Anda di halaman 1dari 3

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

PERTANDINGAN ANUGERAH
GURU INOVATIF
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2021

1. Matlamat

Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum


dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Objektif

2.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan


inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2.2 Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses


pembelajaran dan pengajaran.

2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.

2.4 Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang
lain.

3. Maksud Guru Inovatif

3.1 Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah,
strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran dan pengajaran.

3.2 Guru yang boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan
terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan
perubahan positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

3.3 Guru yang boleh menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan


kurikulum kebangsaan kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

4. Kategori Pertandingan

4.1 Individu Prasekolah


4.2 Individu Sekolah Rendah
4.3 Individu Sekolah Menengah/ Kolej Vokasional
4.4 Kumpulan
4.5 Individu Pra-Universiti
1
5. Syarat-syarat Pertandingan

5.1 Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan


pembelajaran.

5.2 Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam
pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak
dicalonkan.

5.3 Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tetapi tidak
memenangi peringkat kebangsaan atau antarabangsa layak bertanding
semula dalam pertandingan ini dengan proses penambahbaikkan.

5.4 Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

5.5 Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 4


orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama.

5.6 Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

5.7 Inovasi yang dicalonkan mestilah melalui Ketua Jabatan.

6. Kriteria Pemilihan

*Kaedah penghakiman bagi semua kategori berdasarkan aspek yang dinyatakan


(sila rujuk perkara 6.1)

6.1 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut:

a) Kreativiti & Inovasi (Kesesuaian idea) – 40%


b) Bentuk inovasi (Kebolehlaksanaan inovasi) – 25%
c) Keberkesanan pengajaran guru – 15%
d) Keberkesanan pembelajaran murid – 15%
e) Potensi inovasi untuk disebarluaskan – 10%
f) Keberkesanan kos – 10%

6.2 Calon perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori


pertandingan:

a) Maklumat Calon (Pengisian Secara Online)


b) Penulisan Inovasi perlu mengandungi item-item wajib
merujuk 6.1 dan lain-lain item dalam penulisan bergantung
kepada peserta (Di hantar secara Online iaitu upload dalam
bentuk format pdf)
* Tiada minimum atau maksimum mukasurat, tiada format.
* Penerangan boleh disokong dengan gambar, carta, video atau
persembahan secara grafik semasa pembentangan hari pertandingan.

2
7. Calon menghantar maklumat pencalonan serta penulisan (Penerangan Inovasi)
kepada urus setia pada atau sebelum 07 Mac 2021 (Ahad). Pencalonan yang
diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dihakimi. Keputusan panel hakim
adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

8. Pemenang Anugerah Guru Inovatif Daerah Johor Bahru bagi setiap kategori akan
dipilih mewakili daerah untuk Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat
Negeri Johor.

9. Penghantaran Penyertaan

Segala penghantaran berdasarkan prosedur berikut ;

i) Pengisian penyertaan secara online (WAJIB) pada pautan berikut ;

http://bit.ly/inovasijb1
*Tidak perlu menghantar “hardcopy”.

10. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini berhubung dengan:

Ts. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid (013-7107705)


Pegawai Meja Inovasi
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai