Anda di halaman 1dari 9

Beban Tugas Guru

Guru merupakan insan yang amat berjasa sehinggakan Usman Awang


mengungkapkan kata-kata penghargaan beliau kepada guru dalam sajak
karangan beliau yang bertajuk Guru Oh Guru. Tidak ada permulaan
seseorang manusia yang berjaya tanpa kehadiran seorang
guru.
Perkataan pengorbanan amat sinonim dengan guru.Namun, disebalik
pengorbanan dan jasa seorang guru, dunia perguruan juga tidak sunyi
dengan kehadiran pelbagai isu yang menarik perhatian masyarakat untuk
diperkatakan dan wajar diambil perhatian agar kebajikan dan professionalism
keguruan dapat dipertingkatkan.
Di era globalisasi yang amat pesat, antara isu yang melingkari bidang
perguruan adalah isu beban tugas guru.Hal ini berlaku kerana kepesatan
perkembangan teknologi menuntut guru untuk bergerak seiringan dengan
perkembangan semasa bagi memastikan apa yang disampaikan sentiasa
releven dan murid yang dididik mampu mendepani perkembangan yang
berlaku dipersekitaran mereka.Guru tidak boleh menjadi seperti katak di
bawah tempurung, yang tidak tahu perkembangan semasa, mengajar dan
mendidik pelajar dengan kaedah dan cara yang lama.
Banyak pihak mengkaji dan memberi pandangan agar isu beban tugas guru
mempunyai jalan keluar agar kebajikan guru lebih terjamin seterusnya
membolehkan mutu pendidikan dapat dilonjakkan ke tahap yang
maksimum.Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan
memperkenalkan sistem kerja sembilan jam dalam kalangan guru.Sistem
kerja sembilan jam agak asing dalam bidang perguruan.Terdapat pelbagai
pandangan dari masyarakat baik dari mereka yang terlibat dalam bidang
perguruan mahupun yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang ini. Ada
yang menyokong perlaksanaan sistem ini dan tidak kurang juga yang tidak
menyokong dengan sistem yang diperkenalkan ini.Masing-masing
mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri.
Artikel Cadangan Kerja Sembilan Jam atasi Beban Tugas Guru ? yang
ditulis menggunakan tajuk berbentuk persoalan kepada pembaca yang
disiarkan melalui laman web Berita Harian Online bertarikh 2 Februari 2012
cuba mengetengahkan penolakan NUTP terhadap program perintis sistem
kerja sembilan bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula Januari 2012 yang melibatkan
5000 orang guru di empat buah negeri di Malaysia Berdasarkan artikel yang
ditulis, NUTP tidak menyetujui program ini dilaksanakan kerana menurut
NUTP tugas-tugas guru sebenarnya tidak tamat selepas waktu persekolahan.
Pendirian NUTP yang diketengahkan oleh penulis ini benar. Hal ini kerana,
walaupun waktu pengajian tamat sekitar 2.40 petang. Tetapi masih terdapat
kerja-kerja yang tidak melibatkan pengajaran dan pembelajaran yang perlu
diselesaikan dan dibawa pulang kerumah untuk disiapkan. Antaranya seperti
menanda buku tulis pelajar yang sememangnya tugas hakiki bagi seorang
guru, membuat laporan-laporan program yang dilaksanakan di sekolah,
menanda buku kemajuan pelajar, kerja-kerja pengkeranian yang melibatkan
panitia, kokurikulum dan sebagainya. Kadangkala kerja-kerja ini terpaksa
dibawa pulang ke rumah oleh guru untuk disiapkan.
Walaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran mahu pihak NUTP amnya dan
pihak guru khususnya mengambil pendirian untuk berlapang dada dengan
program yang akan diperkenalkan ini. Hal ini kerana, program ini masih
diperingkat projek rintis yang belum melibatkan dan mewajibkan kepada
semua guru di Malaysia. Program ini masih di peringkat percubaan dan belum
lagi muktamad dan keputusan seterusnya bergantung kepada keputusan dan
respon pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat dengan program rintis ini.
Pihak NUTP seharusnya memberi peluang kepada pihak Kementerian
Pelajaran melaksanakan program rintis ini dan membuat penilaian samada
sistem kerja sembilan jam ini dapat mengurangkan beban tugas guru atau
menambahkan lagi beban tugas guru kerana terpaksa pulang lewat dan
membawa kerja-kerja sekolah di rumah. Menurut Ka Siong, program ini
merupakan sebahagian daripada usaha untuk menangani isu beban tugas
guru yang semakin hangat diperkatakan.
Kenyataan Ka Siong ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan
Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Beban Tugas Guru. Menurut
laporan kajian, jawatankuasa ini telah menyenaraikan sebelas faktor atau
punca berlakunya beban tugas guru iaitu, tugas rencam yang tidak berkaitan
dengan P&P, Waktu kerja, aktiviti kokurikulum, ekspektasi stakeholder,
persekitaran dan kebajikan, kurusus dalam perkhidmatan (KDP) pentaksiran,
arahan bertindih, bidang tugas, saiz kelas dan penempatan. Berdasarkan
hasil kajian jawatankuasa ini tugas rencam menjadi punca utama yang
menyebabkan timbulnya isu beban tugas guru atau yang menjadi punca
utama guru terbeban dengan pelbagai tugas guru.
Penulis juga menyatakan hanya guru dan mereka yang mempunyai
keluarga yang terlibat dalam bidang guru memahami isu ini.Kenyataan
penulis ini benar kerana terdapat pihak yang mempertikaikan isu beban tugas
guru ini diketengahkan.Kerja-kerja guru tidak seperti sesetengah pekerjaan
yang hanya berfokus dalam jangka masa tertentu dan skop tertentu sahaja.
Malah, melibatkan masa yang tidak menentut dan skop yang
pelbagai.Buktinya, pada hari ini, guru bukan sekadar mengajar dan
menyampaikan ilmu di dalam kelas malah kerja-kerja guru juga melibatkan
tugas-tugas diluar bidang tugas mengajar seperti melatih murid untuk
pertandingan persembahan, mengiring pelajar ke pertandingan-pertandingan,
menjadi jawatankuasa dalam program-program yang pelbagai. Tidak mustahil
guru juga menjadi tukang masak, mengurus teknikal dalam program dan
sebagainya. Terdapat juga guru yang bertugas mengagih-agihkan makanan
setiap pagi kepada murid dalam program RMT, dan ada juga guru yang
bertugas di pagar sekolah memastikan pengawas dan murid bertugas dengan
baik dan hadir awal ke sekolah. Situasi-situasi ini menunjukkan betapa skop
bidang tugas guru tidak ada sempadan, tidak seperti sesetengah profesion
yang lain.
Sebagai kesinambungan kenyataan beban tugas guru hanya difahami oleh
guru dan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dalam bidang
ini, penulis mengetengahkan tujuh punca berlakunya masalah beban tugas
guru. Punca-punca yang disenaraikan oleh penulis sejajar dengan punca
yang telah disenaraikan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Beban
Tugas Guru. Antara yang diketengahkan oleh penulis dalam artikel ini
ialah tugas yang tidak terikat dengan waktu persekolahan. Hal ini berlaku
kerana, kadangkala guru dikehendaki mengiringi pelajar, melaksanakan kelas
tambahan atau tuisyen di sekolah.Kadangkala bagi sekolah yang cemerlang
dan menjaga prestasi kelas tambahan dilaksanakan tidak mengira waktu
sehingga ada kelas yang dilaksanakan pada waktu malam lebih-lebih lagi
ketika hampir dengan waktu peperiksaan.
Penulis juga mempunyai pendapat yang sama dengan sumber-sumber
yang lain iaitu membawa kerja sekolah untuk disiapkan dirumah menjadikan
guru terbeban dengan tugasan. Tindakan ini menyebabkan kebajikan dan hak
guru untuk mendapat rehat yang mencukupi setelah penat bekerja seharian
tidak dapat dipenuhi dan menyebabkan perhatian terhadap keluarga terabai.
Punca yang seterusnya ialah membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan
tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program
pelbagai peringkat samada daerah mahupun negeri atau menjadi wakil
kepada pentadbir sekolah , menyebabkan guru-guru tidak punya banyak
waktu berada di sekolah dan memberi kesan terhadap tugas hakiki guru.
Selain dari mengajar guru juga dikehendaki untuk melakukan tugas-tugas
penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum. Kadangkala mengurus aktiviti
kokurikulum bukanlah satu bebanan bagi sesetengah guru, akan tetapi
pengisian yang perlu diberikan kepada murid sepanjang aktiviti menjadi
bebanan kepada guru. Untuk memberi pengisian ilmu kepada pelajar, guru
hendaklah rajin membuat kajian, rujukan dan pembacaan serta kursus-kursus
yang perlu dihadiri yang melibatkan bidang kokurikulum seperti badan
beruniform, sukan dan sebagainya. Amat malang sekali jika guru ditugaskan
untuk menguruskan dan mengendalikan aktiviti kokurikulum diluar bidang
latihan. Sebagai contoh, guru yang selama ini telah mendapat latihan dalam
satu-satu unit beruniform tetapi disebabkan kekangan tertentu, terpaksa
ditugaskan meguruskan unit beruniform yang lain. Keadaan ini akan
menambah bebanan baru kepada guru iaitu belajar sesuatu yang baru.
Aktiviti pelajar bukan sekadar tertumpu disekolah semata-mata. Mereka juga
terlibat dalam aktiviti luaran seperti pertandingan, lawatan, kursus kepimpinan
dan sebagainya. Perjalanan dan pergerakan pelajar-pelajar perlu diiringi oleh
guru bagi memastikan keselamatan murid. Keadaan ini menyebabkan guru
terpaksa mengorbankan masa bukan sekadar masa dirumah malah masa
masa P&P untuk mengiringi pelajar . Menurut artikel ini lagi, bebanan guru
bertambah apabila guru terpaksa menggunakan wang ringgit sendiri untuk
mengiring pelajar. Situasi ini membebankan guru,tambahan pula tidak ada
kemudahan bayaran lebih masa dan tuntutan perbatuan yang juga dicatu.
Keadaan bertambah teruk apabila lebihan masa untuk tugas rasmi tidak
boleh diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya.
Dalam artikel lain bertajuk Tugas guru bertambah akibat banyak
arahan. Bertarikh 13 Ogos 2012 yang disiarkan dalam laman web Berita
Harian menyatakan NUTP mendedahkan guru menanggung beban kerja
berganda akibat wujunya arahan dalam arahan yang mana mereka
terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan
pihak atasan pada peringkat berbeza.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata senario itu berlaku apabila
Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru
melaksanakan program tertentu, namun pada masa sama mereka
dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran
pada peringkat jabatan pelajaran negeri (JPN) atau pejabat pelajaran daerah
(PPD), walaupun semua mengandungi pengisian hampir sama. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya bukan sekadar pembaziran tenaga guru malah
masa dan menjejaskan tanggungjawab mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Seterusnya artikel ini juga mengetengahkan beban tugas guru memberi


kesan kepada kesihatan guru seterusnya memberi kesan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar. Berdasarkan artikel yang dipetik dari
blog Utusan bertarikh 24/1/2008 menyatakan bahawa Guru yang terlalu
terbeban bidang tugasnya dan akibatnya merasa tertekan akan memberi
kesan negatif kepada mutu pendidikan negara. Menurut NUTP lagi, ramai
guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit
jantung, malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin tertekan
akibat bebanan tugas yang meningkat.

Bebanan yang melampau dengan pelbagai isu pelajar dan isu berkaitan
profession yang perlu dihadapi oleh guru seperti masalah disiplin pelajar,
kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan
peranan boleh menambahkan tekanan guru dan boleh menyebabkan guru
mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara awal dari dunia
pendidikan.Jika, situasi ini berlarutan dunia pendidikan akan kekurangan
tenaga-tenaga kerja yang berpengalaman dalam dunia pendidikan. Bukankah
ini suatu fenomena yang merugikan dan memberi impak yang negatif kepada
pendidikan negara?
Selain itu, bebanan tugas yang melampau juga boleh kualiti kerja guru
berkurang kerana tidak dapat memberi fokus pada tugasan yang diberikan
dengan baik. Tidak dinafikan ada guru yang mampu memberikan kualiti yang
baik walaupun dibebani dengan pelbagai tugasan. Namun, hanya segelintir
sahaja guru yang mampu melakukan pelbagai tugas dengan baik dalam satu
tempoh masa.
Penulis menutup artikel ini dengan memberi keyakinan kepada pembaca
bahawa kerajaan akan mengambil kira kebajikan guru sebelum sistem kerja
sembilan jam ini dilaksanakan si seluruh sekolah di Malaysia. Bukanlah
sesuatu yang senang melaksanakan sesuatu sistem yang baru atau
mengubah sistem yang sedia ada, memerlukan pengkajian yang teliti dan
pandangan dari pelbagai pihak dan kerajaan khususnya Kementerian
Pelajaran Malaysia sudah pasti akan melaksanakan kajian dengan teliti dan
mengambil kira pandang dari pelbagai pihak dan kesannya kepada individu
yang terlibat dalam pendidikan iaitu guru dan pelajar.
Walaubagaimanapun, menurut laporan terbaru Berita Harian bertarikh
25/8/2012 yang bertajuk Batal Kerja 9 jam oleh Veena Rusli melaporkan
Tan Sri Muhyidin Yassin telah membatalkan program rintis ini dan tindakan ini
telah melegakan hampir 5000 orang guru yang dijangka terlibat sekiranya
program ini dilaksanakan. Keadaan ini menunjukkan pihak kementerian
mengambil kira pandangan dan suara rakyat.Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan bahawa Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana
profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan
awam lain.
Cadangan sistem kerja sembilan jam merupakan antara langkah-langkah
yang cuba diambil untuk menangani Isu Beban tugas guru yang ditimbulkan
oleh NUTP kepada Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Pelajaran Malaysia,
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohamad.
Yassin pada 30 Mac 2010. Isu ini telah mendapat perhatian yang sewajarnya
dari kementerian hal ini terbukti apabila, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas
Guru (JKMIBTG) yang telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato Haji
Alimuddin bin Haji Mohd Dom, merangkap Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk menyenaraikan tugas
dan tanggungjawab guru, mengenalpasti faktor yang menyebabkan beban
tugas guru bertambah dan mencadangkan tindakan bagi menangani isu yang
telah ditimbulkan ini.
Jawatankuasa ini telah berjaya mengenalpasti 14 faktor yang menyumbang
kepada isu beban tugas guru dan JKMIBTG juga telah mencadangkan 28
perakuan atau langkah-langkah bagi menangani isu ini. Hasil daripada
perakuan yang telah dikenalpasti dapat menangani masalah ini, satu
jawatankuasa baru telah ditubuh iaitu Jawatankuasa Pelaksana Bagi
Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) bagi memastikan perakuan
ini dapat direalisasikan. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sebulan sekali
untuk menyemak status perlaksanaan perakuan yang telah diambil tindakan.
JKMIBTG juga telah melaksanakan kajian dan hasil dapatan awal kajian
telah mengenalpasti beberapa cadangan yang dapat menangani masalah ini
iaitu ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan, kecilkan saiz
kelas, tambah bilangan guru, mewujudkan jawatan pembantu bengkel,
mengurangkan waktu mengajar, adil dalam agihan tugasan, mengutamakan
kebajikan guru, menyediakan kemudahan yang sesuai mengikut spesifikasi
penjawat awam yang lain, mengurangkan aktiviti hari Sabtu, menjadikan Cuti
rehat Khas hak Guru, mewujudkan jawatan khas kokurikulum, meningkatkan
kerjasama komuniti dan mewujudkan jawatan pembantu guru untuk kerja-
kerja pentadbiran. Hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan oleh
JKMIBTG satu cadangan tindakan segera untuk menangani masalah beban
tugas guru iaitu dengan mengeluarkan surat siaran untuk bertugas pada hari
Sabtu mesti jelas sama ada : hari sabtu minggu 1 dan 3 atau hari Sabtu
minggu 2 dan 4.
Beberapa perakauan yang telah diambil tindakan ialah perlaksanaan aktiviti
pada hari Sabtu, Penyediaan Garis Panduan Penggabungan Jawatankuasa,
permohonan KPM untuk menambah jawatan pembantu tadbir, mengurangkan
kekerapan guru keluar, membangunkan Pelan Operasi Latihan, Kursus dalam
perkhidmatan online diperkenalkam, pemansuhan penilaian tahap kecekapan
(PTK), dan KPM telah memohon peruntukan keawangan bagi menampung
keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan dan Guru
Sandaran tak Terlatih.
Berkaitan Isu Beban tugas guru yang diketengahkan oleh pihak NUTP
terdapat pelbagai pandangan oleh masyarakat terdapat individu yang
menyokong tentang isu ini diketengahkan oleh NUTP dan tidak gurang juga
yang tidak bersetuju. Malah, apa yang menarik terdapat individu yang
merupakan seorang guru tidak bersetuju isu ini diketengahkan. Misalnya,
dalam satu artikel Utusan Malaysia bertarikh 8/2/2011 yang ditulis oleh
Mokhtar Sabah yang merupakan seorang guru dari Keningau, Sabah
menyatakan bahawa guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugasan
seharian guru, akan tetapi guru sendiri yang mencari kerja luar yang
menyebabkan mereka rasa terbeban dan tidak cukupwaktu untu
melaksanakan tugas hakiki mereka sebagai seorang guru dengan baik.
Beliau juga menyenaraikan kerja-kerja atau aktiviti luar yang sering
dilaksanakan oleh guru disekolah antaranya terlibat dengan pelbagai aktiviti
ekonomi, terlibat dengan aktiviti luar seperti menyampaikan ceramah bagi
ustaz ustaz sehingga mengabaikan tugas hakiki mereka, sibuk dengan
kejohanan sendiri bukan untuk pelajar.
Sebenarnya pandangan penulis artikel ini lebih bersifat peribadi dan
pengalaman peribadi beliau.Kerana suasana disekolah berbeza antara
sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain mengikut tahap sekolah
tersebut. Biasanya guru yang bertugas di sekolah seperti sekolah kluster dan
sekolah berprestasi tinggi menghadapi pelbagai beban tugas dan lebih
banyak aktiviti yang perlu diuruskan berbeza dengan sekolah biasa yang
tugas-tugas lebih mudah berbanding sekolah bandar dan mempunyai prestasi
tinggi.Berdasarkan artikel, didapati penulis kemungkinan berpengalaman di
sekolah-sekolah biasa yang guru-guru diberi tugasan dan waktu mengajar
seperti yang telah ditetapkan yang tidak berlaku di sekolah-sekolah yang
besar dan mempunyai pencapaian yang cemerlang diperingkat masing-
masing.
Berdasarkan pembacaan dari pelbagai sumber dan penulisan, guru-guru
memang dibebani dengan pelbagai tugasan.Namun, para guru tetap bersabar
dan cuba melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin
demi kebaikan anak-bangsa.Namun, sekiranya mengganggu tugas-tugas
menyampaikan dan memberi ilmu kepada pelajar, suatu tindakan yang tegas
dan langkah yang segera perlu diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi
mengelakkan masalah ini berterusan yang akan memberi kesan kepada
perkembangan pelajaran murid.
Kesimpulannya, menyedari peranan guru yang amat besar dan tugasan
yang mencabar, para guru dan bakal guru seharusnya bersedia
mempersiapkan diri agar menjadi guru yang mempunyai daya tahan yang
tinggi dan tidak kalah dengan cabaran semasa.Memetik sebahagian Falsafah
Pendidikan Negara iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, guru juga
sebelum menjadi sebahagian dari kelompok warganegara yang
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan
rohani, perlulah mendidik dan melatih diri sendiri mempunyai
jasmani yang sihat, emosi yang mantap, rohani yang utuh dan
intelek yang sentiasa kehadapan.

Anda mungkin juga menyukai