Anda di halaman 1dari 2

Kejadian Manusia Menurut Sains

Proses kejadian manusia mengikut teori sains dapat disimplukan seperti rajah di bawah:

Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama
iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah
segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan
zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna
membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut
sebagai embrio. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisanlapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai fetus. Tahap ini dimulai sejak kehamilan
bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya
fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada
awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung
selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang,
saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk
janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir
sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan
janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai
manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu

semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat
berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan
boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu
yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu
yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu
masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan
warganya.
Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas
dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan
dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu
ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti
yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia
mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia
memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan
persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir,
sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya.Melalui
bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada
orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu
dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan
sosialnya.
Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia,
dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya
menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun
jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi
atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang
terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.
Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi
pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal
yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan
anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas
sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh
dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri
daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan.Akan
tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai
jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan
tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan
oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali
sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial.
Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia
hidup secara kemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai