Anda di halaman 1dari 17

Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
IDENTITI DAN JATI DIRI WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM1

Oleh
Norakhilah bte Baharin
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Cawangan Perak Muka | 1

ABSTRAK
Wanita Islam mestilah mempuyai identiti dan jati diri yang bersifat seimbang dan
bersepadu. Di dalam mengejar kecemerlangan kerjaya, kepentingan
rumahtangga dan kepentingan anak-anak, ianya mestilah dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya. Pengabaian wanita terhadap mana-mana kepentingan tersebut
akan menjejaskan pencapaian matlamat yang hakiki. Justeru itu kefahaman dan
nilai jati diri serta identiti wanita muslim perlu dilaksanakan dalam kehidupan
realiti agar wanita tidak terheret dalam agenda globalisasi moden yang dijajah
oleh orientalis barat. Kertas kerja ini akan membahaskan identiti dan jati diri
wanita Islam hari ini yang majoritinya berpendidikan dan bekerjaya di dalam
sektor kerajaan atau swasta untuk merealisasikan kehidupan yang sempurna dan
diredhai Allah di dunia dan di akhirat.

PENDAHULUAN

Wanita adalah insan mukalaf sama seperti lelaki, dituntut supaya beribadah kepada Allah s.w.t.
Islam memperakui wanita berhak mendapat penghargaan sebagai seorang ibu, isteri dan anak
perempuan. Mereka juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perilaku di dunia dan di akhirat.
Bahkan Islam memberi hak harta,mentadbir serta menguruskannya.

Apabila Allah berfirman: ( ‫ ) ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻴﺎﺃﻴﻬﺎ‬atau ( ‫ ) ﻴﺎ ﺃﻴﻬﺎ ﺍﻟﺫﻴﻥ ﺍﻤﻨﻭﺍ‬maka seruan tersebut pastinya
tertuju kepada wanita dan lelaki, sama sahaja.

Inilah yang difahami oleh Ummu Salamah r.a. apabila mendengar Rasulullah s.a.w. menyeru
( ‫ ) ﻴﺎ ﺃﻴﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬akan segera berlari meninggalkan urusan yang sedang dilakukan, sehingga

1
Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Wanita Islam Nasional di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri
Sembilan pada 24 Julai 2010.

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
sesetengah sahabat berasa hairan dengan kecepatan ummu Salamah menyahut seruan baginda.
Lalu beliau berkata kepada mereka yang hairan itu ; “Saya adalah manusia (‫”) ﺍﻟﻨﺎﺱ‬

Berdasarkan prinsip umum, wanita adalah sama seperti lelaki dari segi memikul tuntutan syarak
melainkan apa yang dikecualikan oleh Allah s.w.t. Allah berfirman : Muka | 2

                  

            

              

“Sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain”.

(Ali-‘Imran:195)

Jika sekiranya perempuan-perempuan munafiqah memainkan peranan di dalam merosakkan


masyarakat divsamping lelaki munafiq, maka semestinyalah wanita-wanita mukminah
memainkan peranan mereka di dalam mengislah masyarakat disamping lelaki mukmin.

Kita memerlukan penjelasan dan kefahaman identiti dan jati diri wanita yang bagaimanakah
sewajarnya dalam menghadapi globalisasi hari ini dan masa yang mendatang.

1. DEFINISI

Menurut Kamus Dewan perkataan jati adalah sama dengan sejati yang membawa
maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur.

Apabila dikaitkan jati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon
pokok yang tegap, berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan
mahal. Tetapi, apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang
manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akli (fikiran), jasmani dan
rohaninya.

Persoalannya, apakah jenis sukatan atau neraca yang boleh kita gunakan bagi menilai
seseorang itu memiliki jati diri atau tidak?

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
Jati diri boleh didefinisikan juga sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari
segi adat, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang
keperibadiaan seseorang individu sesuatu bangsa.

Dalam konteks ini, alangkah baiknya merujuk jati diri seorang manusia berdasarkan
kepada apa yang sudah dinyatakan Allah, seperti yang terkandung dalam Kitab al- Muka | 3
Quran.

Di antara ciri-ciri atau sifat insan yang memiliki jati diri ialah sebagaimana maksud
firman Allah SWT :

              

               

     

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu yang kyusuk dalam


solatnya dan orang-orang yang menjauhkan dirinya dari (perkataan dan perbuatan)
yang tidak berguna. Dan orang yang menunaikan zakat. Dan orang yang memelihara
kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hamba sahaya yang mereka
miliki, Maka sesungguhnya mereka tidak tercela”.

(Surah al-Mukminun:1-6)

Islam membina dan membangunkan keyakinan insan melalui rangsangan dan galakan.
Sabda baginda s.a.w yang bermaksud: “Setiap penyakit ada penawarnya”. Justeru,
setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya. Identiti wanita muslim ialah ciri-ciri
atau pengenalan yang boleh membezakan di antara wanita Islam dan bukan Islam.
Contoh, berpakaian menutup aurat merupakan identiti wanita muslim. Akantetapi,
penutupan Aurat perlulah mengikut apa yang telah digariskan oleh syarak bukannya
mengikut fesyen semasa. Fenomena inilah yang perlu kita cuba selesaikan iaitu
mencari hakikat identiti dan jati diri wanita muslim yang sebenarnya.

2. IDENTITI DAN JATI DIRI WANITA

2.1 Memiliki Iman Yang Mantap

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
Iman secara bahasa adalah kebalikan dari kufur, iaitu pengakuan yang terpatri dalam hati
sementara kufur adalah ketiadaan pengakuan.

Adapun iman secara syarak adalah membenarkan dalam hati, mengikrar dengan lisan dan
mengamalkan dengan perbuatan.
Muka | 4
Dari definasi tersebut, dapat kita fahami bahawa iman adalah tambatan hati yang diucapkan dan
dilakukan dalam berbagai bentuk perbuatan. Kerana itu, iman memiliki prinsip dasar segala isi
hati, ucapan dan perbuatan yang sama dalam satu keyakinan, maka oramg-orang beriman adalah
mereka yang di dalam hatinya, disetiap ucapannya dan segala tindakannya adalah sama. Orang
beriman juga disebut sebagai orang yang jujur atau orang yang memiliki prinsip. Atau juga orang
yang mempunyai pandangan hidup yang jelas dan sikap hidup yang teguh tanpa terumbang-
ambing oleh silaunya kehidupan dunia.

- Paksi utama jati diri ialah kefahaman dan penghayatan iman dalam kehidupan seharian .

Jika difahami dengan saksama ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabi s.a.w, maka akan kita temui
peripentingnya iman pada diri setiap insan yang menjalani hidupnya di muka bumi ini. Dengan
iman maka hidup seseorang akan memiliki nilai, makna dan jati diri yang mulia di sisi Allah dan
sebaliknya tanpa iman hidup manusia akan hampa, tidak memiliki nilai dan jati diri di sisi Allah
dan tiada beza dengan makhluk lain seperti binatang bahkan lebih rendah dari binatang. Allah
berfirman:

             

             

“Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau


memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti
binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.”

(Surah Al-Furqan :43-44)

Pasak kepada jati diri ialah keyakinan dan pergantungan seseorang manusia kepada keesaan
Allah dan bagaimana ianya dapat mengalir dalam tubuh badan manusia itu. Apa yang berlaku
dewasa ini, manusia mengasingkan peribadatan hanya di masjid dan surau-surau manakala
urusan kerjaya, pendidikan anak-anak, komunikasi dengan jiran, jual-beli, cara berpakaian dan
lain-lain seolah-olah tiada hubungan dengan pencipta Al-Khaliq.

Jati diri diukur dengan pertimbangan iman yang membuahkan hasil pada individu muslim.
Impak keteguhan dan komitmen yang berterusan dari jiwa yang ikhlas dapat dirasai oleh
persekitarannya samada manusia, haiwan atau flora dan fauna. Contohnya manusia yang patuh

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
pada perintah dan larangan Allah tidak akan sanggup membuang bayi merata-rata. Menurut
Laporan Jabatan Pendaftaran Negara terdapat lebih 257,000 hingga 302978 anak luar nikah di
Malaysia. Kepupusan sifat jati diri ini hilang kerana pudarnya iman dalam diri-diri manusia.
Formula yang paling berkesan adalah dengan kembali menjadi hamba Allah yang tidak
menyengutukanNya dengan sesuatu. Inilah jalan yang hampir dilupakan oleh umat Islam zaman Muka | 5
mutakhir.

Lakaran sejarah telah membuktikan kepada semua manusia kisah bagaimana kesyahidan
seorang wanita berkulit hitam bahkan keturunan hamba abdi, yang tidak bernilai di neraca bumi
akan tetapi amat bernilai di sisi Allah. Allah telah memilih Sumaiyah kerana keyakinannya
terhadap Rab yang menciptakannya bahkan beliau menggadaikan segala-galanya hanya untuk
masa depan Islam. Diceritakan bahawa rambut wanita ini kalau diletakkan sikat, sikat itu tidak
jatuh ke bawah kerana tersangat halusnya kerinting rambut wanita ini . Inilah sifat ketulinan dan
keaslian yang tidak langsung bercampur dengan unsur-unsur lain. Firman Allah yang bermaksud

            

      

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang


percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu
lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka
itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya”.

( Surah al-Hujurat ayat : 15 )

2.2 Rasulullah s.a.w. menyarankan supaya lelaki memilih wanita yang beragama dan bertaqwa.
Baginda bersabda yang bermaksud :

Wanita itu pada kebiasaannya dikahwini kerana empat sebab: Hartanya, keturunanya,
kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu mengahwini wanita yang beragama
supaya terjamin masa depanmu.

(Riwayat Ibnu Majah)

Ini menunjukkan kepentingan agama dan taqwa di dalam diri setiap wanita kerana personaliti
dan keperibadian amat mempengaruhi corak pembentukan rumahtangga.Wanita yang bertaqwa
kepada Allah berkemampuan mendidik anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan membimbing

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
suaminya serta rakan-rakannya ke jalan yang benar dengan mendapat hidayah daripada Allah
s.w.t.

Ummu Sulaim (Al-Rumaisa’ binti Mulhan) telah diuji keimanannya apabila dia dipinang oleh
Abu Talhah dengan hantaran mahar yang amat tinggi nilai maharnya. Ummu Sulaim tetap
menolak walaupun tawaran itu mahal serta dijanjikan kemewahan mewah bersalutkan emas dan Muka | 6
permata. Beliau dengan sopan berkata “ Demi Allah, orang seperti engkau ini wahai Abu Talhah
memang amat dicari,Tetapi engkau seorang lelaki kafir sedangkan aku seorang wanita muslimah.
Aku tidak sesuai berkahwin denganmu. Tetapi jika engkau menganut Islam, Islam itulah mahar
untukku dan aku tidak akan meminta mahar yang lain daripadamu.”

Identiti inilah yang perlu kita jelmakan dan usahakan untuk muncul dalam negara yang kita
sayangi. Jati diri yang bersandarkan kepada Rabnya akan memilih hanya untuk Allah, walaupun
ditawarkan kemewahan dunia yang hebat. Kerana ia tahu dunia ini hanya bersifat sementara.

2.3 Insan berjiwa merdeka

Seorang muslimah sejati akan berusaha membebaskan diri dari sebarang belenggu dan rantaian
besi yang mengikat kehidupannya yang telah diberi kebebasan oleh Islam, terutama dalam
mengatasi belenggu penjajahan pemikiran dari pemikiran yang jumud kepada terbuka, berfikir
ke arah kemajuan dan pembaharuan serta menghasilkan pemikiran baru bagi kebaikan diri,
masyarakat dan umat Islam untuk menolak fahaman serta amalan-amalan negatif yang boleh
merosakkan dan menghancurkan umat Islam. Jiwa merdeka ini juga saling berkait dengan
penyerahan diri secara mutlak kepada Allah. Jiwa merdeka sentiasa optimis dan berfikir untuk
sentiasa berubah dan takut terjerumus kearah perkara-perkara syirik. Allah berfirman yang
bermaksud:

             

       

“Perumpamaan orang-orang yang yang mengambil pelindung-pelindung selain daripada Allah


adalah seperti labah-labah yang membuat rumah dan sesungguhnya rumah yang paling lemah
adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui “

(Al-Ankabut: 41 )

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
Menurut Steven Cover: “Adakah kebebasan umpama layang-layang yang putus tali? Tidak sama
sekali. Menurutnya kebebasan sebenarnya masih terikat dengan prinsip-prinsip tertentu. Justeru
itu kebebasan yang diberikan kepada wanita masih ada prinsip yang perlu dipegang dan tidak
boleh dianggap remeh atau dengan kata lain. Zaman telah berubah, kita telah bebas, kita ada
kedudukan dan pangkat, gaji kita lebih banyak dari mereka dan berbagai-bagai lagi ungkapan Muka | 7
yang kita dapati dari golongan wanita yang tidak faham hakikat kebebasan yang tulin ini.”

Manusia yang menghambakan dirinya selain Allah pasti kehidupannya sentiasa dalam keluh
kesah. Sentiasa memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh orang lain. Takut dengan cemuhan
orang tetapi tidak terfikir seruan dan larangan Allah.

2.4. Keunggulan peribadi

Tidak akan sempurnanya iman seseorang tanpa peribadi yang unggul. Kedatangan Rasulullah
s.a.w. diantaranya ialah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sepertimana sabda Rasulullah
s.a.w.:

: ‫ﺍﳕﺎ ﺑﻌﺜﺖ ﻻﲤﻢ ﻣﻜﺎﺭﻡ ﺍﻻﺧﻼﻕ‬

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

Apa yang dicari seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah tidak lebih baik daripada
seorang wanita yang solehah (baik), apabila diperintah ia mentaatinya(taat), apabila dipandang
sangat menyenangkan (keperibadian yang menarik), apabila disuruhh ia melaksanakannya
dengan jujur (ikhlas dan ber integriti) dan apabila ditinggal suami ia menjaga dirinya dan harta
suaminya (beramanah)

(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Umamah).

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.”
(Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam
kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:

Pertama, Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh seandainya dia tidak dididik dan diasuh
serta dibentuk menurut acuan Islam.

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
Kedua, Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam mengarungi bahtera kehidupan kearah
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Ketiga, Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan
kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Muka | 8
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan
kepada warga muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas
yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah
binti Muzahim isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibunda Isa, Khadijah binti Khuwailid, isteri
Rasulullah s.a.w dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.”

(Riwayat Bukhari)

Maryam adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada
Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya
kepada Allah.

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya
kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya Firaun yang tidak beriman kepada
Allah.

Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal lelah mendampingi
suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta
bendanya serta rela menanggung berbagai risiko dan cobaan dalam menyebarkan risalah Islam
yang diamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w.

Manakala Fatimah puteri Rasulullah s.a.w adalah simbol kepada pelbagai dimensi wanita
solehah, anak solehah dan taat di hadapan ayahandanya, isteri yang setia dan taat di hadapan
suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita
dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya
dijadikan panduan muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah, contoh yang mewarnai dinamika
kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Islam tak pernah memasung wanita di lubuk derita dan tirai kesunyian seperti yang didakwa oleh
kaum feminis Barat, sungguh mulialah para wanita di hadapan Islam. Jika ingin melihat negeri
itu barakah, lihatlah wanitanya. Apabila wanitanya baik (taat perintah Allah), patuh kepada
suami, mencari rezeki yang halal maka, baiklah negeri itu.

Justeru, dunia dengan berbagai persoalan hidup di dalamnya memerlukan sentuhan-sentuhan


profesional dan untuk menciptakan dunia yang damai dan tenteram, diperlukan tangan-tangan

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
terampil dan ahli yang bertanggung jawab dalam mengelolanya. Berpunca dari sinilah kita perlu
kembali merenungi anugerah Allah berupa wanita ini untuk diselamatkan dari pelbagai aspek
untuk terus berjalan menyelusuri era kemodenan yang sesuai dengan fitrahnya tanpa
mengetepikan hak dan tanggungjawabnya. Hal ini memerlukan cetusan kesedaran terhadap
perlunya keberadaan jati diri dalam diri seorang wanita. Agar lahirlah generasi penyambung Muka | 9
kehidupan, generasi penerus perjuangan, generasi pembaharu dan generasi harapan umat.

2.4.1 Pandangan Islam terhadap beberapa akhlak yang menjadi isu di kalangan wanita dewasa:

i. Malu

Wanita Islam amat sinonim dengan perkataan malu. Mereka seharusnya mempunyai sifat malu
akan tetapi sifat ini tidak seharusnya menghalang mereka daripada memperkatakan
kebenaran.Termasuk juga di dalam pengertian malu itu perbuatan tidak campur tangan dalam
urusan orang lain, menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dengan
apa yang ada setelah diusahakan dan banyak lagi sifat-sifat lain. Telah diriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. lebih pemalu dari seorang gadis remaja dan beliau bersabda:

“Iman itu lebih daripada enam puluh cabang yang paling afdhal ialah kalimah (‫ )ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﷲ‬dan
paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu
cabang dari iman.

Isteri yang berjaya mengekalkan sifat malu dan berjaya mengekalkan personaliti yang menarik
perhatian suami dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat.

ii. Pergaulan lelaki dan wanita

Al-Quran telah menjelaskan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita. Firman Allah s.w.t. :

             

              

              

               

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10

                

     


Muka | 10

“Katakanlah (Wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Amat
Mendalam Pengetahuannya terhadap apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka
menutup belahan leher baju mereka”

(Surah An-Nur:30)

Larangan di atas bertujuan untuk mencegah kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Ini bersesuaian dengan kaedah Sad al-Zhara’i’ yang bermaksud menutup pintu kerosakan. Dr.
al-Bahi al-Khauli menyatakan di dalam konteks zaman moden masa kini, kaum lelaki dan wanita
berlumba-lumba mengejar kemajuan. Bukan sahaja lelaki mencari nafkah malah wanita juga
sudah tidak tetap berada di rumah dan adalah amat payah untuk menjaga pandangan daripada
melihat lelaki atau wanita ajnabi. Maka disarankan supaya jangan terlalu mengikut kehendak hati
menjamu mata pada sesuatu yang tidak wajar dipandang. Sebaliknya setiap individu perlu
berusaha membangun peribadi, pemikiran dan perasaan ke arah yang lebih bermanfaat dan lebih
berkualiti.

iii. Mempunyai matlamat hidup

Semangat dan keinginan belum cukup untuk kita mencapai kejayaan sekiranya tidak ada
perancangan dan matlamat kerana matlamat akan mendorong kita untuk berusaha lagi dan tidak
mengenal erti putus asa. Jati diri dari sudut ini ialah tidak membina kekuatan dirinya sendiri di
atas kekuatan diri orang lain iaitu dengan tidak meniru gaya hidup orang lain. Dia mempunyai
cara dan prinsipnya sendiri. Ke arah manakah dia akan menjurus dirinya. Manusia dibekalkan al-
Quran dan as-Sunnah serta dibekalkan akal untuk menambah pandu arahnya, agar tidak berlaku
kesesatan ketika berada di atas bumi milik Allah Yang Maha Berkuasa.

Matlamat bermaksud sasaran, iaitu tuntutan asasi manusia dan tiada tuntutan lain yang lebih
besar daripada itu. Matlamat hidup manusia ialah mencapai tujuan ciptaannya. Tujuan ciptaan
manusia ialah pengabdian iaitu pengabdian kepada Pencipta yang Maha Suci bersesuaian dengan
firman Allah Taala:

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10

      

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu. Muka | 11

(Al-Zaariyat: 56)

Inilah antara matlamat manusia dalam hidup ini. Umat Islam perlu bangun dari tidur mimpi yang
indah. Musuh Islam tidak akan membiarkan umat ini membentuk menjadi “rijal”. Apa yang
mereka mahu umat Islam ini menjadi “haprak”, pengemis, penagih dan berbagai-bagai lagi.Tidak
tahu arah tujuan hidup mereka yang sebenarnya. Manusia yang mempuyai hala tuju akan terus
berjalan untuk mencapai matlamat sehingga ke penghujungnya. Di antara matlamat Dasar
Wanita Negara adalah persakmaan dan kesaksamaan. Ia hendaklah dijadikan teras dasar
pembangunan berorientasikan rakyat supaya wanita yang berupa separuh jumlah penduduk
negara dapat menyumbang dan mencapai potensi mereka sepenuhnya. Sekiranya Wanita Islam
tidak mempunyai identiti sendiri, dibimbangi akan lahir masyarakat yang akan merosakkan
generasinya sendiri. Peluang ini mesti disambut dengan persediaan yang rapi oleh wanita Islam
dari semua sudut mengikut perspektif Islam.

iv. Berwibawa

Berwibawa yang dimaksudkan di sini merangkumi sifat berilmu, matang dan mampu menangani
pelbagai masalah yang timbul. Seorang wanita, apabila dia menjadi seorang suri rumah sebaik-
baiknya mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Samada pengetahuan secara
formal ataupun tidak formal.

Tanpa ilmu pengetahuan seseorang wanita itu kurang berwibawa menjaga harta suaminya dan
mentadbir rumahtangganya. Beliau juga tidak dapat menyediakan makanan seimbang bagi
keperluan keluarganya. Apatah lagi untuk mendidik anak-anaknya sebagai seorang insan yang
soleh, berkualiti serta sempurna.

Begitu juga wanita perlu mengetahui hak yang wajib terhadap suami dan anak-anaknya.
Seandainya pengetahuan ini tidak ada , maka ia dengan mudah akan dieksploitasi oleh pihak-
pihak yang tertentu.

Dalam peristiwa antara Khaulah bt Thalabah dengan suaminya Aus bin Al-Samit, Allah
mendengar rintihan Khaulah seperti termaktub dalam surah Mujadalah. Keperihatinan Khaulah
terhadap hukum-hukum syarak yang menyentuh hubungan suami isteri perlu dicontohi oleh
wanita Islam hari ini.

Ciri-ciri kematangan dalam ilmu merupakan identiti yang sukar dicari pada wanita muslim di
akhir zaman ini. Ada di kalangan wanita yang merasakan bahawa mereka tidak bekerja

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
seandainya mereka hanya tinggal di rumah untuk membesarkan anak-anak. Istilah bekerja pada
mereka ialah mesti keluar dari rumah dan dengan penampilan yang menarik perhatian. Di sinilah
perlunya kewibawaan seorang wanita dalam menangani masalah yang dihadapi. Kefahaman
yang jelas akan menghasilkan amal yang berkesan. Produk yang perlu kita lahirkan hari ini
adalah modal insan yang akan membuat perubahan untuk masa depan Islam yang gemilang. Muka | 12
Justeru itu, Islam telah memberi hak yang sama dalam menuntut ilmu. Para sahabiah telah
meminta Rasulullah s.a.w memperuntukkan masa khusus untuk mengajar ilmu pengetahuan
kepada mereka. Permintaan tersebut telah diperkenankan oleh baginda. Bahkan Rasulullah s.a.w
sendiri telah menggalakkan wanita mempelajari apa yang boleh memberi manfaat kepada
kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Jelas bahawa Islam merupakan cara hidup yang
membawa ke arah keharmonian bersama.

Ketokohan Aishah r.a. dalam pelbagai ilmu amat mengkagumkan. Menurut Ibnu Hajar, Aisyah
adalah seorang ahli fekah yang terkemuka dan dikatakan bahawa ¼ daripada hukum syarak
diambil dan dipelajari daripadanya.

v. Memiliki keazaman untuk berkorban

Wanita harus memiliki keazaman untuk berkorban samada harta mahupun jiwa di jalan Allah.
Dia juga mendatangani kontrak perjanjian yang menguntungkan Allah :

           

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan
harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga “

(At-Taubah :111)

Hari ini semua manusia menyaksikan bagaimana rakyat Palestin sanggup mengorbankan anak-
anak, suami-suami dan saudara mara mereka untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa dan bumi
mereka dari dirampas oleh bangsa yahudi dan sekutu-sekutunya. Wanita Islam di sana mahu
mengikut jejak langkah Khansa’, Khaulah Al-Azwar , Hindun , Safiyah dan ramai lagi tokoh
sahabiah yang berjuang di jalan Allah. Sedangkan kita di negara ini hanya perlu pengorbanan
dari sudut tenaga (fizikal dan intelektual), masa, material (wang).

Berhati-hatilah dari menyerupai orang-orang yang melaungkan slogan-slogan palsu, dakwaan-


dakwaan kosong dan suka berangan-angan. Renugilah satu syair Arab “Jangan kamu menjadi
hamba angan-angan. Sesungguhnya angan-angan itu adalah modal orang yang muflis.”

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
vi. Mempunyai prinsip hidup

Menurut kamus dewan “prinsip” ialah dasar atau asas (yang menjadi pokok sesuatu pemikiran,
kajian, tindakan dan lain-lain)

Prinsip akan tertegak dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani. Maka terbentuklah Muka | 13
suatu bangsa yang mampu membangkitkan bangsa yang bersemangat waja. Dengan ini akan
bermulalah kembali suatu kehidupan yang bermakna bagi mereka yang tidak pernah merasainya
sebelum ini. Mana-mana individu dan juga bangsa apabila kehilangan prinsip yang tulin akan
menyebabkan individu atau bangsa ini tidak berharga dan malang. Mereka ini tidak akan mampu
mencapai sebarang kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan sebarang impian malah
meraka hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian mereka sendiri. Firman Allah :

       

“Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari
kebenaran (iktikad)”

(Yunus: 36)

Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah ditetapkan untuk alam ini dan tiada yang dapat
mengubah sunnah ini. Firman Allah :

          

“ Sesungguhya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinnga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Al-Ra’ad :11)

Memahami sesuatu prinsip secara menyeluruh dan bersepadu adalah asas yang amat penting di
mana dengan memahami prinsip ini akan menghalang berlakunya masalah kekeliruan dan mudah
terpengaruh dengan setiap cadangan baru. Masalah akan timbul jika jati diri ini tidak wujud
kerana neraca yang tepat yang tepat sangat perlu dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

Prinsip adalah sesuatu asas yang tidak boleh ditukar ganti. Maka, wanita Islam hendaklah jelas
apabila berhadapan dengan situasi hari ini, jangan sampai mengejar arus kemodenan dan
globalisasi maka prinsip-prinsip dalam Islam tergadai dengan alasan-alasan yang diambil dari
orientalis yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan wanita-wanita Islam.

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
vii. Bersifat kepimpinan.

Tahap minima jati diri yang perlu dicapai untuk melayakkan diri menjadi pemimpin ialah :

a. Tubuh yang kuat (menunaikan tanggung jawab menjaga kesihatan)


b. Akhlak yang mantap (menunaikan tanggung jawab membentuk akhlak) Muka | 14
c. Berilmu (Menunaikan tanggung jawab ilmu)
d. Mampu berdikari (menunaikan tanggungjawab bekerja dan mencari pendapatan)
e. Akidah sejahtera (Menunaikan tanggungjawab akidah)
f. Ibadah yang betul (menunaikan tanggungjawab beribadah )
g. Bermujahadah melawan diri (menunaikan tanggungjawab bermujahadah)
h. Menjaga masa (menunaikan tanggungjawab penggunaan masa )
i. Segala urusannya tersusun (menunaikan tanggungjawab pengurusan )
j. Berguna kepada orang lain (menunaikan tanggungjawab kebajikan )

Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri kita dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ruang
untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian sentiasa terbuka luas. Jika
kita amalkan semua nilai ini dan jadikan nilai ini sebagai impian serta matlamat hidup, kita pasti
akan beroleh kegemilangan di dunia dan kesenangan serta keredhaan di akhirat

viii. Kepimpinan wanita terbahagi kepada tiga :

a. Kepimpinan wanita pada diri sendiri

Kepimpinan melalui teladan terhasil dengan mengarah seluruh anggota badan tunduk bertaqwa
kepada Allah s.w.t. mentaati segala perintah dan larangan Allah, melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan perbanyakkan berbuat amal kebajikan.

Pada awal kebangkitan Islam kepimpinan wanita sebagai individu yang dapat menghasilkan
kepimpinan melalui teladan atau qudwah hasanah begitu terserlah, sepertimana kata-kata
Napoleon ketika beliau ditanya: “Benteng manakah di Perancis yang paling kuat?” Ia menjawab:
“Para ibu yang baik”. Dalam konteks Malaysia kini, peranan wanita mestilah berusaha
mempertingkatkan kualiti diri supaya menghasilkan kepimpinan melalui teladan kepada anak-
anak dan masyarakat secara formal ataupun tidak formal. Ini bagi menjamin pembangunan
manusia yang berkualiti dan kehidupan sentiasa dirahmati Allah.

b. Kepimpinan utama wanita dalam rumahtangga ialah membangunkan insan dalam lingkungan
rumahtangganya. Wanita sebagai pengurus kepada suami, keluarga, anak-anak dan pembantu
rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ;

“Di antara kebahagiaan anak Adam (adalah) isteri solehah, tempat tinggal yang baik dan
kenderaan yang baik”

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
(Riwayat Ahmad )

Kerja-kerja rumahtangga bukanlah tugas utama isteri menurut ketetapan syarak malah ia adalah
merujuk kepada adat tempatan, fitrah wanita dan budi bicara diantara suami dan isteri. Di sini
jelas konsep syura amat perlu dalam institusi rumahtangga muslim. Terdapat hadis yang
menceritakan bahawa Fatimah puteri Rasulullah s.a.w datang mengadu kepada ayahandanya Muka | 15
tentang tangannya pecah-pecah mengisar tepung, lehernya berbekas mengangkat air dan bajunya
berdebu kerana menyapu. Tetapi baginda tidak mengizinkan puterinya mengambil pembantu
bahkan menyuruhnya berzikir. Pada hakikatnya, apa yang dibuat oleh Fatimah r.a. bukanlah
sesuatu tuntutan syarak ke atasnya akantetapi ia lahir daripada inisiatifnya sendiri, hasil dari
perasaan kasih sayang seorang seorang isteri dan ibu mithali yang sanggup berkorban apa sahaja
demi kebahgiaan rumahtangganya. Begitu juga dengan Asma’ binti Abu Bakr r.a. yang membuat
kerja dalaman dan luaran rumahtangga dan ia adalah lahir dari inisiatifnya sendiri sebagai
seorang wanita yang aktif dan produktif. Ia merupakan pengorbanan seorang isteri untuk
meringankan beban suami demi kebahgiaan rumahtangga. Identiti inilah yang perlu dijadikan
sebagai tokoh mithali untuk kita contohi pada zaman ini.

c. Kepimpinan wanita dalam masyarakat

Wanita sebagai seorang manusia yang istimewa yang juga saudara kepada lelaki. Turut sama
memberi sumbangan dalam membangunkan masyarakat dan negara demi kepentingan agama
dan ummah. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

          

             

  

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah menjadi penolong bagi
setengah yang lain.Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada melakukan
kejahatan.Dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan
rasulnya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh allah.Sesungguhnya allah Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana”.

(al-Taubah:71)

Atas dasar inilah maka wanita dibenarkan bekerja bahkan pada waktu-waktu tertentu ia adalah
satu tuntutan terutamanya bagi ibu-ibu tunggal, wanita-wanita yang diceraikan atau yang belum

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
dikurniakan suami memandangkan mereka tidak mempunyai sumber dan tidak pula ada yang
menanggungnya namun dia mampu bekerja untuk mencukupi keperluannya.

Apabila wanita itu bekerja, maka harus memenuhi beberapa syarat berikut :

i. Hendaklah jenis pekerjaannya memang tidak dilarang. Iaitu pekerjaan itu tidak Muka | 16
diharamkan atau mengarah kepada perbuatan haram.
ii. Beradab Islam ketika keluar rumah iaitu dengan adab berpakaian, berjalan, berbicara dan
berterampilan.
iii. Hendaklah pekerjaannya itu tidak mengorbankan kewajiban-kewajiban lain yang tidak
boleh dibiarkan.

Kaum wanita yang bekerja adalah untuk maslahat bagi diri, keluarga dan masyarakat tanpa
mengorbankan sifat malu wanita atau bertentangan dengan kewajibannya terhadap Rab, diri serta
rumahnya.

PENUTUP

Mana-mana insan di dunia ini tidak akan berjaya dan tidak akan termasuk dalam kalangan orang-
orang yang menang kecuali jika dia mempunyai kemahuan yang kuat, kecekalan dan keazaman
yang tinggi, berani ke depan, sabar, teguh pendirian, berhati-hati, tabah menanggung kesusahan,
bersemangat tinggi, berani, berjiwa perwira, aktif, kuat, gagah, sentiasa fokus pada matlamat,
bersedia untuk berkorban, bersistematik dan menghayati tanggungjawab. Inilah pembentukan jati
diri yang kita sama-sama berusaha untuk realisasikan dalam kehidupan umat Islam yang ada
disekeliling kita dewasa kini. Ketrampilan Puan Margaret Thatcter dan Puan Goldan di persada
dunia masih belum menepati makna al-falah seperti yang dikehendaki oleh Islam iaitu kejayaan
yang menyeimbangkan di antara pembangunan material dan rohani dan di antara kepentingan
duniawi dan ukhrawi.

RUJUKAN

Prof Dr.Wahbah Zuhaili, 2007, Al-Mausu’ah Al-Quraniyah, Universiti Damaskus


,Muhammad al-Ghazali.1989, Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Beirut:Dar Shuruq
Andek Masnah Andek Kelawa, 2001, Kepimpinan Wanita Dalam Islam: Kedudukannya dalam
Syariah,UKM .
Prof.Dr. Yusuf Al-Qardhawi,2002,Wanita dalam Masyarakat Islam Menurut Al-Quran dan As-
Sunnah

© www.ismaweb.net
Identiti dan Jati Diri Wanita Menurut Perspektif Islam

KONWANIS ‘10
Muhammad Abdullah Al-Khatib, 1991, Nazarat fi-Risalah Al-Taalim,Pustaka Media Budi
Pro. Dr. Yusof Al-Qardawi Perlantikan Wanita sebagai wakil Rakyat: Antara keharusan dan
tegahan- -Majalah Al-daawah,Issu no 65 ,terbitan World Media Service London
Robiah Sidin, 2000,Pembangunan Pendidikan Dan Wanita: Cabaran Perancangan, UKM
Muka | 17
Dr. Abdul Hamid al-Ghazali, 2004, Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah: Kajian
Berdasarkan Gagasan Imam Hassan al-Banna, Penerbit Teras Bakti.

Fathi Yakan, 2000, Apa Erti Saya Menganut Islam, Pustaka Salam.
Majalah Solusi-PP15048/05/2010

© www.ismaweb.net

Anda mungkin juga menyukai