Anda di halaman 1dari 4

030817140794

1.0 PENGENALAN

Dalam era teknologi yang serba canggih kini, penggunaan gajet seperti telefon
pintar dan komputer riba merupakan satu kepentingan serta keperluan bagi rakyat di negara
ini untuk menjalankan urusan harian mereka. Hal ini kerana terdapat banyak perkara
terutamanya kerja-kerja yang tertentu yang harus menggunakan gajet sebagai peranti utama
untuk menjalankan urusan harian. Definisi bagi ekonomi ialah ilmu bukan pengeluaran,
pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Manakala, definisi bagi pembelian pula ialah perbuatan atau hal membeli (Kamus Pelajar
Edisi Kedua). Menurut kajian pengguna internet pada tahun 2017 oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM, 2017) menunjukkan pengguna internet pada
tahun 2016 adalah sebanyak 24.5 juta orang dengan telefon pintar menjadi alat utama yang
digunakan untuk melayari internet. Penggunaan gajet ini tidak dinafikan banyak memberi
manfaat kepada penggunanya kerana semua maklumat berada dihujung jari. Di dalam blog
Web Hosting Secret Revealed (WHSR), 61 peratus masyarakat Malaysia menggunakan
telefon pintar semasa membuat pembelian dalam talian.

Pengguna bijak adalah pengguna yang dapat menguruskan perbelanjaannya dengan


bijak dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dalam
menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan jual-beli. Sejak kemunculan World Wide
Web (WWW), pelbagai urusan dapat dilakukan secara atas talian. Kebanyakan rakyat
Malaysia terutamanya golongan pelajar meluangkan banyak masa melayari internet untuk
melakukan aktiviti seperti bermainan permainan atas talian, mencari maklumat serta
berinteraksi dengan rakan-rakan (Hamid & Khatibi, 2006). Secara tidak langsung, mereka
juga terpengaruh untuk melakukan pembelian secara atas talian kerana kekerapan mereka
terdedah kepada iklan sewaktu menggunakan internet. Ianya menjadi semakin popular kerana
ia adalah cara yang paling mudah bagi pelajar kerana mereka tidak perlu membeli barang
yang diidamkan secara terburu-buru. Mereka bukan sahaja tidak perlu mengeluarkan kos
tambang dan kenderaan, malah masa juga dapat dijimatkan untuk mendapatkan sesuatu
produk atau perkhidmatan.

4
030817140794

Selain daripada itu, rakyat di negara ini gemar untuk membuat pembelian di atas
talian berbanding dengan pembelian secara bersemuka di kedai-kedai terutamanya golongan
muda seperti para pelajar. Kira-kira 47 peratus pengguna di Malaysia beralih kepada kaedah
dalam talian sebagai saluran paling kerap digunakan untuk melakukan pembelian barangan,
demikian menurut kajian syarikat pengurusan perunding berpangkalan di Amerika Syarikat
(AS), Bain & Company (Disesuaikan daripada 'Berita Harian Online' , 2021). Hal ini kerana
pembelian secara atas talian lebih mudah serta dapat menjimatkan pelbagai kos. Contohnya
seperti kos perbelanjaan, kos masa serta kos tenaga yang digunakan. Dengan bermodalkan
gajet seperti telefon bimbit atau komputer riba, pelajar dapat membeli barangan keperluan
dan kehendak dengan lebih mudah kerana dapat membuat perbandingan harga, kualiti antara
suatu produk dengan produk yang lain serta dapat mencari maklumat sebanyak yang mungkin
tentang produk yang ingin dibeli sebelum membuat transaksi pembayaran. Namun, seorang
pengguna yang bijak haruslah sentiasa mendahulukan barangan keperluan berbanding
barangan kehendak semasa pembelian.

Dengan adanya pelbagai aplikasi yang canggih yang boleh digunakan, terdapat
banyak platform membeli-belah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
pembelian secara atas talian. Sebagai contoh aplikasi Shopee, Lazada, Shein, Zalora dan
lain-lain. Penggunaan aplikasi ini juga memerlukan pembayaran secara atas talian dimana ia
lebih mudah untuk digunapakai serta memberikan kemudahan kepada pelajar tanpa perlu
mengeluarkan wang tunai daripada bank. Menurut Jariah, Husniyah, Laily and Britt (2004),
kemajuan dan pembangunan sistem pendidikan negara telah mendorong golongan pelajar
atau mahasiswa di universiti untuk melakukan transaksi atas talian. Golongan ini telah
menjadi salah satu segmen pasaran yang sangat penting. Ini adalah kerana golongan ini
mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melakukan transaksi atas talian bagi memenuhi
kehendak dan keinginan meraka, didorong oleh faktor kuasa beli dimana sebahagian besar
mereka sudah memiliki wang hasil dari pemberian ibu bapa, wang biasiswa atau pinjaman
pelajaran dan daripada perkerjaan sambilan yang dilakukan oleh golongan pelajar.

5
030817140794

Kemajuan teknologi yang semakin pesat di Malaysia juga telah mendorong kepada
peningkatan permintaan terhadap pembelian atas talian. Hal ini kerana pengguna merasakan
pembelian secara atas talian merupakan satu kaedah pembelian yang baharu kerana yang
berasaskan teknologi. Selain itu, menurut Nur Farahiah dan Lew (2014) serta Kweek, Tan
dan Lau (2010), pembelian secara atas talian digemari kerana memberikan lebih keselesaan
kepada pengguna berbanding dengan membuat pembelian di premis perniagaan. Seterusnya,
Marzieh dan Laily (2013) turut mendapati pembelian secara atas talian dapat menjimatkan
masa dan usaha pembeli untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang diingini. Hal ini
turut disokong oleh Abidatul Shakira (2013) serta Forsythe et al. (2006), iaitu mereka juga
menyatakan bahawa kepelbagaian barangan dan perkhidmatan yang dijual secara atas talian
membolehkan pengguna membuat pilihan dan kebebasan daripada gangguan sosial yang
tidak diingini dapat meningkatkan kawalan serta kepuasan dalam pembelian secara atas
talian.

Kesimpulannya, pembelian secara dalam talian kini dilihat semakin mendapat


tempat di kalangan para pengguna seperti pelajar. Ia dirasakan bukan sahaja mampu
menjimatkan masa, malah lebih selamat untuk diaplikasikan. Di samping itu, pengguna boleh
memilih pelbagai rangkaian produk mengikut kehendak dan keperluan mereka. Selain
tawaran harga yang lebih murah, kepantasan dalam perkhidmatan penghantaran dan ulasan
positif daripada pengguna-pengguna lain merupakan antara faktor penting yang
mempengaruhi pembelian secara dalam talian. Seiring dengan peningkatan pengguna
melakukan pembelian secara dalam talian, aktiviti berbelanja dalam talian telah semakin
berkembang. Jika pengguna berasa puas hati akan kualiti perkhidmatan dari sistem jualan
atas talian pada suatu laman sesawang, perbelanjaan dalam talian menjadi sangat tinggi
(Hoga Saragih & Rizky Ramdhany, 2012). Malah, menurut Mujiyana dan Ingge Elissa (2013)
berbelanja dalam talian sangat mudah, jimat masa dan jimat kos jika dibandingkan dengan
berbelanja luar talian.

6
030817140794

Rasional kajian ini dijalankan kerana tindakan pembelian secara atas talian oleh para
pengguna dapat memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan ekonomi negara. Pengkaji
juga telah memerhatikan bahawa platform pembelian secara atas talian yang menjadi pilihan
kebanyakan pengguna adalah platform Shopee. Oleh itu, kajian ini dibuat adalah untuk
mengenal pasti faktor platform itu dipilih serta mengkaji aspek-aspek yang dipertimbangkan
sebelum membuat pembelian secara atas talian dalam kalangan pelajar perempuan di kelas
LVB1, Kolej Tingkatan Enam Sri Istana.

Anda mungkin juga menyukai