Anda di halaman 1dari 5

Ciri keperibadian

Guru merupakan antara orang yang penting dalam pembentukan


diri seseorang murid selain ibu bapa dan murid merupakan
pemimpin masa hadapan. Maka, guru perlu menerapkan
keperibadian murni dalam diri untuk memikul tugas yang mulia
ini. Ciri-ciri yang harus diterapkan dalam diri seseorang
guru ialah:-

Sabar
Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang
boleh mengawal emosi diri. Guru ini tidak mudah marah ataupun
geram dalam apa jua keadaan pun. Seseorang guru yang
mempunyai kesabaran diri yang tinggi dapat mengelakkan
perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Kepimpinan

Guru merupakan pemimpin kepada murid. Oleh itu, seseorang


guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan supaya murid-muridnya
mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Dengan sifat
kepimpinan ini, segala pembelajaran akan berjalan dengan
berkesan dan efektif.

Ciri keperibadian sebelum jadi guru


Seseorang bakal guru harus mempunyai sifat dan kualiti
profesional supaya dapat menjalankan tugas dengan
berkesan. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan
berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
profesional seperti:-

Kemahiran Bertutur

Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada


kemahiran bertutur. Guru yang menguasai kemahiran
bertutur dapat menyampaikan pelajaran dengan
menggunakan bahasa yang difahami oleh muridnya. Oleh
yang demikian, kemahiran bertutur merupakan salah satu
kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru.

Sifat penambahbaikan

Guru-guru perlulah menyiapkan segala segi bentuk sebelum


menjadi seorang pendidik yang berjaya.

Peribadi – Keperibadian yang unggul

Pengetahuan & Kemahiran – Pakar dalam mengajar subjek dan


mahir dalam mengurus dan menyelesaikan masalah

Hasil Kerja – Menambah baik prestasi pelajar seiring dengan


Falsafah Pendidikan Negara
Komunikasi – Kemahiran komunikasi yang baik dalam
menghadapi pelbagai situasi

Potensi – Ciri-ciri berwawasan, proaktif, inisiatif, responsif dan


inovatif diterapkan dalam diri

Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara –


Menyediakan perspektif dan idea baharu untuk menambahbaikan
kualiti pendidikan negara

Ciri keperibadian yang tidak sepatutnya ada pada seorang


guru adalah:-

Kurangnya Pengurusan Bilik Darjah

Sekiranya guru tidak dapat mengawal pelajar mereka,


mereka tidak dapat mengajar mereka dengan berkesan.
Adalah penting untuk menjadi pengurus kelas yang baik
bermula pada hari pertama.

Kurangnya Pengetahuan Kandungan

Mengetahui kandungan sesuatu sukatan pelajaran dengan


cukup baik adalah penting untuk proses PdPc. Hal ini dapat
dicapai melalui penyediaan rapi sesuatu bahan yang akan
diajar. untuk memastikan guru itu sendiri memahami apa
yang mereka akan ajar.
Kecemerlangan dalam bidang pendidikan memang menjadi
harapan dan matlamat kita. Perkembangan dan kemajuan
negara banyak bergantung kepada kecemerlangan dan kualiti
pendidikan yang dihasilkan. Untuk mencapai kecemerlangan,
memang kita tidak dapat lari dari peranan yang dimainkan oleh
para guru. Gurulah yang mencorakkan generasi pewaris bangsa
sama ada mereka mampu mengharungi kehidupan sebagai
seorang yang bekerjaya atau sebaliknya. Jadi, Saya berharap
bakal guru akan sentiasa mempersiapkan diri dengan segala
kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan selain mencorak
keperibadian diri guru itu sendiri untuk menjayakan wawasan diri
murid yang diajar seterusnya menjadi pemangkin kepada
pencapaian wawasan negara.

Besar harapan saya agar bakal guru dapat mempraktikkan


segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di
universiti di sekolah. Ianya perlu disusuli dengan latihan
sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Manfaatkan fasa praktikum. Ianya dapat membuka satu


ruang pengetahuan yang bermakna selain memantapkan lagi
ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta
pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana pengetahuan
yang baru.
Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung ilmu yang
mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber
rujukan. Ilmu yang akan diperolehi itu akan bermakna
kepada guru pelatih dalam menjana perkembangan ke arah
pembinaan guru yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai