Program Sambutan Maal Hijrah dan Mengusap Kepala Anak Yatim Sekolah Kebangsaan
Kompleks UDA , Johor Bahru 1431 Hijriyah.
1. Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
melalui suratnya bertarikh 9 Januari meminta semua sekolah merancang dan
melaksanakan program-program dakwah antaranya menyambut hari kebesaran Islam.
2. Program ini adalah program yang dirancang khas oleh Panitia Pendidikan Islam
bersama-sama Badan Kebajikan Murid dan Badan Dakwah dan Kegiatan Islam
(MAKDIS) sempena bulan Muharam yang banyak keberkatannya terutama sekali pada
10 Muharam.
3. Selain daripada itu, Majlis Mengusap Kepala Anak Yatim diadakan selepas ceramah
yang disertai seramai 20 orang anak yatim SK Kompleks UDA. Ini adalah untuk
meraikan anak-anak yatim sempena kedatangan 10 Muharam.
i. Mengingati Peristiwa Hijrah Rasulullah
ii. Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 Hijrah dan Mengusap Kepala Anak Yatim
Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA akan berlangsung pada:
Penasihat : Pn. Hajjah Thalasawati Bte Mohd Ajib (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Bin Ali (GPK KoKurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Cik Hajah Hamimah Bt. Othman (Penyelia Petang)
I. Aktiviti
i) Semua murid, anak-anak yatim serta guru-guru mengambil tempat masing-
masing
ii) Bacaan Surah Yasin dan doa diketuai oleh Ustaz Md Anuar Bin Yahya
iii) Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh En Zulkifli Bin Daud.
Murid Tahun 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas : 9.30 pagi
ii. Jamuan bubur asyura guru dan tetamu : 105 X RM 2.00 RM 210.00
1. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar
tentang peristiwa yang berlaku pada bulan Muharam khususnya Hijrah Rasulullah dari
Mekah ke Madinah serta kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Muharam.
2. Selain daripada itu program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para
guru dan murid-murid SK Kompleks UDA untuk bersama-sama meraikan anak-anak
yatim sempena 10 Muharam.
Disediakan oleh:
Setiausaha
SK Kompleks UDA
KERTAS KERJA
MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2010 (MTQSS)
DAN AKTIVITI PERTANDINGAN MAAL HIJRAH 1431 H
SK KOMPLEKS UDA, JOHOR BAHRU
1. Nama Program
Majlis Tadarus al-Quran 2010 dan Aktiviti Pertandingan Maal Hijrah 1431 H peringkat
Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Johor Bahru.
2. Latar Belakang Program
1. Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
melalui suratnya bertarikh 31 Disember 2007(JPNJ/SPPIM/40/1427(71) )memaklumkan
mengenai takwim MTQSS peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan .
2. Pihak sekolah juga diminta untuk menghantar laporan perlaksanaan program ini
dengan disertakan format borang laporan pelaksanaan MTQSS peringkat sekolah ke
Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing
3. Oleh itu, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) SK Kompleks UDA
bersama Panitia Pendidikan Islam SK Kompleks UDA bekerjasama untuk mengadakan
majlis ini bagi memilih wakil sekolah ke peringkat Zon Bandar Utara, Johor Bahru.
3. Objektif Program
Untuk memilih wakil ke Majlis Tadarus al-Quran dan Aktiviti Pertandingan Maal Hijrah
1431H peringkat Zon Bandar Utara , Johor Bahru yang akan diadakan pada 22 Mac 2010
di SK Taman Universiti 1, Johor Bahru.
4. Tema :
“ Al-Quran Teras Modal Insan”
5. Komponen Program:
i. Program ini mempunyai komponen-komponen berikut:
- Menyediakan kertas projek.
- Memilih Jawatankuasa Perlaksanaan.
- Mengadakan mesyuarat/perbincangan Jawatankuaa Perlaksanaan
- Menyediakan persiapan program
- Melaksanakan program
- Menyediakan laporan Perlaksanaan Projek
- Memilih wakil sekolah ke peringkat Zon Bandar Utara, Johor Bahru
- Menghantar wakil ke peringkat Zon Bandar Utara, Johor Bahru.
ii. Majlis Tadarus al-Quran (MTQSS) 2010 dan Aktiviti Pertandingan Maal Hijrah 1431H
peringkat SK Kompleks UDA akan berlangsung :
- Tarikh : 28 Februari 2010
- Masa : 1.30 tengah hari – 3.30 petang
- Tempat : Surau an-Nur, Bilik j-QAF dan Kelas Pra Sekolah.
6. Jawatankuasa Pelaksana Program:
Penasihat : Pn. Hajjah Thalasawati Bte Mohd Ajib (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Rosnaini Bt Ismail (GPK 1)
Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Bin Ali (GPK Koko)
Naib Pengerusi 2 : Cik Hajah Hamimah Bt. Othman (Penyelia Petang)
Setiausaha : En. Samista Bin Othman
Bendahari : Pn. Noor Rosmazlinda Bt Mahmood
AJK :
- Pendaftaran Murid : Pn. Norashikin Bt Hj Atan
- Persiapan Tempat : Pn Norziran Bt Muda ( Khat dan Tulisan Jawi)
Pn. Murnihati Bt Hamzah ( Bercerita)
Pn. Khadijah Bt Suliman ( Kuiz)
En. Md Anuar Bin Yahya ( Hafazan)
Pn. Zuraidah Bt Abdullah ( Tilawah & Azan)
Pn. Ruzalinda Bt Daud ( Berzanji)
- Hadiah : Cik Rubiah Bt Abdullah
- Jamuan : Pn. Noor Rosmazlinda Bt Mahmood
- Penggambaran : Cik Normiyati Bt Hassan
- Ketua Jemaah Hakim: Pn. Kelsom Bt Ismail
7. Anggaran Kos Projek:
Anggaran kos untuk program ini adalah seperti berikut:
i. Jamuan peserta pertandingan : 48 X RM 2.00 RM 96.00
ii. Jamuan urusetia dan hakim : 16 X RM 2.00 RM 32.00
iii. Hadiah peserta : 48 X RM 4.00 RM 192.00
Jumlah RM 320.00
8. Punca Kewangan
Punca kewangan program ini adalah sumber berikut:
i. Pakej Bayaran Tambahan ( Kegiatan Aktiviti Pelajar Islam/Moral)
9. Faedah Yang Dijangka DiPerolehi:
Program yang akan dilaksanakan ini, antara lain dapat:
i. Memupuk keupayaan, kecenderungan, minat dan bakat murid.
ii. Menghubungkait di antara pembelajaran Pendidikan Islam dengan aktiviti-
aktiviti di luar bilik darjah secara meluas.
iii. Menungkatkan penguasaan murid dalm Pendidikan Islam.
Disediakan oleh:
SAMISTA BIN OTHMAN
Setiausaha
Badan Dakwah dan Kegiatan Islam(MAKDIS)
SK Kompleks UDA