ditanya

kepada

murid

tersebut

mengenai

apakah

yang

dimaksudkan dengan masbuq itu?, maka murid itu menjawab bahawa


masbuq itu ialah solat jika seseorang itu tidak sempat mengikuti imam
dari permulaan solat. Mereka masuk solat bersama-sama imam dengan
keadaannya yang kekurangan rakaat. Oleh itu seseorang itu akan
dipanggil masbuq apabila dia tidak mempunyai rakaat yang cukup
bersama imam dan perlu menambah rakaatnya mengikut bilangan rakaat
9

solat fardu tertentu.


Pelajar juga apabila ditanya tentang apabila seseorang itu masuk
kemasjid atau tempat bersembahyang, ketika itu ada orang yang
bersembahyang sendirian; apakah yang patut dilakukan, pelajar itu
menjawab dengan perlu berdiri di sebelah imam tersebut dan terus
bersembahyang bersama imam.
Tentang tambahan bilangan masbuq, pelajar tersebut menjawab bahawa
setiap kali rakaat kita tertinggal atau tidak mencukupi menurut solat
fardu tertentu kita mestilah menambahnya sehingga cukup.
Dan yang terakhir, pelajar ditanya tentang perlukah menggunakan niat
solat tertentu bagi masbuq, pelajar tersebut tidak pasti sama ada perlu
atau tidak untuk menggunakan niat tertentu.

2) Kaedah pengajaran yang digunakan guru untuk mengajar pelajarpelajar dalam masbuq.
Murid itu memberitahu bahawa di sekolah, gurunya ada menggunakan
kaedah tunjuk cara atau demonstrasi tentang bagaimana melakukan
masbuq ini. Kadang kala pula, gurunya ada memanggil sebahagian
daripada murid ke hadapan untuk dijadikan sebagai model dalam kelas
itu dan menyuruh muridnya itu melakukan masbuq di depan rakanrakannya.
Di dalam kelas juga, guru akan menggunakan alat bantu mengajar untuk
menerangkan kepada murid-murid. Antara alat bantu mengajar yang
digunakan ialah poster, video animasi dan menggunakan tanah liat yang
berbentuk orang yang sedang bersembahyang jemaah secara masbuq.
10

9. Analisis Dapatan Kajian.


Berikut adalah analisis yang didapati hasil temu bual kajian di atas:
a. Pelajar Pertama.
1) Masbuq itu ialah solat jika seseorang itu tidak sempat mengikuti imam
dari permulaan solat. Mereka masuk solat bersama-sama imam dengan
keadaannya yang kekurangan rakaat. Oleh itu seseorang itu akan dipanggil
masbuq apabila dia tidak mempunyai rakaat yang cukup bersama imam
dan perlu menambah rakaatnya mengikut bilangan rakaat solat fardhu
tertentu.

Pelajar ini menunjukkan kefahamannya terhadap masbuq, iaitu bagi


orang yang tidak sempat mengikuti imam dari permulaan solat dan
mempunyai

kekurangan

rakaat

yang

perlu

ditambah.

Walau

bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dari segi pengertian yang


diberikan;

tidak

ada

diterangkan

dalam

permasalahan

ruku

serta

thumaninah.
2) Kita mestilah berdiri di sebelah bahu kanan seseorang itu dan
memegang bahunya secara perlahan untuk menunjukkan bahawa kita
hendak solat berjemaah dengannya secara masbuq.
Pelajar ini mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan apabila kita
hendak berjemaah dengan seseorang.
3) Merasa ragu mengenai cara menambah rakaat solat secara masbuq dan
tidak tahu bilakah masa yang sebenarnya dikatakan masbuq. Walau
bagaimanapun,

pelajar

tersebut

menerangkan
11

jika

seseorang

itu

ketinggalan satu rakaat bersama imam, kita hendaklah menambahnya;


begitu juga jika tertinggal dua rakaat, tiga atau empat rakaat kita mesti
menambah mengikut jumlah rakaat yang tertinggal.
Terdapat sedikit kekeliruan terhadap pelajar tersebut iaitu dari segi
cara penambahan rakaat dan waktu yang betul-betul dikatakan masbuq. Di
sini kita dapat melihat kelemahan pelajar dan perlu ada tindakan dari
tenaga pengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Guru perlu
banyak melakukan aktiviti pengayaan seperti latih tubi, praktik amali dan
sebagainya.
4) Pelajar berpendapat perlu menggunakan niat tertentu bagi masbuq.
Ini

menunjukkan

pelajar

tersebut

masih

kurang

memahami

isi

pelajaran dan belum menguasai sepenuhnya tentang masbuq tersebut.

5) Ketika dalam kelas guru akan menerangkan pelajaran tersebut di


hadapan murid-murid dan menuliskan fakta-fakta di papan tulis untuk
menjelaskan lagi isi pelajaran yang diajarkan.
Guru memanggil beberapa orang murid untuk mara ke hadapan kelas
untuk membuat demonstrasi cara melakukan masbuq. Ini termasuklah
dalam tatacara menambah solat yang kurang, cara untuk memasuki solat
berjemaah bersama orang yang bersembahyang sendirian dengan cara
masbuq.
Guru menggunakan pelbagai kaedah di dalam pembelajarannya.
Merupakan satu usaha yang baik bagi guru, walau bagaimanapun perlu ada
lagi sedikit perhatian terhadap murid yang lemah; kerana kemungkinan

12

pelajar yang lemah lambat menerima pembelajaran. Oleh itu perlu ada
dilakukan praktikal dengan lebih kerap lagi.
6) Di sekolah pelajar mengadakan sembahyang fardu zuhor dan asar
secara berjemaah di dewan sembahyang. Apabila pelajar yang akhir
datang, mereka akan disuruh untuk mempraktikkan sembahyang secara
masbuq dan perkara itu akan diawasi oleh beberapa orang guru.
Ini merupakan usaha yang baik dari pihak sekolah kerana ada usaha
untuk memberi peluang terhadap pelajar untuk mempraktikkan masbuq
dalam bentuk realiti. Ini amat berbeza dengan pengalaman kami sewaktu
belajar di sekolah ugama dahulu, di mana para pelajar masa itu tidak
dibenarkan untuk lewat hadir ke sekolah bagi menunaikan solat jemaah
beramai-ramai. Apabila berlaku pelajar lewat hadir, pelajar tersebut akan
dikenakan tindakan seperti denda dan sebagainya. Ini merupakan satu
perkara yang tidak wajar dilakukan bagi guru-guru ugama. Alhamdulillah,
sudah

ada

usaha

untuk

mengubah

dan

memperbaiki

kelemahan-

kelemahan yang pernah berlaku.


b. Pelajar Kedua.
1) Masbuq ialah solat jika seseorang itu tidak sempat mengikuti imam dari
permulaan solat. Mereka masuk solat bersama-sama imam dengan
keadaannya yang kekurangan rakaat. Oleh itu seseorang itu akan dipanggil
masbuq apabila dia tidak mempunyai rakaat yang cukup bersama imam
dan perlu menambah rakaatnya mengikut bilangan rakaat solat fardu
tertentu.
Penjelasan yang diberikan tidak jauh berbeza dengan pelajar pertama
tadi, iaitu masih ada kekurangan penjelasan dari segi permasalahan ruku
serta thumaninah.

13

2) Pelajar itu menjawab dengan perlu berdiri di sebelah imam tersebut dan
terus bersembahyang bersama imam.
Pelajar ini mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan apabila kita
hendak berjemaah dengan seseorang.
3) Tentang tambahan bilangan masbuq, pelajar tersebut menjawab bahawa
setiap kali rakaat kita tertinggal atau tidak mencukupi menurut solat fardu
tertentu kita mestilah menambahnya sehingga cukup.
Murid tersebut mengetahui konsep masbuq itu adalah penambahan
bagi rakaat yang belum cukup. Namun, murid tersebut tidak memberikan
penjelasan yang secukupnya bagi mencapai tahap pengetahuan dan
kefahaman yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia masih menunjukkan
keputusan yang baik daripada langsung tidak mengetahui. Dengan adanya
pengayaan dari pihak persekitaran seperti ibu bapa, keluarga dan
sebagainya boleh meningkatkan lagi kefahaman mereka.
4) Pelajar tersebut tidak pasti sama ada perlu atau tidak untuk
menggunakan niat tertentu.
Pelajar itu merasa ragu-ragu terhadap persoalan yang disoalkan.
5) Murid itu memberitahu bahawa di sekolah, gurunya ada menggunakan
kaedah tunjuk cara atau demonstrasi tentang bagaimana melakukan
masbuq ini. Kadang kala pula, gurunya ada memanggil sebahagian
daripada murid ke hadapan untuk dijadikan sebagai model dalam kelas
itu dan menyuruh muridnya itu melakukan masbuq di depan rakanrakannya.

14

Di dalam kelas juga, guru akan menggunakan alat bantu mengajar untuk
menerangkan kepada murid-murid. Antara alat bantu mengajar yang
digunakan ialah poster, video animasi dan menggunakan tanah liat yang
berbentuk orang yang sedang bersembahyang jemaah secara masbuq.
Pelbagai kaedah yang digunakan sewaktu mengajar berserta alat
bantu mengajar yang berbagai-bagai yang boleh membantu murid. Usaha
sebegini amat baik dan hendaklah diteruskan oleh semua guru-guru ugama
agar pembelajaran lebih berkesan.
Secara keseluruhan, kedua-dua responden (pelajar) mengetahui masbuq.
Namun, tahap kefahaman mereka masih kurang kerana tidak banyak
pendedahan yang telah diberikan oleh guru-guru mereka.

10. Cadangan dan Saranan.


1) Pihak yang bertanggungjawab, seperti guru hendaklah memainkan
peranan yang penting dalam mengendalikan permasaalahan ini. Perkara
pertama yang perlu dibuat ialah membuat satu aktiviti disekolah-sekolah
bertujuan untuk menghalusi lagi solat secara berjemaah sama ada masbuq
dan muafiq. Dalam aktiviti tersebut guru boleh membentuk kumpulan kecil
diantara murid-murid, dan setiap kumpulan tersebut mestilah ada seorang
guru yang betul-betul mahir dalam masbuq dan berjemaah untuk
menunjuk ajar murid-murid itu dengan lebih teliti lagi.
Dalam pengisian aktiviti tersebut, murid-murid akan diberi lebih masa
untuk melakukan solat berjemaah dan masbuq secara praktikal. Oleh yang
demikian, jika terdapat kesalahan dalam mengerjakannya, maka guru boleh
menegur kesilapan mereka secara terus, supaya murid-murid tidak
berterusan melakukan kesilapan.
15

2) Selain daripada pihak sekolah, pihak-pihak lain seperti imam-imam


seharusnya mengambil inisiatif untuk mengadakan satu kursus praktikal
atau

bengkel

bagi

menghalusi

berjemaah dan masbuq.

tatacara

sembahyang,

sembahyang

Bengkel ini boleh diadakan di Masjid-masjid, di

surau-surau dan sebagainya.


Di samping itu, bengkel ini juga boleh dibukakan kepada ibu-bapa muridmurid agar sama-sama dapat memahami dengan lebih mendalam lagi
tentang sembahyang termasuk masbuq ini, serta dapat meningkatkan
pengetahuan

tentang

hukum-hukum

mengenainya.

Ibu

bapa

juga

merupakan individu yang penting untuk mengajar anak-anak mereka


disamping para guru-guru.
3) Di samping itu, perlu ada inisiatif dari pihak kementerian Hal Ehwal
Ugama

untuk

berusaha

mengelakkan

masaalah

tidak

tahu

cara

mengerjakan masbuq dikalangan murid-murid sekolah, iaitu dengan cara


mengadakan satu ceramah khusus tentang masbuq ini kepada anak murid.
Ini merupakan satu kesinambungan usaha daripada pihak-pihak sekolah
ugama bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan murid-murid dan
guru-guru sekolah dalam bab masbuq.
Kaedah demonstrasi dan tunjuk cara juga perlu diadakan semasa sesi
ceramah itu berlangsung. Murid-murid dapat mengambil peluang untuk
menanyakan segala permasalahan yang timbul mengenai masbuq kepada
orang yang betul-betul mahir mengenai perkara masbuq itu.
4) Hal ini bukan hanya tertumpu kepada guru-guru sahaja dalam
menyelesaikan permasaalahan ini, malah tanggungjawab ini hendaklah
dipikul

bersama

oleh

semua

masyarakat

untuk

turut

memberikan

kerjasama dalam membetulkan atau menjelaskan semua permasalahan


16

yang timbul tidak kira sama ada masalah berpunca dari kanak-kanak
ataupun orang dewasa.
Sebagai contoh, jika seseorang itu melihat ada kanak-kanak melakukan
masbuq dengan cara yang salah, seperti tidak cukup rakaat tambahan atau
cara kedudukan seseorang itu salah; maka tidak salah untuk seseorang itu
menegurnya lalu membetulkan kesalahannya itu dengan cara yang baik.
Amalan endah tak endah atau sifat berkau aku adalah tidak baik dan
mestilah dijauhkan demi membantu kanak-kanak untuk menjadi orang
yang berilmu agama, kerana merekalah generasi yang akan memegang
tanggungjawab di dalam memelihara agama kita nanti.
5) Melalui media massa juga perlu berperanan di dalam hal ini sama ada
dengan membuat pengiklanan di televisyen, radio, internet, surat khabar
dan sebagainya khusus untuk masbuq. Ini bertujuan untuk menambah lagi
pengetahuan orang ramai mahupun kanak-kanak untuk membantu mereka
supaya mengetahui tentang masbuq ini. Oleh yang demikian tidak lagi ada
istilah tidak tahu dari kalangan masyarakat brunei amnya dan kanak-kanak
yang masih sekolah khasnya.
Namun, di Negara Brunei Darussalam sudahpun membuat berbagai-bagai
iklan mengenai bahaya rokok, dadah, malah pada baru-baru ini sudah ada
diiklankan mengenai Jenayah Hukum Syariah iaitu hudud. Di dalam
pengiklanan itu, pihak yang terbabit telah menerangkan serba sedikit
mengenai hukum hudud yang baru diadakan dinegara kita. Ini merupakan
salah satu usaha yang baik dan perlu diteruskan dari masa akan datang.
Semua ini untuk menyahut titah ketua negara kita untuk menjadikan
negara kita sebagai negara zikir dan masyarakat yang berilmu agama.

17

Bagi merealisasikannya, mungkin pihak-pihak tertentu boleh menerbitkan


satu program televisyen khas mengenai bab-bab ugama yang menyentuh
aspek cara melakukan solat, puasa, zakat dan sebagainya. Melalui surat
khabar pula, boleh diselitkan sedikit informasi mengenai solat berjemaah
khususnya masbuq; bagi mengenalkan kepada orang ramai.
Walaubagaimanapun, di negara kita sudah ada pihak-pihak yang berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat kita dengan ilmu agama dan
kita seharusnya berbangga dengan usaha tersebut.
6) Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga boleh menerbitkan
masbuq ini dalam bentuk cakera padat, bagi memudahkan murid-murid
untuk sentiasa mengulangi pembelajaran dengan menggunakan cakera
padat.
Ini akan dapat memudahkan para ibu-bapa untuk mengajar anak-anak
mereka dengan cara yang lebih selesa dan seronok dengan bantuan
animasi-animasi, lagu da sebagainya.
7) Pihak kerajaan juga hendaklah membekalkan para tenaga pengajar yang
berkesan iaitu yang berbekalkan ilmu agama yang mantap dan tahu cara
melaksanakan khususnya masbuq. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab
institusi-institusi ugama untuk berusaha dengan sedaya upaya untuk
melahirkan para guru agama yang berpengetahuan dan berpengalaman
dalam permasalahan agama.
Dengan latihan dan pengajaran yang betul dan bersistematik di peringkat
institusi tersebut mungkin dapat mencapai cita-cita tersebut.
8) Pihak Jabatan pengajian islam perlu mencari alternatif lain untuk
menyelesaikan masalah masa yang tidak mencukupi dalam pengajaran
18

guru terhadap anak murid mereka, yang mana setiap period hanya
diberikan masa sebanyak 25minit untuk mengajar. Mungkin jabatan
pengajian islam dapat bergabung dengan kementerian pendidikan untuk
membuat satu sukatan pelajaran yang selari. Dengan sukatan pelajaran
yang sama dan selari dalam kedua-dua buah sekolah rendah atau
menengah dengan sekolah ugama dapat memberikan peluang atau masa
yang lebih bagi pelajar-pelajar untuk memahami pembelajaran dengan cara
lebih mendalam. Di sekolah rendah atau menengah di bawah kementerian
pendidikan akan belajar pelajaran-pelajaran baharu, manakala di sekolah
ugama pula mereka akan mengulang atau menghalusi pembelajaran
tersebut.

11. Kesimpulan.
Secara

kesimpulannya,

pembelajaran

kanak-kanak

tidak

boleh

diberikan sepenuhnya kepada pihak sekolah semata-mata; bahkan para ibu


bapa patut memberikan kerja sama untuk memberikan ajaran terhadap
anak-anak mereka kerana ibu bapa dan keluargalah merupakan guru
pertama kepada kanak-kanak dan guru disekolah merupakan guru kedua
memandangkan masa yang diberikan untuk memberikan pendidikan
terhadap anak-anak kita amat terhad dan tidak mencukupi.
Masbuq ini perlu dikuasai bukan sahaja bagi para pelajar sekolah ugama
bahkan seluruh masyarakat islam di negara Brunei Darussalam. Apabila
kita lihat masyarakat kita masa kini, masih ada yang lemah dan tidak
mengetahui bagaimana untuk melakukan masbuq. Perkara ini tidak boleh
berlaku lagi dan mesti ada usaha yang patut dilakukan untuk membendung
masalah ini dari berlarutan ke generasi seterusnya.

19

Dengan

adanya

menyampaikan

bimbingan
pendidikan

dan
In

sha

penyusunan
Allah

yang

perubahan

baik

dalam

akan

dapat

dilaksanakan iaitu menjadikan masyarakat negara kita berilmu agama.

20

Anda mungkin juga menyukai