Anda di halaman 1dari 4

020810-13-0527

6.0 Rumusan

6.1: Pengenalan

Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui


Kepercayaan Terhadap Penggunaan Aplikasi Pembelian Atas Talian dalam Kalangan
Warga Sekolah di SMK Pending, Kuching, Sarawak. Objektif kajian adalah untuk
mengenalpasti jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang dipercayai oleh warga
sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak serta mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan warga
sekolah SMK Pending. Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang
warga sekolah di SMK Pending yang yang pernah membeli dalam talian telah dipilih
sebagai responden dalam menjawab soal selidik dalam Google Form dan 3 orang
warga sekolah di SMK Pending yang lain yang pernah membeli dalam talian telah
dijadikan informan temu bual kajian ini.

6.2: Kaedah kajian dan demografi responden

Kaedah kajian yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah kaedah
soal selidik, kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah rujukan. Dalam
menjalankan kaedah soal selidik, sebanyak 30 orang responden telah dipilih secara
tidak rawak bertujuan daripada populasi tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa Sebanyak 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk
menjawab satu set soal selidik tersebut dan semuanya berumur 17 tahun ke atas.
Manakala pengkaji juga telah menemu bual 3 orang warga sekolah yang pernah
membeli dalam talian untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif
kajian yang ingin dikaji.

Setelah mengumpulkan data daripada responden dalam borang soal selidik


(Google Form), dalam aspek penganalisisan data, data yang diperoleh dianalisis
secara automatik oleh sistem komputer ke dalam bentuk kekerapan dan peratus .

6.3: Jenis-jenis Aplikasi Pembelian dalam Talian yang Dipercayai oleh Warga
Sekolah SMK Pending

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 7 jenis aplikasi pembelian dalam


talian yang dipercayai oleh warga sekolah SMK Pending untuk membuat pembelian
020810-13-0527

dalam talian. Berdasarkan maklum balas oleh responden dalam Google Form, didapati
jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang dipercayai oleh warga sekolah SMK
Pending termasuklah aplikasi Shopee, Lazada, Taobao, Amazon, Zalora, eBay dan
Facebook. Antara aplikasi tersebut, aplikasi paling dominan atau utama yang
digunakan oleh warga sekolah SMK Pending untuk membeli secara dalam talian ialah
aplikasi Lazada. Di sebaliknya, aplikasi paling kurang kerap yang digunakan ialah
eBay.

Dari segi hasil temu bual pula,berdasarkan hasil temu bual bersama 3 orang
informan yang pernah membeli dalam talian yang juga merupakan warga sekolah
SMK Pending, aplikasi yang digunakan untuk membuat pembelian dalam talian
termasuklah Lazada, Zalora dan Shopee. Lazada merupakan aplikasi yang paling
dominan yang digunakan oleh warga sekolah SMK Pending untuk membeli dalam
talian. Manakala aplikasi Amazon, eBay dan Taobao pula tidak menjadi pilihan
semasa membuat pembelian dalam talian.

Dari segi hasil pemerhatian pula, pengkaji mendapati bahawa harga barangan
yang dijual di Amazon adalah lebih mahal berbanding dengan harga barangan yang
sama yang dijual di Lazada.

Secara rumusnya, pengkaji telah mencapai objektif 2.1: mengenalpasti jenis-


jenis aplikasi pembelian dalam talian yang dipercayai oleh warga sekolah SMK
Pending.

6.4: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepercayaan terhadap Pembelian dalam


Talian dalam Kalangan Warga Sekolah SMK Pending.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 8 faktor yang mempengaruhi


kepercayaan terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK
Pending. Antara faktor tersebut termasuklah factor Pembelian dalam talian
membolehkan penilaian dan perbandingan terhadap harga barangan yang ditawarkan,
faktor pembelian dalam talian membolehkan pengguna mengetahui maklumbalas
/testimoni daripada pembeli yang sebelumnya, faktor Pengguna mempunyai
pengalaman yang baik dalam pesanan dan penghantaran barangan yang diberi oleh
kedai dalam talian, faktor Pengguna boleh menempah sesuatu produk secara dalam
talian pada bila-bila masa sehari tidak kira di mana sekali pun mereka berada, faktor
020810-13-0527

kedai dalam talian memberi jaminan terhadap keselamatan transaksi berbelanja, faktor
kedai dalam talian memberi tawaran bayaran balik sekiranya berlaku sebarang
percanggahan barang yang telah ditempah, faktor kedai dalam talian mempunyai
kemampuan dalam melakukan pengawalan dan penjagaan keselamatan atas transaksi
data dan faktor kedai dalam talian menggunakan syarikat khidmat penghantaran
barang yang dipercayai. Daripada 8 faktor tersebut, didapati faktor paling dominan
yang mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan
warga sekolah SMK Pending ialah pembelian dalam talian membolehkan pengguna
membuat penilaian dan perbandingan terhadap harga barangan yang ditawarkan.
Kontradiksinya, faktor paling kurang yang mempengaruhi kepercayaan terhadap
pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK Pending ialah Kedai
dalam talian mempunyai kemampuan dalam melakukan pengawalan dan penjagaan
keselamatan atas transaksi data.

Dari segi hasil temu bual pula , faktor-faktor yang paling ketara dalam
mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan warga
sekolah SMK Pending ialah harga barangan yang murah, pengalaman yang baik,
pilihan yang banyak serta kualiti barangan yang memuaskan.

Secara rumusnya, pengkaji telah mencapai objektif 2.2: mengkaji faktor-faktor


yang mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan
warga sekolah SMK Pending.

6.5. Perbincangan masalah yang dihadapi dalam melakukan pembelian dalam talian

Terdapat pelbagai masalah ketika membuat pembelian dalam talian. Antara


masalah tersebut termasuklah pengguna akan menghadapi risiko berkenaan dengan
data transaksi mereka. Hal ini disebabkan wujudnya pihak tidak bertanggungjawab
yang sanggup membuat godaman demi kepentingan diri. Hal ini akan mengancam
keselamatan harta pengguna. Selain itu, pengguna mungkin menghadapi kerugian
sekiranya barangan yang diterima tidak serupa dengan barangan yang dipesan. Hal ini
mungkin berlaku kerana kealpaan pembekal dalam proses bungkusan dan kiriman
Bukan itu sahaja, tempoh pengiriman mungkin terjejas atas faktor kitidaktentuan
seperti cuaca. Sebagai contoh, pengiriman barangan mungkin tertangguh akibat cuaca
020810-13-0527

buruk yang menjejaskan sistem pengangkutan. Di samping itu, kualiti barangan yang
diterima mungkin akan terjejas disebabkan kesalahan manusia semasa pengiriman.
Hal ini mungkin berlaku apabila pekerja syarikat khidmat penghantaran barangan
mengendalikan barangan dengan cara yang kurang sesuai seperti membaling barangan
ketika mengkategorikan barangan tersebut.

6.6: Kesimpulan

Aktiviti pembelian dalam talian banyak mendatangkan faedah kepada setiap


lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai masalah ketika membuat
pembelian dalam talian. Oleh hal yang demikian, pengguna perlu berwaspada apabila
melakukan pembelian dalam talian serta memilih jenis aplikasi yang paling sesuai
serta selamat untuk membeli dalam talian. Perkara ini menunjukkan walaupun
perkembangan pesat pembelian secara atas talian, namun masih terdapat kelemahan
dari aspek keselamatan dan privasi kepada pengguna.

Anda mungkin juga menyukai