Anda di halaman 1dari 22

SUMBANGAN ISLAM DALAM PSIKOLOGI

CTIS 06 PERUBATAN DALAM TAMADUN


Ditulis oleh: MUHAMMAD HARITH ADLY BIN NOR AZAM MUHAMMAD AMIRUL RAFIQ BIN MAT ROBI MUHAMMAD ASYRAF BIN ZULKIFLI IMRAN BIN CHE HASIM Disemak oleh: PUAN NABILAH NOR BINTI HURI 15 JUN 2013

1.0

PENGENALAN Minda manusia bekerja dengan penuh misteri. Minda dapat mengawal pergerakan, emosi, malah dapat menentukan perwatakan kita. Manusia zaman kuno hanyalah dapat membayangkan dan beranggapan bahawa minda hanyalah tempat yang mudah terdedah untuk dirasuk roh dan kuasa jahat. Namun, dengan kebijaksanaan dan sifat ingin tahu manusia, pemahaman manusia terhadap minda sudah mula diperbaharui. Tokoh-tokoh seperti Plato dan Aristotle telah menjadi perintis dalam kajian minda. Dengan datangnya zaman kebangkitan ilmuwan Islam pada abad ke-10, pengertian sistem yang kompleks itu melalui tempoh pemurnian dan pengaplikasian. Dengan pemikiran yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, tidak dapat tidak ilmu psikologi ini dijernihkan dan disucikan lagi agar dapat menjadi sesuatu yang berguna kepada umat manusia amnya.

2.0

ETIMOLOGI Perkataan psikologi bermakna kajian terhadap jiwa. Perkataan ini berasal daripada dua kata dasar Latin, iaitu perkataan psukh, () yang memberi makna nafas, roh atau jiwa, dan perkataan logos, (-) yang bermaksud kajian. Perkataan ini digunakan pertama kalinya oleh tokoh kemanusiaan Croatia, Marko Marulic dalam karyanya, Psichiologia de ratione animae humanae.1 Pada abad ke-15. Terma ini tidak digunakan secara meluas sehinggalah ahli falsafah Jerman, Christian

Christopher D. Green (2001). "Classics in the History of Psychology (Marko Marulic The Author of the Term "Psychology")". Psychclassics.yorku.ca. Diambil pada 18 Julai 2013.

Wolff menggunakan terma tersebut di dalam hasil kerjanya, Psychologia Empirica dan Psychologia Rationalis. Sebelum wujudnya perkataan psikologi ini, ahli cendiakawan Islam sebenarnya sudah ada terma yang tersendiri. Mereka menamakan bidang ini sebagai Ilm an-Nafs.2 Perkataan Ilm ini berasal dari perkataan dasar alima ( ) yang bermaksud mengerti dan memahami, manakala perkataan Nafs bermaksud diri atau jiwa. Maka, boleh kita simpulkan di sini maksud Ilm an-Nafs sebagai ilmu diri atau ilmu jiwa. 3.0 PSIKOLOGI DALAM ISLAM Terdapat banyak dalil-dalil berkaitan dengan psikologi terkandung di dalam sumber rujukan agama Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Namun, hampir kesemua dalil berkenaan lebih kepada cara mencegah tekanan dan merawat jiwa manusia ke arah ketenangan. Antara perkara yang ditekankan dalam cara menguruskan tekanan jiwa ini ialah tabiat qailulah atau tidur sebentar pada waktu tengah hari. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tidur sianglah (Qailulah) kerana syaitan tidak tidur waktu siang." (Riwayat Au Nuaim di dalam Thib An-Nabawi)

Amber Haque. (2004). (Psychology from Islamic Perspective: Contributions of Early Muslim Scholars and Challenges to Contemporary Muslim Psychologists). Jurnal Agama dan Kesihatan: halaman 1

Kajian terdahulu berkenaan qailulah menunjukkan bahawa qailulah dapat meningkatkan fungsi kognitif dan bagus dalam memperbaiki sistem memori.3 Di dalam Al-Quran juga, Allah mengkhususkan waktu malam sebagai waktu berehat setelah seharian bekerja. Firman Allah; Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurniaNya4 Dari sini, kita dapat melihat bahawa Allah telah meletakkan garis panduan dalam mengimbangi kesejahteraan tubuh badan dengan menetapkan waktu berehat dan bekerja. Jika tabiat ini dicabuli, maka tubuh tidak dapat lagi mengekalkan keseimbangan dan hal ini amat mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Tidur terlalu banyak pada waktu siang akan menyebabkan insomnia (ketidakupayaan untuk tidur pada waktu malam) manakala tidur berlebihan pada waktu malam akan menyebabkan lesu dan letih pada keesokan harinya. Zikir juga merupakan salah satu cara untuk menenangkan jiwa dan mengendalikan stres. Perkataan zikir berasal dari perkataan zakara yang bermaksud mengingatkan. Maka, dari segi istilah, zikir itu ialah sesuatu perlakuan yang dapat mengingatkan diri terhadap Allah. Bagi sesetengah orang, zikir hanyalah pengulangan kata-kata pemujian dan penyucian kepada Allah, bahkan jika dalam hati seseorang itu teringat akan Tuhannya, itu sudah dikira zikir. Solat boleh dikatakan sebagai cara untuk berzikir tetapi lebih tepat

3 4

Ficca G., Axelsson J., Mollicone D.J., Muto V., Vitiello M.V. (Naps, cognition and performance). halaman 14 Al-Quran, 30:23

untuk menggunakan perkataan solat kerana solat mempunyai makna yang tersendiri. Hal ini akan dibincangkan selepas ini. Terdapat dalil-dalil di dalam At-Thaqalain5 yang menekankan zikir ialah penenang jiwa. Firman Allah; Apakah tidak, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang?6 4.0 TOKOH-TOKOH PSIKOLOGI MUSLIM Al-Kindi (801873) Al-Kindi (Latin, Alchendius) berasal dari Baghdad. Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq as-Sabbah al-Kindi. Beliau dianggap sebagai ahli falsafah Islam yang pertama. Beliau mengarang lebih daripada 239 tajuk termasuklah buku dan karya pendek. Antara buku dan karya yang berkaitan dengan bidang psikologi adalah On Sleep and Dreams, First Philosophy, dan The Eradication of Sorrow. Al-Kindi menerangkan maksud Sorrow (Kesayuan) sebagai kesedihan jiwa akibat kehilangan seseorang yang dicintai, atau gagal dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Tambahan beliau, Jika sebab penyakit itu dapat dilihat, maka ubatnya juga akan ditemui. (Hamarnah, 1984, p. 362). Beliau menambah, kesedihan tidak akan muncul dengan sendiri tetapi kita yang menyebabkannya. Beliau menggunakan stategi yang kognitif untuk melawan

kemurungan dan mengadakan perbincangan berkaitan fungsi jiwa dan operasi intelektual
5

At-Thaqalain, dari segi harfiah bermakna dua pemberat. Dari segi istilah, At-Thaqalain bermaksud Al-Quran dan Sunnah. 6 Al-Quran,

dalam kejadian manusia. Beliau juga mengingatkan yang jiwa seiring dengan tindakan akan membuahkan sesuatu hasil yang bagus. Pengulas-pengulas hasil kerja Kindi telah menunjukkan yang beliau telah melakar hasil pemerhatian dan tulisan sebahagiannya daripada Aristotle, hasil karyanya dalam Dreams and Intelect yang dipetik daripada ideologi Aristotelian and Platonic. Kindi menulis dalam catatannya On the Soul yang pada asasnya sinopsis daripada hasil karya Aristotle dan Plato.7 Beliau juga membezakan antara bahagian atas dan bahagian bawah dunia. Bahagian atas mengandungi sesuatu yang tidak dapat dicipta seperti

kebijaksanaan, alam semulajadi dan roh, bahagian bawah pula terkandung sesuatu yang dicipta seperti badan, ciptaan dan jirim. Al-Razi (864932) Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Mohammad Ibn Zakariya. Al-Razi ialah seorang pakar dalam psikoterapi, sama seperti mentor beliau, al-Tabari. Beliau berkata bahawa komen yang penuh harapan dari para doktor memberi semangat kepada pesakit, menjadikan mereka berasa lebih baik, dan mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan. Al-Razi percaya bahawa tekanan emosi yang tinggi dan tidak dijangka mempunyai kesan penyembuhan yang lebih cepat terhadap gangguan psikologi, psikosomatik dan masalah organik. Al-Razi menulis risalah mengenai cara untuk mengukur kecerdasan, walaupun terjemahan Bahasa Inggeris bagi karya ini tidak mungkin didapati. Kitab al-Hawi atau alHawi fit-Tibb adalah karya yang paling lama pernah ditulis dalam bidang perubatan Islam
7

Ahmad, F. al-Ahwani. (1948). (Kitab al-Kindi ila al-Mutasim bi-Allah fi al-Falasafah al-Ula): halaman 46

dan beliau telah diiktiraf sebagai tokoh perubatan di Barat sehingga ke abad ke-18. Razi membandingkan pendapat perubatan Yunani dan tokoh ulama Arab dengan sendiri dan tidak seperti ulama yang lain pada zaman tersebut, beliau mengkritik hasil kerja Hippocrates dan Galen. Sebahagian daripada kerja lain al-Razi termasuklah Mujarabbat, sebuah buku mengenai pengalaman di hospital, al-Tibb al-Mansuri, sebuah buku mengenai seni penyembuhan perubatan, dan al-Tibb al-Ruhani, di mana beliau membincangkan mengenai cara-cara untuk merawat masalah moral dan psikologi manusia8. Ibn Sina (9801037) Ibnu Sina , atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Husayn bin Abdullah dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun guru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran alSyeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Deuraseh, Nurdeen; Mansor Abu, Talib. (2005). (Mental health in Islamic medical tradition, The International Medical Journal):halaman 7679
8

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatik9. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidakseimbangan tingkahlaku. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para Hakim (doktor-doktor Muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para Hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam membaca denyutan jantung di tempat yang dirasai. Ini merangkumi denyutan kuat atau lemah, jarak masa antara denyutan dan kelembapan di paras kulit pada denyutan itu. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang Hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina juga menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan. 5.0 PERBEZAAN PSIKOLOGI ISLAM DAN BARAT Psikologi Islam Menurut Ibnu Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara praktikal dan teori yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh

A. Okasha, C.R. (2001). "(Mental Health and Psychiatry in the Middle East)". Eastern Mediterranean Health Journal: halaman 336347
9

mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Psikologi Islam juga berkisarkan dua sumber utama iaitu Ath-Thaqalain (AlQuran dan Sunnah) iaitu mengenai kalam-kalam Allah tentang jiwa manusia kerana Allah adalah pencipta manusia sekaligus mengetahui segalanya tentang jiwa manusia. Psikologi Islam adalah berkisarkan menghuraikan, meramal dan mengendalikan tingkah laku, berkelakuan baik serta mendekatkan diri dengan Allah. Psikologi Islam menekankan bagaimana seseorang merasa hidupnya bermakna, benar serta merasa dekat dengan Allah. Psikologi Islam juga berkonsepkan sifat fitrah manusia, asal usul sebelum datang ke dunia, misi dan tujuan kehidupan di dunia ini serta kepulangan manusia kepada Allah setelah melengkapkan kehidupan di dunia10. Bagi ahli falsalah Muslim, kajian dalam bidang psikologi melangkaui minda manusia. Mereka mengkaji fitrah manusia, sikap, memori, kefahaman emosi, perasaan dan intelek seperti yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah. Hanya idea dan konsep Barat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang akan diambil dan diterapkan dalam falsafah Islam yang kemudiannya dikenali psikologi Islam. Bidang psikologi Islam menggerakkan si pencebur cuba memahami roh, hati, nafsu dan akal. Bagi sesetengah ahli psikologi Islam, keempat-empat perkara ini dikatogerikan dalam roh manakala ada yang berpendapat perkara ini merupakan empat perkara yang berbeza tetapi kesemuanya akan membentuk dimensi rohani seseorang.

10

Mohd Abbas Abdul Razak & Nik Ahmad Hisham. (2012) Psikologi Islam dan Panggilan Bagi PengIslaman Psikologi Moden: halaman 174

Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Faktor-faktor yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri kepada Allah. Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan Sunnah boleh mengisi kekosongan dan juga mampu mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat. Psikologi Barat Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya lebih berat kepada kajian tingkah laku. Pelopor bidang psikologi Barat juga tidak mengkaji dari mana asal serta bentuk jiwa itu sendiri. Psikologi Barat hanyalah berdasarkan pemerhatian dan kajian saintifik. Psikologi Barat adalah berkisarkan menghuraikan, meramal dan mengendalikan tingkah laku dan hanya memfokuskan masalah sihat dan tidak sihat dari segi psikologi. Bagi ahli falsafah Yunani kuno, kajian bidang psikologi hanyalah pada sifat semulajadi minda manusia. Ahli psikologi Barat mengemukakan teori bahawa personaliti adalah hasil daripada percanggahan 3 daya dalam diri manusia iaitu Id, Ego, dan Superego. Kemudian mereka mengatakan bahawa personaliti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perangai dan pengetahuan semulajadi. Dengan mengabaikan manusia mempunyai fitrah semulajadi,

ahli psikologi Barat menyimpulkan bahawa personaliti adalah hanya hasil dari rangsangan yang datang dari persekitaran11. Psikologi Barat telah menghadkan diri mereka kepada aspek sosial dan budaya manusia sahaja dan tidak memberi perhatian kepada aspek spiritual manusia tersebut. Masalah utama psikologi Barat adalah sebenarnya mereka telah beralih daripada fokus sebenar mereka kepada bidang psikologi dan telah menghadkan diri mereka kepada keperluan biologi, fizikal dan sosiobudaya manusia. Psikologi Barat dalam kajian mereka telah menghentikan siasatan mereka ke atas jiwa, fikiran dan akhir sekali kesedaran manusia tersebut. Ahli psikologi Muslim telah menyedari perkara ini dan melabelkan bidang psikologi Barat sebagai soulless psychology12. Sumber-Sumber Menurut Uthman Najati, psikologi Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah serta diambil dari tokoh-tokoh psikologi Islam seperti Ibnu Sina, Imam Al-Ghazali serta Ibnu Rusyd. Segala ajaran dan sumber terhasil dari nas-nas Al-Quran. Menurut Norman L. Munn, psikologi dari perspektif Barat pula menggunakan ajaran yang tidak berpaksikan Al-Quran dan Sunnah . Mereka menggunakan teori serta pandangan akal ilmuan sahaja. Mereka tiada panduan kepada teori-teori mereka. Sumber psikologi Barat juga diambil hasil daripada ekperimen semata-mata. Subjek kajian
11

Mohd Abbas Abdul Razak & Nik Ahmad Hisham. (2012). Psikologi Islam dan Panggilan Bagi PengIslaman Psikologi Moden: halaman 167 12 Mohd Abbas Abdul Razak & Nik Ahmad Hisham. (2012). Psikologi Islam dan Panggilan Bagi PengIslaman Psikologi Moden: halaman 169

Bagi psikologi Islam, di dalam al-Quran ada menegaskan agar umatnya mengkaji tentang manusia supaya dapat menguruskan dunia sesuai dengan tujuan mereka yang dijadikan sebagai khalifah. Dalam psikologi Barat, mereka tidak menggunakan pendekatan al-Quran dalam menjelaskan kejadian manusia, perkembangan sebelum dan selepas kelahiran bahkan mereka hanya menggunakan logik akal semata-mata. Objektif Objektif psikologi Islam adalah untuk memberikan pendedahan tentang tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan. Ini adalah bertujuan untuk membantu manusia menyelesaikan masalah serta ke arah mendapat keampunan dan keredaan Allah. Dalam psikologi Barat, mereka mengambil masa yang lama untuk mengetahui objektif kajian mereka. Pada mulanya psikologi ini adalah berteraskan kepada keinginan manusia untuk memahami diri mereka sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia bertambah, mereka cuba meramalkan tingkah laku individu. Ilmu psikologi ini kemudiannya diterapkan dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan serta perniagaan. Psikologi Barat ini hanyalah kepada ilmu pengetahuan serta menyelesaikan masalah semata-mata. Teori dan Prinsip

Prinsip psikologi Islam diambil dari makna ayat Al-Quran dan Sunnah yang telah dikaji serta ditafsir lalu membentuk teori ilmu psikologi. Tokoh Islam juga menggunakan akal untuk berijtihad sekaligus membentuk ilmu psikologi Islam. Teori yang dihasilkan ini juga adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Dalam kata lain, kandungan Al-Quran dan Sunnah yang telah diijtihadkan telah melahirkan ilmu psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan kepada roh dalam diri manusia. Teori psikologi Barat dibina hasil dari eksperimen yang dijalankan dan menggunakan data yang dihasilkan dan diolah sebagai teori psikologi umum. Psikologi Barat lebih kepada bidang klinikal, industri dan lain-lain. Perbandingan yang telah diperjelaskan ini dapat dilihat bahawa psikologi Islam itu kelihatan lebih sempurna berpandukan nas-nas Al-Quran dan Sunnah menunjukkan bukti yang kukuh membawa kepada menjaga kemaslahatan ummah disamping mencapai keredhaan Allah swt. Berbanding dengan psikologi Barat, hanya menggunakan logik akal semata-mata tanpa mendapat keredhaan dari Allah swt. 6.0 RAWATAN PSIKOLOGI KINI Masalah kecelaruan mental dan psikologi merupakan masalah yang lumrah. Masalah ini pada kebiasaannya diubati dengan mengunakan kaedah terapi. Masalah-masalah seperti fobia, kemurungan, obesif-kompulsif, ketagihan alkohol, bulimia dan aneroksia dirawat secara terapi untuk mengatasinya.Terdapat beberapa jenis terapi, di antaranya psikoterapi dan terapi biologikal, di mana setiap jenis itu pula terdiri daripada pelbagai jenis lagi. Misalnya, terdapat lebih kurang 400 psikoterapi yang berbeza-beza, yang menumpu

kepada faktor-faktor psikologi. Walaupun berbeza dari pelbagai sudut, namun kesemua pendekatan psikologi ini melihat rawatan merupakan salah satu cara rawatan. Terapi Biologi Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah pesakit dan di antaranya ialah kaedah biologi. Terapi biologi adalah rawatan untuk mengurang atau menghapuskan simptom-simptom kecelaruan psikologi dengan mengubah cara bagaimana tubuh badan individu tersebut berfungsi. Terdapat tiga kaedah rawatan bagi terapi biologi seperti terapi menggunakan dadah, terapi elektrokonvalsif dan psikosurgeri Bagi terapi menggunakan dadah, hanya ahli psikiatris, iaitu seorang doktor perubatan, boleh memberikan dadah sebagai salah satu cara dalam terapinya. Walaupun dadah dan herba telah lama digunakan untuk tujuan mengurangkan simptom-simptom kecelaruan emosi, namun hanya bermula pada abad ke-20, rawatan menggunakan dadah mula mendapat tempat. Terapi dadah merupakan pengawalan kecelaruan psikologi menggunakan dadah, berfungsi dengan mengubah operasi neuropemancar atau neuron dalam otak. Sesetengah dadah berfungsi dengan merencat neuropemancar atau neuron reseptor, dan dengan ini mengurangkan aktiviti di sinap tertentu. Sesetengah dadah pula bertindak secara berlawanan; ia meningkatkan aktiviti neuropemancar atau neuron tertentu, membenarkan neuron tertentu menembak dengan cara lebih kerap. Antara jenis dadah yang selalu digunakan untuk merawat rawatan ini ialah dadah antikebimbangan atau lebih dikenali sebagai ubat penenang (tranquilizer). Seterusnya ialah dadah antidepresan yang digunakan dalam kes kemurungan serius

dengan tujuan memperbaiki mood pesakit.Dadah antipsikotik juga digunakan untuk

menghapuskan tingkah laku keresahan, mengurangkan ketegangan, mengurangkan halusinasi, memperbaiki tingkah laku social dan menghasilkan pola tidur yang lebih baik dari individu yang mengalami kecelaruan psikologi yang teruk khusunya dalam skizofrenia. Bagi kaedah elektrokonvalsif (ECT) , atau kebiasaannya dikenali sebagai terapi kejutan, telah digunakan untuk merawat individu yang khusunya mengalami kemurungan serius.Arus elektrik dengan kekuatan 70 hingga 150 volts secara singkat disalurkan ke dalam kepala pesakit (otak), menyebabkan pesakit mengalami kehilangan

kesedaran.Selalunya, pesakit akan menerima lebih kurang sepuluh rawatan kejutan dalam sebulan, tetapi sesetengah pesakit menerima rawatan lebih daripada sebulan.ECT juga turut mempunya kesan sampingan yang agak jelas selepas menjalani rawatan seperti menhalami salah orientsi, bingung, dan kadang kala hilang ingatan.Kaedah rawatan ini bertindak dengan lebih cepat berbanding dengan pengubatan melalui

antidepresan.Tambahan pula, kadar kematian bagi pesakit yang menggunakan kaedah ini berbanding penggunaan dadah anti-kemurungan adalah lebih rendah.Oleh kerana

terdapat pelbagai bantahan berkenaan penggunaan kaedah elektrokonvalsif ini, ianya hanya diguna sekiranya kaedah lain tidak Berjaya memulihkan klien. Bagi kaedah rawatan psikosurgeri, ia merupakan terapi biological yang melibatkan pembuangan dan penghancuran tisu otak dengan tujuan untuk memulihkan penyesuaian individu.Pada tahun 1930-an, seorang doctor berbangsa Portugis, Egas Moniz telah membentuk satu prosedur yang dikenali sebagai prefrontal lobotomy.Dalam prosedur ini, alat bedah dimasukkan ke dalam otak yang mengenai lobus frontal, iaitu bahagian yang penting untuk proses pemikiran, dan thalamus, bahagian penting emosi.Beliau mendakwa

dengan merosakkan hubungan antara struktur-struktur otak ini, symptom-simptom kecelaruan mental boleh diselesaikan.Psikosurgeri sebegini sering dapat memulihkan tingkah laku pesakit.Dengan adanya teknologi pembedahan moden yang lebih tepat dikenali sebagai cingulotomy, psikosurgeri masih digunakan untuk menyelesaikan masalah kecelaruan.Ia digunakan dengan agak terbatas apabila prosedur-prosedur lain gagal dan tingkah laku pesakit menunjukkan risiko yang tinggi pada diri sendiri dan orang lain.Sekarang ini, cingulotomy kadang kala digunakan untuk merawat kecelaruan obsesif kompulsif. Psikoterapi Psikoterapi adalah proses di mana manusia memberikan bantuan kepada manusia lain.Ia didefiniskan sebagai satu proses yang khusus di mana seorang professional yang terlatih menggunakan kaedah-kaedah psikologi untuk membantu sesorang yang menghadapi masalah psikologi.Istilah kaedah psikologi boleh merujuk kepada apa sahaja interaksi manusia (seperti bercakap dan mendemonstrasi) yang diasaskan kepada teori psikologi yang berkaitan dengan masalah, tetapi ia tidak memasukkan kaedah rawatan perubatan seperti pemberian ubat.Ramai individu yang secara sah mendapatkan terapi bukan kerana mempunyai masalah kecelaruan psikologi, tetapi sebaliknya cuba memperbaiki kehidupan seharian mereka.Mereka mendapatkan terapi kerana mereka merasa tidak dapat menikmati kehidupan kerjaya atau tidak Berjaya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.Psikoterapi juga digunakan untuk meningkatkan hubungan seksual dan perkahwinan, untuk belajar mengurus tekanan hidup dan sebagainya.

Oleh kerana pesakit atau lebih dikenali sebagai klien mencurahkan begitu banyak maklumat peribadi dan meletakkan masa hadapannya di tangan ahli psikoterapi, satu piawaian etika perlu diikuti dalam amalan psikoterapi ini.Antaranya, matlamat rawatan mestilah dibincangkan dengan klien dan juga matlamat tersebut mestilah untuk kepentingan klien dan masyarakat mestilah difahami dengan jelas oleh klien.Ahli-ahli terapi mestilah merawat masalah yang beliau berkelayakan untuk merawat.Perawatan dan undang-undang yang berkaitan dengan kerahsiaan kesemua maklumat yang diperolehi mengenai klien semasa rawatan mestilah dijelaskan sepenuhnya kepada klien.Ahli-ahli terapi mestilah tidak menggunakan kuasa yang diperolehi akibat daripada hubungan yang mendalam dengan klien untuk mengeksploitasi klien dari segi seksual dan sebagainya.Keberkesanan rawatan juga mestilah dinilai dalam cara tertentu dan pemilihan kaedah rawatan mestilah diberikan pertimbangan sewajarnya. Psikoterapi Kognitif Psikoterapi kognitif menekankan kognisi atau pemikiran individu sebagai sumber utama masalah tingkah laku dan psikologi bilazim dan cuba untuk mengubah perasaan dan tingkah laku individu dengan cara mengubah kognisi.Teknik ini adalah berlandaskan kepercayaan bahawa sekiranya manusia mampu mengubah idea serta persepsi mereka terhadap diri serta persekitaran mereka, maka manusia juga mampu untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan mampu menjalani kehidupan dengan lebih positif dan dinamik. Ahli-ahli terapi kognitif memandu individu dalam mengenal pasti masalah pemikiran tidak rasional dan menyerah kalah.Mereka seterusnya menggunakan pelbagai teknik

untuk menjadikan klien berusaha mencabar atau mengatasi pemikiran ini dan seterusnya mempertimbangkan cara berfikir yang berbeza dan lebih positif.Teknik kognitif ini sering dilaksanakan melalui kaedah Socratic dalam menanyakan soalan bagi membantu klien memperolehi pemahaman kendiri mengenai pemikiran negatif. Dua bentuk terapi kognitif yang cuba dibincangkan di bawah terapi ini, pertama terapi tingkah laku rasional-emotif Albert Ellis, dan kedua terapi kognitif Aaron Beck. Pendekatan Sosiobudaya Dalam merawat kecelaruan psikologi, ahli-ahli terapi biological cuba mengubah tubuh badan manusia; ahli-ahli terapi tingkah laku cuba mengubah tingkah laku manusia; dan ahli-ahli terapi kognitif cuba meminda pemikiran manusia.Bahagian ini pula cuba memberikan fokus kepada pendekatan sosiobudaya dalam merawat kecelaruan

psikologi.Pendekatan dan isu sosiobudaya adalah termasuk terapi kelompok, terapi keluarga dan pasangan, kelompok sokongan membantu diri, dan kesihatan mental komuniti. Terapi kelompok ialah terapi yang dijalankan antara ahli terapi dengan klien-klien dalam kelompok atau individu yang ramai.Isu utama dalam terapi ini ialah bagaimana untuk menstrukturkan terapi tersebut supaya dapat meliputi lebih ramai individu dengan kos yang rendah. Terapi keluarga dan pasangan adalah terapi kelompok bersama-sama dengan ahli keluarga.Terapi pasangan adalah terapi kelompok dengan pasangan yang berkahwin, yang masalah utamanya adalah perhubungan di kalangan ahli-ahlinya.

Terapi kelompok membantu diri adalah organisasi sukarela yang terdiri daripada individu-individu yang biasanya berjumpa dalam masa yang agak kerap untuk membincangkan topic-topik yang menjadi kepentingan bersama.Kelompok-kelompok ini tidak dikendalikan oleh ahli terapi professional, tetapi oleh semi-profesional atau ahli komuniti. Bagi kesihatan mental komuniti, ia merupakan satu pendidikan kesihatan untuk melatih guru, ketua agama, doktor dan yang lain secara langsung berinteraksi dengan ahli-ahli komuniti untuk menawarkan kaunseling dan bengkel mengenai topic yang berkitan dengan daya tindak terhadap tekanan, mengurangkan penggunaan dadah, dan latihan ketegasan.Sementara itu, dalam pendekatan kesihatan mental komuniti, adalah

dipercayai bahawa cara terbaik untuk merawat kecelaruan psikologi adalah dengan mencegahnya sebelum ia berlaku. 7.0 PENUTUP Secara historikalnya, kewujudan psikologi Islam merupakan salah satu proses Islamisasi ilmu yang berlaku di bahagian Timur Tengah. Apabila masyarakat dunia semakin bersikap terbuka, mereka mula menerima pandangan Islam dari pelbagai aspek dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, ketika Zaman Gelap tercetus di Barat, hal ini memberikan nafas baru kepada tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk mengembangkan lagi ideologi masing-masing berteraskan ajaran Islam. Secara tidak langsung, tokoh-tokoh tersebut telah memperbetulkan pandangan negatif masyarakat dunia terhadap Islam. Pada masa yang sama, mereka telah melakukan kajian terhadap karya-karya daripada tamadun terdahulu seperti Yunani, China dan India.

Mereka membandingkan idea mereka dengan idea masyarakat tamadun terdahulu di samping membetulkan kesalahan yang terdapat pada karya-karya tersebut.

Walaubagaimanapun, pemikir-pemikir Islam terdahulu tidak serta-merta menerima pandangan dan konsep dari zaman Yunani melainkan melakukan pemilihan dan pengkajian semula. Kemajuan ini telah memberi kelebihan kepada masyarakat Islam terdahulu untuk berdaya saing dengan masyarakat dunia yang lain seiring dengan arus pemodenan.

RUJUKAN Al-Quran Karim Christopher D. Green (2001). "Classics in the History of Psychology (Marko Marulic The Author of the Term "Psychology")". Psychclassics.yorku.ca. Diambil pada 18 Julai 2013. Amber Haque. (2004). (Psychology from Islamic Perspective: Contributions of Early Muslim Scholars and Challenges to Contemporary Muslim Psychologists). Jurnal Agama dan Kesihatan. Ficca G., Axelsson J., Mollicone D.J., Muto V., Vitiello M.V. (Naps, cogniti on and performance). http://scholar.google.com/scholar_url%3Fhl%3Den%26q%3D

http://faculty.washington.edu/vitiello/Recent%252520Publications/Ficca%252520 Naps%252520Cognition%252520and%252520Health%252520SMR.pdf%26sa% 3DX%26scisig%3DAAGBfm0ey46_x6U9DjdM2SqmXFXfN3CY1g%26oi%3Ds cholarr&rct=j&sa=X&ei=WZj2UYLRJMW3rAfh74DwAQ&ved=0CCwQgAMo ADAA&q=Naps,+cognition+and+performance&usg=AFQjCNFm5kLNzhkqV50f Wy5as4QMiLEvfw. Versi dalam talian dikeluarkan pada2 December 2009. Ahmad, F. al-Ahwani. (1948). (Kitab al-Kindi ila al-Mutasim bi-Allah fi al-Falasafah alUla). Jurnal Universiti Kaherah Deuraseh, Nurdeen; Mansor Abu, Talib. (2005). (Mental health in Islamic medical tradition). Jurnal Perubatan Antarabangsa

A. Okasha, C.R. (2001). "(Mental Health and Psychiatry in the Middle East)". Jurnal Kesihatan Mediterannean Timur. Mohd Abbas Abdul Razak & Nik Ahmad Hisham. (2012) Psikologi Islam dan Panggilan Bagi PengIslaman Psikologi Moden. Jurnal Islam di Asia.

Anda mungkin juga menyukai