Anda di halaman 1dari 7

Cabaran semasa seorang guru sekolah rendah.

Masakini bidang perguruan dilihat semakin mencabar dan semakin komplek dengan berbagai-bagai isu yang timbul.Antara isu utama ialah cabaran semasa seorang guru di alaf baru. Harapan menggunung semua pihak demi kemajuan anak-anak adalah telah disandarkan sepenuhnya ke bahu guru-guru. Antara cabaran yang telah saya hadapi sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru adalah: Cabaran pertama, Penempatan pertama adalah cabaran yang mula dihadapi sebagai seorang guru yang bertauliah dimana telah di postingkan ke kawasan agak pedalaman felda.cabaran ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran kerana tidak pernah tahu keadaan di sana, namun begitu saya telah membuat sedikit kajian tentang latar belakang sosio budaya hidup dan masyarakat di sana. Akhirnya saya berjaya menyesuaikan diri untuk menetap dan berkhidmat di kawasan tersebut selama hampir 11 tahun dengan begitu banyak kejayaan yang saya kecapi terutama dalam bidang sukan termasuk menjuarai pertandingan kriket peringkat kebangsaan sebanyak beberapa kali. Cabaran kedua yang di hadapi adalah semasa penempatan pertama juga saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran teras tahap dua yang bukan merupakan opsyen saya di maktab.pada minggu itu juga telah di cerap oleh nair persekutuan opsyen berkenaan dan hasilan daripada pencerapan tersebut banyaklah teguran tentang kekurangan dan kelemahan saya didapati oleh pihak nazir tersebut namun begitu saya jadikan ianya sebagai pembakar semangat dan berusaha menguasai subjek tersebut yang akhirnya saya telah membuat suatu kertas kerja kajian tindakan tentang kelemahan pelajar Melayu di dalam menguasai mata pelajaran tersebut.Kertas kajian saya telah diterima oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah diberikan saguhati sebanyak RM 500.00 untuk saya menjalankan program yang telah saya rancangkan.

usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.

Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, baru-baru ini. Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias. Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran. Katanya, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar. Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar. Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan, katanya kepada Berita Minggu, semalam. Lok berkata, bilangan mata pelajaran semakin banyak dan melalui Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih 100 mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar. Adakah kita hanya mahu menggalakkan pelajar mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. Jangan lupa bahawa aspek bukan akademik juga penting. Ada pelajar tidak berminat aspek akademik, tetapi mempunyai potensi dalam bidang lain, katanya. Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business mereka, iaitu mengajar. Bagaimanapun, katanya guru lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah.

Katanya, guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar. Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran melantik guru khas untuk mengendalikan kegiatan kurikulum dan kokurikulum serta mewujudkan jawatan pembantu guru yang dapat menjalankan kerja perkeranian. Katanya, kaji selidik itu dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran dan menjadi pelengkap kepada kajian serupa iaitu Kajian Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang. INFO: Kaji selidik NUTP menge AWAL tahun, hari sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka, musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu suai kenal serta banyak lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga sering kali memberi tekanan kepada mereka. Guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada manamana guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan. Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu. Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh' serta pelbagai kritikan lagi seperti 'sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut'.

Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur. Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri. Justeru, tak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer. Sebagai contoh, setiap tahun guru perlu mengemaskini maklumat murid serta data peribadinya. Tak cukup dengan itu, kutipan yuran perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas. Maklumat lain termasuk rekod pinjaman buku teks dan keputusan peperiksaan perlu dikemas kini segera. Bagi guru yang ditugaskan mengepalai panitia pula, beban itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan hampir setiap dua atau tiga bulan. Ada pula guru yang mahir sedikit dalam reka bentuk grafik ditugaskan pula menyediakan grafik untuk majalah sekolah. Tidak perlulah diperincikan semua beban tugas lain yang perlu lakukan kerana realitinya itu bukan tugas utama guru di sekolah, malah tak pernah diajar ketika mereka mengambil kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Guru kelas pula pastinya sering merungut setiap kali musim kemas kini data tiba dan mereka ini juga yang kebiasaannya ditugaskan sebagai guru panitia, guru pembimbing rumah sukan serta kelab. Persoalannya, bukankah semua beban tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan kerani

kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal. Guru IT pula hanya layak mengajar asas komputer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar. Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan merekodkan data. "Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Ketika itu, guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. "Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. "Justeru, penambahan jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Mereka perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian. Jangan biarkan mereka terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan," katanya. Jemali turut bersetuju bahawa guru kini bukan sekadar layak digelar kerani tetapi mungkin tukang kebun, pengasuh, pereka grafik, tukang cat dan semua beban kerja yang dilonggokkan ke bahu mereka. Katanya, masa yang lapang hanya dua atau tiga waktu tetapi mengikut pekeliling, ia perlu diisi dengan persiapan mengajar.

"Cuti tahunan atau cuti rehat khas hanya ada tujuh hari. Mana cukup untuk digunakan apabila perlu. Berbeza dengan sektor lain, mereka ada tempoh cuti tahunan lebih panjang dan dapat fokus pada skop kerja mereka. "Contohnya, mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka," katanya. Justeru, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan satu hari nanti, kerjaya guru tidak lagi dipandang tinggi lantaran tidak lagi bertindak sebagai penyampai ilmu berkaliber kerana terlalu fokus pada tugas lain.

Anda mungkin juga menyukai