Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah. 2. Penyertaan adalah secara individu atau kumpulan.

3. Sebarang projek atau bahan yang berunsur inovasi mesti ada kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan. Projek yang dicalonkan tidak semestinya menggunakan ICT.

4. Laporan projek / bahan mesti dihantar kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau
pada tarikh tutup pertandingan.

5. Demonstrasi projek/bahan sebenar perlu dipersembahkan oleh calon atau wakil


kumpulan semasa sesi penilaian diadakan.

6. Tarikh tutup serahan projek sebelum atau pada 26 Feb 2011 7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 8. Urusetia pertandingan ialah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan 9. Inovasi yang pernah menyertai sebarang pertandingan tidak layak untuk penyertaan. 10. Penilaian akhir untuk pemenang akan dibuat semasa seminar dengan berdasarkan persembahan seperti poster, flyer, laporan penuh dan persembahan multi media.

PERTANDINGAN INOVASI PENYELIDIKAN


Kriteria-Kriteria Pemilihan Kriteria-kriteria yang akan digunakan dalam penilaian hasil inovasi adalah seperti berikut: 1. Kreativiti Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baru atau yang telah diadaptasi. 2. Kesignifikanan Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat member faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan. 3. Kecekapan Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan. 4. Replicability Terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan. 5. Keberkesanan Kos Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau
Pertandingan Inovasi IPG Kampus Tun Hussein Onn 2011

memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan dengan kos yang sama atau lebih rendah. 6. Potensi Pelaksanaan Terdapat bukti inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat ianya diperkenalkan.

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAU PENYELIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU 1. 2. TAJUK INOVASI Sila nyatakan nama inovasi dan butiran peribadi. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN Sila huraikan keadaan yang diramalkan sebelum inovasi diperkenalkan seberapa yang boleh. Huraian hendaklah disokong dengan banner, gambar rajah, slaid, carta dan sebagainya tentang keadaan sebelum inovasi dilaksanakan. 3. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Sila nyatakan dengan jelas masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan. 4. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Sila terangkan inovasi yang telah dilaksanakan secara terperinci:

(a)
(b) (c)

Hubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan. Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baru. Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi. Sebagai contoh, inovasi dalam bidang pelajaran, teknologi maklumat atau pengurusan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.

(d) (e)

Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan jumlah kos operasi terlibat. Keadaan pelaksanaan inovasi. Kemukakan juga gambar, gambar rajah, slaid, carta dan sebagainya tentang inovasi tersebut atau keadaan selepas inovasi diperkenalkan.

5.

PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI a. Juri/Panel pertandingan terdiri daripada golongan profesional yang terpilih dan diakui kepakaran mereka. Pemenang ditentukan oleh juri profesional. Anugerah ditentukan pasukan yang mendapat markah tertinggi. Bentuk anugerah ialah Emas, Perak dan Gangsa termasuk sijil. Keputusan pengadil muktamad

b. c.
d. e.

Disediakan oleh:

Dr Suhaidah Tahir Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Pertandingan Inovasi IPG Kampus Tun Hussein Onn 2011

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Pertandingan Inovasi IPG Kampus Tun Hussein Onn 2011

Anda mungkin juga menyukai