School of Education, Faculty of Social Siences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia
10 Mei 2019
ABSTRAK
Kata Kunci: Kompetensi, Reka Bentuk dan Teknologi, Janita, Pengetahuan, Kemahiran dan
Sikap
PENGENALAN
Kompetensi merupakan kecekapan atau potensi setiap individu dalam melaksanakan tugasan
yang diberikan. Fauzi (2008), menyatakan bahawa kemampuan seseorang individu terdiri
daripada pendidikan, prestasi kehidupan dan perbuatan yang rasional untuk menyempurnakan
spesifikasi tertentu dalam melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pendidikan. Seterusnya,
seseorang insan juga memerlukan kompetensi yang merangkumi kebolehan, kemahiran atau
pengetahuan, kelakuan dan sifat moral dalam melakukan tugas atau sesuatu kerja (Vathonopas
& Thaingam, 2007). Konsep kompentasi juga befungsi sebagai konsep asas kepada sumber
pengurusan manusia. Oleh kerana itu, setiap guru yang bertanggungjawap atas pengajaran dan
pembelarajan (P&P) subjek Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah rendah perlu mengamalkan
konsep kompentensi sewaktu mengajar subjek tersebut. Hal ini boleh membantu guru-guru
supaya pelajar dapat mengusai objektif pembelajaran serta meningkatkan daya fikiran kreatif
dan inovatif. Kecekapan seseorang individu boleh dinilai, diukur ataupun ditangani melalui
kod kelakuan tempat kerja (Ariffin, 2006). Terdapat tiga kompenen utama dalam kompentasi
iaitu, sikap insan, pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan merupakan kemampuan seseorang
insan dalam menambahkan ilmu secara berterusan untuk meningkatkan tahap kehidupan secara
berkesan. Kemahiran bermaksud kemampuan seseorang individu dalam mengaplikasikan dan
menggunakan ilmu yang diperolehi bagi tujuan menjalankan tugasan dengan baik supaya
mencapai sesuatu matlamat. Sikap insan pula dimaksudkan sebagai tingkah laku atau nilai
seseorang insan yang wajib diamalkan dalam kehidupan dan juga kerjaya. Ariffin (2006),
menyatakan bahawa komponen kemahiran dan pengetahuan boleh dikesan dan dilihat daripada
seseorang individu, tetapi komponen sikap insan adalah paling penting dan perlu diamalkan
untuk mencapai kejayan dalam melakukan sesuatu tugas. Sepadan dengan itu, guru yang
mengamalkan sikap kompeten dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) merupakan
seseorang yang mempunyai pengetahuan dan mengenali isi pengajaran secara telilti (Mok,
2003). Hal ini membantu guru tersebut menyampaikan objektif pembelajan secara tersusun dan
bersistematik.
Guru yang kurang berpengetahuan dan sukar untuk menggunakan kemahiran mereka dalam
proses P&P merupakan salah satu masalah kritikal kerana mengapa guru kurang cekap dalam
mendidik pelajar terutamanaya dalam pengajaran subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di
Sekolah Rendah. Di samping itu, aspek negatif sikap peribadi juga merupakan penghalang
seorang guru untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion perguruan. Penumpuan pelajar
yang tidak befokus atau kurang semasa proses pembelajaran dan pembelajaran (P&P) juga
sering menjadi topik perbincangan utama. Terutamanya guru yang mengajar mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) mengalami kesukaran dalam menyampaikan objektif
pembelajaran sewaktu pengajaran amali. Hal ini boleh dikatakan sebagai guru tidak menguasai
cara untuk menarik minat pelajar sewaktu pembelajaran seperti tidak menggunakan alat bahan
bantu. Menurut Meng (2003), seseorang individu boleh mendapatkan pembelajaran yang
berguna jika insan tersebut mempunyai kemahiran untuk mengendalikannya pada masa yang
sama. Persediaan awal oleh guru sebelum Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) subjek Reka
Bentuk dan Teknikal (RBT) adalah penting kerana ketidak sediaan awal tentang subjek
pengajaran akan menyebabkan pembelajaran kurang berkesan (Mohd Tahir, 2011). Guru yang
tidak sedia akan kurang berpotensi untuk memberi ilmu yang secukupnya tentang subjek
tersebut kepada pelajar. Ini juga menyebabkan pelajar kurang memberi perhatian sewaktu
mengajar mata pelajaran. Peranan guru perlu diberi tekanan yang diperlukan agar memreka
dapat memberi didikan yang sungguh efektif kepada pelajar.
Menurut Abdullah (2011), seorang pengajar yang mempunyai asas pendidikan dan pengalaman
kemungkinan akan mengunakan cara mendidik yang berfaedah. Tetapi, jika sebaliknya
seseorang pengajar tersebut, tidak mencukupi pengalaman akan membawa masalah seperti
apakah punca guru tersebut tidak kompeten dalam mendidik pelajar di dalam kelas. Setiap guru
yang mendidik subjek Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu diberi keutamaan kepada
kemahiran. Menurut Minhat (2012), tanpa guru yang mempunyai minat yang tinggi, kebolehan
dan pengalaman yang mendalam, maka segala usaha kerajaan untuk membentuk pekerja yang
mahir tidak dapat dicapai. Seterusnya, Yahaya (2006) mengatakan bahawa guru yang tidak
mempunyai ilmu yang sepenuhnya tentang subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tidak
sahaja menghadapi masalah semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P), malah keadah
yang digunakkan untuk mengajar pelajar kurang berkesan dan memberi ketidak puasaan
daripada prestasi pelajar. Pengetahuan guru terhadap teori dan praktikal subjek yang diajar
kepada pelajar merupakan unsur yang terlalu penting dan mewujudkan situasi yang positif
untuk P&P.
Berdasarkan latar belakang masalah, pengkaji mendapati bahawa dilema yang paling utama
wujud kepada guru yang mendidik subjek amali Reka Bentuk Teknologi (RBT) di Sekolah
Rendah. Antara masalah yang terdapat adalah guru yang kurang kompeten semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) sama ada di bengkel ataupun di kelas. Faktor- faktor yang
mempengaruhi tahap kompetansi guru adalah seperti guru yang mendidik bidang RBT kurang
berilmu tentang bidangnya serta tahap pengalaman yang rendah dalam mengajar subjek ini.
Tambahan pula, terdapat antara guru yang kurang berpengetahuan terhadap isi kandungan atau
subtopik RBT. Kekurangan penggunaan peralatan serta penyelenggaraan mesin atau peralatan
sewaktu proses P&P di sekolah. Justeru, pengkaji akan menjalankan satu kajian bagi
mengenalpasti perbezaan tahap kompetensi di antara guru lelaki dan perempuan yang mengajar
pengajaran amali bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini berdasarkan kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi mereka yang merangkumi komponen kompetensi iaitu
komponen pengetahuan, komponen kemahiran dan komponen sikap peribadi dan tingkahlaku
individu tersebut. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalapasti perbezaan tahap
kompetensi guru jantina lelaki dan perempuan dalam pengajaran amali Reka Bentuk dan
Teknologi di Sekolah Rendah berdasarkan kepada jantina.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian dalam penyelidakan ini untuk mencapai matlamat pengkaji iaitu
mengenalpasti perbezaan tahap kompetensi di antara guru lelaki dan perempuan dalam
pengajaran amali subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Rendah Daerah
Pontian. Data kuantitatif telah diperolehi melalui menggunakan soal selidik sebagai instrument
kajian yang merupakan kajian tinjauan dalam penyelidikan ini. Setiap populasi yang
disenaraikan dalam rangka persempelan bagi dipilih sebagai sampel dan teknik persempelan
rawak digunakan dalam kajian ini. Tujuan utama untuk mengaplikasikan teknik ini adalah
untuk mengumpul maklumat yang diperlukan selaras dengan persoalan kajian. Ini kerana
sampel yang dipilih adalah orang yang profesional mengajar dalam bidang teknikal seperti
subjek amali Reka Bentuk dan Teknologi. Jumlah populasi yang terdapat daripada empat zon
Daerah pontian adalah seramai 192 orang guru termasuk guru lelaki dan perempuan. Manakala
sampel responden yang dipilih secara rawak adalah seramai 132 orang guru. Bilangan sample
ini dipilih berdasarkan kepada Sekaran (2010) serta merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz
Sampel oleh Krejcie & Morgan (1970).
Soal Selidik ini juga turut menjadi instrument yang bersesuaian di dalam kajian ini kerana
penyelidikan yang dilaksanakan ini berbentuk tinjauan kerana ia menyenagkan pihak
responden untuk memberi maklum balas yang diperlukan oleh pengkaji terhadap kajian
(Merican, 2005). Skala Likert lima mata digunakan dalam membangunkan item-item soal
selidik. Borang soal selidik ini adalah diperolehi daripada sumber Model Kompetensi ‘Iceberg’
yang diwujudkan oleh Hay Mcber. Model Kompetensi “Iceberg” juga dijadikan sebagai
rujukan asas borang selidik. Kesahan borang soal selidik yang dilakukan dengan merujuk
kepada beberapa orang profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang kajian ini.
Kesahan soal selidik diukur dan dinilai atas beberapa aspek seperti kandungan dan isi soal
selidik bertujuan untuk mencapai objektif kajian yang ditetapkan.
Kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik boleh diuji dengan kaedah Alpha Cronbach
yang diperolehi melalui Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Version 25.0 akan
digunakan di dalam kajian ini bagi mencari nilai koefisyen yang merupakan nilai pekali
kebolehpercayaan. Hasil daripada kajian yang dijalankan memberi keputusan nilai Alpha
Cronbach sebanyak 0.880 iaitu tahap kebolehpercayaan item adalah sangat baik dengan
konsistensi yang tinggi.
DAPATAN KAJIAN
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 25.0 for Windows telah digunakan untuk
penganalisan data yang dikumpul dengan statistik deskriptif atas tujuan menjawap persoalan
kajian dari aspek nilai signifikasi (p<0.05) yang didapati melalui ujian Mann Whitney-U untuk
menjawap persoalan kajian yang berkaitan dengan menentukan perbezaan tahap kompetensi
berdasarkan jantina guru. Seramai 132 orang guru mengambil bahagian dalam kajian ini dan
antaranya 50 orang guru berjantina lelaki, manakala 82 orang selebhinya adalah perempuan.
Data ini juga menunjukkan kebanyakan guru yang mengajar mata pelajaran RBT adalah guru
berjantina perempuan iaitu 62.1% manakala guru lelaki hanya 37.9% seperti ditunjukan dalam
jadual 1.
Perempuan 3.9930
Hasil dapatan kajian dianalisis dengan Ujian Mann Whitney-U dilihat pada nilai median dan
data menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru bagi jantina lelaki adalah 4.0564 manakala
bagi jantina perempuan adalah 3.9930. Perbezaan yang terdapat di antara skor median lelaki
dan perempuan adalah sebanyak 0.0634 dan ini menjelaskan bahawa guru lelaki adalah lebih
kompeten bebanding dengan guru perempuan dalam pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknikal. Hasil kajian juga menunjukkan nilai signifikasi iaitu nilai ρ sebanyak 0.239 yang
lebih besar daripada 0.050. Apabila tahap signifikasi yang didapati dalam kajian melebihi 0.050
(p>0.05), maka tidak terdapat perbezaan di antara dua kumpulan yang terlibat. Oleh demikian,
hasil analisis kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikasi di antara
guru lelaki dan perempuan dalam tahap kompetensi yang mengajar mata pelajaran Amali Reka
Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah daerah Pontian.
PERBINCANGAN
Hasil kajian yang berkaitan dengan perbezaan tahap kompetensi berdasarkan jantina guru yang
mengajar Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah Daerah Pontian menunjukkan
tiada perbezaan signifikasi dalam keseluruhan konstruk. Dapatan kajian ini juga selari dengan
Maskam (2013), iaitu tidak mendapat perbezaan signifikasi di antara jantina lelaki dan
perempuan dalam tahap kompetensi dari segi aspek-aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap
serta kegunaan peralatan dan mesin semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
bengkel atau di dalam kelas. Sehubungan itu, dapatan kajian ini juga sama seperti dapatan
kajian oleh Wan Mohd Nor (2010) iaitu tiada perbezaan signifikasi antara guru lelaki dan guru
perempuan semasa proses pengajaran mata pelajaran amali Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
di sekolah.
Justeru, dapatan kajian ini juga tidak selari dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Kosnin
dan Che Ahmad (2010) iaitu tahap kompetensi guru mengajar mata pelajarn Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) mendapati perbezaan signifikan di antara guru jantina lelaki dan perempuan.
Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas apabila aspek pengetahuan mendapati min yang tinggi
bagi guru lelaki apabila pilihan bidang Reka bentuk dan Teknologi (RBT) adalah elektronok,
mereka bentuk dan pengendalian mesin. Manakala, nilai skor min tinggi bagi guru perempuan
bagi pilihan tanaman, jahitan dan masakan. Hal ini secara jelasnya menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan di antara pengetahuan yang dimiliki oleh guru terhadap bidang yang
mengajar. Jika bidang yang diajar merupakan sesuatu yang kerap dilakuakan oleh guru dalam
aktiviti harian, maka tahap kompetensi adalah tinggi dan sebaliknya. Secara umum, lelaki
sentiasa berminat terhadap aktivi yang berkaitan dengan elektrik dan mesin manakala
perempuan mempunyai minat terhadap masakan dan jahitan.
Pada era globalisasi yang mempunyai pelbagai cabaran dan halangan untuk berjaya,
pendidikan turut mengalami impak yang tinggi serta perubahan yang pantas dengan kemajuan
teknologi dan sains. Oleh itu guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) perlu sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di dunia teknologi
supaya boleh memberikan ilmu yang selaras dengan tahap global. Mengikuti Black & William
(1998) untuk menjayakan hasrat mewujudkan pendidikan berkualiti, aspek kemahiran dan
pengetahuan adalah sangat penting dalam proses melaksanakan pengajaran amali. Oleh itu,
guru-guru tidak boleh memberikan jantina sebagai satu alasan ataupun halangan dalam usaha
menjayakan hasrat kerajaan terhadap pendidikan negara ini. Guru juga perlu berkompeten
terhadap kerjaya dan pendidiakan kerana mereka adalah insan yang penting dalam mebuat
keputusan terhadap apa yang hendak diajar kepada pelajar.
Analisis kajian ini juga memberikan gambaran bahawa guru-guru perlu melaksanakan tugasan
dan tanggungjawap masing-masing tanpa mengira jantina supaya pelajar boleh mendapat
pendidikan yang sempurna dari segi aspek jasmani, emosi, intelek dan rohani. Jika seseorang
guru ingin bertanding dengan pendidikan global, maka mereka perlu memastikan bahawa
dirinya mempunyai kualiti serta ilmu yang sepenuhnya. Bakti yang memeberikan ilmu kepada
pelajar perlu dijadikan sebagai motivasi dorongan dalam menjayakan Visi dan Misi Negara
iaitu melahirkan modal insan yang boleh bersaing di perigkat sedunia.
KESIMPULAN
Kajian ini telah dilakukan pada sekumpulan guru yang berada di kawasan Daerah Pontian.
Manakala, keputusan yang diperolehi tidak dapat digeneralisasikan bagi semua peringkat
sekolah seperti sekolah menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/S).
Dalam kajian lanjutan tersebut bukan sahaja melibatkan guru sekolah rendah yang terpilih di
satu kawasan, malahan beberapa guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) dari daerah atau negeri lain perlu dijadikan respondan supaya boleh
mendapat data yang lebih kukuh serta dapatan kajian yang tepat. Seterusnya bagi kajian untuk
peringkat atasan iaitu bagi sekolah menengah guru-guru sekolah menengah dan bagi IPTA/S,
pensyarah perlu dijadikan responden bagi mengetahui tahap kompetensi pada peringkat
tersebut. Justeru, model kompetensi yang baru perlu diwujudkan kerana model yang sedia ada
adalah lama. Oleh itu, model baru yang selaras dengan sistem pendidikan kini agar boleh
membantu pengkaji lain untuk lebih memahami konsep kompetensi.
Secara keseluruhanya, pengkaji telah membincangkan dapatan kajian dengan lebih teliti serta
membuat ringkasan, kesimpulan kajian, perbincangan dan cadangan untuk kajian lanjutan bagi
masa akan datang. Segala maklumat yang terkandung dalam kajian ini diharapkan akan
membantu pelbagai pihak seperti pengkaji, guru, pihak pentadbir dalam meningkatkan
kompetensi guru-guru terhadap pengajran amali Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah
Rendah. Semoga sumbangan kajian ini membantu guru-guru mengenal pasti kekurangan dan
kelebihan yang terdapat pada diri sendiri dalam pengajran mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi di seklah atau bengkel. Jika terdapat kebaikan, maka guru-guru boleh ditingkatkan
lagi. Manakala, jika terdapat kekurangan, maka guru-guru boleh usaha dan jadikan dapatan
kajian ini sebagai garis panduan dalam mejadikan tahap kompetensi ke arah maksimum.
RUJUKAN
Ariffin, S. (2006). Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tesis Universiti Teknologi Malaysia,
Jabatan Asas Pendidikan.
Black, P. & William, D. (1998). Inside The Black Box : Raising Standard Through
Classroom Assessment. Phi Delta Kappan, October, 139-148.
Fauzi, I. (2008). Model Kompetensi : Wajarkah Sektor Awam Meniru Sektor Swasta.
Jabatan Perkhidmatan Awam.
Maskan, N. (2013). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Mata Pelajaran Sains
Di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
Tesis Sarjana
Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial . Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Minhat, A. &. (2012). Persepsi Guru-Guru Bidang Teknik Dan Vokasional Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Segamat Dalam Meningkatkan Kecerdasan Emosi Pelajar : Satu
Kajian Kes Kualitatif. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah Dalam PTV Kali Ke-
2, (P. 3429).
Minhat, A. &. (2012). Persepsi Guru-Guru Bidang Teknik Dan Vokasional Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Segamat Dalam Meningkatkan Kecerdasan Emosi Pelajar. Prosiding
Seminar Pendidikan Pasca Ijazah Dalam PTV Kali Ke-2 .
Mohd Tahir, L. &. (2011). Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir Perdana UTM
(Kemahiran Hidup) Dalam Menceburi Profesion Perguruan. Projek Sarjana.
Mohd, A. D. (2003). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.
Mohd Kosnin, A. & Che Ahmad, M. (2010). Tahap Kesediaan Dan Kemahiran Amali Guru-
Guru PKPG sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesisi Sarjana Muda
Mok, S. S. (2003). UKELP Bahagian C: Inventori Sahsiah Keguruan (3rd). Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.