Anda di halaman 1dari 5

Kaedah pengajaran tradisional merupakan kaedah yang mula-mula digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan boleh didefinisikan


sebagai aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus
yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti
(Ahmad Mahdzan, 2004). Kaedah ini adalah dalam kategori pembelajaran
berpusatkan guru di mana guru hanya memberikan info dan pelajar pula hanya
menerima apa yang telah disampaikan. Pernyataan ini diperkukuhkan lagi oleh
Abdul Razak (2010) yang menyatakan kebanyakan teknik pengajaran berpusatkan
guru di mana pelajar hanya mendengar setiap pengetahuan yang disampaikan,
membuat beberapa soalan biasa untuk kerja rumah sebagai rutin harian dan
menghafaz semua fakta sebelum peperiksaan dijalankan. 

Pendekatan pembelajaran berpusatkan guru merupakan guru bercakap


lebih dari murid semasa pengajaran. Guru memainkan peranan penting sebagai
penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan seperti memberikan penerangan
konsep, contoh-contoh dan membincangkan tajuk dan isu. Sebagai contohnya, guru
menayangkan sebuah video ‘Animasi obesiti’ kepada murid. Secara kumpulan murid
dihendaki mengenalpasti usaha-usaha pencegahan obesiti yang terdapat dalam
video tersebut. Guru juga akan menerangkan isi-isi yang terdapat dalam video itu.
Oleh itu, penglibatan murid dalam aktiviti ini adalah kurang dan murid tidak dapat
bercakap dalam proses PdP. Tegasnya bahawa, dalam pendekatan berpusatkan
guru, guru menjadi penyampai ilmu dan murid pula kurang melibatkan diri.

Di samping itu, murid tidak bebas untuk bergerak dalam kelas.


Pendekatan berpusatkan guru lebih kepada guru yang menyampaikan ilmu atau isi
pelajaran yang berkaitkan dengan tajuk lebih diutamakan daripada penyuburan diri
seperti penerapan nilai murni dan perkembangan emosi murid. Sebagai contohnya
ialah guru tidak melakukan kerja kumpulan. Hal ini demikian kerana, murid tidak
dapat berkomunikasi dan tidak boleh aktif dalam kelas. Secara rumusanya,
pendekatan berpusatkan guru melibatkan pengajaran-pembelajaran banyak
didominasikan oleh perlakuan guru berbanding dengan aktiviti murid.

Seterusnya, pengaplikasian pendekatan berpusatkan guru juga memberikan


penekenan terhadap ujian formatif. Menurut Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang
(1989), ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu
unit pembelajaran. Lantas, ujian formatif ini dapat difahami sebagai suatu ujian yang
dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa
pembelajaran. Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal
dan formal bergantung kepadakeperluan guru dan murid. Ujianya dilaksanakan
secara berterusan sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran
atau sesi persekolahan murid bagi menilai penguasaan murid terhadap kemahiran
yang diajar. Secara tidak langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti
tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum
meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang dikenal pasti awal
ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta merta dan lebih mudah.
Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai kemahiran atau unit
pembelajaran dengan baik sebelum meneruskan pembelajaran.

Selain itu, pendekatan berpusatkan guru juga memberikan impak terhadap


tahap penguasaan kreativiti dan kemahiran berfikir murid. Amalan pengajaran
dan pembelajaran yang hanya memfokuskan guru menjadi antara punca pelajar
sistem pendidikan negara Malaysia kurang memiliki kemahiran berfikir dan kreativiti.
Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT),
Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin, berkata guru mendominasi proses
pembelajaran dalam kelas dengan lebih banyak bercakap berbanding
menggalakkan interaksi dua hala dengan pelajar. Hal ini demikian kerana,
pendekatan berpusatkan guru secara tidak langsung memberikan kesan negatif iaitu
pelajar beranggapan bahawa guru mahu mereka mendengar sahaja dan hanya
boleh bertanya soalan apabila disuruh. Oleh itu, pembelajaran berdasarkan
pendekatan guru yang menjadi amalan sistem pendidikan negara sekian lama
perlulah diubah dan memberikan perlu memberikan peluang kepada murid berfikir
secara kreatif. Sehubungan dengan itu, dapat melahirkan warganegara yang bijak
yang dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju
yang lain.

Dalam pada itu, pendekatan berpusatkan guru juga menggunakan kaedah


pengajaran secara kuliah, demonstrasi atau tunjuk cara dan sebagainya.
Kaedah ini melibatkan kemahiran guru menyampaikan sesuatu konsep dan juga
menunjukkan cara atau langkah penyelesaian di hadapan pelajar. Nik Faezah
(1996) menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan berpusatkan
guru dan ini menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran. Hal ini
demikian kerana, mereka tidak mendapat peluang untuk memberikan pandangan
mereka terhadap sesuatu isi pelajaran kerana tidak diberi peluang. Pernyataan ini
juga disokong oleh Johnson (dalam Noraini Idris, 2010) menyatakan bahawa
pengajaran tradisional merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak
memberangsangkan.

Tambahan pula, dalam pendekatan berpusatkan guru, guru memainkan


peranan yang penting sepanjang proes PdP, sedangkan pelajar berperanan sebagai
penonton sahaja. Interaksi antara guru dan pelajar adalah sehala. Dengan ini,
guru menyampaikan maklumat dan murid hanya mendengar maklumat. sebagai
contohnya, guru apabila melakukan aktiviti bercerita, hanya guru seorang sahaja
akan bercerita seluruh cerita di bilik darjah dan murid tiada peluang untuk
menunjukkan bakat mereka. Hal ini demikian, murid-murid menjadi kurang kreatif
dan berinisiatif. Di sini jelaslah bahawa, guru memainkan peranan yang berkesan
berbanding murid dalam bilik darjah.

Seterusnya, terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan pendekatan


berpusatkan guru. Antaranya adalah, guru dapat mengawal murid di dalam bilik
darjah. Hal ini dikatakan kerana, murid tidak dapat melibatkan diri mereka secara
aktif apabila guru menggunakan pendekatan ini. Selain itu, guru dapat
menyampaikan maklumat dan juga mencapai matlamat serta objektif
pembelajaran pada hari tersebut dalam masa yang singkat. Dengan ini, murid dapat
menyalin nota-nota yang doberikan oleh guru.

Di samping itu, terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan


pendekatan pembelajaran ini iaitu, murid sangat bergantung kepada
pengetahuan guru mengenai topik yang diajar. Sebagai contohnya, hanya guru
sahaja akan menyampaikan maklumat sepanjang kelas dan tidak memberi peluang
untuk murid-murid dicari. Seterusnya, penggunaan pendekatan ini, tidak
menggalakkan murid untuk memberikan pendapat mereka sepanjang proses
PdP. Dengan ini, guru tidak dapat menilai dan mengukur pencapaian mereka dalam
kelas. Tambahan pula, pendekatan ini, tidak dapat mengembangkan potensi
murid. Hal ini dikatakan kerana, guru memberikan penerangan dengan memberikan
dan menyampaikan maklumat dan murid membuat latihan. Akibatnya, murid
tersebut tidak meningkatkan potensi dan bakat mereka semasa proses PdP.

Kesimpulannya, pendekatan berpusatkan guru adalah suatu strategi di mana


guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau
aktiviti dikawal oleh guru. Guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan
objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber
pembelajaran bagi pelajar-pelajar.
RUJUKAN (RUJUKAN/JURNAL)

Abdul Razak. (2010) Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru sekolah
menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Fakuliti Pendidikan.

Ahmad Mahdzan Ayob. (2004). “Malay Images in economic Affairs: Viewing Through
the Lenses of a Malay”, Paper Presentes at the second international
conference on Malay Civilization.

Lee Shok Mee &. Mok Soon Sang (1989). Latihan Mengajar untuk Maktab
Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Nik Faizah Nik Mustapha (1996) Pelaksanaan program KBSM dalam bilik darjah:
Dapatan dan pandangan Jemaah Nazir Sekolah. Kertas kerja Seminar
Kebangsaan Penilaian KBSM: Isu dan Hala Tuju Strategik ke Arah Abad 21.
Jabatan Percetakan Negara.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai