Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan jadual 5 dan rajah 5, didapati bahawa 22 responden telah memilih pakaian

atau produk fesyen sebagai jenis barangan yang kerap dibeli secara atas talian dengan
44%. Seterusnya, didapati bahawa 2 responden telah memilih barangan kosmetik sebagai
jenis-jenis barangan yang kerap dibeli secara atas talian. Selain itu, 5 responden telah
memilih pembelian kasut secara atas talian. Di samping itu, hanya seorang responden yang
memilih beg sebagai barangan yang kerap dibeli secara atas talian. Tambahan pula, 5
responden telah memilih buku atau alat tulis sebagai barangan yang kerap dibeli secara
atas talian. Hanya seorang responden yang memilih prodek penjagaan kesihatan sebagai
barangan yang kerap dibeli. 2 responden yang memilih alatan dapur dan 2 responden yang
memilih hiasan rumah. 3 responden memilih aksesori kereta dan 7 responden membeli
aksesori telefon bimbit.
Faktor dominan yang Mendorong Pembelian Barangan Melalui Perniagaan Secara Atas
Talian

Berdasarkan data yang dikumpulkan, didapati bahawa faktor dominan pembelian


barangan secara atas talian ialah harga barangan berpatutan dengan kualiti barangan
dengan 26%. Seterusnya, faktor menjimatkan masa menjadi faktor kedua tertinggi
pembelian barangan secara atas talian dengan 24%. Selain itu, faktor pilihan yang banyak
juga mendorong pembelian barangan secara atas talian dengan 20%. Di samping itu, faktor
memudahkan pembelian barang telah dipilih dengan16%. Tambahan pula, faktor komen-
komen positif terhadap barangan yang dijual telah dipilih dengan 8%. Seterusnya, faktor
barangan tersebut tahan lama dan tidak mudah rosak juga menjadi pilihan responden
dengan 4%. Justeru, faktor mengikut trend hanya dipilih oleh responden dengan 2% sahaja.
Akhir sekali, didapati bahawa tiada responden yang memilih faktor penggunaan barangan
tersebut tidak mendatangkan kesan sampingan.

 Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan
tenaga kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke
tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya
perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian.
Pengguna  juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang
pembelian secara talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh
dilakukan melalui internet atau talian elektronik yang lain.
Membeli belah secara maya, membolehkan anda menemui produk yang unik, lain dari yang lain,
susah didapati dan pada harga yang boleh dibandingkan dengan mudah. Secara fizikal, tentu
sukar membandingkan barang di kedai A dan kedai B yang mungkin saja terletak di negeri
berbeza-beza! Selain itu, pilihan anda juga lebih banyak, dari serata dunia, tanpa perlu
mengeluarkan perbelanjaan melancong ke negara asing!

Berdasarkan empat graf yang telah dibina, saya telah memilih carta pai sebagai graf pilihanuntuk
diterangkan cara penggunaannya. Carta pai digunakan untuk menunjukkan peratusanatau pecahan
pembolehubah.Carta pai juga merupakan satu bulatan yang mempunyai nilaikeseluruhannya ialah

360°,
yang dibahagikan kepada bebrapa sektor mengikut nilai yangdiwakilinya. Carta pai boleh
menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan.Saiz bulatan menggambarkan jumlah
kesuluruhan ciri yang dikemukan

Anda mungkin juga menyukai