Anda di halaman 1dari 16

isi pidato guru

Pelajar cemerlang menjadi idaman setiap sekolah. Lantaran itu, guru menjadi golongan penting
yang boleh mendidik generasi muda ini menjadi lebih baik.

Jelaskan.

Guru bolehlah dilabelkan sebagai golongan manusia yang berperanan untuk mendidik generasi
masa depan. Antara kerjaya yang sering dikaitkan dengan aspek pendidikan meliputi guru
sekolah, pensyarah, dan guru tadika. Media massa ada juga membuat beberapa program yang
menyentuh masalah yang dihadapi oleh guru dan cara-cara untuk mengatasi cabaran tersebut
dengan panjang lebar. Namun, guru mempunyai peranan yang besar dalam melahirkan satu
generasi pelajar yang cemerlang.

Tugas utama guru ialah mereka menjadi orang pertama yang menyalurkan ilmu pengetahuan
kepada pelajar di sekolah. Pihak guru telah diberi latihan untuk memastikan mereka berupaya
untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu yang diperlukan mengikut tahap umur dan peperiksaan
yang dihadapi itu. Setiap guru hendaklah meneroka teknik pembelajaran yang bersesuaian
dengan pelajar mereka untuk memastikan semuanya memahami ilmu yang diberikan itu.
Sesungguhnya, peranan guru adalah untuk mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat dan
pilih kasih.

Malah, golongan pendidikan ini juga berperanan untuk memberikan kasih sayang kepada pelajar
mereka. Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah disebabkan oleh diri mereka kekurangan
kasih sayang terutama daripada ibu bapa mereka yang sibuk bekerja itu. Guru yang bijak ialah
mereka yang boleh memberikan kasih sayang ini kepada pelajar mereka lalu golongan muda ini
berasa diri mereka dihargai dan tidak terbabit dalam gejala negatif pula. Jelaslah, kasih sayang
yang diluahkan oleh pihak guru ini boleh menghalang pelajar kita daripada terbabit dalam kgiatan
yang tidak sihat pula.

Selain itu, pelajar sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang
dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idola oleh
seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru seperti ini berupaya untuk memberikan mereka
semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi seorang insan yang berguna di dunia ini sama
seperti guru mereka itu. Bayangkan jika semua pelajar kita menggunakan guru mereka sebagai
sumber inspirasi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini?

Akhirnya sekali, guru juga berperanan sebagai golongan yang memberikan nasihat berguna
kepada pelajar. Sebagai lapisan masyarakat yang sudah lama mengharungi kehidupan, guru
boleh memberikan maklumat tentang erti kehidupan yang penuh cabaran ini. Semua nasihat yang
diberikan itu pasti berguna buat pelajar yang sedang bergelora menongkah arus kehidupan yang
penuh cabaran terutama tekanan peperiksaan yang meruncing itu. Lantaran itu, tugas memberi
nasihat ini menjadikan guru golongan terpenting dalam kehidupan masyarakat pelajar kita.

Kesimpulannya, semua peranan guru tadi sudah diketahui umum tetapi masih banyak yang perlu
dilakukan oleh pihak pendidik kita itu. Mereka hendaklah bekerjasama dengan pihak kerajaan
untuk memahirkan diri dengan pelbagai teknik pembelajaran terbaru supaya pelajaran mereka
lebih senang difahami oleh pelajar. Pada masa yang sama, pelajar hendaklah memberikan
kerjasama yang baik kepada guru ketika mereka berada di kawasan sekolah pula. Bak kata orang
tua-tua "usaha tangga kejayaan" memberikan kita satu peringatan bahawa kejayaan dalam
sebarang bidang memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkannya.
Posted by Noor Azman Mahat at 12:28:00 AM

guru ikon

1
Puan Noorhafizah nama diberi, Guru kelas Cerdik Bijak bestari, Menjadi ikon
inspirasi cerminan diri, Membakar dirinya demi murid yang disayangi. Sanggup
berkorban mendidik kami, Memberi ilmu membimbing kami, Sikapnya ramah, teletah
comel , berjalan laju, pasti menggamit hati, Dia guru pencetus inovasi dan proaktiviti.
Bangga menjadi muridnya sudah pasti, Tiada galang ganti sepertinya lagi, Guruku
yang baik , cemerlang, dan kreativiti, Takkan dapat ku balas jasamu cikgu kami,
Harap guruku tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McD ini. Mengharap terpilih
dan rezekinya nanti, Menjadi pembakar semangat kami, Kekal selamanya dalam
ingatanku ini, Moga kejayaan sentiasa diperolehi, Buat Guruku penjana
kecemerlangan diri, Ku ungkap Terima kasih tiada bertepi, Untukmu Cikgu
kesayangan Kami. Semoga kebahagiaan kekal bersemi, Kenangan terpahat tiada
nokhtah mati.

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab guru sebagai pendidik, pembimbing dan


pembentuk akhlak murid tidak akan terhenti sampai bila-bila.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata namun, guru pada
masa kini berdepan cabaran yang lebih hebat susulan perkembangan
teknologi, pendedahan yang lebih luas dalam kalangan murid dan harapan
ibu bapa yang berbeza membawa kepada perlunya pendekatan yang lebih
dinamik.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin guru tetap akan boleh memainkan


peranan dengan berkesan dan Kementerian Pendidikan akan sentiasa
menyokong usaha mereka.

"Tema Hari Guru tahun ini adalah amat tepat dan sesuai kerana ia
menggambarkan peranan guru yang cukup penting tanpa mengira waktu atau
zaman.

"Sebelum ini saya pernah menyebut kepentingan formula A2 (akademik dan


akhlak) iaitu mencapai keseimbangan dari segi akademik dan akhlak demi
mencapai kecemerlangan dalam kalangan pelajar.

"Saya percaya bahawa gurulah yang memainkan peranan dalam membawa


kepada keseimbangan demi merealisasikan kecemerlangan itu," katanya.

2
Kerjaya yang suci dan mulia

Kemuncak sambutan Hari Guru tahun ini akan diadakan Dewan Wawasan,
Jitra, Kedah yang akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, pada Sabtu ini.

Idris berkata, beliau sentiasa mengatakan bahawa guru adalah kerjaya yang
suci dan mulia kerana mereka ibarat pelukis dan anak muridnya umpama kain
putih yang bakal dicorakkan dengan ilmu dan akhlak melalui didikan yang
diberi.

"Mungkin inilah sebabnya saya tertarik hati dan ditakdirkan berkahwin dengan
seorang guru.

"Ia memberi saya peluang secara dekat melihat bagaimana isteri saya
memainkan peranan sebagai guru dengan bersungguh-sungguh di sekolah
dan pada masa sama sebagai seorang ibu kepada lima orang cahaya mata
kami," katanya.

Berkongsi pengalaman menyambut hari guru sewaktu bergelar pelajar, Idris


berkata hari berkenaan memberi peluang kepada beliau dan rakan untuk
membuat acara persembahan kepada guru termasuk membaca sajak, puisi
dan menyanyi untuk mereka.

Katanya, walaupun setiap hari beliau dididik supaya menghormati dan


menyayangi guru, Hari Guru dianggap istimewa kerana hanya pada hari
berkenaan pelajar berpeluang menyambut guru secara khusus.

Main peranan besar

"Saya berasa seronok apabila dapat melihat guru menyanyi lagu tema Hari
Guru, membaca ikrar dan melakukan persembahan lain," katanya.

Idris berkata, Cikgu Ali atau turut dikenali sebagai Ali Uban, iaitu Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh di Terengganu, Cikgu Lau Hut Yee, guru
Sains dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak adalah dua
guru yang memainkan peranan besar kepadanya sewaktu bergelar pelajar.

3
Katanya, Cikgu Ali adalah insan yang mendorongnya untuk terus cemerlang
hingga ke sekolah berasrama penuh (SBP) STAR.

"Beliau juga rapat dengan keluarga saya dan mendorong mereka supaya
menyokong hasrat saya untuk ke SBP.

"Cikgu Lau Hut Yee pula mengajar dengan penuh komitmen, bersemangat
dan tanpa penat lelah. Kami masih berhubung dari semasa ke semasa dan
saya menjumpai beliau baru-baru ini ketika sambutan Tahun Baharu Cina,"
katanya.

PENDIDIKAN adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa


sistem pendidikan komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan
zaman, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap sebagai gagal dalam
melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya.

Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan


supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Lantas, bagi memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada 6 September 2013. Hasrat
PPPM adalah untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia
supaya selaras dan sejajar dengan perkembangan yang berlaku di negara
lain seterusnya dapat menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa.
Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat
dinafikan peranan guru adalah paling utama. Guru umpama berlian yang
memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu
bernilai.

Peranan guru mencabar

Hal demikian kerana guru adalah golongan yang berada di barisan hadapan.
Susulan itu, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar untuk
merealisasikan hasrat PPPM. Komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti
pendidikan adalah sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid
yang dihasilkan serta kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Bersandarkan kepada input inilah, maka guru memainkan peranan signifikan


untuk merealisasikan PPPM dalam tempoh pada tahun 2013 hingga tahun
4
2025. Jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan pendidik bagaimana guru
harus memainkan peranan untuk merealisasikan PPPM dalam memikul
amanah dan tugasan mereka.

Guru Berperanan Melonjakkan Kualiti Pendidikan Negara Ke Tahap Global.


Bagi merealisasikan PPPM, guru memainkan peranan untuk melonjakkan
kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Dalam konteks
merealisasikan hasrat PPPM ini, guru perlu memiliki satu wawasan yang
unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran
aras tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan
sekolah dan kemenjadian murid.

Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup
mencabar untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global.
Lantas, sekiranya anak didik ini mampu berdiri dan duduk sama rendah
dengan rakannya di negara lain di arena antarabangsa, maka guru terlebih
dulu perlu mencapai standard ke tahap global supaya ilmu yang dicurahkan
mengikut acuan dihasratkan dalam PPPM.

Oleh demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri sendiri dalam konteks
global kerana anak murid yang dididik pada hari ini adalah kejayaan atau
kegagalan modal insan yang akan dibentuk dalam PPPM nanti. Guru perlu
memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat
holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang
memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras
tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid.

Bagi mencapai tahap ini, guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan
pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan serta
keupayaan belajar berjaya diasah oleh guru kepada anak murid sebagai
persediaan mereka untuk menghadapi arus globalisasi. Kementerian
Pendidikan akan sentiasa berusaha dan bertanggungjawab menyediakan
kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk memastikan mereka
sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan
negara. Guru seharusnya tepuk dada tanya minda sama ada perlu
mengharungi gelombang transformasi ini dengan fikiran positif atau
sebaliknya. Jelaslah peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan
sistem pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa.

Guru perlu memiliki iltizam tinggi untuk menguasai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Memetik kata-kata Pendeta Za'aba yang menegaskan

5
bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan
manusia daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan
penghayatan ilmu perlu dimantapkan supaya kita kekal relevan dalam
persaingan menuju negara maju.

Guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk


mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan. Sehubungan itu,
Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di sekolah harus disambut dengan minda positif oleh
guru. Dalam PPPM, satu penanda aras dikenali sebagai Standard Teknologi
Pendidikan Kebangsaan (NETS) memerlukan semua guru di bilik darjah
mencapai standard iaitu memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran
serta kreativiti murid.

Selain itu, guru juga perlu mereka bentuk dan membangunkan pengalaman
pembelajaran serta pentaksiran era digital. Oleh yang demikian, guru perlu
mampu mempamerkan cara bekerja dan mengajar era digital. Dalam situasi
sama, guru juga perlu mempromosikan serta menjadi model masyarakat
digital yang bertanggungjawab. Selanjutnya, guru perlu membabitkan diri
dalam pembangunan dan kepemimpinan serta mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat.

Situasi ini menunjukkan komitmen Kementerian Pendidikan adalah tidak


berbelah bahagi dalam usaha mempersiapkan generasi muda dan guru ke
tahap global. Bagi memastikan guru menjadikan amalan terbaik dalam
pedagogi, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan satu perpustakaan
video pengajaran guru melalui Video e-Guru bagi membantu guru yang
memerlukan inspirasi untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran
mereka.

Guru perlu jadi suri teladan

Kementerian Pendidikan telah menyediakan segala akses itu, maka guru


perlulah bersedia membuka minda untuk menjadikan kemahiran ICT sebagai
amalan terbaik dalam pedagogi. Manakah mungkin ilmu boleh disalurkan
kepada anak murid jika sekiranya guru dangkal dan cetek mengenai medium
ilmu itu yang perlu disebarluaskan. Justeru, guru harus membuat refleksi
mengenai tahap kompetensi masing-masing supaya seiring dengan dasar
langit terbuka dunia masa kini.

6
Lebih daripada itu, guru perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai
dan perpaduan dalam kalangan murid seperti mana yang ada dalam hasrat
PPPM ini. Hasrat itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga
iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini tentunya menjadi
keutamaan untuk membangunkan murid secara holistik. Generasi hari ini
bakal mewarisi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran hebat dari
kemusnahan alam sekitar, impak globalisasi hinggalah kepada konflik
pembangunan.

Kita semua menyedari bahawa penghayatan nilai rohani adalah salah satu
tonggak utama dalam pendidikan. Sementara masyarakat ghairah mengejar
kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia
seharusnya tidak disisihkan. Berdasarkan PPPM, setiap murid menghabiskan
lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah semasa mereka
berusia 7 tahun hingga 17 tahun.

Dalam tempoh ini, sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai
dan pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus berperanan sebagai suri
teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka,
malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk
menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh
melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek
pembangunan sahsiah murid. Oleh yang demikian, guru perlu melihat
peranan ini bukan saja sebagai amanah untuk aset pembangunan negara,
malah juga turut disemai sebagai satu tanggungjawab kepada penciptaNya.

Persoalannya, apakah yang hendak dicapai daripada peranan guru untuk


anjakan transformasi ini? Sudah pastilah setiap murid yang meninggalkan
alam persekolahan adalah seorang warga global yang dipupuk oleh guru dan
institusi sekolah dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang
utuh. Selain itu, setiap murid yang menamatkan alam persekolahan bersedia
menjadi pemimpin bagi diri, keluarga, organisasi serta negara, seterusnya
bersaing di persada antarabangsa. Bagi menghasilkan acuan ini, guru
perlulah melihat betapa besarnya amanah yang harus dipikul oleh mereka
kerana generasi di hadapan kita hari ini, bakal melakarkan keberhasilan
negara dalam aspek landskap kepemimpinan negara dan sumbangannya di
arena antarabangsa.

Sayugia diingatkan bahawa PPPM adalah transformasi pendidikan negara


yang menjadi salah satu usaha untuk mencapai misi negara. PPPM akan
terus kaku dan terkunci sekiranya tidak berlaku anjakan paradigma pada

7
semua peringkat yang merangkumi pusat, negeri, daerah, sekolah, guru, ibu
bapa dan murid. Semua peringkat itu perlu memahami dengan teliti mengenai
hasrat Kementerian Pendidikan supaya tidak berlaku ketirisan maklumat dan
fungsi masing-masing.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh melalui transformasi bersepadu ke


atas setiap pihak berkepentingan, sudah pasti sistem pendidikan negara
mampu menangani cabaran yang sentiasa berubah pada abad ke-21.
Sesungguhnya, keghairahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
seharusnya menjadi slogan dan iltizam kepada warga guru kerana di bahu
mereka terletak anak-anak murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan
untuk bersaing di peringkat global. Mudah-mudahan hasrat murni sistem
pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan untuk
memastikan sistem pendidikan di negara kita menjadi antara yang gemilang
di dunia.

Penulis ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Sebut sahaja isu pendidikan, sudah tentu ramai yang mula berasa gelisah.
Ramai akan mengimbau kenangan dahulu ketika mutu pendidikan lebih hebat
dibandingkan dengan situasi di sekolah-sekolah kebangsaan kini.

Sungguhpun ada cabaran yang terpaksa didepani, tidak mustahil untuk


melonjakkan semula prestasi pendidikan. Daripada 10,000 sekolah di seluruh
pelosok negara, 128 dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Sekolah
berkenaan mencatatkan rekod akademik yang cemerlang, berjaya meraih
anugerah dalam dan luar negara, memanfaatkan jalinan kerjasama dengan
institusi pendidikan yang lain dan diterajui oleh personaliti berkeupayaan
tinggi.

Amalan sekolah berprestasi tinggi

Pada hakikatnya, tidak semua sekolah diiktiraf ini terletak di pusat bandar
yang mewah, malahan, ada antaranya terselit jauh di ceruk kampung. Sudah
tentu persoalan yang timbul ialah apakah petua yang diamalkan oleh sekolah
berprestasi tinggi ini?

8
Apa yang pasti, 128 sekolah ini tidak menjadikan faktor di bawah sebagai
alasan untuk menghalang mereka mencapai prestasi cemerlang:

1. Fasiliti sekolah bukan alasan. Kemudahan yang ada di sekolah ini tidak
banyak bezanya. Sungguhpun peralatan seperti komputer, papan putih digital
dan bangunan serba canggih mampu mengubah persekitaran pembelajaran,
ia bukanlah faktor penentu terhadap mutu pendidikan yang dicatatkan di
sekolah ini. Jelas, tiada kemudahan istimewa di sekolah cemerlang
berbanding dengan sekolah biasa, namun keputusan yang mereka capai
begitu memberangsangkan;

2. Kurikulum bukan alasan. Kurikulum kebangsaan sebenarnya sudah cukup


lengkap dan sedapat-dapatnya menjadi sasaran bagi semua sekolah. Dalam
kata lain, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah berprestasi tinggi ini sama
sahaja dengan sekolah biasa, tetapi keputusan diraih jauh berbeza dari aspek
kecemerlangan;

3. Menaikkan gaji guru bukan alasan. Gaji diperoleh oleh guru sekolah
kebangsaan sama dan diselaraskan di seluruh negara, namun, dedikasi
ditunjukkan oleh guru terhadap pelajar mereka di sekolah berprestasi tinggi
ternyata berbeza.

Saya melihat sendiri betapa beraninya segelintir pihak sekolah mengetepikan


kelaziman atau trend biasa lantas mereka bangkit menerobos segala cabaran
dan muncul juara. Saya tidak segan meminta perkongsian mereka agar
kaedah yang diterapkan dapat kita garapkan menjadi contoh untuk
dimanfaatkan oleh negara.

Tiga buah sekolah menjadi ilham perkongsian saya kali ini.

l Sekolah Sri KDU di Damansara, sebuah sekolah swasta, menggunakan


kurikulum kebangsaan. Pengetua Sri KDU, Datin Chan, begitu nekad
menjadikan sekolah itu sebagai sekolah terbaik di Malaysia. Petanda yang
membuktikan kejayaan dasar yang beliau amalkan ialah keputusan penilaian
PISA 2012 yang diadakan di 65 negara, termasuk Malaysia. Sri KDU telah
meraih pencapaian skor terbaik daripada 164 sekolah di seluruh negara yang
menjalani penilaian itu. Malah, skor yang mereka peroleh bagi subjek
9
Matematik, Sains dan Bacaan setanding dengan skor dicatat oleh Shanghai,
Singapura dan Korea Selatan pada tahap kebangsaan.

Rahsia mereka? Separuh hari saya luangkan bersama-sama Datin Chan


sambil meneliti panduan serta proses mengajar di sekolah ini. Akhirnya,
rahsia itu dapat saya singkap. Sekolah Sri KDU memfokuskan kemampuan
tenaga pengajar agar selari dengan kualiti yang terbaik.

Bahkan, pada akhir tahun, semua guru diminta menghadirkan diri di sekolah
selama 14 hari untuk membuat persiapan bagi tahun seterusnya, walaupun
waktu itu ialah cuti sekolah.

Selain itu, pihak guru diwajibkan mengajar menurut ketetapan kurikulum dan
patuh kepada kaedah yang sudah terbukti berkesan. Setiap hari, mereka
memaklumkan kepada ibu bapa mengenai bab yang diajar serta tugasan
rumah melalui e-mel atau pesanan ringkas. Setiap hari juga, pelajar wajib
menyiapkan kerja rumah mereka.

l Sekolah Rendah Ulu Lubai di kawasan pedalaman Sarawak juga adalah


sebuah contoh ketara. Kegigihan dan semangat kental yang diperlihatkan
oleh pengetuanya, Jaul anak Buyau dalam mendorong ibu bapa dan pelajar
untuk mentransformasikan sekolah itu berjaya mengangkat martabat sekolah
menjadi antara sekolah terbaik dalam negara sungguhpun infrastruktur
sekolah itu amat daif sekali. Ketiadaan fasiliti canggih langsung tidak
menghambat kejayaan pelajar di sekolah pedalaman ini.

Pengetua berjiwa waja

Minggu lalu, saya berpeluang melawat SK Taman Megah (SKTM) di Petaling


Jaya. Di bawah teraju pimpinan pengetuanya yang berjiwa waja, Ms Khoo,
pihak sekolah meraikan saya dengan persembahan sebutan korus, drama
muzika Ramayana, tarian Melayu serta kemahiran bercerita oleh pelajar
sekolah.

Sekiranya ditanya kelebihan SKTM, tanpa ragu-ragu saya mengatakan yang


keunikan SKTM ialah kesungguhan Ms Khoo dalam memastikan ibu bapa
turut serta dalam alam persekolahan anak mereka.
10
Setiap ibu bapa yang mengadu kepada beliau akan beliau dengar dan
berusaha mencari jalan penyelesaian. Istimewanya, Ms Khoo mencari
muafakat bersama-sama ibu bapa yang mengadu. Justeru, permasalahan itu
diselesaikan melalui bantuan tenaga ibu bapa. Tidak kiralah sama ada isu
kekurangan air atau litar pintas elektrik, Ms Khoo memanfaatkan pertemuan
untuk membina jalinan kerjasama dengan ibu bapa.

Pihak ibu bapa turut menyumbang dalam pembentukan sebuah struktur


program seni pentas dan menawarkan khidmat bakti mereka mengajar muzik,
tarian, bacaan puisi dan kesenian kepada pelajar sekolah. Bahkan, ketika
guru menjalani kursus di luar sekolah, golongan ibu dan ayah membantu
mengambil alih kelas. Jalinan PIBG di sekolah SKTM sangat erat dan mereka
bersama-sama bertekad mencapai kecemerlangan pelajar dalam apa cara
sekalipun.

Rumusan yang saya sarankan di sini ialah gabungan empat faktor penting
yang akan melonjakkan prestasi sesebuah sekolah:

l Pengetua. Menurut Ms Khoo, tidak pernah terlintas di hati beliau untuk


mengejar impian lain, kecuali berkhidmat di sekolahnya. Pokok pangkalnya
ialah komitmen pemimpin sekolah untuk menggalas kebertanggungjawaban
dan iltizam untuk membawa perubahan kepada sekolah.

l Guru. Tiada alasan yang boleh diterima jika guru tidak mengajar sepenuhnya
dalam kelas, dan guru tidak boleh berdolak-dalih dalam melaksanakan
kurikulum yang sudah ditetapkan.

l Ibu bapa. Pencapaian dan sahsiah pelajar tidak terletak di bahu guru
semata-mata. Ayah saya pengetua dan guru di sekolah saya ketika di
kampung. Beliau bukan hanya mengajar saya dalam kelas, malahan, di
rumah pun, beliau tetap menjalankan peranannya mendidik saya.

l Pelajar. Kesukaran pasti timbul sekiranya pelajar tiada keinginan untuk


belajar. Oleh itu, pengetua, guru dan ibu bapa wajar menumpukan perhatian
kepada pelajar. Harus diingat nama yang akan dijulang ialah nama pelajar itu.

11
Kumpulan pelajar SKTM berbakat dalam seni pentas.
Transformasi sekolah

Transformasi sebuah sekolah bermula dengan pengetua sekolah, namun,


amanah ini bukan dipikul oleh beliau seorang. Saat obor transformasi itu
dinyalakan oleh pengetua, lantas pihak guru, ibu bapa dan pelajar
bersungguh-sungguh menggalasnya, hanya kecemerlangan yang akan
menanti.

Jika saya diberi peluang, ingin saya mulakan sebuah pelan rintis dengan
menarik pengetua terbaik lalu digandingkan dengan guru mata pelajaran di
sekolah terbaik, kemudian saya tugaskan mereka semua di sekolah yang
paling lemah untuk tempoh enam bulan, sebagai contoh. Saya berani
bertaruh dalam masa enam bulan, pencapaian pelajar di sekolah itu akan naik
mendadak.

Citra kehidupan manusia mampu dirubah dengan obor transformasi dan ia


bermula di sekolah. Tiada jalan pintas untuk meraihnya, hanya gandingan
peranan setiap pihak yang dapat menjayakannya.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi


dan Pelaksanaan (Pemandu) dan juga Menteri di Jabatan Perdana
Menteri. Sebarang komen yang bersifat adil dan telus amat dialukan di
idrisjala@ pemandu.gov.my

Berita Berkaitan
UTRAJAYA - Keinginan melihat pelajar yang berada di kelas belakang
mencapai kecemerlangan menjadi inspirasi kepada seorang guru untuk
mencipta aplikasi pembelajaran subjek Agama Islam secara interaktif.

Itulah penguat semangat Guru Maahad Al-Ehya Al-Karim di Tanjung Bidara,


Melaka, Jasmi Amin, 39, yang berjaya dinobatkan sebagai Ikon Guru Inovatif
Kebangsaan 2018.

12
"Sebagai satu-satunya guru agama lelaki di sekolah ini, saya diberikan
tanggungjawab untuk mengajar pelajar yang berada di kelas belakang.

"Bagi saya cabaran untuk memastikan pelajar-palajar ini memahami apa yang
diajar dengan cara yang lebih seronok dan mudah mendorong saya mencipta
pelbagai aplikasi pembelajaran interaktif," katanya ketika ditemui pada Majlis
Malam Apresiasi Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai


RM10,000 dan sijil penyertaan.

Menurut Jasmi, antara aplikasi interaktif yang diciptanya termasuk Pintar Haji,
Global Zakat Game, Eksplorasi Jom Solat , Eksplorasi Pintar Haji dan Buku
AR (Augmented Reality) Cakna Solat yang boleh dimuat turun secara
percuma.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamer Azmin Ali dalam
ucapannya ketika merasmikan majlis tersebut berkata, pendidikan bukan
sekadar menimba ilmu sebaliknya iaproses memupuk jati diri, menyubur nilai
moral dan meletakkan asas pembinaan tamadun.

"Peranan guru penting kerana warga pendidik adalah ejen perubahan efektif
dalam melahirkan bangsa yang berjiwa merdeka dengan akhlak mulia serta
ghairah untuk mencapai kecemerlangan.

"Selain itu, Malaysia juga mampu muncul sekali lagi sebagai negara yang
setanding dengan negara lain di dunia kerana kita sarat dengan bakat
ketrampilan untuk membawa negara ini ke mercu kecemerlangan," katanya. -
K! ONLINE

Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama
mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai
yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah
swasta dan sekolah-sekolah elit.

Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan
oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United
Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran.
Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3

13
pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina
memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".

Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu
Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti
yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.

Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery &
Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang
paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian
tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang
beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai
pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc. Disini kita dapat mengetahui bagaimana seseorang
itu menjadi cemerlang dalam hidupnya.

Daripada pembacaan diatas dapatlah kita simpulkan,dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak
membuatkan seseorang itu berjaya dan usaha yang dilipat gandakan. kejayaan tokoh diatas mestilah
dijadikan sumber atau pendorong dalam memastikan kejayaan milik kita.

Sempena Hari Guru kali ni, OHBULAN! ada berita baik untuk korang daripada McDonald’s
Malaysia! Kalau korang nak tahu, McDonald’s dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) kini sedang menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 bermula
daripada 1 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019.

barat lilin menerangi gelita, begitulah pengorbanan seorang guru. Jasa dan budi
mereka tidak dapat dihitung serta dinilai dengan wang ringgit atau dibalas
dengan apa sahaja. Malah di zaman milenial ini, peranan guru hari ini tidak
hanya sebagai golongan pendidik mengajar subjek tertentu dalam pendidikan
tetapi menjadi pembimbing serta pembentuk personaliti murid. Itulah peranan
yang dipegang Wan Mohd Khairi, salah seorang guru yang sudah lama menabur
bakti mendidik anak-anak muridnya menjadi bangsa berguna. Yang menariknya,
dek personaliti, rupa serta pembawaan dirinya yang sentiasa dilihat tampil
kemas, segak bergaya, Wan Mohd Khairi bukan saja terkenal di laman
sekolahnya, namun di laman-laman sosial sehinggakan dirinya dilabelkan antara
guru paling kacak di Malaysia. Lantas, ibarat selebriti Wan Mohd Khairi sering
kali dipanggil untuk ditemubual di dalam rancangan stesen-stesen tv dan radio
tempatan. Malah, laman sosialnya turut dihujani dengan ratusan komen memuji

14
dirinya yang dilihat sentiasa tampil bergaya walaupun kerjaya guru dilihat ada
tekanannya yang tersendiri.

Menurut teori Howard Gardner manusia mempunyai sembilan kecerdasan


pelbagai jadi kenapa harus saya tertekan jika murid tak dapat menerusi satu
bidang. Tahun kedua saya diberi amanah untuk menjadi warden asrama. Dari
situ saya menggunakan kelebihan mereka iaitu menyanyi dan menari. Saya dan
pihak pentadbiran merencanakan pelbagai program, dan setiap nama program
harus gempak, canggih dan trending seperti yang ada di kaca TV. Contohnya,
Jelajah Kampung Fear Factor Satakianz, Konsert Kpop Star, Candle Light
Dinner, Satakianz Idol. Program-program ini sama seperti makan malam,
sambutan hari jadi, pertandingan nyanyian dan program masuk kampung namun
ianya diubah menjadi urban dan segar. Dengan kekuatan itu, maka tertubuhlah
kelab muzik dan kebudayaan “Satakianz Entertainment Crew” pada 2013 dan
kelab ini telah pun membuat pelbagai persembahan rasmi kerajaan dan yang
terkini ialah persembahan sempena Majlis Pengisytiharan Tahun Melawat
Pahang 2017 baru baru ini. Satu penghormatan kerana memilih murid kami
dalam acara yang disempurnakan oleh Pemangku Sultan Pahang. Begitu juga
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid-murid mudah
menerima dan melalui aktiviti ini, peningkatan kehadiran ke sekolah dapat
dicapai, pendidikan itu bermula dari awal dan berterusan.

GLAM LELAKI: Sebagai seorang guru, pasti tertekan apabila berhadapan


dengan murid-murid bukan? Bagaimana agaknya awak mengekalkan diri
untuk bertenang, tampak sentiasa ceria dan segak? Boleh kongsikan?

Tidak dinafikan kerjaya guru ini banyak cabaran dan ia boleh buat kita tertekan
jika kita tidak berjaya menguruskan masa. Bila gagal dalam pengurusan masa, ia
akan terkesan kepada lambakan kerja yang banyak dan impaknya boleh
membuatkan kita stres. Anak murid saya tidak mendatangkan tekanan kerana
mereka sangat lucu, comel dan buat hati kita sentiasa nak ke sekolah. Tetapi
stres itu datang bila kerja-kerja pengkeranian tak dapat diselesaikan dengan
baik. Bagi saya, personaliti dan penampilan itu perlu bertaraf artis atau ikon
fesyen. Tak kiralah waktu stres atau pun tidak. Terma ini hanya untuk panduan
diri sendiri bagi memotivasikan diri supaya sentiasa kelihatan menarik. Guru
perlu bergaya kerana guru adalah role model kepada anak murid. Rahsia

15
nampak cool? Stay humble, go gorgeous! Bergaya? Selagi tidak melanggar etika
penampilan sebagai seorang penjawat awam, banyak cara nak bergaya dan
nampak menarik.

GURU : Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam
semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan
pendidikan neqara.

1.2. PENCETUS : Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau
mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam
usaha melahirkan generasi intelek.

1.3. KREATIVITI : Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses
pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

Tema hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovatif adalah
selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu
berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan
seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.

2.2 Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya
agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif
dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal
ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.

2.3 Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif
dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas
dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu
bertaraf dunia.

2.4 Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi


pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam
persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang
kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman
pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu
meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan
persekitaran kehidupan sebenar.

2.5 Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir
dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang
intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan
memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.

p/s - sama-sama kita mengluarbiasakan sesuatu yang biasa ..

16

Anda mungkin juga menyukai