Anda di halaman 1dari 52

030920-02-0272

AMALAN BIJAK BERBELANJA SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN


APLIKASI SHOPEE DALAM KALANGAN REMAJA DI KAMPUNG BUKIT PINANG.

ABSTRAK

Tema kajian yang saya pilih ialah pengguna bijak. Tajuk kajian saya ialah “Amalan Bijak

Berbelanja secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee dalam Kalangan Remaja di

Kampung Bukit Pinang”. Objektif kajian saya adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri pengguna

bijak berbelanja. Apakah yang diamalkan oleh remaja di Kampung Bukit Pinang semasa

membuat pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee dan mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi remaja untuk membuat pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi

Shopee di Kampung Bukit Pinang. Kajian ini diadakan di Kampung Bukit Pinang , Alor Setar,

Kedah. Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah kajian untuk menjalankan kerja kursus ini iaitu

melalui kaedah mendapatkan responden, kaedah mendapat maklumat dan teknik memproses dan

mempersembahkan data. Kaedah ini dijalankan selama 3 hari. Sampel kajian ini seramai 34

orang responden yang dipilih secara rawak yang tinggal di Kampung Bukit Pinang untuk

mengisi borang soal selidik. Setelah menjalankan kajian ini, saya mendapati, lebih ramai remaja

perempuan yang membeli dalam talian berbanding remaja lelaki yang membeli dalam talian.

1
030920-02-0272

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Abstrak

Isi Kandungan

Penghargaan

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif kajian

3.0 Lokasi Kajian

3.1 Peta

3.1.1 Peta Negeri Kedah

3.1.2 Peta Daerah Kota Setar

3.1.3 Peta Kampung Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Kaedah Mendapatkan Responden

4.1.1 Kaedah Persampelan

4.2 Kaedah mendapatkan maklumat

4.2.1 Soal Selidik

4.2.2 Kepustakaan

4.3 Teknik Memproses dan Mempersembahkan data

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

5.1 Data Demografi Responden

5.1.1 Demografi Responden Berdasarkan Jantina

2
030920-02-0272

5.1.2 Demografi Responden Berdasarkan Umur

5.1.3 Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

5.1.4 Demografi Responden Berdasarkan Agama

5.1.5 Demografi Responden Berdasarkan Peranti yang Remaja guna

semasa menggunakan Aplikasi Shopee

5.2 Bahagian B ciri-ciri pengguna bijak berbelanja atas talian

menggunakan aplikasi Shopee

5.2.1 Ciri-ciri pengguna bijak

5.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja membuat pembelian

secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee

5.3.1 Dapat menjimatkan masa, usaha dan tenaga

5.3.2 Proses pembelian dalam talian mudah dan cepat

5.3.3 Menjimatkan kos pengangkutan

5.3.4 Tidak kisah lokasi kedai jika membeli dalam talian

5.3.5 Mudah mendapat barangan yang diperlukan

5.3.6 Mendapat kepuasan apabila barangan sampai di rumah

5.3.7 Tidak perlu terburu-buru membuat pembelian di kedai

5.3.8 Dapat memanfaatkan penggunaan teknologi

6.0 Rumusan

7.0 Lampiran

8.0 Rujukan

8.1 Sumber Internet

3
030920-02-0272

PENGHARGAAN

Saya Puteri Nurdini Inani binti Asri daripada kelas 6A1 ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Encik Zaini bin Mat guru mata pelajaran Pengajian Am kerana telah banyak

memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja khusus ini. Beliau turut banyak membantu saya

dalam memberi pandangan beliau untuk saya sempurnakan kerja khusus ini. Tambahan lagi,

beliau turut banyak membantu saya dalam mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini

dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para responden kerana

dapat meluangkan sedikit masa mereka untuk menjawab soalan yang saya hantarkan melalui link

google form.

Seterusnya ialah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana

dapat meluangkan banyak masa dan wang untuk saya siapkan kerja kursus ini dalam jangka

masa yang telah ditetapkan. Tambahan lagi kepada sepupu saya Siti Nur Fitrah binti Mohd Rafee

kerana telah banyak tunjuk ajar kepada saya semasa menyiapkan kerja khusus ini.

Akhir sekali, adalah kepada para rakan sekelas saya kerana banyak membantu memberikan

pandangan mereka untuk saya menyempurnakan kerja kursus ini. Mereka turut banyak memberi

tunjuk ajar kepada saya bagi melaksanakan kerja kursus ini mengikut skema yang ditetapkan

semasa saya tidak hadir sesi melaksanakan kerja kursus ini dijalankan.

YANG BENAR

………………………………………

4
030920-02-0272

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Pelajar pada tahun 2016 ‘pembelian’ ditakrifkan sebagai perbuatan atau

hal membeli. Dalam erti kata lain, pembelian merupakan suatu perbuatan untuk mendapat

barang bagi kegunaan sendiri atau dijual semula, pembelian ini selalunya dilakukan oleh

minimum dua pihak atau yang lebih dikenali sebagai penjual dan pembeli. Seterusnya,

‘dalam talian’ pula membawa takrifan penggunaan interaksi secara langsung dengan

menggunakan komputer oleh Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2016. Istilah ini membawa maksud

yang tersendiri iaitu berkaitan komputer dan telekomunikasi.

Perniagaan dalam talian merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan

teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang, iaitu melakukan urusan jual

beli antara penjual dengan pembeli melalui internet. Selain itu, menurut laman web

http://prpm.dbp.gov.my./ menjelaskan perniagaan dalam talian bukan sahaja pembeli dan

penjualan, tetapi termasuk juga perkhidmatan dan perkolabirasian dengan rakan niaga.

Perniagaan dalam talian ini melaputi banyak bidang seperti perkhidmatan internet, produk

runcit dan perdagangan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti media sosial, blog,

laman web dan dropship. Dalam era teknologi yang semakin pesat ini, fenomena pembelian

semakin popular susulan daripada perubahan hidup yang semakin sibuk.

Perniagaan dalam talian ini merupakan trend masyarakat masa kini semenjak penggunaan

internet meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Tambahan pula, mereka yang

menggunakan kaedah ini juga tidak perlu mengeluarkan kos tambahan seperti bayaran petrol,

tol, letak kereta dan tidak perlu beratur bagi mendapatkan barangan yang diingini. Dengan

5
030920-02-0272

membeli secara dalam talian, kita mempunyai masa untuk membandingkan produk, harga

dan mudah untuk memilih. Pengguna mempunyai akses yang besar untuk membuat pilihan

dan memilih produk atau servis yang terbaik. Selain, mudah berurusan secara dalam talian,

kaedah membeli-belah itu juga membolehkan si pengguna Internet manfaatkan masa lawatan

ke dalam enjin carian seperti Shopee tanpa perlu melawat stor ataupun butik-butik barangan

yang dikehendaki.

Di negara Eropah, pembelian dalam talian sudah lama diamalkan dan trend ini semakin

rancak berkembang dalam kalangan penduduk tempatan. Berdasarkan laman web

http;//www.ons.gov.uk, jumlah penggunaan menghabiskan masa melakukan pembelian

dalam talian meningkat sebanyak 18.5% berbanding Ogos 2015 dan terus meningkat

sebanyak 0.4% berbanding Julai 2016. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelian secara

atas talian telah membuka peluang kepada pembeli untuk mendapatkan barangan yang tidak

dijual di negara ini secara eklusif, bahkan membolehkan pengguna memiliki barangan edisi

terhad serta mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah.

Seterusnya di Malaysia, aktiviti ini semakin terkenal dan mendapat sambutan yang

menggalakkan ekoran daripada peningkatan bilangan pengguna internet di Malaysia.

Menurut laman web http;//web10.bernama.com/budget2014, Malaysia merupakan antara tiga

negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian dalam tempoh 12 bulan yang lalu

dan ini dipacu oleh perkhidmatan perlancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan

hotel. Pada hari ini membeli barang-barangan fizikal melalui internet telah menjadi norma

kehidupan oleh pengguna internet di Malaysia. Menurut kajian OpenMindsResour.com,

6
030920-02-0272

sebanyak 29% pengguna internet di Malaysia lebih suka menghabiskan masa sekurang-

kurangnya 1-2 jam untuk membeli belah di internet.

Pembelian dalam talian ini semakin pesat dari semasa ke semasa bersesuaian dengan

kecanggihan teknologi yang semakin meningkat. Tambahan pula, menurut akhbar Sinar

Harian online, www.sinarharian.com.my, Rakyat Malaysia dikatakan memilih untuk

membeli-belah secara atas talian terutamanya pada musim perayaan bagi mengelakkan

kesesakkan lalu lintas dan terpaksa beratur panjang di pusat membeli-belah. Tinjauan yang

mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia beralih kepada media sosial dan kandungannya

banyak mempengaruhi apa yang dibeli mereka semasa musim perayaan. Seterusnya, akhbar

utusan Malaysia dalam laman webnya http://www.m.utusan .com.my menyatakan statistik

menunjukkan golongan wanita sering dikaitkan dengan sikap suka membeli-belah.

Tambahan pula, menurut Prof .Madya Dr Mohammad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan

Sumber dan Pengajian Penggunaan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

(UPM), beliau menjelaskan sebanyak 90% daripada mereka yang dikelaskan sebagai

ketagihan membeli-belah ini adalah wanita yang membeli mengikut naluri nafsu. Hal ini

dikatakan demikian kerana, golongan wanita lebih mudah terpengaruh dengan iklan-iklan

dan ayat-ayat manis yang dimainkan peniaga. Golongan wanita mempunyai sifat untuk

berhias dan mencantikkan diri lebih tinggi berbanding lelaki.

Kesimpulanya, kajian ini telah dijalankan terhadap amalan bijak berbelanja secara atas

talian menggunakan aplikasi Shopee dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang, Alor

Setar, Kedah. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin jauh maju jumlah dalam

7
030920-02-0272

kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang, Alor Setar Kedah yang mengamalkan pembelian

secara atas talian ini semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini dikatakan demikian kerana

remaja di kawasan kajian terdedah dengan trend pembelian secara atas talian yang semakin

popular mengikut peredaran masa. Tambahan pula, lambakan perniaga atas talian yang

menawarkan pelbagai barangan yang menarik dan memenuhi keperluan serta kehendak

remaja. Disamping itu, kewujudan laman sosial dan rangkaian internet meluas dan mudah

juga mempengaruhi penduduk untuk membeli barangan secara dalam talian. Melalui kajian

ini, penglibatan remaja dalam pembelian atas talian akan dapat dilihat dengan lebih jelas.

8
030920-02-0272

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang saya jalankan adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti pasti ciri-ciri pengguna bijak berbelanja secara atas talian oleh remaja di

Kampung Bukit Pinang menggunakan aplikasi Shopee

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja-remaja di Kampung Bukit Pinang

membuat pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee.

9
030920-02-0272

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta

3.1.1 Peta Negeri Kedah

SUMBER : GOOGLE MAPS

Negeri Kedah merupakan negeri yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan

Negeri Kedah dianggarkan melebihi 9000 km yang meliputi Tanah Besar dan Langkawi.

Sebahagian bentuk muka bumi ditanah besar Negeri Kedah adalah tanah rata yang sesuai untuk

tanaman padi manakala Pulau Langkawi berfungsi Sebagai pusat Pelancongan.

10
030920-02-0272

3.1.2 Peta Daerah Kota Setar

SUMBER: GOOGLE MAPS

Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah inilah terletaknya

Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah. Nama Kota Setar berasal daripada perkataan Setar atau

pokok ‘ Stak’ ( Bouea macrophylla ) yang tumbuh di kawasan ini. Sejak tahun 1991, seluruh

Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar merangkumi 34

buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada pentadbiran Pejabat Tanah

Kota Setar merangkumi 28 buah mukim. Pihak berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah

Majlis Bandaraya Alor Setar telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28

November 2003 sekaligus menjadi bandaraya ke-sembilan di Malaysia.

11
030920-02-0272

3.1.3 Peta Kampung Bukit Pinang, Kedah

SUMBER: GOOGLE MAPS

Kampung Bukit Pinang adalah sebuah mukim di Daerah Kota Setar, Kedah, Malaysia. Nama

Bukit Pinang berasal daripada pelbagai pokok sirih (pokok pinang) yang tumbuh di sekeliling

bukit. Bukit Pinang adalah negeri kedah sebelum dipindahkan ke Alor Setar pada tahun 1735

oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu` adzam Shah II

12
030920-02-0272

(1710-1778). Seterusnya, Bukit Pinang merentasi tanah seluas 11kilometer persegi dan

mempunyai populasi 8,616 orang penduduk.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi metodologi adalah sistem yang merangkumi

kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Selain itu, metodologi juga

merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian tertentu

mengikut disiplin yang teratur.

Pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrument

kajian dan prosuder analisis data bagi menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih

awal. Selain itu, metodologi kajian juga digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat

dicapai berdasarkan data yang sah dan boleh dipercayai.

4.1 Kaedah Mendapat Responden

4.1.1 Kaedah persampelan

Responden kajian ini terdiri daripada 34 orang remaja di Kampung Bukit Pinang. Respondan ini

terbatas kepada remaja yang tinggal di Kampung Bukit Pinang sahaja. Bagi kaedah persampelan

yang digunakan dalam kajian ini pula ialah kaedah persampelan rawak mudah di mana

menggunakan prosedur persampelan ini, setiap remaja di Kampung Bukit Pinang dan

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai seorang responden. Sampel kajian terdiri

daripada 34 orang remaja dimana terdapat 18 soalan yang diajukan di dalam google form kepada

mereka secara rawak mudah untuk mendapat data yang lebih tepat

13
030920-02-0272

4.2 Kaedah Mendapat Maklumat

4.2.1 Soal Selidik

Pengkaji telah menghasilkan google form yang sesuai bagi mendapat dan mengumpulkan

maklumat yang tepat dan benar berdasarkan objektif kajian. Pengkaji telah menggunakan google

form yang mengandungi beberapa soalan yang berkaitan dengan persoalan kajian. Borang soal

selidik yang dihasilkan mengandungi 3 bahagian utama iaitu mengenalpasti data demografi

responden, mengenalpasti ciri-ciri pengguna bijak berbelanja secara atas talian menggunkan

aplikasi Shopee dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang dan mengenalpasti faktor-

faktor yang mempengaruhi remaja di Kampung Bukit Pinang membuat pembelian secara atas

talian menggunakan aplikasi Shopee. Soalan borang soal selidik ini merupakan soalan berbentuk

tertutup.

Pengkaji telah menghantar link google form kepada 34 orang kalangan remaja di Kampung

Bukit Pinang,Kedah secara rawak. Kajian ini menggunakan skala likert 4 aras iaitu SANGAT

SETUJU, SETUJU, TIDAK SETUJU dan SANGAT TIDAK SETUJU. Tujuan pengkaji

menggunakan skala tersebut adalah untuk memudahkan data-data tersebut dianalisis. Sepanjang

sesi soal selidik dijalankan, tiada sepanjang masalah yang dihadapi kerana para respondan

memberikan kerjasama yang amat baik sekali.

4.2.2 Kepustakaan

Pengkaji juga turut mendapatkan maklumat-maklumat yang bersumberkan dari internet untuk

dijadikan rujukan dan maklumat tambahan.

14
030920-02-0272

4.3 Teknik Memproses dan Mempersembahkan Data

Data yang diperoleh akan diproses dan dipersembahkan dengan menggunakan jadual dan carta

pie yang akan turut disertakan dalam dapatan kajian.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

PETUNJUK

1.SANGAT SETUJU

2.SETUJU

3.TIDAK SETUJU

4.SANGAT TIDAK SETUJU

ANALISIS BAHAGIAN A

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Pada bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan keputusan analisis data berdasarkan maklum

balas yang diterima oleh responden. Pada bahagian ini juga, pengkaji akan menunjukkan

bilangan mengikut tiga kategori utama iaitu jantina, umur, bangsa dan agama. Data yang

dipersembahkan adalah dalam bentuk carta dan graf.

15
030920-02-0272

5.1.1 Jadual 1: Demografi Respondan Berdasarkan Jantina

BIL. JENIS JANTINA BILANGAN (REMAJA) PERATUS %

1. LELAKI 11 32.4

2. PEREMPUAN 23 69.7

JUMLAH 34 100

SUMBER KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

32.4%
PEREMPUAN
LELAKI

69.7%

Carta Pie 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan remaja di

Kampung Bukit Pinang. Berdasarkan graf, seramai 34 responden telah disoal selidik dan terdapat

11 orang (32.4%) adalah lelaki dan 23 orang (69.7%) adalah perempuan. Ini menunjukkan

bahawa majoriti responden terdiri daripada golongan perempuan. Hal ini dikatakan demikian

kerana, terdapat sebuah kajian yang dibuat comscore iaitu agensi yang menganalisis pasaran

16
030920-02-0272

internet di Amerika mendapati golongan wanita cenderung untuk membeli belah secara dalam

talian sebanyak 81% lebih tinggi daripada kaum lelaki.

5.1.2 Jadual 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

BIL UMUR KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)

1. 12 hingga 14 tahun 2 5.9

2. 15 hingga 17 tahun 2 5.9

3. 18 hingga 20 tahun 30 88.2

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Graf 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

UMUR
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
12-14 tahun 15-17 tahun 18-20 tahun

17
030920-02-0272

Graf 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur kalangan remaja di Kampung Bukit

Pinang. Hasil kajian menunjukkan 34 orang remaja telah di soal selidik. Terdapat 2 orang

responden (5.9%) yang berumur 12 hingga 14 tahun dan terdapat 2 orang responden (5.9%) yang

berumur 15 hingga 17 tahun serta seramai 30 orang reponden (88.2%) yang berumur 18 hingga

20 tahun. Menurut Persatuan Internet Malaysia (MyIX), kumpulan usia 18-20 tahun

menunjukkan peratus yang paling aktif dalam menggunakan internet iaitu sebanyak 73% dan

hampir 51% daripadanya membuat pembelian dalam talian setiap hari. Hal ini kerana mereka

berkemungkinan besar sudah mempunyai telefon bimbit dan akaun-akaun laman sesawang.

18
030920-02-0272

5.1.3 Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

BIL BANGSA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS(%)

1. MELAYU 34 100

2. CINA 0 0

3. INDIA 0 0

4. LAIN-LAIN 0 0

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022Carta

Pie 3: Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

BANGSA

MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN

MELAYU
100%

Carta Pie 3 ini menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa dalam kalangan remaja

di Kampung Bukit Pinang. Hasil kajian menunjukkan 34 orang responden yang dipilih secara

rawak adalah (100%) Melayu manakala tiada responden dari bangsa Cina, India dan lain-lain.

Kesimpulanya, majoriti adalah bangsa Melayu. Hal ini kerana terdapat banyak remaja dalam

kalangan bangsa Melayu yang tinggal di Kampung Bukit Pinang.

19
030920-02-0272

5.1.4 Jadual 4 Demografi Responden Berdasarkan Agama

BIL AGAMA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS(%)

1. ISLAM 34 100

2. HINDU 0 0

3. BUDDHA 0 0

4. LAIN-LAIN 0 0

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

AGAMA

ISLAM
HINDU
BUDDHA
LAIN-LAIN

ISLAM
100%

Carta Pie 4 ini menunjukkan demografi responden berdasarkan agama dalam kalangan remaja di

Kampung Bukit Pinang. Hasil kajian menunjukkan 34 orang reponden yang dipilih secara rawak

20
030920-02-0272

adalah (100%) agama Islam manakala tiada responden yang menunjukkan dari agama

Hindu ,Buddha dan lain-lain. Kesimpulannya, majoriti adalah agama Islam. Hal ini demikian,

terdapat ramai agama Islam dalam kalangan remaja yang tinggal di Kampung Bukit Pinang.

21
030920-02-0272

5.1.5 Jadual 5 Demografi Respondan Berdasarkan Peranti yang Remaja guna semasa

menggunakan Aplikasi Shopee.

BIL PERANTI KEKERAPAN PERATUS(%)

1. TELEFON BIMBIT 32 94.1

2. KOMPUTER RIBA 1 2.9

3. TABLET 1 2.9

4. LAIN-LAIN 0 0

JUMLAH 34 100

SUMBER KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 5: Demografi Respondan Berdasarkan Peranti yang guna semasa menggunakan

aplikasi Shopee

Peranti yang digunakan dalam aplikasi


Shopee
2.9%2.9%

TELEFON BIMBIT
KOMPUTER RIBA
TABLET
LAIN LAIN

94.1%

22
030920-02-0272

Carta Pie 5 ini menunjukkan demografi responden berdasarkan peranti yang remaja guna semasa

menggunakan aplikasi Shopee di Kampung Bukit pinang.Terdapat seramai 32 orang reponden

(94.1%) yang menggunakan telefon pintar dan 1 orang responden (2.9%) yang menggunakan

komputer riba. Seterusnya, terdapat 1orang responden (2.9%) yang menggunakan tablet

manakala lain-lain kosong responden. Kesimpulanya, menunjukkan bahawa telefon bimbit

adalah peranti yang banyak remaja guna semasa menggunakan aplikasi Shopee.

23
030920-02-0272

5.2 CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK BERBELANJA SECARA ATAS TALIAN


MENGGUNAKAN APLIKASI SHOPEE

Objektif 1: Mengenalpasti ciri-ciri pengguna bijak berbelanja secara atas talian menggunakan
aplikasi shopee dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang

Bahagian ini akan menceritakan mengenai ciri-ciri pengguna bijak berbelanja secara atas talian
menggunakan aplikasi shopee dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang.

5.2.1 Jadual 1 : Ciri-ciri pengguna bijak berbelanja secara atas talian

Bil Ciri-ciri pengguna bijak berbelanja Kekerapan Peratus(%)

1. Membeli barang keperluan sahaja atau 24 70.6


sebaliknya

2. Melakukan perbandingan harga sebelum 33 97.1


membuat pembelian

3. Menyokong barangan tempatan 30 88.2

4. Membeli barangan yang berkualiti 34 100

5. Membuat aduan sekiranya berlaku kesalahan 30 88.2


oleh penjual

SUMBER :KAJIAN LAPANGAN 2022

24
030920-02-0272

Graf Bar 1: Ciri-ciri Pengguna Bijak Berbelanja

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK BERBELANJA


120

100
Membeli barang keperluan atau seba-
liknya
80 Melakukan perbandingan harga
sebelum membuat pembelian
Menyokong barangan tempatan
60 Membeli barangan yang berkualiti
Membuat aduan sekiranya berlaku
kesalahan oleh pejual
40

20

Jadual 1 dan graf 2 menunjukkan ciri-ciri pengguna bijak berbelanja secara atas talian

menggunakan aplikasi Shopee dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang. Setiap ciri-ciri

pengguna bijak yang dipilih mewakili (100%) pendapat para remaja terhadap pengguna bijak

berbelanja secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee. Secara keseluruhannya,seramai 24

orang remaja (70.6%) telah membeli barang keperluan atau sebaliknya. Selain itu, terdapat juga

33 orang remaja ( 97.1%) yang perlu melakukan perbandingan harga sebelum membuat

pembelian supaya harga berpatutan dengan barangan yang hendak dibeli manakala terdapat juga

30 orang remaja (88.2%) yang menyokong barangan tempatan kerana barangan tempatan yang

dikeluarkan dari negara Malaysia telah diiktiraf. Seterusnya, terdapat 34 orang remaja (100%)

yang memilih barangan yang berkualiti supaya barangan yang dibeli dapat tahan lasak dan dapat

digunakan dalam jangka masa yang lama. Di samping itu, terdapat 30 orang remaja (88.2%)

yang membuat aduan sekiranya berlaku kesalahan oleh penjual supaya barangan tersebut dapat

25
030920-02-0272

dikembalikan dengan betul. Kesimpulannya, majoriti dalam kalangan remaja di Kampung Bukit

Pinang memilih bahawa perlu membeli barangan yang berkualiti kerana barangan tersebut dapat

digunakan dengan sebaik yang mungkin dalam tempoh masa yang panjang.

26
030920-02-0272

5.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REMAJA MEMBUAT PEMBELIAN

MENGGUNAKAN APLIKASI SHOPEE

Objektif 2 : Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja di Kampung Bukit Pinang

membuat pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee.

Bahagian ini akan menceritakan keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi remaja di

Kampung Bukit Pinang membuat pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee

terhadap responden iaitu seramai 34 orang remaja.

5.3.1 Jadual 1 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian secara atas talian

menggunakan aplikasi Shopee

Bil Dapat Menjimatkan Masa Usaha dan Tenaga Kekerapan Peratus(%)

1. SANGAT SETUJU 16 50

2. SETUJU 11 34.4

3. TIDAK SETUJU 4 12.5

4. SANGAT TIDAK SETUJU 2 3.1

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

27
030920-02-0272

Carta Pie 1: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

DAPAT MENJIMATKAN MASA USAHA DAN


TENAGA
3.1%

12.5% SANGAT SETUJU


SETUJU
TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU
50%

34.4%

Berdasarkan jadual dan carta pie di atas, terdapat 16 orang remaja (50%) yang memilih

SANGAT SETUJU bahawa pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee dapat

menjimatkan masa usaha dan tenaga. Terdapat juga dalam kalangan remaja yang memilih

SETUJU iaitu seramai 11 orang remaja (34.4%) dan terdapat 4 orang remaja ( 12.5%) yang

memilih TIDAK SETUJU manakala 2 orang remaja (3.1%) pula yang memilih SANGAT

TIDAK SETUJU. Secara kesimpulannya, majoriti dalam kalangan remaja di Kampung Bukit

Pinang SANGAT SETUJU bahawa pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee dapat

menjimatkan , masa, usaha dan tenaga.

28
030920-02-0272

5.3.2 Jadual 2 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

Bil Proses Pembelian Mudah dan Cepat Kekerapan Peratus(%)

1. SANGAT SETUJU 18 52.9

2. SETUJU 9 26.5

3. TIDAK SETUJU 6 17.6

4. SANGAT TIDAK SETUJU 1 2.9

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 2: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

PROSES PEMBELIAN MUDAH DAN CEPAT


2.9%

17.6%
SANGAT SETUJU
SETUJU
TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU
52.9%

26.5%

29
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta pie di atas terdapat 18 orang remaja (52.9%) yang memilih

SANGAT SETUJU bahawa pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee memudahkan

dan mempercepatkan proses pembelian. Terdapat juga dalam kalangan remaja yang memilih

SETUJU iaitu seramai 9 orang remaja (26.5%). Selain itu, terdapat 6 orang remaja (17.6%) yang

memilih TIDAK SETUJU manakala 1 orang remaja (2.9%) yang memilih SANGAT TIDAK

SETUJU. Secara kesimpulannya, majoriti dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang

SANGAT SETUJU kerana pembelian secara atas talian dapat memudahkan dan

mempercepatkan proses pembelian menggunakan aplikasi Shopee aplikasi Shopee.

30
030920-02-0272

5.3.3 Jadual 3 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

Bil Menjimatkan Kos Pengangkutan Kekerapan Peratus(%)

1. SANGAT SETUJU 17 50

2. SETUJU 10 29.4

3. TIDAK SETUJU 3 8.8

4. SANGAT TIDAK SETUJU 4 11.8

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 3: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shoppe

MENJIMATKAN KOS PENGANGKUTAN


8.8.% 11.8%

SANGAT SETUJU
SETUJU
29.4% TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU

50%

31
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta pie di atas terdapat 17 orang remaja (50%) yang memilih SANGAT

SETUJU bahawa pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee dapat menjimatkan kos

pengangkutan. Terdapat juga dalam kalangan remaja yang memilih SETUJU iaitu seramai 10

orang remaja (29.4%). Seterusnya, terdapat 3 orang remaja (8.8%) yang memilih TIDAK

SETUJU manakala 4 orang remaja (11.8%) lagi memilih SANGAT TIDAK SETUJU. Sebagai

kesimpulannya, majoriti dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang SANGAT SETUJU

bahawa pembelian secara atas talian di aplikasi dapat menjimatkan kos pengangkutan iaitu dari

segi minyak kereta atau motosikal.

32
030920-02-0272

5.3.4 Jadual 4 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

Bil Tidak Kisah Lokasi Kedai Jika Membeli Kekerapan Peratus(%)


Dalam Talian
1. SANGAT SETUJU 14 41.2

2. SETUJU 10 29.4

3. TIDAK SETUJU 7 20.6

4. SANGAT TIDAK SETUJU 3 8.8

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 4: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

TIDAK KISAH LOKASI KEDAI JIKA MEMBELI


DALAM TALIAN
8.8%

SANGAT SETUJU
20.4%
SETUJU
TIDAK SETUJU
4I.2% SANGAT TIDAK SETUJU

29.4%

33
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta pie di atas terdapat 14 orang remaja (41.2%) yang memilih

SANGAT SETUJU dan terdapat juga dalam kalangan remaja yang memilih SETUJU iaitu

seramai 10 orang remaja (29.4%). Di samping itu, terdapat 7 orang remaja (20.6%) yang

memilih TIDAK SETUJU manakala 3 orang remaja (8.8%) lagi memilih SANGAT TIDAK

SETUJU. Kesimpulannya, menunjukkan majoriti dalam kalangan remaja di Kampung Bukit

Pinang bersetuju bahawa pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee tidak perlu

kisah tentang lokasi kedai untuk membuat pembelian barang.

34
030920-02-0272

5.3.5 Jadual 5 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

Bil Mudah Mendapat Barangan Yang Diperlukan Kekerapan Peratus (%)

1. SANGAT SETUJU 16 47.1

2. SETUJU 5 14.7

3. TIDAK SETUJU 7 20.6

4. SANGAT TIDAK SETUJU 6 17.6

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 5: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

MUDAH MENDAPAT BARANGAN YANG


DIPERLUKAN

17.6%
SANGAT SETUJU
SETUJU
TIDAK SETUJU
47.1% SANGAT TIDAK SETUJU
20.6%

14.7%

35
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta di atas terdapat 16 orang remaja (47.1%) yang telah memilih

SANGAT SETUJU. Terdapat juga dalam kalangan remaja yang memilih SETUJU iaitu

sebanyak 5 orang remaja (14.7%). Selain itu, terdapat pula 7 orang remaja (20.6%) telah memilih

TIDAK SETUJU manakala lagi 6 orang remaja lagi (17.6%) yang memilih SANGAT TIDAK

SETUJU. Sebagai kesimpulannya, majoriti remaja di Kampung Bukit Pinang bersetuju dengan

pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee kerana sangat memudahkan remaja untuk

mendapat sesuatu barangan yang diperlukan.

36
030920-02-0272

5.3.6 Jadual 6 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

Bil Mendapat Kepuasan Apabila Barangan Sampai Kekerapan Peratus(%)


Di Rumah
1. SANGAT SETUJU 16 47.1

2. SETUJU 7 20.6

4. TIDAK SETUJU 9 26.5

5. SANGAT TIDAK SETUJU 2 5.9

JUMLAH 34 100

SUMBER :KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 6: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

MENDAPAT KEPUASAN APABILA BARANG


SAMPAI DIRUMAH
5.9%

SANGAT SETUJU
SETUJU
26.5%
TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU
47.1%

20.6%

37
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta pie di atas menunjukkan terdapat seramai 16 orang remaja (47.1%)

yang memilih SANGAT SETUJU. Terdapat juga dalam kalangan remaja lain yang memlih

SETUJU iaitu seramai 7 orang remaja (20.6%). Selain itu, terdapat 9 orang remaja (26.5%) yang

memilih TIDAK SETUJU manakala 2 orang remaja (5.9%) lagi telah memilih SANGAT

TIDAK SETUJU. Kesimpulannya, remaja di Kampung Bukit Pinang majoritinya SANGAT

SETUJU bahawa pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee telah mendapat

kepuasan apabila barangan sampai di rumah.

38
030920-02-0272

5.3.7 Jadual 7 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shoppe

Bil Tidak Perlu Terburu-buru Membuat Pembelian Di Kekerapan Peratus(%)


Kedai
1. SANGAT SETUJU 9 27.3

2. SETUJU 10 30.3

3. TIDAK SETUJU 10 30.3

4. SANGAT TIDAK SETUJU 5 12.1

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 7: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian menggunakan aplikasi

Shopee

TIDAK PERLU TERBURU-BURU MEMBUAT


PEMBELIAN DI KEDAI
12.1%

SANGAT SETUJU
27.3% SETUJU
30.0% TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU

30.3%

39
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta pie diatas menunjukkan bahawa terdapat 9 orang remaja (27.3%)

yang memilih SANGAT SETUJU. Selain itu ,terdapat 10 orang remaja ( 30.3%) yang memilih

SETUJU dan terdapat 10 orang remja (30.3%) juga yang memilih TIDAK SETUJU. Seterusnya,

terdapat 5 orang remaja (12.1%) yang memilih SANGAT TIDAK SETUJU. Secara

kesimpulannya, dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Pinang terdapat remaja yang

SETUJU dan TIDAK SETUJU bahawa pembelian atas talian tidak perlu terburu-buru untuk

membuat pembelian di kedai.

40
030920-02-0272

5.3.8 Jadual 8 faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunakan

aplikasi Shopee

Bil Dapat Memanfaatkan Penggunaan Kekerapan Peratus(%)


Teknologi
1. SANGAT SETUJU 19 55.9

2. SETUJU 8 23.5

3. TIDAK SETUJU 5 14.7

4. SANGAT TIDAK SETUJU 2 5.9

JUMLAH 34 100

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2022

Carta Pie 8: faktor-faktor mempengaruhi remaja membuat pembelian atas talian menggunkan

aplikasi Shopee

DAPAT MEMANFAATKAN TEKNOLOGI


5.9%

14.7%

SANGAT SETUJU
SETUJU
TIDAK SETUJU
SANGAT TIDAK SETUJU

23.5% 55.9%

41
030920-02-0272

Berdasarkan jadual dan carta pie di atas, terdapat 19 orang remaja (55.9%) yang memilih

SANGAT SETUJU bahawa pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee dapat

memanfaatkan teknologi. Terdapat juga dalam kalangan remaja yang memilih SETUJU iaitu

seramai 8 orang remaja (23.5%). Selain itu, terdapat 5 orang remaja (14.7%) yang memilih

TIDAK SETUJU manakala 2 orang remaja (14.7%) yang memilih SANGAT TIDAK SETUJU .

Secara kesimpulanya, majoriti remaja di Kampung Bukit Pinang SANGAT SETUJU bahawa

pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee dapat memanfaatkanya penggunaan

teknologi dengan sebaik mungkin.

42
030920-02-0272

6.0 RUMUSAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri pengguna bijak yang diamalkan oleh remaja di

Kampung Bukit Pinang semasa membuat pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee.

Selain itu, kajian ini juga mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi remaja membuat

pembelian secara atas menggunakan aplikasi Shopee.

Melalui hasil akhir daripada kajian yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa terdapat

pelbagai ciri pengguna bijak yang diamalkan oleh remaja di Kampung Bukit Pinang semasa

membuat pembelian secara atas talian menggunakan aplikasi Shoppe. Antara ciri-ciri pengguna

bijak adalah membeli barang keperluan atau sebaliknya. Ini membuktikan dari hasil kajian di

mana dalam kalangan remaja hanya membeli barang keperluan sahaja adalah sebanyak (70.6%).

Remaja memilih untuk membeli barang keperluan sahaja kerana untuk menjimatkan wang.

Selain itu, ciri kedua pengguna bijak adalah melakukan perbandingan harga sebelum membuat

pembelian. Ini membuktikan bahawa dari hasil kajian di mana remaja akan membuat

perbandingan harga sebelum membuat pembelian adalah sebanyak (97.1%) dan remaja

menyatakan bahawa membuat perbandingan harga terlebih dahulu bagi memastikan barang yang

hendak dibeli bersesuai dengan wang yang dimiliki. Seterusnya ciri yang ketiga pengguna bijak

berbelanja adalah memilih barang yang berkualiti. Ini membuktikan bahawa dari hasil kajian di

mana remaja akan memilih barang yang berkualiti sahaja adalah sebanyak (100%). Hal ini

kerana bagi memastikan barang tersebut tidak mudah rosak dan dapat digunakan dalam jangka

masa yang lama.

Bagi objektif kajian kedua pula, iaitu kajian mengenai faktor yang mempengaruhi remaja

membuat pembelian menggunakan aplikasi Shopee. Pengkaji mendapati bahawa faktor yang

43
030920-02-0272

paling mempengaruhi remaja di Kampung Bukit Pinang membuat pembelian secara atas talian

adalah memanfaatkan teknologi iaitu sebanyak (55.9%). Hal ini kerana, remaja dapat

memanfaatkan penggunaaan teknologi dengan cara membuka aplikasi Shopee dan melihat

barangan yang jual didalam aplikasi tersebut pada masa yang terluang. Selain itu, faktor kedua

yang mempengaruhi remaja adalah mudah mendapat barangan yang diperlukan iaitu sebanyak

(47.1%). Hal ini kerana remaja mudah mendapat barangan yang diperlukan sama ada dalam

negara atau luar negara. Oleh itu, pembelian secara atas dapat membentuk rangkaian yang luas di

seluruh negara. Oleh itu, pembelian secara atas talian dapat membentuk rangkaian yang luas di

seluruh negara. Seterusny, faktor yang mempengaruhi remaja untuk membuat pembelian secara

atas talian adalah proses pembelian mudah dan cepat iaitu sebanyak (52.9%). Ini kerana remaja

di Kampung Bukit Pinang mereka membuat pembayaran melalui perbankan atas talian

mengunakan telefon pintar. Oleh itu, dapat memudahkan remaja untuk urusan pembayaran atas

talian. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa remaja bersetuju dengan cadangan

jawapan bagi faktor yang mempengaruhi remaja membuat pembelian secara atas talian

menggunakan aplikasi Shopee yang terkandung dalam borang soal selidik bahagian c. Hal ini

ditunjukkan melalui analisis google form yang telah dihantarkan melalui link kepada kalangan

remaja di Kampung Bukit Pinang.

Kesimpulannya yang dapat dibuat daripada kajian ialah faktor yang mempengaruhi remaja

membuat pembelian atas talian menggunakan aplikasi Shopee mendatangkan banyak kelebihan

kepada remaja dalam proses pembelian secara atas talian. Antara kelebihan pembelian atas talian

urusniaga yang lebih mudah dan pantas iaitu hanya perlu menekan papan kekunci sahaja. Ini

kerana urusan jual beli yang dilakukan tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli secara

langsung. Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sampai

44
030920-02-0272

kepada pembeli. Seterusnya, urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa juga kerana

lazimnya pembelian atas talian ini beroperasi tanpa had masa. Selain itu mereka yang membuat

pembelian secara atas talian juga mampu menjimatkan kos kerana pembeli tidak perlu pergi ke

premis pernigaan yang besar manakala dapat menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana

tidak perlu keluar untuk membeli barangan yg dihajati.

45
030920-02-0272

7.0 LAMPIRAN

Sumber: Kajian lapangan

Sumber: Kajian Lapangan

46
030920-02-0272

8.0 RUJUKAN

Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada bahan-bahan dari internet . Antara bahan

dirujuk adalah bahan internet dan soal selidik bagi mengetahui ciri-ciri pengguna bijak membuat

pembelian atas talian dan faktor-faktor yang mempengaruhi remaja membuat pembelian atas

talian menggunakan aplikasi Shopee. Segala bahan dicatat serta data yang diperoleh direkodkan

bagi mengukuhkan lagi kajian.

8.1 Sumber internet

1. https://www.google.com/amp/s/ivytayblog.wordpress.com/2016/05/20/pengguaan-e-dagang-
oleh-usahawan-usahawan-di-malaysia/amp/

2. www.majalahniaga.com/kajian-terhangat-statistik-jual-beli-secara-online-di-malaysia-2022-
infografik.html

3. https://www.researchgate.net/publication/
288427396_Amalan_Pembelian_Secara_Atas_Talian_Online_dan_Faktor-Faktor_Mempengaruhi

4. https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pengguna-yang-bijak.html

5. https://www.academia.edu/39891494/
KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KAJIAN_PEMBELIAN_ATAS_TALIAN_PEMBELI_PENIAGA

47
030920-02-0272

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK: AMALAN BIJAK BERBELANJA SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN


APLIKASI SHOPEE DALAM KALANGAN REMAJA DI KAMPUNG BUKIT PINANG

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan: Tandakan( / ) pada ruang yang disediakan

JANTINA

LELAKI

PEREMPUAN

UMUR

12 -14 tahun

15 - 17 tahun

18 -20 tahun

48
030920-02-0272

BANGSA

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN – LAIN

AGAMA

ISLAM

HINDU

BUDDHA

LAIN – LAIN

49
030920-02-0272

PERANTI YANG DIGUNAKAN SEMASA


MENGGUNAKAN APLIKASI SHOPEE

TELEFON PINTAR

KOMPUTER RIBA

TABLET

LAIN-LAIN

50
030920-02-0272

BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI CIRI – CIRI PENGGUNA BIJAK BERBELANJA


SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI SHOPEE DALAM KALANGAN
REMAJA DI KAMPUNG BUKIT PINANG

Arahan: Tandakan( / ) pada ruangdisediakan

BIL SOALAN YA TIDAK

1 ADAKAH ANDA MEMBELI BARANG KEPERLUAN SAHAJA ATAU


SEBALIKNYA

2 ADAKAH ANDA MELAKUKAN PERBANDINGAN HARGA


SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN

3 ADAKAH ANDA MENYOKONG BARANGAN TEMPATAN

4 ADAKAH ANDA MEMBELI BARANGAN YANG BERKUALITI

5 ADAKAH ANDA MEMBUAT ADUAN SEKIRANYA BERLAKU


KESALAHAN OLEH PENJUAL

51
030920-02-0272

BAHAGIAN C: MENGENAL PASTI FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


REMAJA DI KAMPUNG BUKIT PINANG MEMBUAT PEMBELIAN SECARA ATAS
TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI SHOPPE

Arahan: Tandakan( / ) pada ruang yang disediakan

1: SETUJU 2: SANGAT SETUJU

3: TIDAK SETUJU 4: SANGAT TIDAK SETUJU

BIL SOALAN 1 2 3 4

1 DAPAT MENJIMATKAN MASA, USAHA DAN TENAGA

2 PROSES PEMBELIAN DALAM TALIAN MUDAH DAN CEPAT

3 MENJIMATKAN KOS PENGANGKUTAN

4 TIDAK KISAH LOKASI KEDAI JIKA MEMBELI DALAM TALIAN

5 MUDAH MENDAPAT BARANGAN YANG DIPERLUKAN

6 MENDAPAT KEPUASAN APABILA BARANGAN SAMPAI DI RUMAH

7 TIDAK PERLU TERBURU-BURU MEMBUAT PEMBELIAN DI KEDAI

8 DAPAT MEMANFAATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI

52

Anda mungkin juga menyukai