Anda di halaman 1dari 6

AMIRUL ESWAN BIN ADNAN DAN TEKNOLOGI (B)

PISMP AMBILAN JAN 2010 REKABENTUK

Soalan Tugasan : Dengan berfokuskan isu petikan diatas, bincangkan sejauh mana cadangan oleh Tan Sri Abdul Rahman Arshad dapat menyelesaikan masalah para guru di sekolahsekolah di Malaysia. ESEI INDIVIDU Tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, Oleh kerana tugas guru berat, boleh diadakan guru pembantu yang bukan hanya membantu dari segi kerja perkeranian, malah dalam bidang pengajaran termasuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar lemah. Ini bukan sahaja meringankan tugas guru, malah pada masa yang sama membantu murid yang ketinggalan untuk maju standing dengan rakan yang lain . Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 pembantu bermaksud, orang yang membantu atau penolong dan guru didefinisikan pula sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Berdasarkan kepada semua definisi diatas, boleh disimpulkan bahawa maksud pembantu guru ialah orang yang membantu pendidik ataupun orang yang membantu pengajar. Menurut Tan Sri Abdul Rahman juga, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh meringankan beban cikgu dengan mewujudkan jawatan pembantu cikgu bagi mengatasi beban tugas yang semakin hari semakin meningkat. ( Isu Beban guru bertambah, Berita Harian 2/4/10). Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan tugas-tugas yang berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidangbidang tertentu sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim. Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secara formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas pengekeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.

AMIRUL ESWAN BIN ADNAN DAN TEKNOLOGI (B)

PISMP AMBILAN JAN 2010 REKABENTUK

Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman menyebut, Ketika ini guru, terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka. Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru kerana telah mengganggu tugas utama seorang guru iaitu mendidik pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat isu ini sehinggakan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru dan mengkaji tahap keseriusan isu beban tugas guru. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru perlu dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk masyarakat. Setiap individu dan masyarakat perlu mengembleng tenaga dan idea untuk menyelesaikan masalah dan isu ini. Hal ini kerana, beban tugas yang semakin bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah. Oleh itu berdasarkan cadangan dan perbincangan mengenai mewujudkan jawatan Pembantu Guru di sekolah bagi meringankan saya sangatlah bersetuju dengan penubuhan jawatan ini. Seorang guru yang mengajar di sekolah, sangat terbeban dengan pelbagai tugas diluar bilik darjah sehinggakan mereka tiada masa untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan berkualiti. Sekiranya jawatan pembantu guru ini diwujudkan, beban tugas yang ditanggung guru dapat diringankan dan ianya juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beribu graduan lepasan university yang menggangur diluar sana.

AMIRUL ESWAN BIN ADNAN DAN TEKNOLOGI (B)

PISMP AMBILAN JAN 2010 REKABENTUK

Berdasarkan butir-butir yang terkandung dalam laporan kaji selidik NUTP bertajuk Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik, beban tugas guru dibahagikan kepada lima bidang iaitu: 1. Urusan data, fail, buku rekod dan laporan : Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS) Buku Nilam Sekolah Laporan Adab Belajar Baitulmal dan biasiswa Laporan guru bertugas Urusan disiplin pelajar Urusan pusat sumber Program khas dari Jemaah Nazir Buku rekod kerja sekolah

2. Pentadbiran Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Pengurusan pentadbiran Kutipan yuran dan pelbagai Guru kelas

3. Kurikulum Jenis peperiksaan Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Kertas kerja kajian tindakan Panitia Mata pelajaran Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4. Kokurikulum

AMIRUL ESWAN BIN ADNAN DAN TEKNOLOGI (B)

PISMP AMBILAN JAN 2010 REKABENTUK

Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

5. Hal Ehwal Murid (HEM) Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama

Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran . Oleh yang demikian, sekiranya jawatan pembantu guru diwujudkan disekolah, segala tugas- tugas lain yang terpaksa ditanggung oleh seorang guru dapat diringankan dan tugas mendidik akan mendjadi lebih efisyen kerana guru tidak lagi terbeban dengan tugas- tugas diluar bilik darjah yang selalunya adalah kerja yang remeh- temeh. Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari sehari ke sehari. Dengan perubahan arus zaman globalisasi serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru merasakan tugas mereka semakin berat kerana guru perlu menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik seperti tugas pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran dimana seorang guru perlu mengisi pelbagai data secara maya. Sebagai contoh Sistem Maklumat Murid, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya. Ini lebih menyukarkan tugas guru kerana tidak semua guru pakar dan pandai dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, kekangan atau masalah yang terpaksa dihadapi sewaktu proses memasukkan data seperti masalah server internet di sekolah yang kadangkala terganggu, atau lambat. Data yang ingin dimasukkan pula bukan sedikit dan kadangkala berlaku pertindihan proses memasukkan data antara guru-guru di satu-satu sekolah yang menyebabkan talian internet menjadi lambat, sekiranya terdapat jawatan pembantu guru, segala kerja mengisi data- data ini boleh diambil alih daripada guru dan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh guru di sekolah. Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman turut mengulas bahawa penambahan jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Beliau menyebut .guru perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja perkeranian. Jangan biarkan guru terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan.

AMIRUL ESWAN BIN ADNAN DAN TEKNOLOGI (B)

PISMP AMBILAN JAN 2010 REKABENTUK

Sebagai contoh, sekiranya jawatan pembantu guru diwujudkan untuk membantu guru Kemahiran Hidup di Bengkel, ianya dapat membantu guru KH dalam penyediaan alatan dan bahan sebelum sesuatu pengajaran bermula. Semua sedia maklum bahawa Bengkel Kemahiran Hidup mempunyai pelbagai alatan dan bahan yang kadangkala perlu diuruskan supaya sentiasa selamat dan boleh digunakan untuk kelas yang seterusnya. Sekiranya diwujudkan jawatan pembantu guru bagi mengurus alatan dan bahan- bahan didalam bengkel Kemahiran Hidup seperti yang berlaku sekarang dimana terdapat jawatan Pembantu Makmal Sains yang membantu guru- guru dalam penyediaan bahan dan alatan sebelum berlangsugnya sesi pengajaran tertutama yang melibatkan amali. Guru subjek Kemahiran Hidup akan lebih fokus untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran selain daripada sibuk menguruskan bahan yang hendak digunakan yang kadangkala bahan itu perlu dipesan dari vendor. Subjek Kemahiran Hidup adalah subjek yang penting dan diminati oleh murid- murid, ini kerana subjek ini melibatkan murid untuk belajar sambil melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan tangan, bahan- bahan dan bahan maujud. Oleh itu, segala alatan tangan yang terdapat dibengkel, sekiranya diuruskan dan disusun dengan baik oleh pembantu guru atau pembantu bengkel, maka alatan tangan tadi akan selamat digunakan oleh murid- murid dan sebarang kecederaan tidak akan berlaku. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran amali sedang berlangsung, pembantu guru ini boleh juga membantu guru dalam memantau dan membantu murid- murid dalam menggunakan alatan yang memerlukan pemantauan seperti tukul besi yang digunakan untuk mengetuk paku. Seorang guru dihadapan, mungkin menghadapi masalah untuk memantau murid- murid semasa menggunakan alatan tangan, namun sekiranya terdapat seorang pembantu yang turut sama memantau murid- murid maka sebarang kecederaan boleh dielakkan dan murid dalam pada masa yang sama dapat belajar cara menggunakan alatan dengan lebih baik hasil daripada bantuan pembantu guru ini. Kesimpulannya, jawatan pembantu guru ini, seharusnya diluluskan oleh pihak atasan. Ini kerana, segala beban yang ditanggung guru dalam tugas pengkeranian dan pentadbiran akan dapat diringankan seterusnya guru dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan

AMIRUL ESWAN BIN ADNAN DAN TEKNOLOGI (B)

PISMP AMBILAN JAN 2010 REKABENTUK

berkesan. Selain daripada itu, melalui jawatan ini peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada lepasan graduan yang masih menggangur dan ini adalah salah satu perkara yang bagus bagi Kerajaan untuk mengurangkan kadar pengganguran rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai