Anda di halaman 1dari 7

SOROTAN LITERATUR UNTUK ISU

Dilema disiplin bukan suatu dilema yang baru terjadi dalam era globalisasi sekarang,
tetapi ia sudah wujud sejak dahulu lagi. Namun, dilema ini masih sukar untuk
dibendung kerana ada beberapa faktor yang boleh dikenalpasti sebab terjadinya
dilema displin ini. Jadi penulis akan memanifestokan dua senario pelanggar disiplin
yang sering terjadi di Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dengan bersumberkan
data sekunder iaitu bahan rujukan yang sudah dicetak sama ada kajian literatur atau
kajian lepas yang bersesuaian dengan tajuk penulis.
1. Senario Disiplin Sekolah Di Negara Brunei Darussalam
a. Hajah Siti Aisah Haji Janaidi dalam penulisan kajian ilmiah beliau yang
bertajuk Masalah Disiplin Di Kalangan Mahasiswa Universiti Brunei
Darussalam (2001/2002)1.
Beliau memfokuskan kajian terhadap responden mahasiswa dan mahasiswi di
Universiti Brunei Darussalam tentang masalah perlanggaran disiplin yang kerap
dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi.

Di samping itu, beliau mendeskripsi

tentang sebab-sebab mahasiswi dan mahasiswa melakukan masalah disiplin dan cara
mengawalnya. Daripada hasil kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa jenis-jenis
masalah disiplin yang dilakukan pada keseluruhanya tidak bersifat ganas dan esktrim.
Antaranya ialah perlanggaran lambat masuk kelas, ponteng kuliah dan tutorial
serta melanggar peraturan etika berpakaian. Namun, masalah perlanggaran disiplin
ini berada di fasa yang sangat serius dan ia memerlukan pengawalan dan pemantauan
yang berterusan. Jadual 2.8 menunjukkan penyata kada peratus.

Jadual 1:
1
Hajah Siti Aisah Haji Janaidi, Kajian Ilmiah: Masalah Disiplin Di Kalangan Mahasisawa
Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam: Universiti Brunei Darussalam,
2001-2002, hlm: 87-100.

Penyataan Kadar peratus daripada tenaga pengajar dan mahasiswa dan


mahasiswi tentang pelanggaran masalah yang dibuat oleh mahasiswa dan
mahasiswi UBD
Kadar peratus yang dinyatakan oleh:
Jenis Perlanggaran
Tahun

Etika pakaian

Tidak datang kuliah dan tutorial

Merokok di kawasan kampus

Tenaga

Mahasiswa dan

pengajar
2002
50%

Mahasiswa
2001
68%

83.3%

84%

50%

74
16

Melawan atau mencabar pensyarah

16.7%

Meniru di waktu peperiksaan

16.7%

38

50%

58

Tidak membuat tugasan

Lambat atau lewat masuk kelas

100%

80

Berambut panjang

16.7%

56

Bersolek secara berlebihan

16.7%

38
12

Merosak harta benda

Terlibat dalam aktiviti jenayah

Terlibat dalam aktiviti dadah

Tidak menyatakan apa-apa

Sumber: Digubal oleh penulis berdasarkan kajian ilmiah Hajah Siti Aisah Haji Janaidi yang bertajuk Masalah
Disiplin Di Kalangan Mahasisawa Universiti Brunei Darussalam (2001/2002)

b. Fariyatul Azriah @ Siti Salvia Binti Latip yang bertajuk Tabiat merokok di
kalangan mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Tahun 3 dan Tahun
4: Kajian mengenai penguasaan ilmu dan kesan terhadap rokok, (2009/2013).
Beliau mengkaji tabiat merokok di kalangan mahasiswa Kolej Universiti Perguruan
Ugama Tahun 3 dan tahun 4. Kajian ini mengenai penguasaan ilmu dan kesan
terhadap rokok. Responden kajian terdiri daripada mahasiswa pra-perkhidmatan dan
mahasiswa latihan dalam perkhidmatan.

Hasil dapatan, pengkaji mendapati

sebilangan mahasiswa-mahasiswa di kalangan laatihan dalam perkhidmatan tidak


mampu untuk menghentikan tabiat merokok sedangkan mereka adalah terdiri dari
orang yang arif tentang hukum hakam yang disyariatkan. Rujuk jadual 2 di bawah.

Jadual 2:
Bilangan responden dan peratus mengikuti keterlibatan
responden dalam aktiviti merokok.

Jumlah

Responden

Bilangan &
Peratus

Responden

Bilangan &
Peratus

44 orang

Perokok

23 orang
(52%)

Tidak merokok

21 orang (48%)

Merokok lebih tiga batang sehari.


17 orang (74%)
Kurang dari tiga batang sehari
6 orang (26%)
Perokok tegar
15 orang (65%)
(merokok dua kotak sehari).
23 orang
Bukan perokok tegar
8 orang (35%)
(kurang merokok dua kotak sehari).
Sumber: Digubal oleh pengkaji berdasarkan kajian ilmiah Fariyatul Azriah @ Siti Salvia Binti Latip yang bertajuk
Tabiat merokok di kalangan mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Tahun 3 dan Tahun 4: Kajian mengenai
penguasaan ilmu dan kesan terhadap rokok, (2009/2013).
23 orang

Berdasarkan analisis dalam jadual 2 di atas, didapati bahawa statistik bilangan dan
peratusan responden yang terlibat dalam aktiviti merokok, majoriti mahasiswa kajian
terlibat dalam aktiviti merokok adalah seramai 23 orang (52%) manakala responden
yang tidak terlibat dalam aktiviti merokok adalah 21 orang (48%). Purata statistik
menunjukkan lebih separuh responden terlibat dengan aktiviti merokok. Di samping
itu, mahasiswa ini terbabit merokok lebih dari tiga batang rokok ke atas adalah
sebanyak 74 % iaitu 17 orang dan di antara mereka ini juga dikategorikan sebagai
perokok tegar kerana sebanyak 65% iaitu 15 orang reponden menyatakan tidak
terkesan jika merokok dua kotak sehari.
c. Isu Gejala Merokok di Kalangan Pelajar pada Masa Kini (Satu Kajian: Di
Sekolah Menengah Perdana Wazir, Daerah Belait) oleh Hajah Sarinah binti
Haji Jair.2
Dalam penulisan kajian ilmiah ini ialah tentang isu gejala merokok di kalangan
pelajar khusus pelajar yang belajar di sekolah Menengah Perdana Wazir, daerah
Belait.

Hasil dapatan beliau melalui borang kaji selidik menunjukkan bahawa

bilangan perokok adalah daripada lelaki dan tidak ada responden perokok di kalangan
perempuan. Responden yang menjawab kajian ini terdiri daripada pelajar berumur 12
hingga 17 tahun. Berdasarkan kajian ini, responden perokok yang tertinggi adalah di
kalangan pelajar yang berumur 16 tahun hingga 17 tahun iaitu 60% dan yang paling
minimum ialah umur 12-13 tahun iaitu 7.5%.
2
Hajah Sarinah Binti Haji Jair, Isu Gejala Merokok di Kalangan Pelajar pada Masa
Kini(Satu Kajian: Di Sekolah Menengah Perdana Wazir, Daerah Belait) dalam Latihan Ilmiah:
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah, Negara Brunei Darussalam: KUPU SB.

d. Masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah menyebabkan kemerosotan


pembelajaran: satu kes kajian di Sekolah Menengah Sultan Muhammad
Jamalul Alam (SMJA) oleh Amalina binti Asmat.3
Dalam penulisan kajian ilmiah ini beliau memfokuskan tentang masalah disiplin
pelajar dalam bilik darjah menyebabkan kemerosotan pembelajaran: satu kes kajian di
SMJA. Dari hasil kajian ini , terdapat lima masalah disiplin dalam bilik darjah yang
berlaku di SMJA iaitu ponteng kelas, lewat datang, membuat bising dalam bilik
darjah, tidak menghantar kerja sekolah dan tidur dalam bilik darjah. Antara faktor
masalah disiplin daripada bilik darjah ini adalah berpunca dari pelajar itu sendiri, ibu
bapa, guru dan juga rakan sebaya. Setelah dianalisis menunjukkan bahwa masalah
disiplin dalam bilik darjah ini memang mempengaruhi kemerosotan pembelajaran
pelajar.
e. Discipline Problems In School: Ways of Addressing Them From
Administrative Point Of Views oleh Awang Haji Abdul Rahim bin Haji
Taha.4
Dalam kajian ini, pengkaji di atas menitikberatkan kepada pelajar-pelajar darjah
empat, lima dan enam di sekolah Rendah Anggerek Desa, Brunei II di daerah Brunei
dan Muara. Berdasarkan kajian beliau, masalah disiplin yang dilakukan para pelajar
di sekolah berikut ialah membuat bising; lepak; pemugut; tidak memahami arahan;
bersikap tidak hormat; lambat masuk kelas tanpa sebarang alasan dan membuang
sampah di bilik darjah atau di kawasan sekolah. Beliau menyatakan ada beberapa
faktor penyebab para pelajar ini melakukan dilema disiplin ini, antaranya ialah kurang

Amalina Binti Asmat, Masalah Disiplin Pelajar Dalam Bilik Darjah Menyebabkan Kemerosotan
Pembelajaran: Satu Kes Kajian Di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA)
dalam Latihan Ilmiah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah, Negara Brunei
Darussalam: KUPU SB, hlm: 52-83.

Awang Haji Abdul Rahim bin Haji Taha, Discipline Problems In School: Ways of Addressing
Them From Administrative Point Of Views dalam Latihan Ilmiah: Department of Education
Managment, Master of Education, Negara Brunei Darussalam: Sultan Hassanal Bolkiah Institute
of Education, UBD, 1998, hlm: 6-9.

pengajaran moral; pengaruh rakan sebaya; masalah keluarga; kurang perhatian ibu
bapa; perpecahan keluarga; dan pengaruh media massa.
f. Menangani Masalah Disiplin di Sekolah Menengah Arab Di Negara Brunei
Darussalam : satu Kajian oleh Siti Sahirah Binti Sahali.5
Kajian ini dijalankan terhadap tiga buah sekolah menengah Arab iaitu Sekolah
Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah, Sekolah Ugama Arab Menengah
Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan sekolah Mahad. Dalam kajian ini,
sasaran kajian ialah pelajar tahun 9 hingga 10. Hasil kajian ini, mendapati masalah
perlanggaran disiplin yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar asrama ialah tidak
bersolat jemaah.

Iaitu seramai 14 orang pelajar asrama tidak bersolat jemaah.

Manakala, bagi pelajar yang tidak tinggal di asrama juga mula melakukan masalah
perlanggaran disiplin seperti merokok di kalangan pelajar ialah seramai 6 orang. Di
samping itu, beliau juga mendapati ada 8 orang yang berambut panjang (sebagai
kesalahan ringan).
g. Masalah Jenayah Sosial di Kalangan Remaja Perempuan: Kes Kajian Di
Negara Brunei Darussalam oleh Dyg Azizah Binti Hidup.6
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kadar jenayah di kalangan remaja pempuan
khusus di Negara Brunei Darussalam. Konsep remaja perempuan bagi kajian ini
adalah remaja yang berumur antara 12 hingga 25 tahun. Walaupun kegiatan jenayah
di negara ini masih lagi didominasi oleh golongan remaja lelaki (86.6% = 2945
orang), dan kegiatan jenayah di kalangan remaja perempuan (13.2% = 447 orang)
masih di tahap terkawal namun perbuatan jenayah jika tidak dibendung boleh
menyebabkan keamanan dan kestabilan masyarakat, bangsa dan negara binasa. Dari
kajian mendapati faktor yang mendorong remaja perempuan terlibat dalam pelbagai
jenayah di negara ini adalah berpunca daripada permasalahan yang timbul disebabkan
5

Siti Sahirah Binti Sahali, Menangani Masalah Disiplin di Sekolah Menengah Arab Di Negara
Brunei Darussalam : satu Kajian dalam Latihan Ilmiah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Ugama Syariah, Negara Brunei Darussalam: KUPU SB.

Dayang Azizah Binti Hidup, Kajian Ilmiah: Masalah Jenayah Di Kalangan Remaja
Perempuan,
Kes Kajian Di Negara Brunei Darussalam , Negara Brunei Darussalam, 2005-2006,
hlm: 96-118

maasalah keluarga, pengaruh kawan dan kemahuan sendiri. Gejala jenayah yang
kerap berlaku di kalangan remaja perempuan adalah jenayah penyalahgunaan dadah,
mencuri, pecah rumah dan curi, mendatangkan kecederaan ringan, remaja lari dari
rumah, seks bebas dan minum minuman keras. Kelompok remaja perempuan yang
banyak melakukan jenayah adalah remaja yang berumur antara 16 hingga 25 tahun.
2.5.1

Senario Disiplin Sekolah Di Malaysia

Menurut Zakiyah Jamaluddin (2012), pada awal 1980-an masalah sosial remaja
dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi dunia yang membawa kepada peningkatan
kadar pengangguran dan kemiskinan masyarakat. Fenomena melepak menjadi
masalah sosial negara dan menarik perhatian kerajaan untuk bertindak tegas terhadap
remaja yang terbabit. 7
Seterusnya menurut beliau pada 07hb. April 2004, polis telah menyenaraikan 200
buah sekolah berikutan penglibatan seratus ribu orang murid yang terlibat dengan
pelbagai kes disiplin termasuk jenayah. Sebenarnya, masalah disiplin pelajar di tahap
yang amat membimbangkan. Walaupun pada hakikatnya, semua sekolah masih di
dalam kondisi selamat tetapi salah laku pelajar di sekolah perlu dipandang serius oleh
pelbagai pihak sama ada pendidik, ibu bapa, dan ahli masyarakat. 8
Hal ini kerana, pengaruh sosial yang datang dari pelbagai sudut dan aspek, seperti
dari kawan-kawan dan teman, dari sebaran Am dan media masa, buku-buku, majalah,
akhbar, radio, televisyen dan lain-lain boleh menyebabkan aqidah para Muslim
melencong dari landasan asal. Hal ini disokong dalam pendapat Brown dan Adler
(1998), faktor sosial yang mempengaruhi perkembangan remaja termasuklah status
sosioekonomi dan kualiti kejiranan.
Menurut Zakiyah Jamaluddin (2012), kebiasaannya ada pelbagai faktor penyebab
dikaitkan dengan masalah sosial remaja, antaranya keruntuhan institusi kekeluargaan,
proses pembangunan fizikal yang pesat yang tidak sejajar dengan pembangunan moral
7

Zakiyah Jamaluddin, Remaja dan Kawalan Sosial Informal dalam Siri Monograf kerja sosial,
Kedah Malaysia: Universiti Utara Malaysia, 2012.

Utusan Malaysia, 8hb. April 2004.

dan kerohanian, serta pengaruh rakan sebaya. Pengaruh sosial ini dikatakan boleh
menyebabkan manusia menjadi buta dan sesat terumbang-ambing di celah-celah
keseronokan hidup dan kemewahan dunia, tanpa menilai lagi persoalan agama dan
batas halal haram.
Mereka meletakkan ajaran agama itu di belakang telinga dan di bawah telapak
kaki mereka. Kegagalan integerasi sosial boleh memberi kesan yang buruk bukan
sahaja pada komuniti bahkan boleh menjejaskan negara. Jenayah dan salah laku
berpunca daripada tiada pengawalan kejiranan yang sering kali terhasil daripada
ketiadaan mekanisme kawalan formal dan informal bagi mengawasi tingkah laku
remaja.
Menurut Samson et.al (1997), hal ini sebenarnya, hubungan kejiranan dapat
membentuk norma-norma yang memberikan panduan kepada nilai-nilai dan tingkah
laku individu. Hubungan kejiranan yang akrab menyebabkan individu dalam
komuniti bersikap saling mempercayai, berkongsi nilai yang sama dan boleh
diharapkan untuk mengawasi aktiviti-aktiviti remaja dalam komuniti mereka.9

Samson, R.J., Raudenbush, S.W., & Earls, F. (1997), Neighborhoods and violent crime: A
Multilevel Study of Collective Efficacy. Science, 277(15), hlm: 918-924.

Anda mungkin juga menyukai