Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju


mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi,
politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Jamil Ahmad, 2008). Bidang pendidikan
masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada
masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat
membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi
dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Dengan ini, hanya melalui pendidikan
di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan dan modal insan berkualiti
dapat diwujudkan iaitu mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan
inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai
tambahan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama
diperkenalkan. Menyedari pembangunan modal insan merupakan aset penting untuk
membangunkan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju, KSSR yang
diperkenalkan ini merupakan transformasi yang dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding dengan piawaian
global.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), seramai 240,835 guru sekolah
rendah berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan
KSSR. Tanggungjawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang
seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksaan serta matlamat KSSR. Guruguru di sekolah akan terlibat secara langsung dengan adanya transformasi ini di
mana guru-guru lebih aktif mengajar jika hendak dibandingkan dengan yang lepas.
Persoalannya, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru dalam
pelaksanaan KSSR dan apakah strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk
mengatasinya?

2.0

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI GURU DALAM PELAKSANAAN


KSSR DAN STRATEGI-STRATEGI MENGATASINYA

2.1

Cabaran Pertama dan Strategi-Strategi Mengatasinya

2.1.1 Cabaran Pertama: Beban Guru yang Banyak


Merujuk kepada keratan akhbar, (Utusan Malaysia, 23 Januari 2008), mantan
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa
beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel ini menjelaskan bahawa
guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Tugas guru
bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan
sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut beliau, harapan untuk
menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja
guru selain tanggungjawab remeh-temeh yang terpaksa digalas oleh mereka.
Selain itu, menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis
Guru Besar Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan mengenai
tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain
yang di luar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata
murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan
Malaysia dan bukannya guru. Beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak
sepatutnya dibebankan dengan aktiviti anjuran agensi lain dan boleh menolak
kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut memberi keutamaan
kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru.
Tambahan pula, dengan pendapat Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang
Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), berikutan
jumlah kerani yang tidak mencukupi di sekolah, guru terpaksa mengurus dan
memasukkan data pelbagai jenis borang seperti Borang Pinjaman Buku Teks,
Borang Biasiswa serta profil murid. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Sains
Rembau mempunyai empat kerani berbanding 480 orang pelajar. Bilangan ini tidak
mencukupi dan

perlu ditambah sekurang-kurangnya

dua orang

lagi

bagi

membolehkan semua kerja perkeranian dapat dilakukan oleh kakitangan pejabat


sekolah.

Di samping itu, para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam
menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin
bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah
tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di
luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama
mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan oleh
Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam seminggu
manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah masa
kerja rasmi bagi satu hari ialah 5.67 jam). Justeru itu, guru-guru masih memerlukan
sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar
dan menyemak buku latihan pelajar.
Tanggungjawab

dan

beban

kerja

guru

yang

semakin

bertambah

menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas


sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alatalat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri
mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian
seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan
dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini
menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan
beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan kualiti pengajaran guru.

2.1.2 Strategi-Srategi Mengatasi Cabaran Pertama


Pada pendapat saya, Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam
pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan
mengikut kemampuan guru tersebut. Menurut Abdul Shukur Abdullah (1991),
pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan
dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci,
kemudian

membandingkan

dengan

kemampuan

seorang

pekerja

untuk

melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan
bertujuan mewujudkan kecekapan.

Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia


mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa
pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat
sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan
keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang banyak.
Pengurangan

jawatankuasa

boleh

dilakukan

dengan

penggabungan

dan

pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu


dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru
tertentu sahaja.
Selain itu, semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu
diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan
sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut
sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010),
Yang Dipertua PKPSM, apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara,
pihak sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambil masa
yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan di
luar kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan
beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah membuat persiapan untuk
sesuatu program luar.
Di samping itu, penggunaan ICT juga dapat meringankan beban guru di
sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menyelaras aktiviti dan program.
Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian
Microsoft Access dan Microsoft Excel. Seterusnya, ICT juga digunakan untuk
mewujudkan pengkalan data soalan, persediaan pengajaran dan kandungan
pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.
Selain daripada penggunaan ICT, menyusun semula tugas-tugas perkeranian
di sekolah juga dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju guru tidak perlu dibebankan dengan
tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru
sebagai pendidik. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti PdP, guru perlu diberikan
4

banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat
persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan
garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

2.2

Cabaran Kedua dan Strategi-Strategi Mengatasinya

2.2.1 Cabaran Kedua: Guru Kurang Mahir dalam Penggunaan ICT


Pergerakan masa serta era globalisasi ini sememangnya turut membawa
perubahan kepada dunia pendidikan. Malaysia dengan tidak ketinggalan zaman pun
banyak dipengaruhi oleh masalah globalisasi ini dengan menerapkan aplikasi
penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merupakan akronim atau
singkatan daripada perkataan Information and Communication Technology yang
bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan
sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan
memapar maklumat (Ainulishak, 2011).
Cabaran pertamanya dengan menggunakan ICT dalam proses P&P adalah
kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik dalam menggunakan alatan ICT.
Generasi yang dilahir sebelum era 190-an dikatakan kurang cekap dan mahir dalam
mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Jadi, masih terdapat banyak guru yang
tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial
untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelemahan sebilangan
guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran terbantut. Oleh demikian, Ellington (1993) pernah mengatakan
bahawa

kelemahan

penggunaan

komputer

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan


guru-guru celik komputer atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan
papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan
tersedia dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer
memerlukan kemahiran yang tinggi.
Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam PdP di Malaysia dikatakan
meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar
5

bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Sekolah
pedalaman sememangnya tidak mempunyai infrustruktur dan kemudahan ICT yang
mencukupi dan bersesuaian. Hal ini telah menyebabkan kesukaran pihak guru untuk
menggunakan ICT dalam P&P. Menurut Ain Fathihah (2009), kebanyakan program
pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala,
iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat
dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Oleh
demikian, perkara ini telah menjadi cabaran yang sangat besar bagi seseorang
pendidik dengan mengguna pelbagai teknik dalam menarik perhatian murid serta
juga haruslah memberi motivasi kepada murid tentang memberi mereka lebih
banyak peluang dalam kegunaan ICT supaya mereka tidak ketinggalan zaman juga.
Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar
LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan banyak masalah. Sesetengah guru
yang tidak cekap akan mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan
sebelum memulakan proses P&P. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir
begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang
disediakan pihak sekolah.

2.2.2 Strategi-Strategi Mengatasi Cabaran Kedua


Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam
Rancangan Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai
247,804 orang guru telah mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2007) dan jika angka ini diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan
guru di Malaysia. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan
bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi
maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar
bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora &
Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Selain itu, pihak sekolah juga perlu
mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT
dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan
dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka. Program perkembangan
staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang
6

dengan baik. Menurut Woo Yoke Ling (2005), profesion keguruan harus sentiasa
terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan
ICT di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.
Strategi seterusnya untuk mengatasi masalah kekurangan infrustruktur dalam
sekolah adalah pihak kerajaan boleh memberi bantuan kewangan di kawasan
sedemikian. Soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan
pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah perlu
mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain
menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka
belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang
melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.
Oleh demikian, dengan mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan,
pihak sekolah boleh membuat memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia
seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan
Internet serta makmal computer. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology
can make our lives easier. Everyday tasks are simplified . Beliau juga menyatakan
bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
Pandangan ini juga diberi sokongan oleh Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan
bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih
menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan
memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. Jadi, tidak dapat dinafikan
bahawa kewujudan ICT sememangnya boleh membawa banyak manfaat dalam
proses P&P terutamanya bagi kawasan pedalaman yang masih mempunyai banyak
potensi untuk dinambahbaikkan.
Sebagai intihanya, zaman yang moden ini telah membawa banyak cabaran
kepada kita tidak kira sama ada dalam profesional keguruaan atau kerjaya yang lain.
Namun demikian, perkembangan Teknologi dan Maklumat (ICT) telah banyak
membawa manfaat dalam proses P&P. Oleh demikian, guru bertanggungjawab
penuh dalam mempunyai kemahiran yang cukup dalam cara kegunaan ICT yang
betul. Menurut Esah Sulaiman (2003) dengan perkembangan teknologi terkini dan
aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru
dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Guru mempunyai
7

tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya


menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

2.3

Cabaran Ketiga dan Strategi-Strategi Mengatasinya

2.3.1 Cabaran Ketiga: Guru kurang berpengetahuan dan berkemahiran


Menurut Sanitah Binti Mohd Yusof dan Norsiwati Binti Ibrahim (2012),
kejayaan sesuatu kurikulum baru seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) adalah berkait rapat dengan peranan seseorang guru. Hal ini kerana guru
merupakan pelaksana kurikulum. Justeru, guru haruslah bersedia untuk menerima
pembaharuan kurikulum tersebut. Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan
kurikulum tersebut, guru memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan
memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran tertentu. Keadaan ini telah
mewujudkan guru yang kurang bersedia di mana guru-guru tersebut adalah kurang
berpengetahuan dan berkemahiran kerana kesuntukan masa untuk menyesuaikan
diri. Proses pendedahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru
melalui ketua panitia mata pelajaran dalam taklimat adalah singkat berbanding
dengan Jurulatih Utama yang telah mengikuti kursus selama seminggu. Maka
dengan ini, pendedahan yang diterima oleh guru adalah sangat sedikit dan tidak
menyeluruh.
Kebanyakan guru kurang faham tentang konsep PBS dan ini menyebabkan
mereka kurang berkemahiran dalam menjalankan tugas-tugas pentaksiran (Norazila
binti Nordin, 2013). Contohnya, satu kajian yang dijalankan oleh Hamzah dan
Sinnasamy (Faizah A. Majid, 2011) telah menunjukkan bahawa penilaian lisan
Bahasa Inggeris PBS yang dijalankan oleh sestengah guru adalah tidak berasaskan
panduan dan objektif yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Kenyataan ini secara langsung telah menunjukkan guru-guru tersebut kurang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas pentaksiran
seperti

penilaian

lisan

Bahasa

Inggeris.

Fenomena

ini

seterusnya

akan
8

menyumbang kepada isu kesahan dalam pentaksiran (Norazila binti Nordin, 2013).
Hai ini kerana guru-guru diberi kuasa yang sepenuhnya untuk menilai murid-murid
mereka. Oleh kerana guru-guru tersebut kurang memahami konsep PBS, mereka
akan menyalahgunakan kuasa mereka dalam pemberian markah kepada muridmurid. Guru-guru yang mengamalkan sikap pilih kasih akan bersikap tidak adil
kepada murid-murid yang lain.
Malah, satu kajian Nixon dan Fraser (Mohd Rasdi bin Saamah, 2003) telah
menyatakan bahawa kejayaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah
bergantung kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan guru kerana hanya
guru yang berpengetahuan dapat menjelaskan sesuatu topik dengan jelas agar
mudah difahami oleh murid-muridnya. Guru yang kurang berpengetahuan dan
berkemahiran akan mengakibatkan keberkesanan pelaksanaan KSSR yang rendah
dan impak yang diperolehi juga adalah minimun (Utusan Borneo, 2011 Mei 18).
Berbanding dengan KBSR, KSSR meliputi 4M iaitu penambahan aspek menaakul
dalam 3M (membaca, menulis, mengira). Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk
memperkembangkan pemikiran murid-muridnya supaya menjadi lebih kritis, kreatif
dan inovatif (Sanitah Binti Mohd Yusof dan Norsiwati Binti Ibrahim, 2012). Akan
tetapi, menurut Chiapetta melalui Yeam Koon Peng (2007), ramai orang dewasa
yang masih belum dapat menguasai kemahiran menaakul pada peringkat formal.
Oleh itu, guru-guru yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut tidak pasti akan
kaedah yang sesuai untuk menerapkan kemahiran tersebut dalam sesi PdP.
Toffler melalui Faizah A. Majid (2011) juga telah menyatakan bahawa cabaran
utama dalam abad ke-21 ini bukanlah belajar (learn) tetapi ialah melupakan sesuatu
yang telah dipelajari (unlearn) untuk mempelajari sesuatu yang baru (relearn).

2.3.2 Strategi-Strategi Mengatasi Cabaran Ketiga


Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Murad Mohammad Nor pernah
mengatakan bahawa bahawa guru memainkan peranan paling penting dalam
pelaksanaan sebarang kurikulum (Faizah A. Majid, 2011). Sesebuah rancangan
yang baik adalah tidak dapat menyerlah dengan sepenuhnya sekiranya guru
sebagai pelaksana tidak dapat menjalankannya dengan baik. Justeru, peranan guru

dalam pelaksanaan KSSR adalah sangat penting dan tindakan segera harus
diambil.
Untuk mengatasi masalah guru kurang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam pelaksanaan KSSR, terlebih dahulu pemimpin sesebuah organisasi tersebut
perlu menjalankan tanggungjawabnya yang tersendiri iaitu mencari jalan untuk
mengatasi masalah tersebut pada peringkat individu (guru) kemudian barulah pada
peringkat organisasi (Hall & Hord melalui Faizah A. Majid, 2011). Pendekatan
haruslah dimulakan pada peringkat guru pelatih. Kurikulum Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa agar
bersesuaian dengan kehendak pendidikan semasa (Hariah bt Munip & Chin Chee
Keong, 2010). Program latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) perlulah distruktur
dan dibentuk mengikut keperluan semasa. Kurikulum untuk guru pelatih haruslah
menekankan penguasaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi, pada masa yang
sama nilai-nilai keguruan harus diterapkan dalam diri setiap guru pelatih (Yeam Koon
Peng, 2007). Ini adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti, cemerlang dan
menepati kehendak pendidikan semasa.
Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki melalui Sharifah Munirah bt Sayed
Mohamed Noor (n.d.), tonggak kepimpinan guru besar adalah penting kerana ia
akan mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam akademik atau
kokurikulum. Satu kajian yang dijalankan oleh Yusof dan Mohd Musa (Sharifah
Munirah bt Sayed Mohamed Noor, n.d.) telah mendapati bahawa guru besar lebih
memahami pelaksanaan PBS. Oleh itu , guru besar berupaya untuk memimpin guruguru dalam pelaksanaan PBS agar tugas pentaksiran tersebut tidak menyimpang
dari matlamat asal Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Justeru,
guru besar perlu memainkan peranannya sebagai pemimpin di sekolah dan
memimpin guru-guru dalam pelaksanaan PBS dengan memberi pendedahan yang
lebih banyak kepada mereka. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah
menghantar guru untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang berbentuk
hands-on selain daripada memberi taklimat. Guru-guru haruslah diberi lebih banyak
peluang untuk menghadiri kursus dan bengkel yang berbentuk hands-on agar
segala dan kemahiran yang diperoleh boleh dipraktikkan dalam kelas.

10

3.0

PENUTUP

Kesimpulannya, pelaksanaan KSSR ini perlu diperkukuhkan lagi dengan lebih


terancang dan sistematik supaya matlamat akhirnya dapat melahirkan generasi yang
berkembang secara holistik dan menyeluruh serta memberi manfaat bukan sahaja
kepada murid malahan kepada warga pendidik itu sendiri. Pada masa yang sama,
guru juga perlu diperkemaskan lagi dari segi komponen amalan nilai profesionalisme
guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
seperti yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) yang menjadi
rujukan dan panduan piawaian kualiti guru. Kenyataan ini adalah selaras dengan
pandangan Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dalam Utusan Online (20
April 2009) yang mengatakan bahawa guru perlu ditransformasi terlebih dahulu.
Keberhasilan sesuatu sistem adalah bergantung kepada komitmen yang dimainkan
oleh penggerak sistem itu sendiri.
Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai
pendidikan yang cemerlang bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang paling penting
ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigma, cara
pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting menjadi guru
yang tidak mudah patah semangat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, guru
tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa
bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat
11

menyempurnakan tugas-tugas yang diberi. Seseorang guru yang profesional


sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang
penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan
tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat
dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah
merungut dengan beban tugas yang dipikul.

4.0

RUJUKAN

14 Isu Beban Guru Ditangani. (2012, Mei 17). Utusan Malaysia Online. Diakses dari
http://www.utusan.com.my/info.asp?
y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.ht
m.
Ahmad Subki & Syed Ismail. (2012). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesionalisme. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). Literasi Teknologi Komputer: Persepsi
dan Penggunaan di Kalangan Guru. dalam Pandian, A. (ED.). Bahasa dan
Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat. (2008, Januari 23). Utusan Malaysia Online,
diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&
dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm.
Faizah A. Majid. (2011). School-based Assessment in Malaysian Schools: The
Concerns of the English Teachers. Journal of US-China Education Review. 8
(10).
Hariah bt Munip & Chin, C. K. (2010). Tinjauan Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan

12

Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Guru Pelatih PISMP. Jabatan Sains
IPG Kampus Tuanku Bainun.
Jamil Ahmad. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia ke
Arah Pendidikan Berkualiti. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Johan @ Eddy Luaran. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi
Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). KSSR Lengkapi Kemahiran Hadapi
Cabaran. Diakses dari http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=
com_content&view=article&id=159%3Akssr-lengkapi-kemahiran-hadapicabaran&lang=en.
Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools
for Learning. Stafford: Continum International Publishing Group Ltd.
Mohd Rasdi bin Saamah. (2003). Kesediaan Guru-guru Sekolah Rendah
Melaksanakan Perubahan Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Sains dan
Matematik. Telah dibentangkan di Kolokium Penyelidikan Siswazah Ke-7,
Fakulti Pendidikan UKM di Hotel Empress, Sepang, Selangor, pada 28-30
Mac 2003.
Muhammad Fuad Razali. (2010). Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung
Terowong. Pendidik Jun 2010.
Muhammad Fuad Razali. (2010). Tugas Rencam Bebankan Guru. Pendidik Jun
2010.
Muhammad Fuad Razali. (2010). Susun Semula Tugas Perkeranian. Pendidik
Jun 2010.
Ngan Cheng Hwa. (1994). Kepentingan Literasi Komputer dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Masa Kini. Teknokrat-Jurnal Akademik MPIK, 12.
Norazila bt Nordin. (2013). Tahap Pengetahuan, Amalan dan Cabaran Guru-Guru

13

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Terhadap Pelaksanaan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Profesor Madya. (2011, 18 Mei). Selamat Hari Guru. Utusan Borneo, B4.
Robiah Ridin & Nor Sakinah Mohamad. (2007) ICT dalam Pendidikan: Prospek
dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32.
Sanitah Binti Mohd Yusof & Norsiwati Binti Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru
Matematik Tahun Satu dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics
Education. 6, 26-38.
Statistik. (2014). Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses daripada http://www.
moe.gov.my.
Ting Kung Shiung. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional:
Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Diakses
dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertas
penuh/Kertas%2013.pdf.
Transformasi Pendidikan Langkah Tepat. (2009, April 20). Utusan Malaysia Online.
Diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&
dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm.
Yeam, K. P. (2007). Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains
dalam Kalangan Guru Pelatih. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Sains
Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai