Anda di halaman 1dari 2

IPG KPT E-KOLOKIUM 2022

Pembelajaran Sepanjang Hayat

KURSUS INOVASI
1.1 Pengenalan

E-kolokium Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah sebahagian usaha bagi memartabatkan
pembudayaan amalan penyelidikan, dengan iltizam untuk memupuk minda kreativiti dan inovasi
dalam kalangan para akademik bagi memperkembangkan minda dan pembudayaan ilmu secara
berterusan. E-kolokium ini adalah Kerjasama IPGKPT dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Seramai 160 guru sekolah rendah akan terlibat. E-kolokium terbahagi kepada 2 program iaitu:

a) Kursus Asas Inovasi Pendidikan : 12-14 April 2022


b) E-Kolokium Inovasi Pendidikan : 16-18 Ogos 2022

Guru-guru akan diberi kursus mengenai asas inovasi dan perubahan pendidikan sebagai
persediaan sebelum menjalankan projek inovasi di sekolah.

2.0 Objektif

Objektif kursus adalah seperti berikut:

2.1 Memberi pendedahan serta perkongsian ilmu kepada peserta bagaimana mencetuskan idea
inovasi, memulakan dan menjalankan projek inovasi yang memberi impak bermakna dan
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Memberi ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dari pakar yang berpengalaman dalam
menyertai pertandingan inovasi.
2.3 Mengenalpasti aplikasi video dan cara membina video yang berkualiti.

3.0 Pendaftaran Kursus

3.1 Penyertaan terbuka kepada guru sekolah rendah


3.2 Pendaftaran peserta kursus adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
3.3 Setiap JPN menghantar nama10 orang peserta kursus inovasi kepada IPGKPT.
3.4 Tarikh tutup pendaftran kursus: 28 Mac 2022

4.0 Jadual Kursus

4.1 Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (55-60 orang) semasa berkursus untuk memberi
keselesaan dan ruang kepada peserta untuk bertanya dengan jelas jika ada kemusykilan.
4.2 Kursus dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

4.3 Peserta hanya perlu pilih satu tarikh berkursus yang boleh disertai.

4.4 Jadual kursus adalah seperti dibawah:

5.0 Panduan Google Meet/Google Classroom

5.1 Peserta diminta menyertai kumpulan Google Classroom (GC) mengikut tarikh yang telah
dipilih. Kod kumpulan GC adalah seperti dalam Jadual dibawah

Tarikh Siri Kod GC Bilangan Peserta


12 April 2022 Siri 1 gxlzt2i 55
13 April 2022 Siri II sed3iz 55
14 April 2022 Siri III zjjhpoo 50

5.2 Link google meet untuk berkursus boleh diperolehi dalam GC.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Dr Zaitun Ghazali (0192485828).

SELAMAT BERKURSUS

Anda mungkin juga menyukai