Anda di halaman 1dari 2

Kejadian manusia mengikut Barat

Teori Darwin

Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini.
Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia
dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini.
Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain,
manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat
berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di
alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain
yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula
komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam
setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula
merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang
membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori
evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan
dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya
pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari
lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin
mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang
disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan
menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini
menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori
tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk
kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu
pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk
melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut
Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus
bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari
manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut
melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil
yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.
Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam,
manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi
nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud
percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana
dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita.
Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.

Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam


bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah.
Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan
terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang
akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di
dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan
membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam
rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya
sehinggalah berlakunya kelahiran.

Anda mungkin juga menyukai