Anda di halaman 1dari 23

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8745.

0
PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN
Ahmad Muhaimin bin Mustapha
Mukadimah
Islam menganjurkan kepada umatnya kehidupan yang sihat dan menggalakkan supaya
berubat apabila mengalami kesakitan. Ini sejajar dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi :
"Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh
dengan izin Allah"
"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubat
baginya."
Namun perkembangan ilmu perubatan yang berjalan seiring dengan keperluan zaman
menyaksikan timbulnya kepelbagaian dalam merawati penyakit. Kajian demi kajian
akhirnya menatijahkan penggunaan alat dan wasilah yang pelbagai juga aliran perubatan
yang bermacam-macam. Tidak kira perubatan moden (alloypathy) atau pun perubatan
alternative, akhirnya terjebak dalam penggunaan bahan-bahan yang tidak sah dari segi
syariat Islam.
Secara jelasnya timbulnya penggunaan najis dalam mengubati penyakit. Adakah ini
dibenarkan oleh Islam atau tidak, memerlukan penekunan kita dalam mengkaji dan
mengeluarkan hukum secara tepat. Anjuran berubat dengan benda yang suci.
Sebelum kita meneruskan perbincangan kita, di sini didatangkan beberapa hadis mengenai
penggunaan elemen yang kotor dalam perubatan. Antaranya ialah sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam
bersabda :
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi
setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang
diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud)
Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Masud katanya:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada
benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari)

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)
Skop perbincangan
Ilmu perubatan moden hanyalah satu daripada beribu-ribu jenis ilmu perubatan yang wujud
di muka bumi ini. Memandangakan cara perubatan ini diterima oleh kebanyakan
masyarakat dunia berdasarkan kepada method kajiannya yang jelas dan diterima secara
saintifik. Ilmu perubatan moden yang juga dikenali sebagai allopathy sentiasa mengalami
evolusi yang pesat. Kajian mutakhir ini lebih banyak dipelopori oleh saintis yang bukan
Islam menyebabkan masuknya elemen-elemen yang disifatkan najis pada pandangan
syarak.
Kebanyakan perbincangan kita berkisar dengan penggunaan najis dalam perubatan moden
di samping itu didatangkan beberapa contoh penggunaan najis dalam perubatan alternative
dan juga tibbul nabawi. Antara yang akan dikupas dalam kertas kerja ini ialah :
1. Penggunaan najis dalam perubatan moden
a. gelatin
b. xeno transplantation
c. hormon
d. vaksin
e. alkohol
f. pemindahan dan pembersihan darah
2. Penggunaan najis dalam tibbul nabawi
3. Penggunaan najis dalam perubatan alternative
a. urine teraphy
b. penyembuhan menggunakan makanan (healing food)
Kertas kerja ini sama sekali tidak akan menyentuh mengenai hukum penggunaan najis
dalam perubatan. Di sini hanya akan dibincangkan contoh
penggunaan najis dari segi aspek perubatan sahaja. Jawapan mengenai hukum
penggunaannya akan djelaskan secara berasingan.
Amatlah penting bagi kita mengetahui gambaran awal sesuatu perkara sebelum
menjatuhkan sebarang hukum, bersesuaian dengan kaedah fekah :

Hukum ke atas sesuatu perkara itu adalah satu juzuk daripada gambarannya.

Penggunaan najis dalam perubatan moden


1. Gelatin
Gelatin merupakan bahan yang sering kita dengar terutamanya umat Islam yang betul-betul
mengambil berat akan perihal halal dan haramnya sesuatu perkara.
Namun ada di kalangan kita yang tersalah anggap dengan istilah ini. Ada yang
beranggapan semua gelatin adalah haram, seolah-olah gelatin merupakan produk daripada
khinzir. Adakah tanggapan ini betul? Untuk itu marilah sama-sama kita fahami apakah yang
dimaksudkan dengan gelatin. Gelatin mengikut ta'rifan yang diberikan oleh Professor
Muhammad Abdul Salam, merupakan hasil pengasingan protein yang dihasilkan dengan
cara menceraikan rangkaian kimia yang terdapat dalam protein haiwan yang dikenali
dengan nama collagen. Ianya diasingkan dengan cara pengoksidaan atau pun dengan
menggunakan perantaraan enzim yang akhirnya akan menukarkan struktur kimianya.
Dari manakah sumber gelatin diperolehi? Kebanyakan sumber gelatin diambil daripada
kulit, tulang, sisi tulang dada, dan tendon manakala gelatin yang besumber daripada ikan
masih dalam peringkat kajian mengenainya dan penggunaannya. Terdapat juga gelatin
yang diambil daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Salah satu contohnya ialah daripada
bijirin. Di dalam Ensikloedia Malaysiana dicatatkan bahawa, "gelatin sayur-sayuran adalah
sama dengan gelatin binatang dari segi fungsinya dan ia diperolehi daripada gluten
gandum atau bijirin lain"
Penggunaan gelatin yang bersumberkan daripada tumbuhan sudah tentu sama sekali tidak
dipertikaikan kehalalannya. Yang menjadi masalah ialah penggunaan gelatin haiwan.
Secara umumnya gelatin akan menjadi najis bila diambil daripada khinzir begitu juga
daripada binatang yang halal dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam. Jika sekiranya
ia dicampur dalam ubatan maka ubat yang asalnya bersih akan bertukar menjadi najis.
Dewasa ini penggunaan gelatin digunakan secara meluas terutamanya dalam pembuatan
makanan dan penghasilan ubatan, samada moden mahupun tradisional. Antara
kegunaannya dari sudut perubatan ialah :
a. Kapsul ubat

b. Penyalut kepada ubat untuk melambatkannya larut semasa berada dalam sistem
penghadaman.
c. Krim
d. Ubat yang dimasukkan melalui dubur atau saluran peranakan
e. Penghalang pengeluaran darah dalam pembedahan
f. Pengganti atau penambah plasma darah.
g. Kajian Dr. Troum dan Dalton gelatin khinzir boleh digunakan untuk menyembuhkan
tulang yang patah.
h. Gelatin yang disteril dengan radiasi ultraviolet boleh merangsangkan pembentukan
tulang yang baru (masih dalam kajian)
i. Dalam satu kes seorang yang berumur 72 tahun mengambil 1/4 oz gelatin sehari dalam
jus oren selama 6 bulan sebagai rawatan kepada arthtitis pada sendi tanganya. Kesannya
telah menambahkan flexibility jarinya dan kesakitan dapat dikurangkan.
Paparan ini merupakan sebahagian daripada kegunaan gelatin yang pelbagai menerusi
skop perubatan. Penggunaannya sudah meluas sama ada disedari oleh umat Islam atau
pun tidak.
Samada gelatin yang digunakan dalam perubatan bersumber daripada sumber yang halal
atau tidak, memerlukan penelitian kita semasa mendapatkan rawatan. Dalam hal ini pesakit
yang beragama Islam sewajarnya bertanya kepada pihak yang berautoriti semasa
mendapatkan rawatan demi memastikan semua ubatan yang digunakan bebas daripada
najis.
Tambahan :
Selain daripada gelatin yang menjadi bahan dalam perubatan, pelbagai lagi produk yang
dikeluarkan bersumberkan daripada khinzir. Antara penggunaan lemak khinzir sebagai krim
dan alat-alat kecantikan. Kebanyakan penggunaan bahan seperti krim dan bahan
kecantikan boleh dikategorikan sebagai tidak darurat.
2. Hormon
Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar tertentu dalam badan dan
dibawa dalam aliran darah kepada organ yang lain atau mana-mana bahagian dalam
badan bagi menghasilkan tindakbalas atau ransangan yang berkaitan.
Hormon merupakan bahan kimia asas yang penting diciptakan oleh Allah SWT. Pada masa
yang sama, sekiranya berlaku kekurangan atau kelebihan pada aras hormon dalam tubuh

ianya akan menyebabkan berlakunya penyakit yang pelbagai. Dalam pengamalan ilmu
perubatan moden hormon digunakan untuk merawat beberapa penyakit. Antara contoh
penggunaan hormon ialah :
a. Insulin
Insulin merupakan hormon yang penting dalam mengawal kandungan gula dalam darah
manusia. Ianya bertanggung-jawab menukarkan glukosa kepada glukagon sekaligus
mengurangkan aras gula dalam darah. Kekurangan insulin dalam badan menjadi salah
satu penyebab kepada penyakit kencing manis.
Dianggarkan terdapat seramai 120 juta pesakit yang mengalami kekurangan insulin sukar
dipulihkan. Pesakit kencing manis (jenis pertama) sememangnya berhajat kepada suntikan
insulin setiap hari untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Antara sumber insulin
yang digunakan untuk merawat pesakit ini ialah insulin yang bersumberkan daripada
haiwan. Haiwan yang sesuai ialah lembu dan khinzir.
Pun begitu insulin daripada khinzir mempunyai keistimewaan berbanding dengan insulin
lembu kerana ianya hanya berbeza dengan insulin manusia
pada sejenis amino asid sahaja. Manakala insulin lembu berbeza sebanyak 3 amino asid.
Perkembangan ilmu sains perubatan mutakhir ini telah berjaya menghasilkan insulin yang
dihasilkan secara biosintesis daripada insulin manusia. Namun pengunaan masih belum
meluas memandangkan ianya hanya digunakan di negara barat sahaja.
b. Lain-lain hormon yang dihasilkan daripada khinzir ialah:
Hormon - glucagon
Follicle stimulating hormone daripada kelenjar pituatiry khinzir
Hormon somatotropin
Hormon calcitonin
Hormon secretin
Melanocyte Stimulating Hormone
Di atas adalah beberapa contoh hormon yang dikategorikan sebagai najis. Namun begitu
perlu dinyatakan di sini, semua hormon yang mampu diperolehi daripada khinzir juga boleh
diambil daripada haiwan seperti lembu, tikus, kuda, kambing dan arnab juga dengan
kemajuan teknologi bio engineering saintis mampu menghasilkan hormon daripada
manusia. Mengenai penggunaan hormon di negara kita dan negara-negara Islam samada

diambil daripada sumber najis atau tidak, perlulah kita bertanyakan kepada pihak yang
berautoriti.
3. Vaksin
Vaksin merupakan salah satu cara perubatan moden yang digunakan sebagai rawatan
pencegahan awal. Antara saintis yang terawal menemui vaksin ialah Edward Jenner yang
menemui vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit small pox manakala Louis
Pasteur pula mencipta vaksin terhadap penyakit rabies.
Tujuan utama penggunaan vaksin ialah untuk mengaktifkan sistem immuniti tubuh. Ianya
akan mengaktifkan sel darah putih (B cell dan T cell) untuk bertindak. Selain daripada itu
vaksin akan mencipta sel-sel memori dalam sistem pertahanan tubuh. Jesteru itu
pendedahan kepada agen penyakit yang sama akan merangsangkan tindak balas yang
segera.
Terdapat dua jenis imunisasi :
1. Imunisasi pasif ini dilakukan dengan menyuntik immunoglobulin kepada pesakit yang
sudah mengalami penyakit.
2. Imunisasi aktif melibatkan suntikan suntikan patogen yang diubahsuai atau dibersihkan
ataupun produk daripada patogen tersebut.
Vaksin boleh dihasilkan melalui beberapa cara:
1. Organisma yang mati : sebagai contohnya vaksin untuk virus influenza
2. Organisma yang hidup tetapi dilemahkan : contohnya vaksin untuk kuman measles,
mumps dan rubella (MMR)
3. Bahagian tertetentu daripada organisma ataupun produknya : contohya vaksin untuk
tetanus.
4. Secara syntetik
Kemungkinan vaksin boleh menjadi najis ialah berpandukan kepada sumber yang diambil
untuk semasa penyediaanya. Contoh penggunaan vaksin daripada sumber najis ialah apa
yang pernah berlaku di negara kita iaitu suntikan yang dikenakan kepada jemaah haji. Di
mana jemaah haji diberikan 2 suntikan iaitu suntikan vaksin anti meningicocal meningitis
ACYW 135 quadrivalent dan influenza (flu).

Tujuan utama diberi suntikan vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent
ialah untuk mencegah jangkitan kuman Neisserria. Meningitis yang boleh menyebabkan
penyakit meningitis (infeksi pada selaput otak). Penyakit ini boleh membawa ajal.
Perbincangan sama ada boleh atau tidak mengenai penggunaan vaksin ini menjadi
perbahasan hangat dikalangan ulama. Ini kerana ada yang berpendapat ianya tidak najis
kerana telah berlaku istihlah (transformasi). Pada musim haji 1422 hijriah, Persatuan
Perubatan Islam Malaysia, Prof. Dr. Musa Mohd Nordin mengeluarkan kenyataan bahawa
vaksin ACYW 135 boleh digunakan kerana telah melalui proses transformasi yang
menjadikannya bahan lain. Manakala pada musim haji tahun yang berikutnya Menteri
Kesihatan Dr. Chua Jui Meng mengumumkan bahawa jemaah haji boleh memilih samada
untuk menggunakan vaksin ACYW 135 yang bernama menomune yang dihasilkan daripada
khinzir atau pun mercevax yang dihasilkan dengan bahan yang bebas daripada unsur
khinzir.

4. Xeno transplantation
Dalam membincangkan mengenai pemindahan anggota, tisu atau sel kita akan berkenalan
dengan istilah-istilah yang pelbagai. Antaranya ialah auto graft, isograft, allograft dan
xenograft. Perbezaan istilah ini menunjukkan kepelbagaian pemindahan yang dilakukan.
Kita hanya akan membincangkan mengenai xenograft ataupun xano transplantation.
Apakah yang dimaksudkan dengan xenotransplantion? Istilah ini secara dasarnya
digunakan pada pemindahan cell hidup, tisu dan organ dari satu spesis kepada satu spesis
yang lain. Sebagai contohnya pemindahan organ dari khinzir kepada manusia. Xeno
trasnsplantation ini biasanya melibatkan pemindahan sel, tisu dan organ daripada khinzir,
babon atau chimpanzi kepada manusia.
Namun yang sering berlaku dan masih dalam kajian yang pesat ialah penggunaan organ
khinzir bagi mengganti dan menampung kekurangan organ manusia untuk merawat pesakit
yang memerlukan. Semestinya apa sahaja yang terhasil dan diambil daripada haiwan ini
adalah najis dari segi syarak.
Antara negara yang menjalankan kajian xeno transplantation ini ialah Amerika Syarikat,
Kanada, Jerman , Spanyol dan Belgium. Ianya berperanan sebagai alternative kepada
organ manusia. Penyelidikan awal juga merancang untuk menjadikannya sebagai ubat
kanser, AIDS, kencing manis, kegagalan fungsi hati dan merawat penyakit Parkinson

ataupun sekurang-kurangnya dengan adanya organ haiwan boleh digunakan sebagai


organ sementara sebelum mendapat organ manusia.
Sebab utama penggunaan khinzir ialah memandangkan ianya senang didapati dan saiz
organnya yang hampir menyamai organ manusia. Faktor utama berkembangnya kajian
untuk menggunakan organ khinzir ialah kerana berlaku kekurangan organ. Sebagai
contohnya apa yang berlaku di Kanada, 3 daripada 10 orang pesakit mati semasa
menunggu untuk mendapatkan organ. Manakala Amerika sahaja membeli sebanyak 200
hingga 300 organ setiap tahun dari negara membangun.
Antara pemindahaan yang telah pernah dilakukan ialah pemindahan injap jantung khinzir
untuk mengganti injap jantung manusia yang bermasalah. Kajian saintifik bependapat
kebanyakan organ khinzir seperti jantung, buah pinggang dan hati boleh digunakan untuk
pemindahan organ. Bagi mengatasi masalah penolakan organ, di Edinburgh Scotland telah
dicipta khinzir melalui teknologi genetic engeneering yang diberi nama "double knock-out
pig".
Khinzir ini berbeza daripada khinzir biasa, di mana ianya dipercayai tidak mempunyai agen
yang menyebabkan penolakan (rejection) pada penerima.
Walaubagaimanapun banyak masalah yang sememangnya dibimbangi berlaku dengan
penggunaan khinzir dalam pemindahan organ ini. Apa yang ditakuti sekali ialah kuman dan
virus yang ada pada khinzir yang boleh menyerang pesakit. Setakat ini kejayaan yang
dicapai masih berada pada tahap rendah dan ramai pesakit yang mencuba akhirnya
menemui ajal.
Biar apa pun yang berlaku, xeno transplantation merupakan projek saintifik jangka masa
panjang yang pesat dikaji oleh saintis barat, yang berpendapat perlunya pemindahan organ
bagi melangsungkan kehidupan pesakit.
5. Pemindahan dan pembersihan darah
Darah merupakan cecair yang cukup penting dalam badan manusia. Kandungan utamanya
terdiri daripada plasma dan sel darah ( sel darah merah dan sel darah putih) merupakan
elemen penting untuk meneruskan kehidupan normal manusia.
Fungsi utama darah ialah sebagai pengangkut kepada gas seperti oksigen dan karbon
dioksida, makanan yang dicerna dalam bentuk molekul yang ringkas dan ejen yang
menjaga tubuh daripada serangan kuman.

Pemindahan dan pendermaan darah berlaku apabila terdapat pesakit yang mengalami
kehilangan darah yang kronik seperti dalam kes kemalangan, pembedahan dan lain-lain.
Sebenarnya kaedah pendermaan darah ini baru sahaja terjadi pada kurun ke-20 dan
kejayaan pertama pemindahan darah berlaku di London pada tahhun 1921.
Manakala pembersihan darah bisanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami
kegagalan fungsi buah pinggang. Mengapa pemindahan dan pembersihan darah diletakkan
dalam topik perbincangan kita? Jawapannya, kedua-dua proses ini melibatkan keluarnya
darah daripada tubuh manusia.
Darah yang keluar dari tubuh manusia pada pandangan Islam merupakan najis
mutawasittah. Contohnya dalam kes pemindahan darah yang mana darah dipindahkan
daripada penderma kepada pesakit yang memerlukan. Dalalm kes pembersihan darah
(heamodialisis) darah dari pesakit dikerluarkan dari badan dan dicuci menggunakan alat
heamodialisis sebagai ganti buah pinggang yang berperanan untuk menapis dan
membersihkan darah.
6. Alkohol
Alkohol merupakan sejenis bahan yang sudah digunakan sejak turun temurun dalam
sejarah peradaban manusia. Bukan sahaja sebagai minuman, alkohol juga mempunyai nilai
perubatan yang tidak kurang pentingnya. Firman Allah SWT :
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa
keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah
yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang
berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayatayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir." Surah al-baqarah ayat
219.
Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa arak mempunyai manfaat, namun
dosanya lebih besar daripada faedah yang ada. Alkohol merupakan bahan cecair tanpa
warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemprosesan. Pertama menerusi fermentation
(penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia,
iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini
dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan

sebagai antiseptik dan sebagai pelarut disamping juga sebagai bahan untuk mencucikan
kulit. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang
sangat beracun.
Jadi di sini terdapat 2 jenis alkohol yang berpunca daripada sumber berbeza , satu
daripada proses penapaian dan daripada petroleum. Perbincangan mengenai najis atau
tidak alkohol yang berasal daripada petroleum turut menjadi khilaf dikalangan ulama.
Pengguanaan najis dalam tibbul nabawi
Rasullah s.a.w sebagai Rasul terunggul, Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa
teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi s.a.w
sendiri pernah menganjurkan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada
penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam hadis Sahih Bukhari :
Maksudnya: "Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk
Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh
badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu
alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka:
"Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian
kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab: "Baiklah." Mereka pun pergi
dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian
mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itu dan
merampas unta-untanya." (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam hadis di atas Nabi s.a.w mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai
rawatan kepada sakit pada tubuh akibat keadaan cuaca di Madinah. Jelasnya air kencing
merupakan najis, namun dibenarkan oleh Nabi s.a.w untuk diminum sebagai penawar
penyakit. Persoalannya sejauh manakah Islam membenarkan penggunaan najis dalam
merawat penyakit?
Tambahan :
Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa
hayat Nabi s.a.w, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam
perubatan Nabi s.a.w. Sebagai contohnya Nabi s.a.w membenarkan Abdul Rahman bin Auf
dan Zubair bin Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya,

dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi s.a.w
membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang dibuat dari emas kerana darurat.
Penggunaan najis dalam perubatan alternatif
1. Terapi air kencing
Bunyinya sahaja sudah memualkan. Percaya atau tidak, ada segolongan manusia yang
menggunakan air kencing sendiri sebagai rawatan pencegahan
penyakit. Dalam amalan perubatan ini, air kencing diminum untuk mencegah dan merawat
penyakit-penyakit tertentu.
Manusia yang pertama menjumpai kaedah ini ialah bekas perdana menteri India, Moraji
Dasai. Ada juga yang mengatakan ianya dijumpai oleh petani dari China. Sudah tentunya
masalah utama yang timbul bagi pengamal perubatan ini ialah masalah psychology
sebelum mencubanya. Bagi pengamal terapi air kencing ini, keistimewaannya sudah
tentulah kerana kos yang tidak perlu dikeluarkan dan ianya boleh didapati di mana sahaja
kita berada.
Jijik atau tidak, suci ataupun najis, penggunaan terapi air kencing ini, ianya sudah diterima
oleh sekelompok masyarakat yang percaya akan khasiatnya. Antara kandungan yang ada
dalam air kencing dan faedahnya ialah:
a. Menurut pakar bedah Itali, Stanislau R Burzynski, anti neoplastin yang ada secara
berasingan dalam urine menunjukkan keputusan yang menakjubkan dalam merawat
penyakit kanser.
b. DHEA (dehydroepindrosterone) yang ada hubungan dengan hormon testosterone
dipercayai bertindak sebagai anti penuaan, anti kanser dan anti
kegemukan.
c. Urea yang dikitar oleh mulut akan ditukarkan kepada amino acid yang penting,
bermanfaat untuk badan.
d. 95% urine adalah air, 2.5 % adalah urea dan 2.5% adalah mineral, garam, homon dan
enzyme. Semua bahan-bahan ini menjadi steril selepas dikeluarkan dari badan.
e. Untuk merawat allergic terutamanya penyakit asma.

f. Rawatan sembelit yang konik


g. Rawatan penyakit kulit
2. Penyembuhan melalui makanan (healing food)
Dikalangan pengamal perubatan moden dan tradisional ada yang mengamalkan
pencegahan dan penyembuhan penyakit melalui pemgambilan
makanan. Ada di antara makanan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan
dalam menyembuhkan penyakit.
Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya dengan menganjurkan pengambilan makanan
sekadar perlu dan tidak berlebihan bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Ianya terbukti
berkesan. Bahkan sekiranya dirujuk dalam kitab tibbul nabawi karangan Ibnu Qayyim Aljauziyah, di sana terdapat perbincangan yang menyentuh kelebihan makanan tertentu
dalam menjaga kesihatan.
Namun, pengamal perubatan penyembuhan menggunakan makanan, yang bukan Islam
sudah tentunya tidak terikat dengan hukum hakam syariah. Justeru itu timbullah
pengamalan makanan yang tidak dibenarkan oleh Islam bertujuan untuk menjaga
kesihatan.
Antara yang dianjurkan ialah minuman yang beralkohol atau dengan nama lainnya arak.
Masyarakat barat melalui kajian mereka berpendapat bahawa dengan meminum alkohol
dengan kadar yang sederhana dapat mengurangkan penyakit jantung. Manakala flavonids
dalam wine merah dikatakan dapat menurunkan kadar LDL cholesterol dalam tubuh.
Namun begitu, risiko bagi wanita pula dengan hanya pengambilan yang kecil boleh
meningkatkan risiko mendapat kanser payudara. Arak juga boleh digunakan untuk
menambahkan selera makan, meningkatkan kawalan diri
dan menambahkan berat badan.
Perubatan cina pula tampil dengan pengunaan khinzir sebagai makanan untuk merawat
penyakit. Doktor mereka percaya khinzir amat bagus untuk merawat batuk kering dan bagi
pesakit yang mengalami kelemahan saraf. Sebenarnya umat Islam sudah tentunya tidak
menggunakan kaedah meminum alkohol dan memakan daging khinzir sebagai
rawatan. Tujuan didatangkan contoh di atas hanyalah sebagai maklumat tambahan.

http://qalbumurabbi.blogspot.com/2012/09/isu-hukumpenggunaan-alkohol-dalam.html
"Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"

22
SEP 2012
Murabbi Peez
::Alhamdulillah inilah hasil tulisan ilmiah sendiri::

::Isu Yang Dikaji : Penggunaa Alkohol dal Perubatan::


::Hari nie,tibe2 jer aku nak update blog nie...dah lama x update::
::Tp nie berbeza ckit dari biasa..........................::
::Health??? nie khas untuk rujukan umat islam yang keliru dengan Isu & Hukum : "Penggunaan Alkohol Dalam
Perubatan"..InsyaAllah bermanfaat..Sila & Lihat!!!

DEFINISI ALKOHOL:
Menurut Kamus Dewan Bahasa:
Alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan yang terdapat dalam
minuman keras.
Menurut Mujam Lughah al-Fuqaha:
Alkohol ialah suatu agen atau unsur yang memabukkan yang terkandung dalam
sesuatu bahan iaitu arak.
Dari Sudut Sains:
Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang
mempunyai kumpulan hidroksi OH. Ia juga merupakan bahan cecair tanpa warna yang
dihasilkan menerusi dua pemprosesan, pertama menerusifermentation (penapaian),
iaitu proses khas untuk menghasikan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu
proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali
juga sebagai etanol atau etil alkohol. Umumnya, alkohol dan arak merupakan dua entiti
yang berbeza di mana alkohol lazimnya terdapat di dalam proses pembuatan arak,
tetapi alkohol itu pada zatnya sendiri adalah bukan arak. Ini kerana, perbezaan yang

ketara di antara alkohol dan arak ialah alkohol tidak memabukkan tetapi ia mematikan
bagi sesiapa yang meminumnya dalam kuantiti yang banyak, manakala arak pula
sifatnya memabukkan tidak mematikan.

(Sample i:)

(Sample II:)

HUJAH DARIPADA NAS AL-QURAN DAN AL-HADIS TERHADAP ARAK


(ALKOHOL)

pkr't t%!$# (#qYtB#u $yJR) Js:$# $


yJ9$#ur>$|RF{$#ur Ns9F{$#ur _ `iB
@yJt `s9$#nq7^tG_$$s N3=ys9 tbqs=?
$yJR) `s9$# br& y%q N3uZt/
nouryy9$# u!$t79$#ur Ks:$#
yJ9$#ur N.tur `t . !$# `tur o4qn=
9$# ( @ygs LRr& tbqktJZB
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar,
berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi
itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah
kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
(Surah Al-Maidah: 90-91)

ANALISIS PANDANGAN ULAMA DAN BANDING BEZA HUKUM TENTANG


PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM PERUBATAN

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan


Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh
pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta
dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman,
pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan
seperti berikut:
1. Setiap
minuman
arak adalah
mengandungi
alkohol.
Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang
diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak
hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk
aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk
menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus
(boleh) diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama
seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit
alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti
buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang
terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan
atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.
6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang
mengandungi alkohol untuk
tujuan
penstabilan adalah harus
(boleh)
digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan
arak dan kuantiti
alkohol
dalam
produk
akhir itu
adalah tidak
memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7.

Ubat-ubatan dan

pewangi yang
mengandungi alkohol
sebagai
bahan
pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan
diambil melalui proses pembuatan arak.

PANDANGAN ULAMA:
Ulama fiqh berbeza pendapat mengenai hukum berubat dengan benda yang
haram kerana darurat. Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa berubat itu
tiding dipandang darurat yang sangat mendesak sebagaimana halnya makan,
berdasarkan sebuah sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:


Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala tidak menjadikan penyembuh
kamu (ubat) dengan sesuatu yang diharamkan atas kamu.
-Riwayat
oleh
BukhariManakala sebahagian mereka pula mengatakan bahawa keadaan itu adalah
darurat, sehingga mereka menyamakan kepentingan berubat itu dengan makan,dengan
alasan bahawa kedua-duanya itu adalah merupakan kemestian bagi kelangsungan
hidup. Dasar hukum yang mereka gunakan dalam hal ini ialah sebuah riwayat yang
menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W membenarkan Abdul Rahman bin Auf dan
Zubir bin Awwam memakai sutera kerana penyakit yang diderita oleh kedua-dua
sahabat baginda itu, sedangkan memakai sutera itu adalah haram hukumnya bagi
lelaki.
Barangkali pendapat inilah yang lebih hampir kepada roh Islam yang sentiasa
melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundangan dan peraturannya.
Bagaimanapun, rukhsah terhadap menggunakan ubat daripada benda yang
diharamkan itu hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Nyawa manusia itu akan terancam jika dia tidak berubat
Tiada ditemui ubat selain daripada ubat yang haram itu
Adanya suatu pengakuan daripada seorang doktor muslim yang boleh dipercayai,
baik pemeriksaan, kepakaran mahupun agamanya.
Namun begitu, al-Qardhawi mengatakan, bahawa menurut yang beliau ketahui,
dan berdasarkan kenyataan daripada penyelidikan doktor yang dipercayai, tidak ada
darurat yang membolehkan seseorang berubat dengan sesuatu yang diharamkan.
Berkenaan dengan khamar, jelas sekali bahawa ia adalah penyakit, bukan ubat.
Suatu ketika, Rasulullah S.A.W pernah ditanya orang berkenaan dengan hukum
menjadikan arak sebagai ubat. Maka baginda Rasulullah S.A.W menjawab dengan
sabda baginda yang berbunyi:


Maksudnya: Sesungguhnya arak itu bukan ubat, tetapi penyakit.

-Riwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-TarmiziDemikian juga sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:



Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubatnya dan
menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Oleh yang demikian,
maka janganlah kamu berubat dengan yang haram
-Riwayat Abu DaudAdalah sesuatu yang tidak aneh, jika Islam melarang berubat dengan arak dan
benda-benda yang diharamkan. Kerana Ibnu al-Qayyim mengatakan :
Diharamkan sesuatu itu bermakna agar sesuatu itu dijauhi selamanya-lamanya
dengan bagaimana cara sekalipun. Oleh yang demikian, jika arak itu boleh dipakai
untuk berubat, bererti ada suatu anjuran atau galakan supaya orang meminumnya. Ini
jelas bertentangan dengan apa yang sudah dicanangkan oleh syarak.
Selanjutnya Ibnu Qayyim mengatakan, bahawa membolehkan berubat
dengan arak, terutamanya terhadap orang yang telah mempunyai kecenderungan
terhadap arak, akan menarik orang untuk meminumnya demi memenuhi
keinginan syahwatnya dan untuk bersenang-senang, terutama bagi orang yang
sudah dimaklumkan bahawa arak boleh menghilangkan penyakitnya, maka sudah
pasti dia akan mengamalkan meminumnya untuk kesembuhan penyakitnya.
Jika ditinjau dari sudut kejiwaan, Ibnu al-Qayyim mengatakan, bahawa syarat
untuk sembuh daripada penyakit itu hendaklah berubat dengan sesuatu yang
boleh diterima oleh akal dan yakin akan manfaat ubat tersebut serta adanya
barakah kesembuhan oleh Allah taala. Sedangkan dalam hal ini, sudah cukup
dimaklumi, bahawa setiap orang Islam sudah begitu yakin akan haramnya arak, yang
kerana haramnya itu boleh menghalang umat islam terhadap mempercayai bahawa
arak itu mengandungi manfaat dan barakah, sehingga dengan demikian, seorang
muslim tidak dapat untuk berbaik sangka dengan menganggap arak itu sebagai ubat
untuk berbaik sangka dengan menganggap arak itu sebagai ubat yang dapat diterima
oleh akal. Malahan, semakin kuatnya iman seseorang, akan semakin besar pula
kebenciannya terhadap arak tersebut. Kerana memang demikian adanya, bahawa
setiap orang Islam itu hendaknya.

Sesungguhpun demikian, jika sampai berlaku keadaan darurat, maka dalam


pandangan Islam, darurat itu mempunyai hukum tersendiri. Sehubungan dengan ini, alQardhawi mengatakan seandainya arak atau ubat yang dicampur dengan arak itu
boleh dinyatakan sebagai ubat untuk sesuatu penyakit yang sangat
membahayakan kehidupan manusia, sedangkan dalam masa yang sama dia tidak
memperolehi ubat lain kecuali ubat tersebut, serta telah memperolehi
pengesahan daripada doktor muslim yang mahir dalam ilmu kedoktoran dan
bersifat ghairah(cemburu) terhadap agamanya, maka dalam keadaan demikian,
dalam kaedah agama yang sentiasa memberi kemudahan, maka berubat dengan
arak itu tidaklah dilarang, dengan syarat benar-benar hanya diperlukan untuk
ubat, tidak lebih dari itu, sesuai dengan firman Allah Taala yang berbunyi:

`yJs $# ux 8$t/ wur 7$t b*s /u qx O


m
Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan
tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang".
(Surah Al-Anam:145)
Demikian pendapat Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku beliau al-Halal
Wa al-Haram Fi al-Islam.
Resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh Perubatan kali ke lapan anjuran
Pertubuhan Ilmu-Ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kuwait (dari 22-24 hb
Mei 1995) mengatakan bahawa:
Bahan alkohol tidak najis dari segi syara, berdasarkan kepada perakuan yang
lalu, yang berasaskan kepada prinsip asal sesuatu itu adalah suci, samada alkohol itu
sahaja atau telah dicampurkan dengan air, kerana menerima pakai pandangan ulama
yang menghukumkan kenajisan arak dan lain-lain bahan yang memabukkan, hanyalah
berbentuk manawi dan bukannya hissi, kerana ia dianggap sebagai benda kotor yang
menjadi kesukaan syaitan. Dari itu tidak menjadi kesalahan dari segi syara,
menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan,
ubat-ubatan dan pembunuh kuman.
Selain itu, sebagaiman yang diketahui umum, kebanyakkan ubat-ubatan dalm
bentuk cecair dimasukkan kuantiti kecil alkohol Athyl di dalam pemprosesannya, bagi
tujuan menjaga atau melarut sesetengah bahan tertentu yang diambil daripada tumbuhtumbuhan, organ atau kimia yang telahpun diproses yang tidak larut dalam air.
Ubat-ubatan ini dikeluarkan untuk tujuan rawatan perubatan kepada pesakit dan
digunakan berdasarkan nasihat doktor. Ia diambil dalam beberapa sudu minuman dalm
kuantiti yang kecil, yang tidak mungkin menyebabkan penyakit mabuk. Kalau seseorang
ingin meminum ubat-ubatan tersebut di dalam kuantiti yang banyak, sehingga
memabukkannya dan meninggal dunia, meninggalnya itu adalah kerana disebabkan
keracunan ubat dan bukannya kerana mabuk itu.

Berhubung dengan hukum syara di dalam mengambil ubat-ubatan yang


mengandungi kuantiti kecil alkohol, di mana masyarakat perlu mengambilnya (berubat
dengannya) di dalam kuantiti tersebut dan tidak digunakan untuk memabukkan diri
sebaliknya sebagai bahan penenang sahaja, ada tiga pandangan ulama tentangnya:
Pendapat Pertama:
Harus meminum ubat-ubatan tersebut di dalam keadaan biasa dan normal
(bukan dalam keadaan terpaksa dan dharurat kerana tidak ada bahan
lain) kerana kuantiti alkohol yang lemah yang terdapat di dalamnya , telahpun
larut di dalam cecair yang banyak yang bercampur dengannya dan tidak ada lagi
sebarang rasa, warna dan juga bau. Sebelum ini kita telahpun menjelaskan di dalam
perbicaraan tentang teori Al-Istihlak, apabila bahan yang haram atau najis yang larut di
dalam air atau cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi sebarang kesan, warna atau
bau, menjadi benda halal yang baik menurut kebanyakkan ulama.
Ibnu Taimiyyah misalnya pernah membuat komentar antara lain beliau
menyatakan: Allah S.A.W mengharamkan benda-benda yang kotor termasuklah
darah, bangkai, daging khinzir dan lain-lain. Antara bahan-bahan ini jatuh
kedalam air atau lain-lain dan larut, tidak ada lagi sebarang darah, daging khinzir
dan bangkai. Sebagaimana arak apabila larut di dalam cecair, orang yang
meminumnya tidak dinamakan sebagai peminum arak.
Ibnu Hazm pula menyatakan: Masalah: Tidak halal memakan sesuatu yang
diuli dengan arak atau sesuatu yang tidak halal dimakan atau diminum.kecuali
yang digunakan untuk menguli gandum atau memasak makanan itu, ia adalah halal.
Begitu juga dengan sesuatu yang haram yang dicampakkan ke dalam periuk tetapi
sedikit yang tidak mempunyai bau, rasa dan juga warna dan aspek yang haram itu
langsung tidak memberi kesan, ia juga dikira sebagai halal di waktu itu.
Pendapat Kedua:
Harus meminumnya di dalam keadaan normal dan biasa, walupun alkohol
itu tidak larut di dalam ubat-ubatan, berdasarkan kepada mazhab Abu Hanifah
dan Abu Yusuf yang menghalalkan mengambil minuman yang diperbuat daripada
buah-buahan yang bukan anggur dan tamar, dengan tujuan menguatkan badan dan
berubat, asal sahaja tidak sampai ke tahap memabukkan. Ini memandangkan alkohol
Athyl yang digunakan dalam industri ubat-ubatan hari ini, tidak diperolehi daripada
anggur mahupun tamar, sebaliknya daripada bahan-bahan lain yang melibatkan proses
tidakbalas kimia, gula tau gas tabii.
Sekiranya alkohol yang digunakan didalamnya, diambil daripada anggur
atau tamar, tidak harus kepada pesakit mengambilnya, kecuali doktor yang adil
menjelaskan itu sahaja ubat-ubatan yang boleh digunakan sebagai bahan rawatan
utnuk penyakit tersebut. Kerana berubat dengan benda yang haram, adalah harus
menurut kacamata ulama mazhab Hanafi, jika diketahui ia boleh menyembuhkan
penyakit terlibat dan dalam masa yang sama, tidak ada ubat-ubatan lain yang
halal, yang boleh mengambil tempat ubat-ubatan yang mengandungi alkohol itu.

Pendapat Ketiga:
Harus meminum ubat-ubatan tersebut di dalam keadaan dharurat
berdasarkan kepada mazhab As-Syafie yang berpendapat, arak yang telah pun
larut bersama dengan ubat-ubatan yang lain, boleh digunakan untuk berubat
dengannya, jika diketahui manfaatnya, berdasarkan kepada nasihat dari doktor
yang dipercayai lagi amanah dan itulah sahaja ubat-ubatan yang mampu
menyempurnakan penyakit dan tidak ada ubat-ubatan lain yang halal.
Pandangan ini merupakan pandangan fiqh yang paling sempit di dalam
masyarakat tersebut. Berdasarkan kepada pandangan inilah, diekemukan resolusi
nombor (11) oleh Majlis Akademi Fiqh Islam yang berpusat di Jeddah di dalam
pusingannya yang ketiga (Oktober 1986) teksnya ialah sebagaimana berikut:
Diharuskan kepada pesakit yang beragama islam mengambil ubat-ubatan
yang mengandungi kuantiti tertentu alkohol jika tidak didapati ubat-ubatan lain yang
bersih daripadanya atas nasihat doktor yang dipercayai lagi amanah.
Melihat kepada ijtihad-ijtihad di atas, pandangan-pandangan fiqh dan
sandarannya, reality pengeluaran ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti tertentu
alkohol untuk tujuan-tujuan yang telah dijelaskannya, jelas pendapat yang boleh
diterimapakai pada pandangan pengarang, Dr Nazih Hammad(2004)dalam bukunya
yang bertajuk Penggunaan Bahan-Bahan yang Haram & Najis Dalam Makanan
dan Ubat-Ubatan berpendapat yang mengatakan harus meminum ubat-ubatan
tersebut dengan tujuan menyembuhkan penyakit walaupun tidak berada dalam
keadaan
dharurat
tetapi
perlu
beriltizam
dengan
batas-batas
syara. Walaubagaimanapun, ia terikat dengan sejauh mana alkohol itu larut di dalam
ubat-ubatan dan tidak ada lagi sebarang kesan rasa, warna dan juga bau, berdasarkan
teori Al-Istihlakyang diakui oleh syara. Begitu juga jika alkohol itu tidak larut di
dalamnya, berdasarkankepada mazhab Abu Hanifah dan Abu Yusuf, kerana alkohol di
zaman ini, tidak lagi diproses daripada buah anggur dan juga tamar.
Walau bagaimanapun hukum yang menghalalkannya, wajib dikaitkan dengan
keadaan mengambil sedikit alkohol itu tidak menimbulkan kemudharatan kepada
pesakit atau janin. Jika menimbulkan kemudharatan kepada pesakit dan janin
(sebagaimana berlaku kepada kanak-kanak dan wanita hamil, dimana terbukti menurut
ilmu perubatan, alkohol boleh memudharatkan kanak-kanak yang mengambilnya dan
bayi di dalam kandungan jika ibu yang mengandung meminumnya, walaupun di dalam
kuantiti yang sedikit), haram ketika itu mengambilnya bukan di atas dasar ianya alkohol,
tetapi atas dasar menimbulkan kemudhratan kepada kesihatan tubuh badan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:
Tidak ada kemudharatan di dalam islam dan tidak memudharatkan orang lain
Di dalam resolusi Nadwah Fiqh Perubatan kali kelapan anjuran Pertubuhan
Ilmu-Ilmu Islam yang berlangsung di Kuwait dengan kerjasama Universiti AlAzhar, Akademi Fiqh Islam di Jeddah, Pejabat Cawangan Pertubuhan Kesihatan

Sedunia yang berpusat di Iskandariyyah dan Kementerian Kesihatan Kuwait


(Mei 1995) memutuskan:
Oleh kerana alkohol merupakan bahan yang memabukkan, haram
menggunakannya. Apabila didapati ubat-ubatan yang tidak melibatkan alkohol di
dalam pemprosesannya, lebih-lebih lagi ubat-ubat untuk kegunaan kanak-kanak dan
juga wanita hamil, tidak menjadi halangan dari segi syara, mengambil ubat-ubatan
yang dibuat di kilang sekarang, walaupun di dalam proses pembuatannya,
mengandungi kuantiti kecil alkohol untuk tujuan menjaga atau melarutkan sesetengah
bahan ubat-ubatan yang tidak larut dalam air, dengan syarat alkohol yang terkandung di
dalamnya
hendaklah
alkohol
yang
tidak
digunakan
sebagai
bahan
penenang, sekiranya tidak ada ubat-ubatan lain yang boleh digunakan.
Kesimpulannya: Al-Quran, Al-Hadis & Ijtihad para umala' dijadikan hujah dalam
kehidupan kita...InsyaAllah

Rujukan:

Al-Quran Al Karim
Abdulrahman Al-Baghdadi (1994). Khinzir. Kuala Lumpur : Al-Ramadhan.
Akmal Hj Mhd. Zain (2007). Halal dan Haram Dalam Kehidupan. Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan : Al-Hidayah Publications.
Dr Danial Zainal Abidin (2003). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan : PTS Publications & Distributors.
Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa Al-Bugha dan Ali Al-Sharbaji (2005). Manhaj Fiqh Al-Syafie.
Negeri Sembilan : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Dr Nazih Hammad (2004). Penggunaan Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis Dalam
Makanan dan Ubat-Ubatan : Al-Hidayah Publishers.
Dr Yusuf Al-Qardhawi (2010). Al-Halal wa Al-Haram Fi Islam. Bandar Baru Bangi Selangor :
Darul Syakir Enterprise.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006). Panduan Halal dan Haram. Sungai Pinang,

Pulau Pinang : Jutaprints.


Abu Haris. http://fiqhmedic.wordpress.com/2011/07/20/alkohol-dalam-ubat/. Diakses pada 18
Ogos 2012.
Ahmad Muhaimin bin Mustafa. http://tibbians.tripod.com/muhaimin.pdf. Diakses pada 26
Ogos 2012.
Dr Danial. http://drdanial.faithweb.com/Alkohol%20Dalam%20Ubatan.htm. Diakses pada 3
September 2012.
Drs. Khalil Idham Lim. http://idhamlim.blogspot.com/2010/08/penggunaan-alkohol-dalammakanan-ubat.html. Diakses pada 9 September 2012.
Firdaus Khalil Al-Bakri Al-Azizi.http://firdauskhalil.wordpress.com/2012/08/10/penggunaanalkohol-dalam-perubatan/. Diakses pada 10 September 2012.
Khairul Azhar . http://duniamuslim.my/penggunaan-alkohol-dalam-ubat-ubatan/.
Diakses pada 1 September 2012.
Tiada Penulis. http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/perubatan?page=1. Diakses pada
18 Ogos 2012.

Anda mungkin juga menyukai