Anda di halaman 1dari 5

Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat

menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek ini dengan lengkap dan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya, En. Haizuan kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi tunjuk ajar dan penerangan mengenai tugasan ini yang mana telah meningkatkan kefahaman kami mengenai kehendak soalan dan seterusnya

memudahkan kami untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa kesulitan terutamanya kekangan masa. Ini kerana, kami mendapat soalan kerja kursus pendek dari subjek-subjek yang lain pada masa yang sama dan memerlukan kami untuk menghantarnya juga pada waktu yang sama. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya telah mengurus masa dengan bijak dengan membuat pembahagian masa saya yang terluang agar digunakan dengan sebaiknya. Selain itu, dengan kerjasama yang utuh sesama ahli kumpulan serta kolaborasi yang dijalankan, tugasan ini berjaya disiapkan dengan sempurna dan tepat pada masanya.

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Seterusnya, kaedah yang menjadi asas dalam sebuah bilik darjah adalah susunan fizikal yang baik dalam bilik darjah, peraturan am yang ditetapkan oleh guru dan disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas. Seperti sedia maklum, bilik darjah merupakan tempat murid menuntut ilmu dan kriteria seperti selamat, menyeronokkan, bersih, ceria dan selesa sebenarnya hanya berpaksikan kepada matlamat utama bagi menghasilkan bulik darjah yang efektif iaitu bagi menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif. Akhir sekali, dalam usaha menguruskan kelas supaya dapat memenuhi kriteria yang bersesuaian seorang guru perlulah terlebih dahulu memastikan saiz bilik darjah yang digunakan, sistem pencahayaan yang ada di dalam bilik darjah itu sama ada mencukupi atau tidak,

pengaliran udara yang baik supaya murid selesa dan peralatan bagi memudahkan murid dan guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelak.

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahanbahan pengajaran dan sebagainya. Selain itu, kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

Berdasarkan model-model pengurusan disiplin yang telah dibaca, saya dapati, kesemua model yang telah dinyatakan boleh saya gunakan untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi disiplin di dalam bilik darjah kelak. Antara contoh yang dapat saya beri ialah cara guru untuk mewujudkan hubungan Rapport dengan murid, penggunaan model-model disiplin, model modifikasi tingkah laku Skinner, dan lain-lain. Selain itu dalam sukatan yang diberikan juga terdapat caracara menjadi seorang guru yang efektif dan asertif. Dalam Model Modifikasi Tingkah Laku yang dikaji oleh B.F.Skinner, saya mempelajari bahawa seseorang individu murid memerlukan pendekatan yang berbeza untuk mengatasi sesuatu masalah disiplin dalam bilik darjah yang dilakukannya. Hal ini mungkin kerana perbezaan individu dalam diri setiap murid seperti mana yang telah saya pelajari semasa semester lepas. Terdapat murid yang malasah disiplin dan tingkah lakunya boleh diatasi melalui peneguhan positif manakala sebahagiannya melalui peneguhan negatif. Perkara ini

juga bergantung kepada situasi dan jenis masalah yang dilakukan seseorang murid tersebut.

Seterusnya, harus kita ingat bahawa apa jua intervensi yang digunakan hendaklah setimpal dengan situasi yang berkenaan serta selaras dengan falsafah guru tersebut. Satu-satu intervensi mungkin tidak sesuai bagi semua guru dan tidak ada satu pun yang boleh dikatakan sebagai yang paling baik atau terbaik. Oleh itu, pelbagai intervensi yang dicadangkan oleh ahli teoris harus digunakan oleh guru dalam mengawal disiplin bilik darjah. Sehubungan itu, intervensi disiplin senantiasa diperkembangkan serta dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak dak keperluan pelbagai jenis murid. Intervensi yang terbaik ialah intervensi yang berlandaskan pelbagai pendekatan.

Sekiranya seseorang guru ingin meningkatkan tingkah laku murid tersebut, peneguhan positif bolehlah digunakan memandangkan ransangan berupa hadiah dan pujian diberikan kepada individu murid. Hal ini sudah pasti akan menggalakkan murid melakukan apa yang dilakukan mereka. Di sini, saya pelajari bahawa, seseorang guru tidak semestinya mengambil tindakan dengan mendenda murid untuk mengatasi masalah disiplin mereka. Peneguhan yang diberikan mungkin lebih berkesan daripada denda yang dikenakan memndangkan murid mungkin akan berasa lebih selamat dan selesa dengan tindakan tersebut. Mereka akan rasa lebih didekati dan diberi perhatian. Hal ini sedikit sebanyak mendorong mereka untuk berubah kepada perkara yang lebih baik. Sebagai seorang bakal guru, saya dapat memilih sama ada ingin menjadi seorang guru yang bagaimana melalui jenis-jenis guru yang dinyatakan dalam Model Disiplin Asertif canter. Saya dapat menilai yang manakah sifat serta ciri-ciri guru yang paling terbaik untuk saya amalkan bagi memastikan murid dapat dapat mengikut peraturan dalam bilik darjah. Pada pandangan saya, jenis guru asertif adalah jenis guru yang sangat tegas. Bagi saya, tindakan yang terlalu tegas tidak dapat menangani

masalah disiplin murid dalam sesebuah kelas, malah akan menjadikan individu murid berasa takut dan membuat murid terasa terancam serta tidak diperlakukan dengan adil. Guru yang tidak asertif pula seperti seorang guru yang tidak berpendirian tetap kerana ada masanya jenis guru ini membenarkan sesuatu tingkah laku di dalam bilik darjah, tetapi ada kalanya mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku yang sama. Tindakan guru jenis tidak asertif yang tidak konsisten ini mungkin akan menimbulkan keraguan dalam kalangan murid. Pada pandangan saya, guru asertif adalah jenis guru yang terbaik memandangkan jenis guru ini mempunyai matlamat pengurusan yang jelas,yakin serta tegas dalam menetapkan peraturan. Walaupun tegas, tetapi jenis guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid di dalam kelasnya.

Kerja kursus sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan. Seterusnya, menerusi proses pencarian sumber maklumat dan rujukan untuk kerja kursus ini individu berjaya mendisiplinkan diri untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan yang merupakan gedung ilmu. Hal ini sejajar dengan sikap yang sepatutnya ada pada setiap guru dan sebagai bakal guru saya berasa bangga dan bersyukur kerana berjaya mengubah sikap. Seterusnya, sewaktu proses pembelajaran topik yang perlu dikaji pula, saya telah bertanya kepada rakan dan ini merupakan satu usaha yang baik kerana melalui proses ini saya bukan sahaja dapat bertukar buah fikiran malahan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai