Anda di halaman 1dari 4

Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

LAPORAN REFLEKTIF
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah tugasan ini
disudahkan tepat pada masanya. Ucapan penghargaan didedikasikan khusus kepada
pensyarah pembimbing En. Chula Bina yang banyak memberi panduan kepada saya
sepanjang menyediakan tugasan ini.
Sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ)
Suaian ini dijalankan saya menghadapai masalah dalam mencari dan memilih tajuk
yang sesuai untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi murid-
murid berkeperluan khas di mana saya telah diberikan satu format yang telah
ditetapkan iaitu penyediaan RPH KSSR Bersepadu Tahun 1. RPH Bersepadu
bermaksud saya perlu menyediakan rancangan di mana terdapat dua atau lebih
kecacatan yang perlu saya sediakan dan rancangkan dalam pengajaran saya kelak.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini saya telah berusaha dengan usaha saya
sendiri mencari dan mengakses maklumat yang berkaitan melalui laman sesawang
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah disediakan khusus untuk
murid-murid berkeperluan khas. Hasilnya, saya berjaya mendapatkan bahan-bahan
atau dokumen-dokumen yang diperlukan bagi penyediaan RPH Bersepadu ini. Melalui
dokumen standard dan modul pengajaran yang telah saya perolehi saya memilih dan
menentukan tajuk yang bersesuaian dan menyediakan Rancangan Semester
berdasarkan dokumen tersebut. Kesimpulannya, dokumen-dokumen dan modul ini
telah membantu saya dalam merancang sekaligus berjaya menyediakan RPH yang
lengkap berpandukan dokumen dan modul yang diperolehi itu.
Setelah menyediakan RPH yang lengkap saya berbincang bersama guru yang
mengajar murid berkeperluan khas berhubung strategi, kaedah dan teknik yang sesuai
untuk mengajar murid-murid ini. Hasilnya, melalui temu bual dan soal jawab bersama
guru tersebut saya mendapat satu gambaran awal bagaimana hendak melaksanakan
dan mengorganisasikan pengajaran saya kelak. Malah, melalui pemerhatian yang telah
saya lakukan mendapati kaedah arahan dhand anhan amat sesuai diaplikasikan dalam
pengajaran ini. Ini bertepatan dengan gaya pengajaran menurut Mosston & Ashworth
(1994) dalam buku Wee (2009) yang mengemukakan 11 gaya pengajaran yang
berbeza. Menurut tokoh-tokoh ini juga terdapat beberapa keputusan yang perlu dibuat
sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran dijalankan. Antaranya adalah
sebelum pengajaran beberapa keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran
adalah dari segi persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian.
Kemudian, semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan
perlu ditetapkan oleh seorang guru dan akhir sekali selepas pengajaran di mana
penilaian dan maklumbalas daripada pelajar perlulah diambil kira oleh seorang guru
iaitu pelaksana pengajaran dan pembelajaran itu. Justeru, melalui panduan yang
diberikan oleh Mosston dan Ashworth ini saya jadikan sebagai panduan dalam
menyediakan sebuah RPH yang berkesan terutama murid-murid berkeperluan khas ini.
Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti hasil daripada pemerhatian yang
dijalankan oleh pasangan praktikum saya mendapati semasa pengajaran dan
pembelajaran PJ Suaian dijalankan mendapati aktiviti yang dijalankan sesuai untuk
murid-murid di mana murid-murid aktif melakukan aktiviti yang disediakan. Kawalan
kelas juga baik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyeronokkan mereka. Ini dapat
dicapai oleh saya semasa pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh guru
mengamalkan konsep perencah (scaffolding) di mana menurut Haliza dan Joy (2009)
konsep scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran yakni
guru akan mengubahsuai tahap bantuan atau bimbingan yang diberikan mengikut
keupayaan murid itu sendiri. Ini dapat dilihat semasa latih tubi dijalankan di mana saya
membimbing murid-murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajar secara individu
di mana saya memberikan pembetulan satu per satu berhubung cara yang betul untuk
melambung dan menyambut bola secara bersemuka dengan mereka. Selain daripada
itu, saya menggunakan rakan sebaya mereka sendiri iaitu murid-murid yang mahir
untuk membimbing murid-murid yang tidak menguasai. Kaedah dan teknik ini adalah
bertepatan dengan konsep perencah yang telah saya nyatakan di atas.
Selain daripada itu, saya mampu mengawal kelas dengan baik adalah
disebabkan arahan dan organisasi semasa melakukan latih tubi. Arahan yang saya
berikan adalah jelas, ringkas dan padat serta tidak berjela-jela atau memberikan
penerangan yang panjang. Ini bertepatan dengan gaya pengajaran yang dikemukan
oleh Mosston dan Ashworth (1994) di mana dalam gaya ini, guru yang mengawal Apa
yang akan dipelajari, Bagaimana ia dilakukan, serta Mula dan Akhir sesuatu aktiviti.
Proses-proses menggunakan gaya ini adalah seperti saya memberikan penerangan
ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari murid dan
murid-murid akan berlatih. Kemudian, saya memberikan komen am tentang prestasi
atau pelakuan mereka. Saya juga memberikan penerangan lanjut dan membuat
demonstrasi lanjut berkaitan kemahiran yang hendak dipelajari sebelum murid-murid
melakukan latihan semula. Selain itu, saya memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid
yang memerlukan bantuan secara individu. Oleh sebab itulah hasilnya saya dapat
mengawal kelas dengan baik.
Di sebalik kekuatan yang telah saya nyatakan pada penerangan di atas, tidak
dapat dinafikan juga masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti semasa
pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian Bersepadu ini. Berdasarkan pemerhatian
yang dilakukan oleh pasangan praktikum saya mendapati bahawa masa aktiviti yang
dijalankan terlalu singkat. Selain itu, berlaku gangguan daripada murid-murid yang
hyperactive yang sentiasa berlari dan melakukan aktiviti lain apabila guru tidak
mengawasi mereka. Di samping itu, setiap daripada murid-murid mempunyai masalah-
masalah yang tersendiri. Antaranya adalah terdapat murid-murid yang tidak
mengendahkan arahan yang diberikan guru terutama murid-murid autisme, tidak
memahami apa yang dilakukan oleh guru yakni bagi murid-murid lembam, terdapat juga
murid-murid yang menangis disebabkan gangguan daripada murid hyperactive. Justeru,
setiap masalah yang dihadapi ini menjadi cabaran kepada saya dalam mengajar PJ
kepada mereka terutama dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
mahu dicapai oleh guru dan murid.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini antara cadangan
penambahbaikan yang akan dilakukan saya pada masa hadapan atau pada pengajaran
seterusnya saya akan melakukan aktiviti yang mudah dan mengikut rentak atau
kemampuan mereka. Saya juga akan menggunakan gaya pengajaran yang berbentuk
latihan sepertimana yang dikemukakan oleh Mosston dan Ashworth di mana gaya
pengajaran ini sesuai dijalankan bila masa pengajaran terhad dan sesuai pada
peringkat permulaan pembelajaran. Selain itu, murid-murid mempunyai lebih masa
untuk berlatih berbanding dengan gaya arahan. Mengikut gaya ini, semasa latihan
diberikan saya akan memerhatikan murid-murid dan memberi maklum balas dan
memberi tunjuk ajar kepada murid yang memerlukan. Dalam proses pembelajaran
secara umum, maklum balas daripada guru adalah penting. Maklum balas boleh
dikategorikan kepada empat jenis iaitu maklum balas prestasi (performance feedback),
maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum balas attribut (attributional
feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback) (Pintrich & Schunk, 1996).
Justeru, dalam pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian Bersepadu yang saya jalankan
ini, saya akan memberikan maklum balas berbentuk prestasi dan attribut kepada murid-
murid kelas bersepadu ini. Ini kerana maklum balas prestasi merujuk kepada maklum
balas guru terhadap tahap ketepatan tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Saya akan
memberikan maklum balas jenis ini apabila murid-murid dapat melakukan kemahiran
yang diperkenalkan kepada mereka dengan baik. Melalui maklum balas ini murid-murid
akan mendapat rangsangan dan akan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan
lagi prestasi mereka. Bagi maklum balas attribut pula adalah sesuai dengan murid-
murid bekerpeluan khas kerana maklum balas ini diberikan disebabkan kekurangan
yang mereka hadapi. Guru akan memberikan motivasi kepada murid-murid dengan
menyatakan bahawa kekurangan yang dihadapi tidak menjadi halangan untuk mereka
mencapai kejayaan. Justeru, diharapkan agar mereka berusaha untuk memperbaiki dan
melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.
Selain daripada itu, untuk mengatasi masalah gangguan semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku antara cadangan penambahbaikan yang akan saya
laksanakan adalah dengan memberikan masa rehat (Time-out). Murid-murid yang
menganggu akan diberikan masa rehat agar menjadi hukuman kepada mereka untuk
tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan. Menurut Wee (2009), peraturan
masa rehat digunakan untuk menghentikan murid bertingkah laku buruk semasa
melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan tempoh masa yang lazim dipraktikkan ialah 5
sehingga 10 minit. Walau bagaimanapun, semasa murid diberikan masa rehat, murid
tidak dibenarkan berada jauh daripada guru dan mesti berada berhampiran dengan
guru.
Di samping itu juga, saya akan memberikan pengukuhan kepada murid-murid
yang dapat melakukan aktiviti dengan baik. Menurut Wee (2009), terdapat empat
kategori pengukuhan iaitu pengukuhan sosial, pengukuhan masa, pengukuhan hak
istimewa dan pengukuhan visual. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran PJ
saya akan memberikan pengukuhan sosial seperti anggukan kepala, pujian, dan
senyuman terhadap tingkah laku murid dan diharapkan melalui pengukuhan ini akan
menjadi rangsangan kepada mereka untuk mengulangi perbuatan atau tingkah laku
yang diingini iaitu melakukannya dengan betul. Rangsangan yang akan diberikan oleh
saya adalah berlandaskan Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov. Menurut Ragbir
(2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan
Pavlov. Prinsip tersebut ialah pertama setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas, kedua pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas
dan ketiga iaitu pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan
dinamakan pelaziman. Justeru, melalui rangsangan yang diberikan ini diharapkan
murid-murid menunjukkan gerak balas yang positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan hadapan. Sebagai contoh saya akan memberikan
pujiaan dan hadiah kepada murid-murid yang mendengar dan mengikuti arahan yang
diberikan serta tidak menimbulkan gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Hasil yang diharapkan adalah berlaku perubahan tingkah laku terhadap
diri mereka untuk melakukan aktiviti dengan baik dan menguasai kemahiran yang
diperkenalkan kepada mereka.

Kesimpulannya, adalah menjadi harapan saya agar setiap kekuatan, kelemahan
dan cadangan penambahbaikan yang dinyatakan mampu membantu meningkatkan
kompetensi saya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani dengan lebih baik
dan mampu mengajar dan mendidik murid-murid berkeperluan khas ini agar tidak
ketinggalan atau tersisih daripada menguasai kemahiran-kemahiran yang patut mereka
kuasai untuk menjadikan mereka sebagai insan yang mampu berdikari.

Anda mungkin juga menyukai