Anda di halaman 1dari 2

Analisis kesan hijrah Rasulullah ke atas kehidupan diri anda.

Terdapat banyak kesan hijrah Rasulullah terhadap diri saya. Antaranya, kesan ini
memberikan iktibar tentang sifat kesabaran. Rasulullah telah menghadapi pelbagai dugaan
sebelum, semasa, dan selepas perjalanan hijrah namun baginda tetap teguh untuk berhijrah
agar usaha dakwah diteruskan ke negeri Madinah. Perjalanan dari Mekah untuk ke Madinah
perlu mengambil masa yang agak lama dan memakan masa berhari-hari. Melalui kisah ini,
dapatlah saya mengambil iktibar bahawa kita memupuk sifat sabar dalam menyebarkan
agama Allah. Orang yang beriman akan sentiasa diberi ujian oleh Allah. Oleh yang
demikian, saya sentiasa mengambil peristiwa hijrah Rasulullah untuk meningkatkan lagi
tahap keimanan serta menyebarkan agama Islam kepada sahabat-sahabat yang lain.

Selain itu, kesan hijrah ke atas diri saya ialah hidup bermasyarakat dengan sistem
sosial yang lebih baik. Hal ini demikian kerana Islam amat menekankan tentang menjaga
kebajikan saudara sesame umat muslimin. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah amat
melarang dan menegah tindakan dan aktiviti yang mampu menindas antara satu sama lain.
Tambahan pula, hijrah rasulullah telah mengubah corak kehidupan masyarakat Madinah
yang lebih mementingkan diri serta hidup secara berkabilah yang lebih dikenali sebagai
semangat Assobiyah. Jika sifat ini sentiasa diamalkan, masyarakat mampu membentuk
ummah yang kuat melalui amalan hidup bermasyarakat yang adil tanpa penindasan. Oleh
yang demikian, saya kerap menjaga hubungan sesama saudara seislam dalam masyarakat.

Di samping itu, hijrah Rasulullah telah mengajarkan saya tentang sifat berani. Sifat
berani ini termasuklah berani untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik dan berani untuk
menyebarkan agama Islam kepada umat manusia. Perkara yang paling jelas tampak dari
peristiwa Rasulullah ini ialah apabila baginda berani melakukan sesuatu perkara yang
disuruh dan dituntut oleh Allah. Situasi ini perlu ditekankan dalam diri setiap muslimin untuk
tidak memikirkan hal-hal yang akan terjadi sekiranya kita berubah kerana Allah akan
sentiasa memberkati hambanya yang mengejar akhirat. Hijrah Rasulullah juga menuntut
muslimin untuk berjihad bagi tingkatkan lagi mutu ummah. Oleh yang demikian, saya
semakin berani untuk keluar di jalan Allah selepas menghayati kisah penghijrahan
Rasulullah.

Akhir sekali, peristiwa hijrah telah meningkatkan lagi tahap ketaqwaan saya kepada
Allah. Dapat dilihat Rasulullah sentiasa menekankan kepentingan untuk menunaikan solat
secara berjemaah. Hal ini disebabkan oleh sesiapa yang mengerjakan solat secara
berjemaah akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Seterusnya, baginda sentiasa
mengajarkan kepada umat Islam untuk meniatkan segala perbuatan kepada Allah. Melalui
perlakuan tersebut, segala perkara yang dilakukan akan terlindung daripada perkara yang
tidak baik dan akan diredai oleh Allah. Oleh yang demikian, saya kerap melatih diri untuk
meletakkan Allah mendahuli perkara lain dalam melakukan apa sahaja hal.

Kesimpulannya, Peristiwa hijrah pertama dilakukan Baginda SAW bersama sahabatnya,


Saidina Abu Bakar as-Siddiq meninggalkan banyak iktibar kepada umat Islam. Hijrah
Rasulullah SAW menuju destinasi baru, Kota Yathrib (Madinah) melalui pelbagai cabaran
termasuk dikejar dan diancam pihak musuh musyrikin Makkah. Namun Baginda nyata
seorang berjiwa besar yang tidak pernah gerun dengan apa saja halangan, sebaliknya
sentiasa bersedia dari awal mempersiapkan diri dengan taktik serta pelan penghijrahan
yang teratur. Pelan perancangan logistik, mental dan jiwa diadun dengan begitu mantap
berbekalkan ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, kita sebagai umat Islam masa kini perlu
melakukan penghijrahan minda dan jiwa. Hanya dengan berhijrah kembali kepada nilai
Islam, kita mampu ‘menjemput’ berkat dan pertolongan Allah untuk agama, bangsa dan
negara.

Anda mungkin juga menyukai