Anda di halaman 1dari 9

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2019

PERINGKAT DAERAH SEREMBAN / NEGERI SEMBILAN 2019


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Matlamat

Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan
dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Objektif

2.1 Memberi penghargaan dan pengiftirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi
dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2.2 Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Menyebarkan hasil ciptaan atau inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para
pendidik yang lain.

2.5 Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri diadakan bagi memilih
wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Pertandingan ini diadakan setahun
sebelum Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan yang disambut pada setiap bulan
Mei.

3. Maksud Guru Inovatif

3.1 Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah,
strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Guru boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap
sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Guru perlu menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum


kebangsaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

1
4. Kategori Pertandingan

4.1 Individu Prasekolah


4.2 Individu Sekolah Rendah
4.3 Individu Sekolah Menengah
4.4 Kumpulan

5. Syarat-Syarat Pertandingan

5.1 Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan bukan sebagai usaha memudahkan murid menjawab soalan
peperiksaan.

5.2 Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam
pertandingan ini atau pertandingan lain di peringkat negeri, kebangsaan atau
antarabangsa tidak layak dicalonkan.

5.3 Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak
bertanding.

5.4 Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

5.5 Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 3 orang.
Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama.

5.6 Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

5.7 Inovasi yang dicalonkan mestilah melalui saringan Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah (untuk peringkat N. Sembilan) dan mesti melalui
Pengarah JPN (untuk peringkat Kebangsaan)

5.8 Inovasi yang dihasilkan mesti merupakan inovasi calon dan tidak diambil dari
inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain.

2
6. Kriteria Pemilihan

6.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua guru di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan di Negeri Sembilan.

6.2 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut:

a) Kreativiti & Inovasi (kesesuaian idea) - 30%


b) Bentuk inovasi (kebolehlaksanaan inovasi) - 20%
c) Keberkesanan pengajaran guru - 15%
d) Keberkesanan pembelajaran murid - 15%
e) Potensi inovasi untuk disebar luas - 10%
f) Keberkesanan kos - 10%

6.3 PPD perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori pertandingan:

a) Maklumat Calon
(Lampiran A)

b) Pengesahan Maklumat Calon


(Lampiran B)

c) Penerangan inovasi
(Lampiran C)

- Penerangan boleh disokong dengan gambar, video PdP atau


persembahan secara grafik

7. Pemilihan Pemenang

7.1 Guru-guru yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghantar maklumat
pencalonan (Lampiran A dan B) dan Kertas Cadangan Inovasi / Penerangan
Inovasi (Lampiran C) kepada Pejabat Pendidikan Daerah Seremban sebelum
atau pada hari Khamis, 8 Ogos 2019.

7.2 PPD akan memilih peserta yang menjadi johan Pertandingan Anugerah Guru
Inovatif di peringat Pejabat Pendidikan Daerah dan menghantar maklumat
pencalonan (Lampiran A, B dan C) kepada Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sebelum atau pada 5 September 2019.
Urus setia peringkat JPN akan membuat pertandingan dan pemilihan pemenang
bagi setiap kategori 16 Oktober 2019. Johan bagi setiap kategori akan mewakili
negeri di peringkat kebangsaan.

3
7.3 Peserta-peserta yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan akan dipanggil
membuat perbentangan kepada panel penilai/hakim pada tarikh dan tempat yang
akan ditentukan kelak untuk menentukan pemenang.

7.4 Pencalonan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dihakimi.
Keputusan panel penilai/hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak
akan dilayan.

8. Bentuk Anugerah

Pemenang pertandingan peringkat negeri akan menerima anugerah semasa Anugerah


Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan.

9. Surat Menyurat dan Pertanyaan

Segala urusan surat-menyurat dan pertanyaan tentang anugerah ini hendaklah

dialamatkan kepada:

i) PPD masing-msing bagi pertandingan peringkat daerah:

Urus Setia Pertandingan Anugerah Guru Inovatif


Peringkat Daerah Seremban
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
70400 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u. p.: Puan Rafe’ah binti Abdul Rahman)

ii) Urus Setia Anugerah Guru Inovatif (peringkat N. Sembilan)

Sektor Pengurusan Akademik


Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
d/a SK Rahang, 72000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(u.p.: Puan Sakhliza binti Khalid)

4
Lampiran A

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2019


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUMAT CALON

Kategori Pertandingan ( tandakan √ dalam kotak berkenaan di bawah ) :

Individu Prasekolah Individu Sekolah Rendah

Individu Sekolah Menengah Kumpulan

( Nota : Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara berasingan
dan nyatakan ketua kumpulan )

Nama Calon : No. K.P. :

Jantina :

Nama Sekolah : …………………………………………………………………………………

Alamat Sekolah : …..………………………………………………………………………………

No. Telefon Sekolah :

No. Telefon Bimbit :

No. Faks :

E-mel :

Jawatan di Sekolah : 1.

2.

3.

Kelulusan Akademik Tertinggi :


Tahun / Institusi :

Kelulusan Ikhtisas :
Tahun / Institusi :

Mata Pelajaran:
Tajuk Inovasi :

5
Lampiran B

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2019


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGESAHAN MAKLUMAT CALON

SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN

Bahagian Hadapan

Kad Pengenalan

Bahagian Belakang

Kad Pengenalan

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan ( seperti ditunjukkan di atas ) mengiringi penerangan inovasi
yang dicalonkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah SEREMBAN adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.

Saya juga mengaku bahawa bahan inovasi saya merupakan hasil inovasi saya dan tidak diambil dari inovasi orang
lain atau mana-mana sumber lain.

_______________________________ ____________
( Tandatangan Guru yang Bertanding ) ( Tarikh )

Saya mengesahkan bahawa salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh PPD Seremban / Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan untuk bertanding dalam Pertandigan Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori
individu prasekolah / individu sekolah rendah / individu sekolah menengah / kumpulan.*
( *Potong pilihan yang tidak berkenaan )

__________________________________________ __________________
(Tandatangan Dan Cap Penyelaras Inovasi Daerah ) (Tarikh)

6
Lampiran C

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH / JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN 2019

KERTAS CADANGAN (PENERANGAN INOVASI)

Guru yang mengambil bahagian di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah / dicalonkan oleh
Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) untuk Pertandingan Anugerah Guru Inovatif hendaklah
menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkara berikut:

1. Kategori pertandingan (individu prasekolah / individu sekolah rendah / individu sekolah menengah
/ kumpulan) * tulis mana yang berkenaan.

2. Mata pelajaran

3. Tajuk inovasi (ringkas tapi menarik)

4. Sinopsis inovasi (1 – 2 muka surat)

5. Objektif inovasi (2 – 3 objektif sahaja)

6. Kumpulan sasaran (murid tahun ____ dan kategori murid)

7. Latar belakang
( penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi )

8. Isu / Masalah yang ditangani oleh bahan inovasi (berdasarkan masalah PdP murid)

9. Huraian inovasi

 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi (digalakkan bahan


kitar semula – jika sesuai)

 Cara inovasi digunakan (sertakan video PdPc (jika ada) dan foto
- Guru digalakkan membuat rakaman video terutama untuk pertandingan
di peringkat negeri

 Kos bagi menghasilkan inovasi (digalakkan kos yang murah / sesuai


dengan bahan yang dihasilkan)

 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran


(sertakan bukti berasaskan data)
- Ujian pra sebelum guna bahan inovasi
- Ujian pasca selepas guna bahan inovasi

7
 Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain

 Keterangan lain yang berkaitan

*** Peringatan:

i. Peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Anugerah Guru Inovatif


Peringkat Daerah kategori individu dan kumpulan mesti menghantar borang
maklumat calon Lampiran A dan B.

ii. Hanya kertas cadangan inovasi beserta gambar inovasi dan lampiran sahaja
dihantar ke PPD Seremban untuk pemilihan. Tidak perlu sertakan BBM inovasi.

iii. Kertas cadangan inovasi dan lampiran hendaklah tidak melebihi 20 muka surat.
(binding biasa) sahaja.

iv. Peserta yang terpilih akan dipanggil untuk menyertai Pertandingan Anugerah
Guru Inovatif Peringkat Daerah Seremban 2018 pada 25 Julai 2018 (Rabu).

v. Peserta diminta membawa kertas cadangan inovasi, brosur, bahan inovasi


(BBM), laptop, power point untuk pembentangan, rakaman video (jika ada),
banner (jika ada), alat pembesar suara yang sesuai (audio - jika perlu), alas meja,
wayar sambungan, pada hari pertandingan.

vi. Peserta digalakkan membawa bahan inovasi di dalam beg yang sesuai agar
kelihatan kemas dan mudah dibawa. Persembahan secara “booth”.

JADUAL PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF DAERAH SEREMBAN 2019

BIL PERKARA CADANGAN TARIKH

1 Taklimat Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah 2 Mei 2019


Seremban

2 Proses menghasilkan bahan 3 Mei – 2 Ogos 2019


3 Bengkel Inovatif 19 Jun 2019 dan
10 Julai 2019
4 Menghantar proposal / kertas cadangan dan gambar Sebelum atau pada
inovasi ke PPD Seremban 8 Ogos 2019
5 Pertandingah Anugerah Guru Inovatif Daerah 27 dan 28 Ogos 2019
Seremban 2018
6 Bimbingan ke pertandingan ke peringkat negeri 11 dan 25 September 2019

7 Pertandingan peringkat JPNS 16 Oktober 2019

8
9

Anda mungkin juga menyukai