Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURASUL

Program : Sambutan Maulidurasul


Sekolah : Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggang
Tarikh : 22 Januari 2016
Hari : Khamis
Pengurus/Penyelaras : Panitia Pendidikan Islam

1.ULASAN
Pada tarikh 22 Januari 2016 SK Yamtuan Lenggang telah melaksanakan sambutan Maulidurasul
peringkat sekolah . Segala persiapan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna
mengikut acuan yang ditetapkan. Justeru itu sambutan pada kali ini dilihat amat berjaya dengan
kerjasama yang ditunjukkan oleh segenap lapisan warga kerja SK Yamtuan Lenggang. Tidak
dilupakan juga masyarakat setempat dan AJK PIBG SK Yamtuan Lenggang yang turut serta
bersama-sama berganding bahu membantu sama ada dari segi penyediaan bahan-bahan masakan,
memasak dan sehinggalah selesai majlis amat-amat dihargai. Oleh yang demikian diharapkan
agar kecemerlangan perlaksaaan program ini dapat diteruskan dimasa hadapan.
2. AKTIVITI
Bagi memastikan setiap murid memahami, mengenal dan menghayati Sambutan Maulidurasul
dengan lebih mendalam, beberapa program telah disusun. Antaranya ceramah Maulidurasul,
selawat , kuiz, tokoh Maulidurrasul dan bercerita kisah nabi. Perarakan sambil berselawat juga
diadakan daripada sekolah ke Masjid Kampung Tengah serta balik semula ke sekolah.Pada kali
ini ceramah Maulidurasul telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Zuraidi bin Ibrahim dari PPD
Kuala Pilah.
3. PENCAPAIAN OBJEKTIF
Pencapaian objektif melalui program yang dilaksanakan ini telah mencapai sasaran yang telah
ditetapkan. Namun yang pasti, program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan galakan yang
diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah , guru-guru, kakitangan sokongan, AJK PIBG SK
Yamtuan Lenggang, pekerja-pekerja swasta serta masyarakat setempat.Pasukan polis juga telah
membantu menjaga lalu-lintas di sepanjang perarakan berlangsung.

4. KEKUATAN
Hasil pemantauan yang dilaksanakan kekuatan yang ada adalah penglibatan dan sokongan semua
guru dan kakitangan sekolah dalam menjayakan program yang dirancang. Segala keperluan yang
diperlukan mudah diperolehi dan ini banyak membantu melancarkan perjalanan majlis ini.
Program-program terdahulu dijadikan sebagai landasan dan rujukan agar program yang
dilaksanakan ini bertepatan dengan kehendak semua pihak dan memberi kesan kepada muridmurid sekolah. Begitu juga dengan sumber kewangan yang diperolehi daripada pihak sekolah,
ibubapa/penjaga serta sumbangan orang perseorangan yang amat membantu dalam
merealisasikan sambutan Maulidurasul ini.
5. KELEMAHAN
Antara kelemahan yang dilihat adalah masih kedapatan murid-murid yang tidak menghadirkan
diri ke majlis ini walhal majlis ini telah diwar-warkan seminggu sebelum majlis dilaksanakan. Ini
bukan sahaja membantutkan usaha pihak sekolah untuk memastikan murid-murid faham
berkenaan dengan Maulidurasul malah meningkatkan perasaan tidak ambil peduli dikalangan
murid-murid. Justeru itu, kelemahan ini akan dijadikan iktibar dan perkara ini perlu dipandang
serius.

6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi memastikan Sambutan Maulidurasul yang seterusnya mencapai matlamat yang disasarkan
beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan telah dikenalpasti. Antara cadangan
penambahbaikan tersebut adalah: 1. Memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang berpusatkan
kepada murid seperti peraduan mewarna, melukis poster, kuiz dan sebagainya.
7. ULASAN PENGURUS/PENYELARAS
Walaupun pada dasarnya Sambutan Maulidurasul ini hanya dilaksanakan sekali dalam setahun,
pendedahan maklumat yang berterusan dari guru-guru amat penting bagi memastikan para murid
dapat menghayati dan memahami kelebihan sambutan Maulidurasul ini dengan lebih sempurna.
Justeru itu kerjasama dan sokongan daripada guru-guru amat diharapkan dalam usaha
melahirkan insan yang intelek baik dari jasmani mahupun rohani. Aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan juga perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar murid-murid mendapat
pengetahuan yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai