Anda di halaman 1dari 5

Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda harus

menyediakan diri untuk menghadapi cabaran


berkaitan dengan pentaksiran?
Cabaran Berkaitan Pentaksiran
1) Bebanan guru yang bertambah
 Hal ini disebabkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini merangkumi banyak
komponen yang perlu dilaksanakan oleh guru.
Cabaran Berkaitan Pentaksiran
2) Guru kekurangan keyakinan dalam pelaksanaan pentaksiran
 Hal ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber
material mengenai pelaksanaan pentaksiran.
 Kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk
kerana terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid
menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.
Cabaran Berkaitan Pentaksiran
3) Ketidaksungguhan guru dalam pelaksanaan pentaksiran
 Hal ini berlaku apabila wujudnya pelbagai langkah dan prosedur yang perlu
diikuti oleh guru dalam pelaksanaan pentaksiran.
 Menurut kajian Chan (2009), didapati bahawa terdapat 25 % guru yang
mengatakan bahawa pelaksanaan PBS ini hanya mementingkan keputusan
sahaja, maka perkara ini telah menyebabkan segelintir guru menaksir sambil
lewa dan menunjukkan sifat yang tidak bersungguh-sungguh.
Cabaran Berkaitan Pentaksiran
4) Amalan birokrasi dalam pentaksiran
• Pemantauan pelaksanaan PBS oleh pihak Lembaga Peperiksaan dan JPN
yang sekadar berfokuskan kepada laporan penulisan telah mewujudkan
pelbagai isu mengenai akauntabiliti dan penilaian.
• Antaranya termasuklah isu perbuatan penipuan terhadap projek dan kerja
yang dijalankan oleh murid, pemberian markah yang tidak adil.

Anda mungkin juga menyukai