Anda di halaman 1dari 14

AMALAN PENGAJARAN AMALI DALAM KALANGAN GURU RBT

SJK TAMIL DI NEGERI JOHOR

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pembangunan system pendidikan bertarf dunia mengikut acuan Malaysia adalah


agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dn Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami , menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut :

“ Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan


pendidkan rendah dan menengah dn selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid.
Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan
memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti
dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Laluan ini mestilah menyokong
pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah”. ( Organization for Economic Co-operation and Development ; petikan daripada Pelan
Pembangunan Pendidikan KPM 2013 – 2025)

Kurikulum standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard


kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui , difahami dan dikuasai oleh murid
sekolah rendah tahun 4,5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam Bidang
Teknikal , Teknologi Pertanian , Sains Rumah Tangga dan elemen merentas kurikulum seperti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kreativiti dan inovasi serta asas keusahawanan
ditekankan dalam mata pelajaran ini. Selain subjek Reka Bentuk dan Teknologi yang telah
diberi nafas baru dengan menaik taraf kepada subjek Vokasional juga adalah selaras dengan
dasar kerajaan yang melaksanakan di sekolah – sekolah rendah mulai tahun 2014. Matlamat
utama mata pelajaran ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar supaya kenal
fham teknologi, produktif, inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai – nilai murni secara
bersepadu supaya dapat berfungsi dalam kehidupan harian serta berinteraksi dengan
masyarakat dengan berkesan. Kenyataan Ahamad Sipon (2001) , itu jelas menujukkan kerajaan
memfokuskan ke arh sebuah Negara maju, Oleh itu pendidikan yang bercorak vokasional atau
erti kata lain bidang kemahiran merupakan satu cabang aliran pendidikan yang mampu untuk
menampung kehendak tersebut terutamanya bidang Reka Bentuk dan Teknologi.

Guru adalah merupakan watak yang amat penting dalam membentuk dunia pendidikan.
Pendidik , pemudahcara atau fasilitator adalah merupakan peranan yang perlu dimainkan oleh
seorang guru. Guru yang membuat persediaan dan perancanganakan memudahkan proses
pengajarannya. Hal ini demikian, secara tidak langsung pelajar akan lebih memahami sesuatu
konsep atau sesuatu kemahiran . Sebaliknya guru yang tidak menyediakan perancangan
mengajar akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu kemahiran ( Mook Sook
Sang 2010). Guru yang berkualiti perlu kekal dalam system pendidikan Negara. Di sepanjang
tempoh perkhidmatan , guru harus menguasai kemahiran amalan serta aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Heinich , Molenda dan Russel (1981) amalan pengajaran adalah merupakan sebagai
penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Menurut
Romiszowski (1988), amalan pengajaran ialah proses beroroentasikan matlamat yang
dirancang terlebih dahulu. Menurut Thomas F.Green(1971), amalan pengajaran adalah
melibatkan aktiviti latihan, perlaziman tujuk ajar untuk menukar tingkah laku pelajar. Teknik
tunjuk ajar dan indoktrinasi guna pakai untuk menyebarilmu pengetahuan dn kepercayaan baru.

Masyarakat moden hari ini pula mengangap amalan pengajaran perlu diuruskn dengan
cr yang lebih sistematik dan teratur. Tanpa amalan pengajaran yang sistematik , pengajaran
dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Khalid (2015) ,
pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur , bersistem , bertertib serta optimum
yang menyatupadukan dan memanfaatkn kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan
yang paling maksimum. Ini jelas mengatakan bahawa amalan pengajaran amat penting dalam
pengajaran guru.

Menurut Amir Hasan ( 2002 ) , dalam sebuah bilik darjah , setiap pelajar mempunyai
psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain . Oleh itu amalan
pengajaran yang sesuai , disusun ( mengikut tahap pelajar) dan disokong ( dengan bahan bantu
mengajar dan latihan ) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang
maksimum. Lantaran itu, guru – guru teknikal atau guru Vokasional haruslah bijak dan kreatif
dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM)
dalam amalan pengajaran mereka . Berdasarkan kepada pendapat dan pandangan di atas ,
ternyata bahawa satu amalan pengajaran perlu dilaksanakan oleh guru bagi memperbaiki mutu
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan amalan
pengajaran yang bersesuaian terutamanya dalam pengajaran Amali.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Pengajaran adalah merupakan elemen yang amat penting dalam memastikan para
pelajar dapat mengikuti isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru(Muhd.Fauzi
et al.,2008). Pengajaran juga merupakan satu tindakan yang boleh digambarkan sebagai
memberi arahan atau berkongsi pengetahuan seseorang dengan orang lain dan pengajaran
juga boleh digambarkan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pngetahuan
serta kemahiran yang perlukan untuk berjaya didunia (Brady, 1985) Justeru , kajian yang telah
dijalankan berfokus kepada aspek pengajaran sebagai satu proses kesediaan kepada pelajar
untuk berada di luar sekolah.

Amalan pengajaran ialah merupakan satu proses yang perlu dilalui oleh seseorang guru
yang menjalankan pengajaran. Proses yang dilaluinya akan melalui 3 peringkat iaitu amalan
sebelum pengajaran , amalan semasa pengajaran dan amalan selepas pengajaran . Menurut
model Robert(1962) menyatakan pengajaran adalah satu proses yang melibatkan elemen
utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ad, kaedah mengajar dan penilaian
pencapaian . Semua elemen ini di kategorikan sebaga tiga kompenen iaitu amalan sebelum ,
semasa dan selepas pengajaran yang saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam
proses pengajaran. Dalam kajian Adnan (2012) mengatakan bahawaa terdapat banyak
kekurangn dalam perlaksanaan pengajaran guru terutamanya merancang pengajaran ,
melaksanakan pengajaran serta semasa penutupan pengajaran yang boleeh menjejaskan
pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian , kajian yang telah dijalankan ini dilihat
mampu menghubungkait proses pembelajaran yang dialami pelajar sekaligus menampung
kekurangan dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Amalan sebelum pegajaran merupakan perkara yang perlu dititik beratkan sebelum
memulakan pengajaran . Ia merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat
mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan (Muhd.Fauzi et al.,2008). Menyediakan
rancangan mengajar adalah merupakan amalan sebelum memulakan pengajaran kerana
objektif pengajaran dalam bidang yang hendak dikembangkan dalam diri pelajar harus dikenali.

Mengikut kajian Jamilah ( 2008) tentang penyediaan perancangan mengajar bagi guru –
guru sekolah rendah di Bentng, Pahang telah menunjukkan masih ditahap yang lemah. Malah
Jamilah telah menyediakan tiga faktor yang menghalang penyediaan perancangan pengajaran
yang baik ialah beban tugas guru, kurang kemahiran menyediakan rancangan mengajar dan
pengalaman mengajar. Menurut Sumilah ( 2013) terdapat hubungkait pengajaran guru dengan
rancangan mengajar, kerana kecekapan seseorang guru amat bergantung pada kebolehan
mengaplikasikan apa yang dirancang.

Walaupun kaedah pengajaran kini diwarnai dengan pelbagai teknik dan teknologi namun
kaedah tradisonal tidak boleh diketepikan ( Roselan Baki, 2012) . Proses pengajaran dan
pembelajaran tradisional yang dimaksudkan ialah , masih terdapat sekolah – sekolah yang
menggunakan papan tulis serta kapur atau marker sebagai alat tulisnya, majalah serta buku
yang diperbuat dari kertas sebagai acuan dan panduan dalam proses pengajarannya.
Sehubungan dengan itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih atau yang
berbentuk elektronik jarang sekali digunakan walaupun disediakan oleh kerajaan ( Baharuddin
2000) . Guru lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur, carta, buku teks
( Abdul Rahim dan Ismail Adnan, 1998). Dalam kajian (Rosmah Samah, Nurdiana Azizan, dan
Zainur Rijal, 2006) mengatakan bahawa dalam pengajaran guru masih terdapat kekurangan
terutamanya kesesuaian BBM dalam mengendalikan pengajaran guru. Menurut Suradi Salim
(2013) , proses pendidikan yang melibatkan proses P&P telah menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Para pendidik bukan sahaja memerlukan kelulusan yang tinggi tetapi mereka juga
memerlukan kemahiran dalam menyampaikan pengajaran serta membangunkan BBM yang
sesuai supaya dapat memenuhi pengajaran terutamanya amali Reka Bentuk dan Teknologi .
Lantaran itu, kajian yang telah dilaksanakan ini berfungsi memberi nilai tambah kepada struktur
epistemology yang diperoleh daripada kajian dan rujukan masa lampau .

Mohd Zahid (2012) telah menekankan betapa pentingnya penggunaan bahan


pengajaran terutamanya yang mengajar mata pelajaran amali. Berdasarkan saranan di atas ,
jelas bahawa pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran mestilah dicorakkan
ke arah mencapai falsafah dan matlamat pendidikan. Untuk tujuan itu, kajian yang dilaksanakan
telah melihat aspek penggunaan dan kesesuaian bahan bantu mengajar di dalam kelas amat
ditekankan bukan hanya bergantung kepada buku teks semata – mata.
Amalan semasa pengajaran pula adalah amalan yang digunakan oleh guru semasa
melaksanakan pengajarn . Menurut Robert (1962) kaedah mengajar adalah merupakan
pekataan sinonim dengan amalan semasa pengajaran. Kaedah juga adalah merupakan satu siri
tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa
pendek. Selain itu, kaedah mengajar juga merupakan satu siri aktiviti pengajaran yang
sistematik dan harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah pengajaran itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah – langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah itu
pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Kajian mengatakan terdapat hubungan
di antara kualiti guru dan pembelajaran pelajar ( Darling – hamond & berry , 2006) . Ruhland
and Bremer ( 2003 ) percaya bahawa guru memerlukan kaedah pengajaran sebagai sokongan
untuk focus di dalam penyampaian pengajaran di bilik darjah dan mereka boleh berkongsi idea
tentang pengajaran.

Menurut Abd Rahim (2007), kecekapan seorang guru amat bergantung pada kebolehan
mengaplikasikan pengetahuan teori kaedah pengajaran kepada amalan. Pengetahuan yang
menjadi teras utama pendidikan seperti pedagogi, psikologi , sosiologi dan falsafah pendidikan
perlu dapat diaplikasikan dalam meningkatkan kecekapan profesionalisme keguruan.
Pengetahuan ini akan membantu guru menyelasaikan masalah pembelajaran dan membentuk
seorang guru yang lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas hariannya. Oleh yang
demikian, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik telah mengambil kira aspek – aspek
berkenaan amalan , pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki oleh guru – guru.

Memberi latihan kepada pelajar adalah merupakan amalan selepas pengajaran.


Menurut Robert ( 1962 ) , latihan selepas pengajaran bertujuan untuk menentukan sama ada
pelajar telah dapat mencapai objektif yang ditentukan oleh guru atau tidak dengan soal jawap ,
latihan , kerja rumah dan ujian . Hail penilaian akan dapat memberikan maklum balas yang
membolehkan guru mengesan kebaikan dan kelemahan aktiviti pengajarannya. Menurut
Abdullah(2008) , laporan tentang kecemerlangan akademik pelajar menyarankan agar guru
menambah amaun kerja rumah ( homework ) dan memastikan agar ia disiapkan oelh pelajar,
namun masih terdapat kekurangan terhadap jenis dan kesesuaian kerja rumah yang diberikan
oleh guru kepada pelajar mengikut topic matapelajaran . Selain itu, kerja rumah mempunyai
potensi untuk meningkatkn pencapaian terutama sekali apabila ia diberi penilaian atau markah
(Paschal et al. 1984) . Justeru itu penyelidikan yang telah dijalankan telah merapatkan jurang
kecil yang ditinggalkan oleh penyelidik – penyelidik terdahulu.
Berdasarkan kepada analisis keputusan peperiksaan dan keputusan amali mengikut
band menunjukkan bahawa pencapaian cemerlang pelajar bagi matapelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi masih ditahap minima mengikut hasil daripada kajian yang dijalankan. Daripada
kajian oleh Noriah (2009) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian
pelajar dengan amalan pengajaran guru.

Oleh itu, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa, amalan sebelum pengajaran ,
semasa pengjaran dn selepas pengajaran amat penting dalam melaksanakan amalan
pengajaran guru terutamanya amali khususnya matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Ini
menunjukkan bahawa pentingnya kajian ini dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada perbincangan dalam latar belakang masalah , penyelidik merumuskan


penerimaan pelajar terhadap pembelajaran kadangkala bergantung kepada amalan pengajaran
yang digunakan oleh seseorang pendidik di mana ia boleh mendatangkan perubahan daripada
segi tingkahlaku dan meningkatkan kebolehan kognitif pelajar terutamanya dalam pengjaran
amali. Amalan pengajara boleh mempengaruhi tahap kebolehan serta kemampuan seseorang
pendidik untuk mengamati , berinteraksi dan bertindak. Selain itu, ia juga akan menggalakkan
guru untuk menigkatkan pengajaran mereka dan kemahiran kerja – kerja amali jika guru
melaksanakan pegajaran mengikut proses perancangan yang baik.

Apabila memperkatakan mengenai amalan pengajaran , ia juga seringkali dikaitkan


dengan sesuatu atau tindakan guru mengurus dan melaksanakan pengajarannya untuk
memastikan kecemerangan seseorang pelajar dapat dicapai melalui amalan pengajaran yang
digunakan. Di dalam Dokumen Standard Kurikulum Pengajaran yang dibina di dalam
matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi , ia merupakan subjek mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknolgi. Oleh itu, penekanan terhadap amalan mengajar perlu lebih perhatian
kepada pengajaran yang berkonsepkan amali atau domain psikomotor dan tidak hanya lebih
tertumpu kepada domain kognitif sahaja.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti amalan sebelum , semasa dan
selepas pengajaran amali guru rbt. Penyelidik juga menggunakan Model Robert ( 1962 )
sebagai keranga kajian amalan pengajaran Guru RBT dalam proses pengajaran amali harian
mereka di Sekolah Rendah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1. Mengenalpasti amalan persedian rancangan mengajar sebelum pengajaran dalam kalangan


guru RBT di SJK Tamil di Johor.
2. Mengenalpasti amalan persediaan bahan bantu mengajar sebelum pengajaran dalam
kalangan guru RBT di SJK Tamil di Johor.
3. Mengenalpasti kaedah pengajaran semasa pengajaran amali dalam kalangan guru RBT di
SJK Tamil di Johor.
4. Mengenalpasti amalan latihan selepas pengajaran amali dalam kalangan guru RBT di SJK
Tamil di Johor.
5. Mengenalpasti amalan penilaian selepas pengajaran amali dalam kalangan guru RBT di
SJK Tamil di Johor.
6. Mengenalpasti perbezaan amalan pengajaran guru sebelum pengajaran , semasa
pengajaran dan selepas pengajaran amali mengikut kategori pengalaman tahun mengajar?
7. Mengenalpasti perbezaan amalan pengajaran guru sebelum pengajaran , semasa
pengajaran dan selepas pengajaran amali mengikut kategori kepakaran guru mengajar?

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah amalan persediaan rancangan pengajaran sebelu pengajaran amali dalam


kalangan guru RBT di SJK Tamil di Johor ?
2. Apakah amalan persediaan bahan bantu mengajar sebelum pengajaran amali dalam
kalangan guru RBT di SJK Tamil di Johor ?
3. Apakah kaedah pengajaran semasa pengajaran amali dalam kalangan guru RBT di SJK
Tamil di Johor ?
4. Apakah amalan guru RBT di SJK Tamil di Johor terhadap latihan selepas pengajaran
amali ?
5. Apakah amalan guru RBT di SJK Tami di Johor terhadap penilaian selepas pengajaran
amali ?
6. Adakah terdapat perbezaan amalan pengajaran guru sebelum pengajaran , semasa
pengajaran dan selepas pengajaran amali mengikut kategori pengalaman tahun
mengajar ?
7. Adakah terdapat perbezaan amalan pengajaran guru sebelum pengajaran , semasa
pengajaran dan selepas pengajaran amali mengikut kategori kepakaran guru mengajar?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian adalah seperti berikut

1.6.1 Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran guru RBT
dengan pengalaman mengajar.

1.6.2 Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran amali guru
RBT dengan tahap kepakaran guru.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti amalan pengajaran guru di SJK Tamil di Johor
yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknolgi. Kajian ini dijalankan juga bagi
mengenalpasti penyediaan dan pelaksanaan serta kemahiran guru – guru RBT SJK Tamil.

Selain itu kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dan kementerian pendidikan
Malaysia khususnya bahagian Teknik dan Vokasional bagi mengetahui amalan – amalan
pengajaran guru - guru SJK Tamil dalam mata pelajaran yang diajar. Sekiranya guru yang
berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dihasilkan maka pelajar – pelajar yang
berkualiti juga akan dapat dilahirkan di masa akan datang.
1.8 Skop Kajian

Skop kajian adalah berfokuskan guru SJK Tail di Negeri Johor yang mengajar mata
pelajaran amali Reka Bentuk dan Teknologi agar dapat mengetahui amalan pengajaran
mereka. Amalan pengajaran sebelum, semasa dan selepas pengajaran di fokuskan dalam
kajian ini. Elemen berkaitan butiran am berkaitan dengan rancangan pengajaran , bahan bantu
pengajaran , kaedah pengajaran , dan elemen penutupan pengajaran iaitu kerja rumah,
penilaian dan amalan lanjutan di lihat dalam kajian ini untuk dikongsi bersama agar menjadikan
pengajaran yang diajar menjadi lebih baik.

1.9 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas
tentang kajian ini iaitu amalan pengajaran amali guru RBT SJK Tamil di negeri Johor. Guru –
guru yang terlibat dalam kajian inni ialah guru yang mengajar matapelajaran RBT.

Pengkaji menggunakan Model Pengajaran Robert Glazer yang menjadi kerangka kajian
ini. Menurut model Robert ( 1962 ) menyatakan pengajaran adalah merupakan satu proses
yang melibatkan empat elemen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada,
kaedah mengajar dan penilaian pencapaian . Semua elemen ini dikategorikan sebagai tiga
komponen iaitu amalan sebelum , semasa dan selepas pengajaran yang saling mempengaruhi
antara satu sama lain dalam proses pengajaran. Dalam kajian Khairezan ( 2009 ) terhadap guru
– guru sekolah teknik di negeri Selangor, mengatakan bahawa model Robert merupakan asas
panduan guru untuk melaksanakan tugasan mengajar. Guru perlu menyediakan amalan
pengajaran sebelum, semasa dan selepas pengajaran untuk mencapai pengajaran yang
bermutu.

Amalan sebelum pengajaran adalah mmerupakan amalan yang perlu dititik beratkan
oleh guru sebelum menjalankan proses pengajran dan dinamakan sebagai merancang.
Terdapat 3 elemen yang harus dilaksanakan oleh guru dalam prosess merancang iaitu
menyediakan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar . Semasa menyediakan
rancangan mengajar, objektif pengajaran adalah perkara yang perlu di tekankan. Menurut
Robert (1962) objektif pengajaran adalah merupakan apa yang ingin diperolehi daripada pelajar
setelah mereka mengikut suatu prosses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran ini
merangkumi penerimaan ilmu pengetahuan, perubahan dalam tingkah laku pelajar serta
pemahamanpelajar terhadap aktiviti pembelajaran.

Bahan bantu mengajar (BBM) serta persediaan awal bahan bantu mengajar merupakan
elemen yang perlu ada sebelum pengajaran. Ianya juga harus bersesuaian dengan pengajaran
yang dilaksanakan . mengikut Atan Long ( 1980) guru juga perlu mmenyediakan BBM yang
hendak digunakan terlebih dahulu sebelum pelajaran dimulakan. Penyediaan BBM perlu
disediakan dengan sempurna agar ianya bersesuaian dengan isi pelajaran yang akan
disampaikan.

Amalan semasa mengajar merupakan komponen kedua amalan pengajaran guru


Automotif iaitu melaksanakan pengajaran. Perkara yang perlu dititikberatkan semasa mengajar
adalah memilih kaedah pengajarn yang bersesuaian dengan pelajaran. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagoff (1986) mengatkan bahawa kaedh mengajar ialah peredarn ke arh satu tujuan
pengajaran yang telah dirancangkn dengan teratur sert bersesuaian. Penerangan kepad
pelajar, memberi latihan terbimbing kepada pelajar, memberi maklum balas yang positif kepada
pelajar, amali, menyemak kefahaman pelajar adalah merupakan elemen dalam melaksanakan
kaedah mengajar amali.

Amalan selepas pengajaran adalah komponen ketiga bagi amalan pengajaran guru RBT
di SJK Tamil dan dikategorikan sebagai penutup bagi pengajaran guru RBT di SJK TAMIL.
Menurut Robert (1962), latihan dan penilaian selepas pengajaran bertujuan untuk menentukan
sama ada pelajar telah dapat mencapai objektif yang ditentukan oleh guru atau tidak dengan
cara menyediakan kerja rumah kepada pelajar, membuat penilaian selepas pengajaran amali
serta lanjutan pengajaran dengan cara soal jawap dengan pelajar dan memberi latihan gerak
kerja . Rujukan juga elemen yang ditekankan oleh pengaji . Oleh itu, amalan pengajaran amali
RBT yang terbaik akan dapat dihasilkan untuk diamalkan dalam pengajaran amali terutamanya
matapelajaran RBT.
1.2 Kerangka Konsep Kajian Amalan Pengajaran Amali Guru RBT

AMALAN PENGAJARAN AMALI GURU RBT


SJK TAMIL NEGERI JOHOR

Model pengajran
Robert Glazer (1962)

Amalan Sebelum Amalan Semasa Amalan Selepas

MERANCANG MELAKSANA PENUTUP


(Persediaan Awal) (Semasa Mengajar) (Lanjutan Pengajaran)

Penentuan set
- Rancangan - Penerangan - Latihan
mengajar - Latihan terbimbing - Penilaian
- Bahan bantu - Maklum balas - Amali / praktis
mengajar - Amali - Lanjutan
- Persediaan bahan - Semak kefahaman - Rujukan
pengajaran

AMALI PENGAJARAN AMALI GURU RBT


1.10 Definisi Operasi

Terdapat beberapa konsep dan istilah yang perlu dijelaskan oleh penyelidik bagi
menerangkan dengan lebih tepat tentng kehendak dan keperluan tentang perkara yang
dibincangkan dalam kajian ini. Di antara istilah yang perlu di jelaskann adalah seperti berikut :

1.10.1 Pengajaran

Pengajaran merupakan suatu proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar


mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan dengan
mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan dengan
sendirinya sebelum itu ( Shahabuddin, 2007). Ia juga meliputi perkara – perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan , penyampaian , bimbingan dan penilaian dengan tujuan
menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar – pelajar dengan cara yang
berkesan. Menurut Bahagian Pendidikan Guru, pengajaran ialah sesuatu tugasan an aktiviti
yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.

Pengajaran juga adalah rancangan guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolei ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan . Dalam kajian ini, pengajaran yang di
maksudkan ialah pengajaran guru yang mengajar matapelajaran amali Reka Bentuk dan
Teknologi di SJK Tamil di Johor.

1.10.2 Guru

Guru adalah merupakan golongan professional yang mana mereka mempunyai


pengetahuan yang tinggi dalam subjek , kaedah pedagogi. ( Bainer et.al(1995) dan Amran
Khalid (2002) . Oleh itu, guru di dalam kajian ini, bermaksud golongan professional yang
mempunyai pengetahuan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi . Guru di dalam kajian ini
merujuk kepada guru yang mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi dan
dipertanggungjawab menguruskan bengkel di semua sekolah.
1.10.3 Guru Pakar

Guru Pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran – kemahiran tertentu. Menurut
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2011), seseorang yang mempunyai peringkat atau tahap
adalah menunjukkan tentang pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan dan
kepakaran seorang dalam sesuatu bidang. Dalam kajian ini, guru RBT yang sekurang –
kurangnya mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dan Guru Cemerlang adalah tergolong dalam
kumpulan guru pakar kerana mempunyai kelayakan tambahan dalam bidang Vokasional.

1.10.4 Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Reka bentuk dan teknologi adalah merupakan matapelajaran yang menganjurkan


latihan pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan tenaga kemahiran khususnya dalam
bidang Vokasional. . Mengikut Pusat Pembangunan Kurikulum KPM(2000), RBT adalah kursus
asas untuk pendedahan awal di sekolah rendah atas yang dibahagikan kepada dua komponen :
teori dalam RBT, kerja amali di dalam bengkel. Ia berfokuskan untuk menghasilkan sesuatu
produk.

1.10.5 Pendidikan Vokasional

Mengikut Sulaiman (1992) dalam Ahmad Fuad (1995), vokasional diterjemahkan


sebagai kursus – kursus dalam pendidikan yang mana ianya mementingkan kemahiran di
dalam sesuatu pekerjaan. Untuk itu, dalam kajian ini, vokasional adalh merujuk kepada jurusan
yang mementingkan kemahiran dan kerap menggunakan bengkel seperti kerja kayu, jahitan,
masakan dan pertanian.

Menurut Muhyiddin Yassin juga sebagai Mantan Menteri Pelajaran, beliau menjelaskan
subjek subjek Vokasional. Komposisi akademik kurikulum yang terkini di jalankan akan
dikurangkan dan akan menambahkan amalan amali teknikal kepada pelajar. Subjek vokasional
diberi perhatian yang lebih di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej Vokasional mahupun di
Universiti. Selain itu, menurut beliau kurikulum subjek vokasional mempunyai 2 komponen
utama iaitu 70 peratus kemahiran vokasional dan 30 peratus akademik bagi mememuhi falsafah
pendidikan kebangsaan yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek , rohani emosi dan jasmani. Subjek Vokasional juga memberi tumpuan kepada
pembangunan kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Latihan industry akan
diperkenalkan pada beberapa peringkat pengajian.
1.11 Kesimpulan

Dalam pendahuluan kajian ini, setiap perkara yang dikaji adalh mengikut kepada objektif
kajian serta berpandukan rangka kajian . Ini adalah penting supaya kajian yang dijalankan selari
mengikut perancangan yang dibuat. Diharapkan dapatan kajian yang diperoleh akan
menggambarkan dengan jelas tentang amalan pengajaran amali guru Reka Bentuk dan
Teknologi di SJK Tamil di Negeri Johor.

Anda mungkin juga menyukai