Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI IPG KAMPUS PERLIS 2014

TARIKH : 7 MEI 2014


TEMA : KREATIVITI DAN INOVASI PEMANGKIN KUALITI GURU

1. Matlamat
Pensyarah/guru pelatih mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan
dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Objektif
2.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pensyarah/guru pelatih yang
menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Menggalakkan pensyarah/guru pelatih mencipta atau menghasilkan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi pensyarah/guru pelatih menampilkan hasil
inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Menyebarkan hasil inovasi pensyarag/guru pelatih untuk dimanfaatkan oleh para
pendidik yang lain.

3. Maksud Inovasi Pedagogi
3.1 Inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan
keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang
meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
3.3 Inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kepada proses pengajaran
dan pembelajaran.

4. Peserta Pertandingan
4.1 Individu atau kumpulan pensyarah
4.2 Gabungan pensyarah dan guru pelatih
4.3 Individu atau kumpulan guru pelatih

5. Syarat-syarat Pertandingan
5.1 Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
5.2 Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.
5.3 Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2-4 orang.

6. Kriteria Pemilihan
6.1 Peserta perlu mengemukakan hanya satu penyertaan sahaja.
6.2 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut :
a) Kesesuaian idea
b) Kebolehlaksanaan inovasi
c) Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran
d) Potensi inovasi untuk disebarluaskan
e) Keberkesanan kos
6.3 JPIPK perlu mengemukakan maklumat berikut bagi peserta pertandingan :
a) Maklumat Peserta (Lampiran A)
b) Penerangan Inovasi (Lampiran B)
Penerangan boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau
persembahan grafik.

7. JPIPK mengedarkan maklumat penyertaan (Lampiran A dan B) melalui web IPG Kampus
Perlis dan Ketua Jabatan pada 15 April 2014. Peserta perlu menghantar borang
penyertaan pada atau sebelum 29 April 2014 di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan. Borang penyertaan yang tidak dihantar pada tarikh yang
ditetapkan tidak akan dipilih dan dihakimi. Keputusan panel penilai/hakim adalah
muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

8. Surat Menyurat dan Pertanyaan
Segala pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan :

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Tel : 014-2417725 (DR. ROSMAWATI BT MUSA) / 019-4433708 ( PN AMANI DAHAMAN)











PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI IPG KAMPUS PERLIS 2014

MAKLUMAT PESERTA


Kategori Pertandingan (Tandakan / dalam kotak berkenaan di bawah) :

Individu/Kumpulan Pensyarah

Gabungan Pensyarah dan Guru Pelatih

Individu/Kumpulan Guru Pelatih

(Nota : Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara berasingan dan
nyatakan ketua kumpulan dan borang tersebut dikepilkan bersama)


Nama Calon :

...........................................................................
No KP :
Jantina :

Jabatan / Program :



No Tel Bimbit : E-mel :


Tajuk Inovasi Pedagogi :







Tandatangan :


.....................................................
Nama :
Tarikh :

PERTANDINGAN INOVASI PEDAGOGI IPG KAMPUS PERLIS 2014

PENERANGAN INOVASI

Peserta pertandingan (Individu/Kumpulan) hendaklah menyediakan satu penulisan yang
mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Tajuk Inovasi Pedagogi
2. Sinopsis Inovasi Pedagogi
3. Objektif Inovasi Pedagogi
4. Kumpulan Sasaran
5. Latar belakang (Penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)
6. Isu/Masalah yang ditangani oleh inovasi pedagogi
7. Huraian Inovasi Pedagogi
- Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
- Cara inovasi digunakan
- Kos bagi menghasilkan inovasi
- Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti)
- Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain
- Keterangan lain yang berkaitan

Peserta perlu menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 29 April 2014 di Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Borang penyertaan yang tidak dihantar
pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipilih dan dihakimi. Keputusan panel penilai/hakim
adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Surat Menyurat dan Pertanyaan
Segala pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan :

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Tel : 014-2417725 (DR. ROSMAWATI BT MUSA) / 019-4433708 ( PN AMANI DAHAMAN)

Anda mungkin juga menyukai