Anda di halaman 1dari 5

Nama: Abdul Khaliq bin Abdul Samat (S2130891)

Nama: Mohd Nornizam Syah bin Mohd Riad Ahiron (S2114471)

Dua orang satu kumpulan mencari bahan-bahan tentang Pentaksiran Bilik Darjah, kemudian

menjawab soalan-soalan berikut.

1. Apakah ciri-ciri PBD? Kenapa PBD dilaksanakan di semua sekolah rendah dan

menengah di Malaysia?

PBD ialah Pentaksiran Bilik Darjah yang dilakukan secara berterusan dalam sesuatu

sesi pengajaran dan pembelajaran bagi melihat perkembangan seseorang murid tersebut.

Guru akan melihat secara berterusan daripada segi perkembangan, kemajuan, kebolehan

dan pencapaian murid. Antara ciri-ciri Pentaksiran Bilik Darjah ini ialah PBD dirancang oleh

guru itu sendiri. Hal ini sedemikian kerana perancangan itu mestilah bersesuaian dengan

murid yang telah diajar oleh guru tersebut. Guru tersebut mestilah menilai muridnya sendiri

dengan secara berterusan. Selain daripada itu, pentaksiran bilik darjah ini juga perlulah

bersistem. Bersistem ini bermaksud guru tersebut perlu merancang PdP dengan baik agar

pdp dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Guru juga perlu menentukan instrumen yang

bersesuaian bagi memudahkan guru tersebut untuk menilai seseorang murid tersebut.

Sebagai contoh, pemilihan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan subjek yang diajar

dapat membantu murid itu lebih faham. Di dalam ciri ini juga pelbagai kaedah yang dapat

digunakan oleh guru bagi membuat pentaksiran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah

pemerhatian, lisan dan penulisan yang berasaskan kriteria dengan menilai penguasaan murid

berdasarkan standard kandungan. Standard pembelajaran, standard prestasi dan tahap

penguasaan yang ditetapkan. Antara sebab PBD dijalankan di semua sekolah rendah dan

menengah ialah guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran yang telah diajar oleh guru tersebut. Sekiranya guru dapat mengenal pasti

setiap kekuatan dan kelemahan murid pasti guru tersebut dapat menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh setiap murid. Selain itu, guru tersebut juga boleh merancang dan mengubah
suai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga boleh melakukan aktiviti

yang dapat membantu murid yang lemah bagi memberi ruang kepada mereka untuk

mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang di ajar. Seterusnya, perlaksanaan ini dapat

digunakan oleh guru untuk mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Sebagai contoh, bagi murid yang kurang memahami sesuatu mata pelajaran, guru boleh

mengadakan kelas tambahan bagi membantu murid tersebut. Manakala untuk pelajar yang

pandai boleh diberi pengajaran yang lebih bagi memantapkan kefahaman mereka. Selain itu,

PBD ini juga perlu dilaksanakan kerana tahap penguasan murid tersebut diketahui oleh murid

itu sendiri dan juga ibu bapa mereka. Hal ini dapat membantu ibu bapa mereka bagi

mengetahui tahap kefahaman anak mereka semasa di sekolah.

2. Bincangkan pelaksanaan, pemantauan dan keberkesanan PBD di sekolah-sekolah

kerajaan dengan memberi contoh.

Di dalam perlaksanaan PBD ini ia akan melibatkan 3 kaedah utama. Antaranya ialah

kaedah penulisan, lisan dan pemerhatian. Di dalam kaedah penulisan ini guru boleh meminta

murid untuk membuat satu karangan mengikut tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

Semasa PdP dijalankan guru boleh menilai dan melihat setiap murid mengarang karangan

tersebut mengikut tajuk yang diberikan. Oleh hal sedemikian, guru dapat mengesan tahap

penguasaan murid tersebut dalam membuat karangan. Manakala bagi keadah lisan pula, guru

boleh meminta setiap murid untuk membaca petikan yang telah disediakan. Cara ini dapat

mengesan murid dalam menguasai kaedah lisan. Selain itu, pelaksanaan secara lisan ini

dapat dilakukan semasa proses Pdp dijalankan seperti pembentangan, kuiz dan juga

sebagainya berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru. Bagi kaedah

pemerhatian, guru dapat melihat tindakan murid semasa PdP dijalankan. Guru akan membuat

pemerhatian berdasarkan interaksi dan tindak balas murid tersebut kepada topik yang

diajarkan kepada murid tersebut. Bagi pemantauan pula, ia bertujuan untuk melihat setiap

kekuatan dan kelemahan murid. Hasil daripada pemantauan ini guru boleh mengambil
tindakan selanjutnya ke atas murid tersebut. Sebagai contoh, bagi murid yang kurang faham

tentang sesuatu topik, maka guru dapat memberi perhatian lebih dengan mengadakan kelas

tambahan untuk membantu pelajara tersebut. Selain itu, keberkesanan PBD ini juga bertujuan

untuk melihat tahap penguasaan murid tersebut kepada sesuatu topik. Keberkesanan ini

dapat dilaksanakan dengan mengadakan ujian yang dijalankan oleh guru tersebut berkenaan

dengan topik yang telah dipelajari. Sebagai contoh, murid yang mendapat markah yang tinggi

bermaksud murid tersebut sudah pun menguasai topik yang dipelajarinya manakala murid

yang mendapat rendah markahnya memberi maksud murid tersebut masih kurang menguasai

topik tersebut. Ini menunjukkan bahawa PBD ini adalah bertujuan untuk melihat

perkembangan murid dalam sesuatu subjek dan topik yang telah ajar oleh guru.

3. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pelaksanaan PBD di sekolah?

Pelaksanaan pentafsiran bilik darjah (PBD) di sekolah sama ada sekolah menengah atau

sekolah rendah amatlah dipersetujui. Umum sedia maklum, Pentafsiran bilik darjah

merupakan satu langkah ataupun inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

bagi melihat kepada perkembangan-perkembangan pelajar dalam melaksanakan tugasan

terhadap semua mata pelajaran yang dianbil. Pelaksanaan seperti ini tidak dinafikan

membantu para guru dan juga ibu bapa dalam meneliti dan memerhati kemajuan setiap

pelajar. Unutk makluman, secara umumnya PBD ini bukanlah dilakukan untuk membuat

perbandingan antara pelajar yang berpengetahuan tinggi ataupun sebaliknya. Malahan ia

dilaksanakan agar setiap guru dapat mengenalpasti perkembangan dan kemahiran yang yang

terdapat di dalam jati diri setiap pelajar. Jika pelajar tersebut didapati lemah dalam subjek

yang diajar, mungkin guru boleh memberi perhatian yang lebih terhadap pelajar tersebut.

Tamsilnya guru boleh menggunakan kaedah pengajaran terbeza dengan mengasingkan

pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dan juga pelajar yag lemah. Hal ini kerana,

agar pelajar yang lemah tersebut boleh diberi perhatian yang lebih. Selain itu, dalam PBD ini

juga, guru boleh meletakkan objektif yang ingin dicapai sejajar dengan objektif yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diambil kira dalam pelaksanaan PBD

antaranya ialah, untuk mengesan pengetahuan murid, mengesan perkembangan murid

secara menyeluruh, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari

masa ke semasa, mengetahui keberkesanan PdPc, merancang dan mengubah suai serta

menambah baik PdPc dan menjalankan tindakan susulan. Justeru, dengan adanya objektif

yang dijadikan sebagai kiblat ini, maka guru boleh menetapkan kaedah yang sesuai

digunakan dalam proses PdPc di dalam kelas serta pelaksanaan PBD ini mampu dilakukan

dengan baik serta kemenjadian pelajar juga turut cemerlang.

4. Adakah PBD boleh menggantikan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, dan/atau

PT3 yang dijalankan sebelum ini. Kenapa?

Pentafsiran bilik darjah mampu menggantikan peperiksaan awam seperti UPSR dan

juga PMR/PT3. Jika dilihat dari sudut yang berbeza, sebelum ini pelajar di sekolah rendah

akan diasah selama enam tahun sebelum mengambil peperiksaan UPSR dan pelajar

menengah rendah akan diasah selama tiga tahu sebelum menduduki peperiksaan PMR/ PT3.

Untuk makluman, pada tahun kemuncak di setiap peringkat peperiksaan tersebut, pelajar

akan mendapat tekanan yang tinggi daripada semua pihak untuk fokus dan hadam semua

silabus yang telah mereka pelajari sebelum ini. Jika dilihat ia mampu memberi tekanan yang

mendalam kepada sehingga memberi impak yang drastik khususnya kepada kesihatan

mental dan fizikal. Jika peperiksaan ini diubah kepada PBD, sedikit sebanyak pelajar dapat

mempelajari sesebuah ilmu mengikut subjek secara berperingkat. Hal ini tidak dinafikan dapat

mengurangkan masalah mental dan fizikal kepada pelajar. Antara kaedah yang boleh

dilaksanakan dalam PBD ini seperti kuiz, pembentangan secara berkumpulan, tugasan

bertulis, tugasan yang melibatkan fizikal (khusus bagi subjek Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan) dan banyak lagi. Tamsilnya seorang guru yang mengajar subjek bahasa Melayu

mengarahkan belajar untuk membuat satu video lakonan KOMSAS dan memuat naik ke
aplikasi youtube. Hal-hal seperti inilah yang akan memupuk dan mengasah kemahiran para

pelajar agar mampu berdaya saing semasa apabila mereka bekerja di dalam industry kelak.

Anda mungkin juga menyukai