Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA CADANGAN

MAJLIS ZIKIR
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU, SARAWAK
1. MUQADDIMAH
Sejak kebelakangan ini, isu moral di kalangan remaja masa kini
sering diperkatakan samada oleh individu atau masyarakat dan sering
dipaparkan samada di media cetak atau elektronik. Masyarakat sering
menuding jari mengatakan perkara ini terjadi kerana kegagalan pihak tertentu
membendung gejala tersebut khasnya pihak guru di sekolah serta ibubapa
atau penjaga di rumah. Ini ditambah pula dengan suasana persekitaran yang
menjadi pemangkin perkara tersebut berlaku secara berleluasa seperti
pengaruh rakan sebaya, media cetak dan elektronik serta kekurangan
pengetahuan agama di kalangan remaja tersebut.
Semua pihak harus berganding bahu membendung perkara ini dari terus
berlaku. Oleh yang demikian, kita sewajarnya menyusun pelbagai program
dan aktiviti bagi mencegah perkara tersebut dan tidak hanya menyalahkan
orang lain apabila berlaku sesuatu perkara yang berkaitan dengan sahsiah
murid di sekolah.
Pihak Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Matu merasa terpanggil untuk
menyusun aktiviti pemantapan sahsiah ini agar perkara tersebut dapat di atasi
secara berperingat-peringkat sejak dari bangku sekolah lagi. Adalah
diharapkan dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan dapat
mengatasi masalah sahsiah dan moral murid di sekolah seterusnya dapat
melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik. Semoga usaha yang
sedikit ini akan mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT ke arah
melahirkan modal insan yang berjiwa merdeka dari perkara-perkara yang
tidak baik yang dilarang oleh agama Islam yang mulia ini.
2. MATLAMAT
Melahirkan modal insan yang mempunyai niat (qasad) yang betul di
dalam memenuhi kewajipan menuntut ilmu (taradh) ke arah membudayakan
sahsiah mithali di dalam kehidupan (tayin).

3. OBJEKTIF
3.1 Dapat mendidik jiwa murid supaya lebih bersih dalam usaha
menuntut ilmu.
3.2 Murid dapat mengamalkan akhlak mulia dan berfikiran positif.
sepertimana yang dikehendaki oleh syarak.
3.3 Murid dapat menjadi contoh kepada orang lain samada dari segi
sahsiah, kepimpinan dan komited kepada ajaran Islam.
3.4 Murid dapat menambah ilmu sebagai persediaan sebelum keluar
ke masyarakat kelak selepas tamat persekolahan.
4. SASARAN
Semua murid dan guru SK Kuala Matu.
5. TARIKH DAN TEMPAT
5.2 Masa : Setiap pagi sebelum PdP bermula sepanjang tahun.
5.3 Tempat : SK Kuala Matu
6. STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Berzikir
7. JAWATANKUASA PROGRAM
Semua guru Pendidikan Islam dibantu guru-guru akademik.
8. SUMBER KEWANGAN
Tiada
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiada
10. TENTATIF PROGRAM
7.00 Pagi
7.15 Pagi
11. PENUTUP
Usaha
memerlukan

:
:
ke

Majlis Zikir bermula


Majlis zikir tamat dan pelajar masuk ke kelas
arah

berbagai

pembentukan

persedian

dan

modal

insan

pengisian.

yang

Dengan

berakhlak
berlakunya

pembentukan persekitaran Iklim yang baik di sekolah adalah diharapkan ia


dapat memberi kesan yang besar terhadap pertumbuhan dan penghayatan
nilai akhlak yang mulia di kalangan pelajar seterusnya melahirkan insan yang
cemerlang dalam akhlak dan akademik.
Disediakan oleh
Guru Pendidikan Islam SKKM

Anda mungkin juga menyukai