Anda di halaman 1dari 15

FUNDAMENTAL PRINCIPLE OF ISLAM (CTU101)

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS


DISEDIAKAN OLEH : 1. MUHAMAD FAHMI ARIF BIN MD YUSOF 2. NURUL FATIN AFEEQAH BT. MAT JUSOH 3. ERMARINI SHAHADALINA BT. SAPERI 4. SERI YUNISA BT. OTHMAN DISEDIAKAN UNTUK : SITI FATIMAH BT.TASIR TARIKH HANTAR : (2010797007) (2010554691) (2010984263) (2010546481)

10 APRIL 2011

KANDUNGAN

Isi Kandungan
1. Pendahuluan 2. Manusia 3. Proses Kejadian Manusia Menurut Sains 4. Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran 5. Kesimpulan 6. Rujukan

Mukasurat
1 2-3

4-6

7 - 11 12 13

PENDAHULUAN


Sebelum Islam lahir, dunia ilmu pengetahuan masih gelap, dipenuhi dengan dugaan dan khayalan yang tidak masuk akal sehingga hasilnya bukanlah ilmu pengetahuan yang ilmiah, akan tetapi khayalan yang penuh mitos serta kepercayaan yang salah dari kenyataan yang sebenar dalam segala cabang ilmu. Tuhanlah yang telah menciptakan manusia terawal iaitu Adam a.s. Manusia adalah makhluk teristimewa berbanding dengan makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain, dan telah diutuskan keatas muka bumi ini sebagai Khalifah yang berperanan sebagai pemimpin didalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia sejagat. Bermula dengan percantuman air mani antara lelaki dan perempuan, hasil percantuman tersebut telah melalui pelbagai proses sehingga terlahirnya seorang manusia dari rahim seorang ibu setelah sembilan bulan sepuluh hari didalam kandung ibu . Proses kejadian manusia ini sering dipertikaikan mengikut pandangan Al-Quran dan fakta Sains. Namun sebaliknya, jika dikaji semula, fakta tentang kejadian manusia di dalam AlQuran dan Sains mempunyai persamaan dalam pelbagai aspek. Sebagai manusia, kita telah dipertanggungjawabkan untuk merungkai segala rahsia alam yang luas ini, dan proses kejadian manusia adalah salah satu rahsia alam yang sangat besar dan wajib untuk kita terokai. Dan ia termasuk didalam Ibadah Umum, dimana seorang Muslim wajib untuk mengetahui akan ilmu yang berkaitan dengan proses kejadian manusia. Meskipun secara lahiriahnya, manusia menyerupai ciri-ciri fizikal yang ada pada haiwan seperti; monyet, kera dan sejenis dengannya. Perbezaan yang ketara yang dapat dilihat adalah dari tingkah-lakunya. Manusia dan haiwan dikurniakan dengan otak, namun keberadaan akal pada manusia yang digunakan untuk mengawal tingkah-laku mereka.

MANUSIA

Menurut pandangan ahli-ahli ilmu pengetahuan, berdasarkan ilmu logic, manusia ditafsirkan sebagai binatang, namu demikian manusia adalah binatang yang mampu berkatakata dan berfikir sedangkan binatang lain tidak mampu berbuat demikian, ini terjadi kerana jiwa dan fikirannya dapat dibentuk melalui saluran-saluran ilmu pengetahuan. Manakala pendapat ilmu jiwa , manusia mempunyai persamaan dalam sifat kehidupannya dengan binatang dimana manusia juga perlukan makanan, tempat tinggal, dapat merasai sakit dan akan mati. Apa yang membezakan manusia dan binatang adalah tugas khas yang hanya mampu digalas oleh manusia. Mengikut kacamata materialisme atau pengkaji Barat, manusia adalah tidak lebih dari sekepal atau segenggam dari tanah. Dari tanah dia lahir, di atas tanah dia akan menghabiskan kehidupan sehariannya, makanannya berpunca dari tanah dan kepada tanah dia akan kembali. Ianya hanyalah seketul atau secebis dari daging, darah, tulang, urat, system saraf, kelenjar dan tisu-tisu, tidak mempunyai akal dan fikiran hanyalah sekadar sesuatu yang dikeluarkan oleh otak.Terdapat juga pengkaji Barat yang menyamakan wujud lahiriah manusia adalah dari haiwan yang telah berevolusi kepada kehidupan yang lebih sempurna dan baik. Berbeza dari sudut pandangan Islam, manusia dianggap sebagai makhluk teristimewa dan mulia disisi Allah S.W.T, dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian, diperelokkan rupa parasnya dan ditiupkan padanya roh.Manusia sangat tinggi darjatnya berbanding dengan makhluk yang lain termasuklah, syaitan, malaikat, binatang dan segala kehidupan dimuka bumi ini. Meskipun zahirnya manusia mempunyai ciri-ciri zahiriah yang menyerupai binatang, namun manusia telah diberikan akal fikiran sebagai anugerah teristimewa berbanding dengan ciptaan-Nya yang lain. Dimana akal fikiran ini digunakan dalam seluruh kehidupan seharian, tidak hanya pada perkara yang baik saja. Disinilah akal memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah manusia yang baik, hanya akal manusia yang mampu mengawal setiap tingkah-lakunya.

Baik dari segi fizikal mahupun rohaninya, manusia diangkat darjatnya berbanding dengan malaikat yang kita sudah sedia maklum, malaikat sangat patuh akan perintah Allah S.W.T dan tidak pernah melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan perintah Allah S.W.T. Mengapakah darjat manusia boleh melebihi malaikat, sedangkan manusia hanya dihasilkan dari tanah, dan malaikat pula dijadikan dari cahaya? Adakah dengan mempunyai darjat yang lebih tinggi berbanding malaikat telah menyebabkan manusia menganggapnya sebagai tiket untuk masuk ke dalam syurga firdaus? Lantaran itu meninggalkan segala perintah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T?

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS


Proses kejadian manusia menurut sains mempunyai pelbagai pandangan antaranya adalah dari ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle. Pada zaman kegemilangan Plato, beliau telah mengemukakan satu teori dimana manusia terdiri dari dua unsur penting iaitu roh dan Maddah (benda atau bekas) roh yang wujud dalam jiwa dan akal maddah terdapat dalam badan atau jasad manusia. Selain itu, Beliau turut mengatakan bahawa terdapat tiga kekuatan wujud dalam diri seseorang itu; kekuatan syahwat ( ,( kekuatan marah ) ( dan kekuatan akal ).( Aristotle pula telah mengemukakan pendapat yang sedikit berlainan dari sudut pembahagian jiwa manusia. Dikatakan bahawa manusia mempunyai tiga pembahagian dalam jiwanya iaitu jiwa yang berkembang (tertumpu kepada perkembangan zuriat, kegiatan seharian dan pertumbuhan), jiwa yang perasa (melalui pancaindera; penglihatan, pendengaran dan sentuhan) dan jiwa yang bercakap atau berfikir (perbezaan paling ketara iaitu akal fikiran). Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin. Teori Darwin ini telah disangkal oleh para ahli bijak-pandai, antaranya ialah Sir Ambose Fleming (seorang pakar elektronik berbangsa Inggeris), beliau memprotes teori yang telah dikemukakan oleh Darwin dengan katanya, Sekiranya betul pendapat yang telah dikemukakan oleh Darwin, mengapakah setelah manusia mengalami beberapa proses evolusi dalam hidupnyakian bertambah maju sedangkan monyet atau kera tetap juga dalam keadaannya yang asal, tidak pernah berubah dan sebaliknya. Beliau turut menambah jika dilihat dari sudut ilmu Anteropologi ternyata bahawa kejadian manusia adalah berbeza dari kera mahupun monyet. Oleh hal yang demikian, para saintis telah melakukan kajian demi kajian terhadap proses kejadian manusia, sehinggalah mereka telah menemui aturan sebenar peringkatperingkat proses kejadian manusia bermula dengan percantuman air mani lelaki (Sperma) dan telur dari wanita (Ovum), penempelan zigot di dinding uterus, percambahan zigot kepada embrio dan seterusnya membentuk fizikal anak kecil didalam perut ibu. Pada peringkat pertama, air mani (mengandungi Sperma) dari lelaki menembusi telur (Ovum) didalam rahim wanita. Pada peringkat kedua, gumpalan darah akan mula terbentuk dan dinamakan sebagai Blastocyst, seterusnya gumpalan ini akan melekat pada dinding rahim wanita. Percambahan sel Blastocyst akan menghasilkan Zigot. Pringkat seterusnya, Embrio atau segumpal daging akan mula kelihatan pada dinding rahim. Dalam jangkamasa empat puluh hari gumpalan daging tersebut mula menunjukkan sifat zahir manusia seperti kepala dan tangan. Kemudiannya, proses kejadian manusia diteruskan dengan perincian pada jari-jemari, bulu-bulu seperti rambut dan kening. Setelah sempurna keadaan fizikalnya, bayi akan mula menendang-nendang.

Dalam jangkamasa Sembilan bulan sepuluh hari, bayi akan dilahirkan, bermula dengan pecahnya air tuban. Terdapat dua keadaan semasa melahirkan bayi, sama ada secara normal ataupun songsang. Bayi yang lahir dalam keadaan songsang kebiasaannya akan melalui kaedah pembedahan kerana sekiranya bayi dipaksa lahir secara normal, berkemungkinan bayi akan lemas dan meninggal dunia tanpa sempat melihat dunia. Dalam kelahiran normal, bayi akan keluar dengan keadaan kepala keluar melalui rahim si ibu. Adalah normal jika bayi menangis selepas dilahirkan.

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

Sepertimana yang telah kita tahu, Nabi Adam a.s telah diciptakan dari tanah dan dari tulang rusuk Adamlah telah diciptakannya Hawa sebagai pasangannya. Dan berkembanglah keturunan Adam-Hawa hingga sekarang. Dinyatakan juga bahawa penciptaan Adam s.a, adalah dari tujuh jenis tanah yang berbeza. Seperti contoh dalam firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan manusia (Adam) itu dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk(Surah Al-Hijr ; Ayat 26) Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar (Surah Ar-Rahman ; Ayat14) Berdasarkan dalam ayat Al-Quran diatas, dan mengikut kajian sains yang telah dilakukan, jisim tubuh manusia mempunyai unsur-unsur yang sama dengan unsur tanah antaranya ialah karbon, posforus, sulfur, kalsium, sodium, magnesium, iodin, ferum dan potasium. Kebanyakkan fakta-fakta tentang proses kejadian manusia menurut Al-Quran adalah sama dengan fakta sains yang telah dikaji oleh manusia sendiri. Cuma penggunaan istilah Arab yang membezakannya.

PERINGKAT PERTAMA : NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat

Sperma

Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA : ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud : Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Surah al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim. PERINGKAT KETIGA : MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging. (Surah al-Mukminun : 14) Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otototot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT : IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud : Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging

Janin berusia 12 minggu Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA : NASYAH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk

menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapatkan makanan melalui uri PERINGKAT KEENAM : NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal sematamata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Araf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

KESIMPULAN

Berdasarkan dari kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji sains, ia telah membuktikan apa yang telah dijumpai oleh mereka adalah sama dengan apa yang telah diterangkan didalam Al-Quran, dan tiada apa yang boleh menyangkal bukti sahih yang telah tercatat dalam Al-Quran. Dan ini telah menyangkal dakwaan bahawa manusia adalah berasal dari evolusi kaum kera atau monyet yang sememangnya tidak mempunyai akal fikiran untuk melakukan sebarang perubahan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan maju seperti mana yang telah dikemukakan dalam Teori Darwin. Justeru itu, sebagai manusia, kita hendaklah berfikiran lebih terbuka agar apa yang kita pelajari tidak hanya tertumpu pada satu bidang sahaja, kerana setiap bidang di dalam dunia ini mempunyai kaitan semulajadi, lebih-lebih lagi kepada Pencipta Yang Esa. Marilah kita bersama-sama menghargai dan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kita.

RUJUKAN

1. Mohd. Ali Bin Abu bakar, (1986), Kejadian Manusia dan Perjuangan Hidup, Cetakan 1, Kota Bharu; Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

2. Terjemahan Al-Quran Al-Karim,(2010), Cetakan 1, Batu Caves; Al-Hidayah House Of Quran Sdn. Bhd. 3. http://ibnismail.wordpress.com/2009/08/03/kenal-diri-dan-proses-kejadianmanusia-menurut-al-quran/ 4. http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/03/26/proses-kejadian-manusiasyukur/ 5. http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm

Anda mungkin juga menyukai