Anda di halaman 1dari 16

Jawapan Bagi Soalan Pentaksiran Bilik Darjah:

SOALAN 1
SUWAIBAH BINTI SHAMSUL ARIFFIN

1. Semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam – Akidah, anda boleh


menjalankan pentaksiran mengesan tahap kefahaman pelajar dan memperbaiki
cara pengajran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

a. Berdasarkan situasi di atas, kemukakan jenis pentaksiran yang sesuai dan


rasionalnya anda memilih untuk melaksanakan pentaksiran tersebut.

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu anjakan yang telah dilakukan
selari dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
mula diperkenalkan pada tahun 2017. KSSR memberi penekanan kepada tiga aspek
utama, iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Proses penggubalan kurikulum yang telah mengambil kira ketiga-tiga aspek ini telah
meletakkan pentaksiran sebagai satu elemen utama dalam pembelajaran. Ini kerana,
tugas guru bukan sahaja untuk menyampaikan kurikulum yang telah direka bentuk
malah untuk mentaksir murid-murid sepanjang proses pengajaran dijalankan. Tugas
sebagai seorang pengajar dan pentaksir bukanlah satu tugas yang mudah,
memandangkan guru harus mempunyai pengetahuan yang cukup untuk
melaksanakan kedua-dua tanggung jawab ini (Lane, Oakes, Powers, Diebold,
Germer, Common, & Brunsting, 2015).
Dalam konteks melaksanakan tugas sebagai seorang pengajar dan pentaksir,
guru bukan sahaja perlu menguasai kandungan kurikulum malah harus tahu untuk
menggunakan kaedah yang sesuai untuk menyampaikan kurikulum tersebut (Lam,
2015). PBD merupakan satu kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur proses
perkembangan pembelajaran murid secara berterusan (Jacob & Parkinson, 2015).
Proses ini agak berbeza jika dibandingkan dengan peperiksaan yang hanya
mengukur pembelajaran murid di hujung proses pembelajaran. Kedua-dua konsep ini
mempunyai satu perbezaan yang agak ketara, memandangkan peperiksaan
adalah lebih bersifat pentaksiran sumatif manakala PBD adalah lebih bersifat
pentaksiran formatif. Oleh kerana peperiksaan dan pentaksiran adalah dua proses
yang berbeza, maka guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam

1
mengendalikan kedua-dua proses ini dengan harapan dapat mebina potensi murid
secara lebih menyeluruh.
Oleh itu saya melaksanakan pentaksiran Formatif (Assessment For Learning)
iaitu suatu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan bagi meningkatkan lagi
pembelajaran murid dan mengesan tahap kefahaman pelajar serta memperbaiki cara
pengajran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Rasionalnya saya menggunakan
pentaksiran ini adalah untuk menilai perkembangan dan tahap penguasaan murid
dalam topik aqidah bab 4 dan 5 iaitu tajuk ”Syirik Merosakkan Aqidah dan Bahaya
Sihir”. Dalam masa yang sama juga adalah untuk saya mendapatkan maklum balas
kefahaman murid berkaitan dua topik ini bagi menambahbaik pengajaran dimana saya
akan dapat merancang program pemulihan atau program penggayaan atau perlu
mengajar semula topik yang masih belum dikuasai oleh murid tersebut.

b. Huraikan cara pelaksanaan (a) dengan berkesan.

Apabila telah mengetahui matlamat pentaksiran yang akan saya laksanakan,


saya menentukan dahulu topik pembelajaran yang akan ditaksir iaitu bab 4 bertajuk
syirik merosakkan aqidah dan juga topik 5 bertajuk bahaya sihir. Selepas itu saya
menyusun aspek dan tahap pencapaian sesuatu topik seperti definisi bagi syirik dan
sihir, hukum dan dalil serta contoh yang berkaitan. Pada tahap ini saya dapat
menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan apa yang telah dipelajari mereka
samada memahami keseluruhan atau sebaliknya. Sterusnya saya
menghubungkaitakan elemen-elemen dalam setiap subjek yang perlu dikuasai murid
dengan merujuk kepada aras taksonomi bloom yang mana setiap penentuan aras ini
dapat dilihta dengan jelas kefaham murid terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari
mereka. Seterusnya saya membentuk soalan ujian dimanama soalan ini perlu diuji
sekurang-kurangnya kepada satu soalan. Dan yang terakhir saya dapat
mencadangkan atau merangka langkah susulan selepas keputusan ujian diperolehi.
Contohnya bagi murid-murid yang masih menunjukkan kelemahan ketara dalam topik
syirik, maka tindakan selanjutnya yang saya harus ambil adalah dengan mengulang
dan memberi penerangan semula dan mengubah cara penyampaian agar murid2
boleh menguasai topik itu dengan baik.

2
Menurut (Boston, 2002), ”guru mampu untuk menentukan tahap piawai apa yang
diketahui pelajar dan pada tahap mana”. Bersangkutan dengan itu walapun ujian
pentaksiran ini dilaksanakan terdapat kebaikan dan kelemahan pentaksiran formatif
ini dilakasanakan. Antaranya ialah:

KEBAIKAN
GURU MURID
1) Guru dapat memutuskan perubahan 1) Melahirkan murid yang benar2
kecil atau besar pada arahan yang memahami isi pembelajaran yang
mereka perlu lakukan agar semua murid dipelajari dan menguasainya dengan
boleh berjaya menguasai topik dan baik.
dapat melakukan yang terbaik pada
ujian yang akan datang.
2) Guru boleh memaklumkan kepada 2) Murid dapat membuat refleksi kendiri
murid tentang kemajuan semasa mereka dan memperbaiki kelemahan dalam
bagi membantu mereka dalam sesuatu topik dan kemahiran yang
menetapkan maklumat untuk dipelajari sebelum meneruskan
penambahbaikan dalam pembelajaran. pembelajaran topik lain.
KELEMAHAN
1) Menyukarkan guru membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap
individu murid sekiranya jumlah murid adalah terlalu ramai. Contohnya satu
kelas terdapat 45 orang murid dan berbagai tahap pencapaian yang
diperolehi.
2) Perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara satu kelas dengan kelas yang
lain kerana kemampuan murid tidak diuji secara sama rata terhadap sesuatu
topik pelajaran dan kemahiran.
3) Kelemahan murid adalah pelbagai dan tidak sama antara satu sama lain dan
ianya menjadi sukar buat guru untuk memberi perhatian kepada sesatu
kelemahan dengan tidak mengabaikan mereka yang lain di dalam kelas
tersebut.

3
SOALAN 2
NURUL SYAFIQAH BINTI SAMAD

4
NOR AZIZAH BINTI DARMAN SHAH
SOALAN 3

5
SOALAN 4 SITI NOORZIL FATAINI BINTI MD RAFI
JAWAHIR MUNIRAH BINTI AB RAHAMAN

6
SOALAN 5 ADLIN HAYAT BINTI MUSTAFA

7
SOALAN 6
NURAISYAH NADHIRAH BINTI MOHD ZEN

8
SOALAN 7 NUR THAHIRAH BINTI IBRAHIM

9
10
SOALAN 8
HAZIRA BINTI KAMISAN
HAMIDAH BINTI AZMAN
NUR FASIHAH BINTI ABD. NASIR

11
SOALAN 9

MOHD HAFIZA BIN MAT NOR

SOALAN 10
HAFIDZ BIN MD LOTPE

12
SOALAN 11

ANAS BIN BAHARUDIN

13
SOALAN 12

MUHAMMAD AFIF BIN ZAINAL ABIDIN

14
SOALAN 13

AMIRULBARZAM BIN ZOL BAHARIN

15
SOALAN 14
MUHAMMAD AMRINUDDIN BIN MOHD RAHIM
MUHAMMAD EZRAL REEZA BIN AMIR HAMZAH

16

Anda mungkin juga menyukai