Anda di halaman 1dari 14

TASMIK HAFAZAN AL-QURAN

ZAIWI IDILLA BINTI BOLHI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN

Abstrak

Tasmik hafazan al-Quran adalah satu kaedah yang berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Proses ini dijalankan secara bermuka atau “face to face”. Dalam
pengajaran al-Quran, pelajar diminta untuk membaca atau menghafaz dan guru mendengar
bacaan tersebut. Kaedah tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat-ayat tilawah
dan hafazan. Biasanya pelajar diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat
kesalahan, guru akan memperbetulkan secara langsung. Bidang hafazan memerlukan
penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan
dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami
formula atau fakta tertentu. Bidang ini merupakan satu bahagian dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam yang amat ditakuti oleh para pelajar. Mereka menganggapnya satu
kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak dapat menguasai surah yang
melibatkan kemahiran hafazan. Bagi mengatasi permasalahan ini, kajian telah dilaksanakan
untuk mencari pendekatan terbaik kepada murid dengan menggunakan cara yang mudah bagi
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menghafaz. Kajian ini akan dilakukan ke
atas 7 orang pelajar tingkatan 4Arif/4Bitara SMK Asyakirin. Pengkaji telah memilih kaedah
dalam kajian ini iaitu Program “11x1 Tasmik”.
1.0 Refleksi

SMK Asyakirin merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah bandar.
Pelajar menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka
kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, hadis,
akhlak, jawi dan amali.

Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu
dipelajari seperti bacaan ayat, hafazan dan pengertian ayat. Bidang hafazan misalnya, amat
memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan
ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan
memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

2.0 Fokus Kajian

Hasil daripada ujian, pengkaji mendapati seramai 5 orang pelajar tingkatan 4Arif/4Bitara
gagal memperdengarkan hafazan dengan baik di hadapan pengkaji. Terdapat juga sebilangan
pelajar yang Cuma dapat menghafaz separuh dan majoriti pelajar menghadapi masalah untuk
menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.

Sekiranya masalah in tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, pelajar-pelajar ini
akan menghadapi masalah untuk menghafaz ayat-ayat hafazan ini, dikhuatiri akan
mempengaruhi keputusan pelajar terutamanya ketika menjawab kertas 2 Pendidikan Islam
SPM.
3.0 Objektif Kajian

3.1ObjektifUmum

Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan kemahiran hafazan ayat-
ayat Al-Quran dalam mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan
4Arif/4Bitara SMK Asyakirin mengikut kaedah yang bersesuaian dengan diri masing-
masing.

3.2 Objektif Khusus

i. Pelajar dapat membaca surah Al-Kahfi Ayat 101-106 dengan baik, fasih,
lancar dan bertajwid
ii. Pelajar dapat menghafaz surah Al-Kahfi Ayat 101-106 dengan baik, fasih,
lancar dan bertajwid

4.0 Kumpulan Sasaran

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri dari pelajar Tingkatan 4Arif/4Bitara
seramai 7 orang yang terdiri dari 3 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.
5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Awal Masalah


Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan
mudah merupakan cabaran utama yang perlu pengkaji rungkaikan untuk membantu
mereka meningkatkan keyakinan mereka terhadap bidang hafazan ini. Sebelum
langkah-langkah yang seterusnya di ambil dalam menjalankan kajian ini, beberapa
cara telah dikenalpasti untuk mengutip data iaitu melalui pemerhatian, ujian sebelum
dan selepas serta borang soal selidik.

5.2 Cara Pengumpulan Data

Menurut Mohd. Majid konting (1990) kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan
maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.Ini bermakna,cara mengumpul
maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif
penyelidikan yang telah dinyatakan. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra.
Menurut Prof. Madya Dr. Saat md. Yasin (2006), Reka bentuk kajian ialah rancangan
bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan yang
akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini
dikutip.
5.2.1 Pemerhatian

i. Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan.


ii. Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan dan hafazan ayat Al-Quran.
(melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan tersebut).
iii. Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti berkumpulan. ( cara bersosial
dengan rakan, interaksi, penglibatan diri dalam kerja berpasukan).

Dalam kajian ini, aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang paling utama.
Ini adalah kerana melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun
tindak balas pelajar yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Melalui kaedah ini, pelajar dinilai secara terus tanpa ada halangan dari pengkaji untuk
menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung. Melalui pemerhatian
juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri pelajar semasa proses
pembelajaran. Dari sini dapat dilihat sama ada pelajar tersebut melibatkan diri secar aktif atau
sebaliknya. Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri
pelajar ialah:

a) Adakah pelajar mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh
pengkaji samada untuk membaca Al-Quran secara kelas, berkumpulan, berdua atau
individu berjaya diikuti oleh pelajar.

b) Kekerapan pelajar melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi sesuatu aktiviti
yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya
berdiam diri.

c) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti berkumpulan, sama ada aktif bersama ahli
kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif sewaktu aktiviti berlangsung.

d) Keyakinan diri pelajar untuk bertanya kepada pengkaji jika terdapat permasalahan
atau perkara yang tidak difahami sewaktu pembelajaran.
e) Aspek tingkah laku pelajar sewaktu memberi respon daripada pengkaji dengan
menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur badan samada bersesuaian dan
bertepatan dengan suasana semasa. Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang
menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu bersikap aktif atau pasif di dalam
pembelajaran.Segala tingkah laku pelajar dan perubahan yang dipamerkan oleh
pelajar dicatat menerusi borang pemerhatian setiap kali sesi P&P dijalankan.

5.2.2 Ujian Pra

a) Ujian pra akan dijalankan secara tasmi’ dimana pelajar secara bergilir gilir akan
memperdengarkan bacaan hafazan dihadapan pengkaji dimana pengkaji akan
menilai mengikut kesempurnaan bacaan dan hafazan..

b) Ayat hafazan yang di uji untuk tasmi’bagi pra ujian ialah ialah ayat 1-5 surah al-
Mulk. Ujian tasmi’ ini dijalankan terhadap 7 orang pelajar di dalam tingkatan 4
Arif dan Bitara. Daripada ujian pra yang dijalankan, sekiranya peratus kegagalan
pelajar melebihi 50% kajian tindakan ini harus dijalankan.

5.2.3 Ujian Pos

Ujian pos dijalankan selepas pengkaji menjalankan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan


dalam kajian ini. Ujian pos yang akan dijalankan adalah sama seperti yang telah
dilakukan oleh pengkaji pada ujian pra. Jika ujian pos menunjukkan peningkatan yang
signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai
5.3 Analisis Data

5.3.1 Pemerhatian

Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur.


Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas
dijalankan:

1 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang di beri


2 Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakar kertas
3 Berangan-angan
4 Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
5 Membuat kerja lain
6 Menggangu pelajar lain secara fizikal
7 Mencuba untuk menarik perhatian
8 Mengasah pensel
9 Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti di atas direkodkan dalam bentuk jadual di bawah


apabila pemerhatian dijalankan. Sebanyak 10 pemerhatian dijalankan dan nombor di
catat pada petak di mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti
yang dimaksudkan.

Pemerhatian
Peratus
Bil NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 %
1 MARIANA
2 HAQIBAH
3 JEFRY JUMAT
4 NUR QAMARINA
5 HAZAMI
6 NUR HAFIZAH
7 NICK AFFENDY

Daripada jadual di atas, didapati hampir 18 orang pelajar telah menjalankan paling
banyak aktiviti dan diantara aktiviti tersebut adalah merangkumi berfikiran di tempat
lain, berangan-angan, berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

5.3.2 Ujian Pra

Selepas pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan, pengkaji mennggunakan


kaedah yang kedua iaitu ujian pra. Ujian ini dijalankan seminggu selepas kaedah
pemerhatian digunakan. Dalam ujian ini, setiap pelajar Tingkatan Empat Dedikasi
dikehendaki membaca surah Al-Kahfi 101-110 di hadapan pengkaji seorang demi
seorang.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan kepada pelajar
Tingkatan Empat Arif dan Bitara;

Markah Tahap Bilangan


Pelajar
13-20 Baik 13
7-12 Kurang Baik 10
1-6 Lemah 10

Daripada keputusan ujian ini, didapati, tiga belas orang pelajar berada pada tahap baik
iaitu berjaya menghafaz surah yang diberikan dengan baik. Manakala sepuluh orang
pelajar berada pada kurang baik dan sepuluh orang pelajar pada tahap lemah. Tahap
kurang baik adalah pelajar tersebut boleh membaca tetapi tidak dapat menghafaz dengan
lancar, hanya menghafaz sebahagian dari ayat hafazan dan kurang bertajwid. Pelajar
yang lemah pula adalah pelajar yang tidak boleh menghafaz dan ada sebahagiannya
masih kurang fasih membaca. Untuk mengatasi kedua-dua tahap ini, pengkaji telah
mencadangkan dua jenis aktiviti yang akan dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar ini.

5.4 Tindakan Penyelesaian Yang Dicadangkan

Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, tahap penguasaan hafazan pelajar adalah pada
tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz surah
dengan lancar, sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin
disebabkan oleh amalan pengajaran yang kurang berkesan.

Setelah pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul, maka pengkaji akan
melaksanakan tiga teknik menghafaz surah-surah pilihan seperti berikut:

Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari)

Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Pengkaji membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul bagi


surah pilihan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-kurangnya 5 kali.
2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka.
3. Pelajar akan membaca surah-surah tersebut berulang kali sekurang-kurangnya 10
kali dalam sehari.
4. Pengkaji menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.

Program “Sahabat Hafaz”

1. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz.


2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang kedua
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang pertama.
4. Saling menegur ayat antara satu sama lain.
5. Pelajar kemudiannya akan membaca di hadapan pengkaji.

Kedua-dua teknik ini telah diguna pakai oleh Hasnida Ibrahim dalam kajiannya iaitu
Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dalam Sukatan AA 101 Di Kalangan
Pelajar Semester Satu (Jun 2011). Tindakan yang dijalankan ini bukan sahaja
melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran
aktif para pelajar dalam menguasai ilmu
5.5 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Stephen Kemmis. Stephen
Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi
kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk
membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:

 proses dan mutu pengajaran


 pemahaman dan penguasaan pengajaran
 situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun
biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama
orang luar.
Lingkaran pertama (Program 10-01)

1. Merancang
Memilih ayat hafazan, menyediakan jadual bagi bacaan ayat hafazan.

2. Bertindak
 Guru memperdengarkan bacaan yang betul dan pelajar mengikutinya beramai-
ramai sebanyak 5 kali.
 Pelajar akan mengulangi bacaan sebanyak 10 kali secara individu.

3. Memerhati
Memerhati keadaan kelas, merekod soalan pencapaian pelajar. Catat jangkaan.

4. Refleksi
Suasana kelas kurang kawalan semasa pelajar menjalankan aktiviti hafazan secara
individu. Penambahbaikan perlu dibuat.
Lingkaran kedua (Program Sahabat Hafaz)

1. Mengubah rancangan
Pelajar dipasangkan untuk mengelakkan bacaan dan hafazan secara individu

2. Bertindak
Pelajar dipasangkan dengan seorang memperdengarkan bacaan dan seorang
mendengar dan menilai hafazan.

3. Memerhati
Suasana kelas diperhatikan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada
tingkahlaku pelajar. Kesan kaedah direkodkan keatas hafazan pelajar.

5. Refleksi
Keputusan hafazan pelajar meningkat tetapi masih ada pelajar yang gagal. Apa yang
perlu pengkaji lakukan?

5.6 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tempoh


Perlaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Menjalankan Kajian Awal- permasalahan yang wujud 2 minggu
dalam hafazan diperincikan dari setiap aspek
4 Analisis kajian awal – untuk mengetahui bilangan pelajar 1 minggu
yang perlu dikaji
5 Merancang tindakan 1 minggu
- Tindakan yang dirancang bersesuaian dengan
kajian yang akan dilaksanakan. Dilakukan secara
individu dan juga berkumpulan
6 Melakasanakan tindakan 1 minggu
i. Aktiviti 1 (Program 10-01)
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 2 minggu
8 Melaksanankan tindakan 1 minggu
ii. Aktiviti 2 (Program Sahabat Hafaz)
9 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 2 minggu
12 Ujian untuk mengesan permasalahan pelajar 1 minggu
13 Refleksi kajian 1 minggu
14 Menulis laporan kajian 2 minggu

6.0 Cadangan Kajian

Anda mungkin juga menyukai