Anda di halaman 1dari 17

KAJIAN TINDAKAN:

JANGAN LUPA AYAT!

FADHLI BIN MOHD YUSOF

MOHD ZAKARIA BIN MOHD YUSAFF

ZAINATOL NATAIM BINTI AZZAHRI

SEK. MEN. KEB. SERI GADING, BATU PAHAT JOHOR

Abstrak

Hafazan adalah salah satu kaedah yang menuntut motivasi yang tinggi bagi pelajar-pelajar
menguasainya dengan berkesan. Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan
teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain
yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu.
Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003)
dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul
Ghani dam Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Hasnida Ibrahim menunjukkan bahawa
kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan
pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah
Al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat
sekolah menengah sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Bidang
ini merupakan satu bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang amat ditakuti oleh
para pelajar. Mereka menganggapnya satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka
tidak dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan
bahagian tilawah yang memerlukan pelajar menjawab dengan berpandukan daya ingatan
dibiarkan kosong atau menjawab dengan hanya meneka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang
hafazan. Kajian ini akan dilakukan ke atas 33 orang pelajar tingkatan Empat Dedikasi SMK
Sri Gading. Pengkaji telah memilih kaedah dalam kajian ini iaitu Program 10-01, Program
Sahabat Hafaz dan Program Dekat Dengan Pelajar.
1.0 Refleksi

Sek. Men. Keb. Sri Gading merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori
sekolah luar bandar. Mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang
sebagai mata pelajaran mudah lulus oleh pelajar kerana mereka beragama Islam. Mereka juga
menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana
mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, hadis, akhlak,
jawi dan amali.

Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu
dipelajari seperti bacaan ayat, hafazan dan pengertian ayat. Bidang hafazan misalnya, amat
memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan
ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan
memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

2.0 Fokus Kajian

Hasil daripada ujian pra, pengkaji mendapati seramai 20 orang pelajar tingkatan Empat
Dedikasi gagal memperdengarkan hafazan dengan baik di hadapan pengkaji. Terdapat juga
sebilangan pelajar yang Cuma dapat menghafaz separuh dan majoriti pelajar menghadapi
masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan
sebagainya. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang
kurang menarik minat pelajar, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan
dan juga sikap pelajar itu sendiri.

Sekiranya masalah in itidak dapat diatasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, pelajar-pelajar
ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz ayat-ayat hafazan ini, dikhuatiri akan
mempengaruhi keputusan pelajar terutamanya ketika menjawab bahagian tilawah Al-Quran
dan pemarkahan semasa amali PAFA.
3.0 Objektif Kajian

3.1ObjektifUmum

Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan kemahiran hafazan ayat-
ayat Al-Quran dalam mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan Empat
Dedikasi Sek. Men. Keb Sri Gading mengikut kaedah yang bersesuaian dengan diri
masing-masing.

3.2 Objektif Khusus

i. Pelajar dapat membaca surah Al- Luqman Ayat 1 -5 dengan baik, fasih, lancar
dan

bertajwid

ii. Pelajar dapat menghafaz surah Al-Luqman Ayat 1-5 dengan baik, fasih, lancar dan

bertajwid

4.0 Kumpulan Sasaran

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Dedikasi
Sek. Men. Keb. Sri Gading sesi 2012. Kumpulan ini seramai 33 orang yang terdiri dari 11
orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar dalam tingkatan Empat
Dedikasi mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan data ujian pra,
didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat homogeneous, maka guru
menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P.
5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Awal Masalah


Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan
mudah merupakan cabaran utama yang perlu pengkaji rungkaikan untuk membantu
mereka meningkatkan keyakinan mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan
pelajar-pelajar ini dapat pengkaji perincikan kepada aspek-aspek berikut:
a) Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran
b) Sejauh mana pelajar terdedah dengan bacaan dan hafazan al-quran
c) Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan
d) Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang diguna pakai
oleh pengkaji ialah ujian pra, ujian pos dan pemerhatian.

5.2 Cara Pengumpulan Data

Menurut Mohd. Majid konting (1990) kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan
maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.Ini bermakna,cara mengumpul
maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif
penyelidikan yang telah dinyatakan. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra.
Menurut Prof. Madya Dr. Saat md. Yasin (2006), Reka bentuk kajian ialah rancangan
bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan yang
akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini
dikutip.
5.2.1 Pemerhatian

i Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan.

ii Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan dan hafazan ayat Al-Quran.
(melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan tersebut).

iii Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti berkumpulan. ( cara
bersosial dengan rakan, interaksi, penglibatan diri dalam kerja berpasukan).

Dalam kajian ini, aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang paling utama.
Ini adalah kerana melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun
tindak balas pelajar yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Melalui kaedah ini, pelajar dinilai secara terus tanpa ada halangan dari pengkaji untuk
menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung. Melalui pemerhatian
juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri pelajar semasa proses
pembelajaran. Dari sini dapat dilihat sama ada pelajar tersebut melibatkan diri secar aktif atau
sebaliknya. Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri
pelajar ialah:

a) Adakah pelajar mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh
pengkaji samada untuk membaca Al-Quran secara kelas, berkumpulan, berdua atau
individu berjaya diikuti oleh pelajar.

b) Kekerapan pelajar melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi sesuatu aktiviti
yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya
berdiam diri.

c) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti berkumpulan, sama ada aktif bersama ahli
kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif sewaktu aktiviti berlangsung.

d) Keyakinan diri pelajar untuk bertanya kepada pengkaji jika terdapat permasalahan
atau perkara yang tidak difahami sewaktu pembelajaran.
e) Aspek tingkah laku pelajar sewaktu memberi respon daripada pengkaji dengan
menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur badan samada bersesuaian dan
bertepatan dengan suasana semasa. Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang
menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu bersikap aktif atau pasif di dalam
pembelajaran.Segala tingkah laku pelajar dan perubahan yang dipamerkan oleh
pelajar dicatat menerusi borang pemerhatian setiap kali sesi P&P dijalankan.

5.2.2 Ujian Pra

a) Ujian pra akan dijalankan secara tasmi’ dimana pelajar secara bergilir gilir akan
memperdengarkan bacaan hafazan dihadapan pengkaji dimana pengkaji akan
menilai mengikut kesempurnaan bacaan dan hafazan..

b) Ayat hafazan yang di uji untuk tasmi’bagi pra ujian ialah ialah ayat 1-5 surah al-
Mulk. Ujian tasmi’ ini dijalankan terhadap 33 orang pelajar di dalam tingkatan 4
dedikasi. Daripada ujian pra yang dijalankan, sekiranya peratus kegagalan pelajar
melebihi 50% kajian tindakan ini harus dijalankan.

5.2.3 Ujian Pos

Ujian pos dijalankan selepas pengkaji menjalankan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan


dalam kajian ini. Ujian pos yang akan dijalankan adalah sama seperti yang telah
dilakukan oleh pengkaji pada ujian pra. Jika ujian pos menunjukkan peningkatan yang
signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai.
5.3 Analisis Data

5.3.1 Pemerhatian

Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur.


Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas
dijalankan:

1 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang di beri

2 Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakr kertas

3 Berangan-angan

4 Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

5 Membuat kerja lain

6 Menggangu pelajar lain secara fizikal

7 Mencuba untuk menarik perhatian

8 Mengasah pensel

9 Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti di atas direkodkan dalam bentuk jadual di bawah


apabila pemerhatian dijalankan. Sebanyak 10 pemerhatian dijalankan dan nombor di
catat pada petak di mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti
yang dimaksudkan.

Pemerhatian
Peratus
Bil NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 %
1 ADILAH
2 AHMAD WAIZ
3 AINUR AFIQAH
4 AIZA FAZIANA
5 INTAN SHAHIRAH
6 IZNI NURFATIN
7 KHAIRUL ASYRAF
8 KHAIRUNNISA IZATY
9 MOHD FARRIZ
10 MUHD ZULHANIF
11 MOHAMAD ARIF
12 MOHAMAD HAZRUL
13 MOHAMMAD HAIZIZI
14 MOHAINI
15 MUHAMAD HUSAINI
16 MOHD DANIAL
17 MOHD EZZUL HAZIQ
18 MOHAMMAD FARHAN
19 MOHAMMAD FAUZI
20 MUHAMMAD HASYAM
21 MUHD HIHAM
22 MUHD SADIY
23 NASHRIQ HAIQAL
24 NOR INSYIRAH
25 NARASNA TASNIM
26 NURHAZIQAH
27 NUR NATASHA
28 NURSYAMIRA
29 NURUL AFIDAH
30 NURUL SYAKILLA
31 NORHANISAH
32 RAHAYU
33 ROSNITA

Daripada jadual di atas, didapati hampir 18 orang pelajar telah menjalankan paling
banyak aktiviti dan diantara aktiviti tersebut adalah merangkumi berfikiran di tempat
lain, berangan-angan, berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

5.3.2 Ujian Pra

Selepas pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan, pengkaji mennggunakan


kaedah yang kedua iaitu ujian pra. Ujian ini dijalankan seminggu selepas kaedah
pemerhatian digunakan. Dalam ujian ini, setiap pelajar Tingkatan Empat Dedikasi
dikehendaki membaca surah Al-Luqman 1 hingga 5 di hadapan pengkaji seorang demi
seorang.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan kepada pelajar
Tingkatan Empat Dedikasi;

Markah Tahap Bilangan Pelajar


13-20 Baik 13
7-12 Kurang Baik 10
1-6 Lemah 10

Daripada keputusan ujian ini, didapati, tiga belas orang pelajar berada pada tahap baik
iaitu berjaya menghafaz surah yang diberikan dengan baik. Manakala sepuluh orang
pelajar berada pada kurang baik dan sepuluh orang pelajar pada tahap lemah. Tahap
kurang baik adalah pelajar tersebut boleh membaca tetapi tidak dapat menghafaz dengan
lancar, hanya menghafaz sebahagian dari ayat hafazan dan kurang bertajwid. Pelajar
yang lemah pula adalah pelajar yang tidak boleh menghafaz dan ada sebahagiannya
masih kurang fasih membaca. Untuk mengatasi kedua-dua tahap ini, pengkaji telah
mencadangkan tiga jenis aktiviti yang akan dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar ini.

5.4 Tindakan Penyelesaian Yang Dicadangkan

Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, tahap penguasaan hafazan pelajar adalah pada
tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz surah
dengan lancar, sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin
disebabkan oleh amalan pengajaran yang kurang berkesan.

Setelah pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul, maka pengkaji akan
melaksanakan tiga teknik menghafaz surah-surah pilihan seperti berikut:

Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari)

Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Pengkaji membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul bagi


surah pilihan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-kurangnya 5 kali.
2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka.
3. Pelajar akan membaca surah-surah tersebut berulang kali sekurang-kurangnya 10
kali dalam sehari.
4. Pengkaji menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.

Program “Sahabat Hafaz”

1. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz.


2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang kedua
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang pertama.
4. Saling menegur ayat antara satu sama lain.
5. Pelajar kemudiannya akan membaca di hadapan pengkaji.

Program ‘Dekat Dengan Pelajar’

1. Program ini melibatkan penggunaan ICT seperti klip video, slideshow, gambar,
mahupun bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

2. Setiap kali proses P&P berlangsung, murid-murid dikehendaki untuk berada di


tempat duduk masing-masing dalam keadaan selesa dan memandang ke hadapan
kelas terutama kepada guru yang mengajar. Pengkaji sering menasihati murid-
murid agar tidak melakukan perkara lain selain memberi tumpuan yang khusus
kepada guru yang mengajar.

3. Kajian menunjukkan bahawa,murid-murid sekolah hanya mampu memberikan


tumpuan yang berfokus dalam masa kurang daripada 10 minit.Maka,pada setiap
selang masa 10-15 minit pengkaji akan jalankan aktiviti yang melibatkan murid
terlibat sepenuhnya didalam aktiviti yang menggunakan bahan sumber pengajaran
di dalam aktiviti tersebut.Tujuannya adalah untuk memastikan murid memberikan
tumpuan terhadap pengajaran dan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.

4. Kaedah pengajaran yang telah dipilih adalah kaedah pembelajaran menggunakan


bahan bantu mengajar atau sumber pengajaran yang berkesan sewaktu proses
pembelajaran. Bahan sumber ini akan menarik minat murid memberikan tumpuan
di dalam kelas manakala daripada bahan sumber tersebut pengkaji akan
menjalankan aktiviti yang menarik.Tujuannya adalah untuk memastikan murid
terlibat secara langsung di dalam pengajaran.

5. Kaedah ini dijalankan secara serentak semasa proses P&P TilawahAl-Quran.


Kaedah ini adalah secara berperingkat dan berhubung kait di mana setiap sumber
pengajaran yang digunakan mempunyai aktiviti yang menarik dan bersesuaian
supaya murid tidak bosan dengan sumber pengajaran semata-mata. Dengan
adanya aktiviti seperti ini, mampu merangsang minat murid seterusnya dapat
mengekalkan tumpuan semasa belajar.

6. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah paparan Al-Quran digital, carta,kad
imbasan,”PUZZLE’, bahan maujud,gambar,video,dan sebagainya.

7. Manakala aktiviti yang dijalankan ialah seperti, “bola hikmah”,”roda


impian”,”kuiz”,”gerabak keretapi”,”dadu aladdin”,”jambatan roboh”,klu james
bond, perbincangan kumpulan dan soal jawab.

Ketiga-tiga teknik ini telah diguna pakai oleh Hasnida Ibrahim dalam kajiannya iaitu
Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dalam Sukatan AA 101 Di Kalangan
Pelajar Semester Satu (Jun 2011). Tindakan yang dijalankan ini bukan sahaja
melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran
aktif para pelajar dalam menguasai ilmu.
5.5 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Stephen Kemmis. Stephen
Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi
kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk
membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:

● proses dan mutu pengajaran

● pemahaman dan penguasaan pengajaran

● situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun
biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama
orang luar.
Lingkaran pertama (Program 10-01)

1. Merancang
Memilih ayat hafazan, menyediakan jadual bagi bacaan ayat hafazan.

2. Bertindak

● Guru memperdengarkan bacaan yang betul dan pelajar mengikutinya beramai-

ramai sebanyak 5 kali.

● Pelajar akan mengulangi bacaan sebanyak 10 kali secara individu.

3. Memerhati
Memerhati keadaan kelas, merekod soalan pencapaian pelajar. Catat jangkaan.

4. Merefleksi
Suasana kelas kurang kawalan semasa pelajar menjalankan aktiviti hafazan secara
individu. Penambahbaikan perlu dibuat.

Lingkaran kedua (Program Sahabat Hafaz)

1. Mengubah rancangan
Pelajar dipasangkan untuk mengelakkan bacaan dan hafazan secara individu
2. Bertindak
Pelajar dipasangkan dengan seorang memperdengarkan bacaan dan seorang
mendengar dan menilai hafazan.

3. Memerhati
Suasana kelas diperhatikan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada
tingkahlaku pelajar. Kesan kaedah direkodkan keatas hafazan pelajar.
4.

5. Merefleksi
Keputusan hafazan pelajar meningkat tetapi masih ada pelajar yang gagal. Apa yang
perlu pengkaji lakukan?

Lingkaran ketiga (Program Dekat Dengan Pelajar)

1. Mengubah rancangan

Mengubah cara teknik hafazan dengan menggunakan teknologi iaitu dengan


menggunakan ABBM yang menarik untuk menarik perhatian pelajar dan
meningkatkan minat untuk menghafaz.

2. Bertindak

Paparan video ayat hafazan dengan cara bacaan atau tarannum yang menarik

Menggunakan kad imbasan ayat hafazan kepada pelajar. Pelajar membaca dengan
tarannum yang diperdengarkan tadi

Pelajar menyelesaikan “puzzle” ayat hafazan yang diberikan oleh guru

3. Memerhati
Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

4. Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang. Kawalan kelas baik. Pelajar menunjukkan
minat yang tinggi.
5.6 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tempoh


Perlaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu

2 Menulis proposal kajian 2 minggu

3 Menjalankan Kajian Awal- permasalahan yang wujud 2 minggu


dalam hafazan diperincikan dari setiap aspek

4 Analisis kajian awal – untuk mengetahui bilangan pelajar 1 minggu


yang perlu dikaji

5 Merancang tindakan 1 minggu

- Tindakan yang dirancang bersesuaian dengan


kajian yang akan dilaksanakan. Dilakukan secara
individu dan juga berkumpulan

6 Melakasanakan tindakan 1 minggu

i. Aktiviti 1 (Program 10-01)

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 2 minggu

8 Melaksanankan tindakan 1 minggu


ii. Aktiviti 2 (Program Sahabat Hafaz)

9 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 2 minggu

10 Melaksanakan tindakan 1 minggu

i. Akitiviti 3 (Program Dekat Dengan Pelajar)

11 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 3 2 minggu

12 Ujian untuk mengesan permasalahan pelajar 1 minggu

13 Refleksi kajian 1 minggu

14 Menulis laporan kajian 2 minggu

15 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu

5.6 Jadual Peruntukan Kewangan

Bahan Yang Digunakan Jumlah

Program 10-01

Program Sahabat Hafaz


Program Dekat Dengan Pelajar

Anda mungkin juga menyukai