Anda di halaman 1dari 4

Berikan pendapat anda tentang kekangan dalam pengajaran berpusatkan pelajar.

Mengajar adalah menyampaikan ilmu pengetahuan, mendidik, melatih dan


memberikan petunjuk-petunjuk kepada anak-anak didik (Kamus Dewan, Edisi
Keempat). Selain itu, mengajar adalah memberi rangsangan, pengarahan dan
dorongan kepada siswa agar terjadi proses belajar (Stifan, 2012). Namun pada
kenyataannya, pengertian mengajar lebih dari itu. Mengajar tidak hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga mencipta kegiatan belajar yang akan
membawa perubahan dalam diri pelajar. Pengajaran boleh dilaksanakan dengan
pelbagai cara. Antara kaedahnya ialah dengan memberi penerangan, bercerita,
menunjuk ajar, mengadakan perbincangan, memberi bimbingan, soal jawab atau
gabungan cara-cara tersebut semasa proses pembelajaran pelajar. Secara umum
terdapat dua jenis kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Dua kaedah tersebut adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan
guru dan kaedah P&P berpusatkan pelajar.

Namun, dalam pelbagai kaedah pengajaran pembelajaran berpusatkan pelajar


merupakan satu kaedah terkini di mana terdapat komunikasi dua hala di antara
guru dan pelajar. Dalam pembelajaran tersebut pelajar bukan sahaja bergantung
kepada pengajaran guru tetapi juga boleh menjana idea sendiri untuk
menyelesaikan masalah yang diberi. Justeru, proses pemahaman akan menjadi lebih
mudah jika pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran yang sedang berlangsung
dan ia juga boleh meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ilmu yang diberikan
oleh guru. Walaubagaimanpun, huraian yang ringkas ini tidak bermaksud guru tidak
memainkan peranannya dalam kelas. Pelajar bersama-sama guru berinteraksi untuk
meneroka, menganalisis, mencuba serta mencari penyelesaian secara kritis, kreatif
dan inovatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar akan diberi


tugasan yang tentu sama ada dalam bentuk kumpulan ataupun individu. Pelajar
seterusnya perlu mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk menyelasaikan
tugasan tersebut. Semasa proses penyiapan tugasan itu, pelajar perlu sentiasa
berhubung dengan guru supaya guru boleh memantau tugasan yang dibuat oleh

1
pelajar di dalam skop yang diberikan (Kamarul Azmi Jazmi &Norhafizah Salleh,
2013).Guru berperanan sebagai fasilitator bagi memantau kerja yang dilakukan oleh
pelajar. Namun, boleh dikatakan bahawa pelbagai guru masih menghadapi kekangan
dalam merealisasikan suasana pembelajaran berpusatkan pelajar ini.

Antara kekangan dalam pembelajaran berpusatkan pelajar adalah kerana


ketidakyakinan dan kekurangan pengetahuan guru tentang pembelajaran berpusatkan
pelajar mendorong mereka untuk tidak mengamalkannya. Hal ini berlaku, disebabkan
guru-guru di sekolah telah membiasakan diri mereka dengan kaedah “chalk&talk”.
Malah, kurangnya usaha guru belajar untuk mengajar dan memperbaiki pengajaran
mereka (Zakaria, Soaib, Abdul Rasid & Yahya, 2001), tahap kesediaan dan
pengetahuan pedagogi guru-guru dikatakan masih pada tahap kurang memuaskan
(Abdul Razak & Ahmad Shukri, 2002) dan tahap keyakinan diri mereka juga dikatakan
masih rendah (Hashim & Mohd Daud, 2001). Selain itu, walaupun terdapat beberapa
kajian yang menunjukkan bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar membawa kesan
yang positif kepada pelajar (Shuhaida, 2002; Khoo, 2008; Skolnick, 2008), namun tidak
banyak kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti proses pengajaran yang
melibatkan strategi ini. Jadi, guru seharusnya, memiliki kompetensi yang tinggi dalam
meracang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi
keperluan pendidikan.

Seterusnya, dalam usaha menjalankan pembelajaran berpusatkan pelajar, guru


berhadapan dengan cabaran hebat dalam membuatkan pelajar memahami konteks
pembelajaran berpusatkan pelajar dan menyenangkan pelajar dalam situasi
pembelajaran tersebut dalam waktu pdp yang singkat. Sebagaimana, pelajar juga telah
terlatih dengan situasi pembelajaran yang biasanya berlaku. Bukan itu sahaja, pelajar
juga mempunyai perbezaan dari segi pengetahuan sedia ada, minat, motivasi dan gaya
pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengambil insiatif dalam
mengekalkan minat dan motivasi pelajar dengan mengaplikasikan teknik pembelajaran
yang sesuai berdasarkan kemampuan dan kecerdasan individu. Menurut Norazilawati
Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh, Norul Haida
Reduzan (2013), pembelajaran berpusatkan murid lebih sesuai dijalankan kepada

2
murid yang pandai kerana mereka lebih mudah untuk belajar secara konstruktif. Murid
yang lemah memerlukan bimbingan guru yang khusus daripada guru di dalam kelas.

Tambahan pula, kekangan dalam pembelajaran berpusatkan pelajar berlaku


disebabkan kekurangan masa untuk menjalankannya. Manakala, pembelajaran
berpusatkan pelajar merupakan satu bentuk pembelajaran yang mengambil masa yang
lama bagi memerlukan pelajar menguasai isi kandungan sambil menghasilkan,
mensintesis dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber-
sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya berbeza (Mek Nah
Bakar, 2016). Hal ini menyebabkan guru tidak gemar melaksanakan pembelajaran
berpusatkan pelajar kerana ingin menghabiskan pengajaran mengikut sukatan
pelajaran dalam waktu yang sama mencapai objektif pembelajaran dalam waktu
pembelajaran yang singkat itu. Semangnya, kaedah pembelajaran menggunakan
pendekatan tersebut mengambil masa yang agak lama dalam menjalankan sesuatu
aktiviti di dalam bilik darjah.

Di samping itu, kekangan dalam pembelajaran berpusatkan pelajar berlaku


disebabkan kawalan kelas, di mana guru perlu berhadapan dengan sikap pelajar yang
tidak serius ketika belajar dan bersikap main-main kerana mereka akan mengambil
kesempatan ketika aktiviti bersama rakan yang dilakukan dengan bercakap dengan
kawan-kawan mereka yang satu kumpulan itu. Selain itu, kedudukan susun atur meja
dan kerusi di dalam kelas juga akan mengganggu kawalan aktiviti pelajar sekiranya guru
melaksanakan kaedah perbincangan. Dalam hal ini pelbagai kaedah perlu digunakan
oleh guru untuk mengawal kelas seperti kaedah ganjaran atau denda.

Kesimpulannya, pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan beberapa teknik


penilaian murid yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan murid menyediakan
peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses
pembelajaran. Jadi, seharusnya, guru perlu diberi pendedahan yang sewajarnya agar
kekangan yang timbul akibat strategi ini dapat dikurangkan. Jadi, pihak pentadbiran perlu
bekerjasama dengan guru sepenuhnya memastikan setiap elemen-elemen budaya
pembelajaran dipenuhi.

3
4

Anda mungkin juga menyukai