Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN GURU INOVATIF TAHUN 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Matlamat

Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum


dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Objektif

2.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan


inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang
lain.

3. Maksud Guru Inovatif

3.1 Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah,
strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Guru boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap
sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan
positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Guru perlu menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum


kebangsaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Kategori Pertandingan

4.1 Individu Prasekolah


4.2 Individu Sekolah Rendah
4.3 Individu Sekolah Menengah
4.4 Kumpulan

1
5. Syarat-syarat Pertandingan

5.1 Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran


dan pembelajaran.

5.2 Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam
pertandingan ini atau pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa tidak layak dicalonkan.

5.3 Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak
bertanding.

5.4 Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

5.5 Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 4


orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama.

5.6 Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

5.7 Inovasi yang dicalonkan mestilah melalui pengarah JPN.

6. Kriteria Pemilihan

6.1 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) perlu mengemukakan satu penyertaan bagi
setiap kategori mewakili negeri masing-masing.

6.2 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut:

a) Kesesuaian idea
b) Kebolehlaksanaan inovasi
c) Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran
d) Potensi inovasi untuk disebarluaskan
e) Keberkesanan kos

6.3 JPN perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori


pertandingan:

a) Maklumat Calon (Lampiran A)


b) Pengesahan Maklumat Calon (Lampiran B)
c) Penerangan Inovasi (Lampiran C)
Penerangan boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau
persembahan secara grafik.

Anda mungkin juga menyukai