Anda di halaman 1dari 1

SJK TAMIL JALAN PARIT IBRAHIM

82000 PONTIAN, Tel : 07-6864289


JOHOR. Faks : 07-6864289
Emel : 1govuc\jbd6027.edu

Ruj. Kami: JBD6027/700-5/2/2019(1)


Tarikh: 17 Februari 2019
Kepada,
Pengetua
SMK Sri Perhentian,
Jalan Parit Ibrahim,
82000 Pontian, Johor.

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG SEKOLAH BAGI SUKAN TAHUNAN 2019


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah kami berhasrat untuk mengadakan Sukan Tahunan
Sekolah pada 23hb Februari 2019 (Sabtu). Sehubungan itu, kami memohon kebenaran pihak Tuan
untuk menggunakan padang sekolah bagi menjalankan aktiviti Sukan Tahunan SJK Tamil Jalan Parit
Ibrahim.
3. Berikut adalah maklumat lanjut Sukan Tahunan:

Tarikh : 18 - 21 Februari 2019 (Isnin - Khamis) – Latihan & Raptai


Masa : 07.30 pagi hingga 9.45 pagi
Tempat : Padang SMK Sri Perhentian

Tarikh : 23 Februari 2019 (Sabtu) – Sukan


Masa : 07.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Padang SMK Sri Perhentian
4. Kami amat berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan. Segala jasa dan
perhatian pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima Kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………

BERUSAHA BERSATU BERBAKTI

Anda mungkin juga menyukai