Anda di halaman 1dari 24

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

JANUARI 2012
(SMP KHAS)

HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

001

TAWAU LEARNING CENTRE

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1

PENGENALAN

STRATEGI BERPUSATKAN MURID

1
25

2.1 Definisi Strategi Berpusatkan Murid


2.2 Konsep Strategi Berpusatkan Murid
2.3 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid

6 10

BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


3.1 Definisi Bahan Bantu Pembelajaran
3.2 Konsep Bahan Bantu Pembelajaran
3.3 Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Pembelajaran

FAKTOR DAN CARA SESUATU BAHAN BANTU


PEMBELAJARAN SESUAI DENGAN STRATEGI
BERPUSATKAN MURID

11 19

4.1 Rancangan Pengajaran Harian


4.2 Huraian faktor dan cara sesuatu bahan bantu
pembelajaran dapat disesuaikan dengan Rancangan
Pengajaran Harian

RUMUSAN

20

6.

LAMPIRAN

21

7.

RUJUKAN

22

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


1. PENGENALAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran memang tidak asing lagi di kalangan kaum pendidik
tetapi sejauh manakah seorang pendidik itu serius dengan pelaksanaan strategi pengajaran yang
dirancang itulah yang menjadi persoalan. Pendidik faham bahawa strategi yang sesuai boleh
menarik perhatian pelajar dan seterusnya pelajar mudah memahami apa yang disampaikan. Dalam
masa yang sama tanpa mereka sedari ada strategi yang jika dilaksanakan dengan serius boleh
membina kemahiran pelajar secara menyeluruh yang mampu menyediakan pelajar dengan nilai
tambah.

Secara umumnya, strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan


memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang
optimum. Strategi juga ialah suatu konsep yang sesuai untuk smua disiplin ilmu. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, strategi bermaksud suatu cara atau langkah atau tindakan yang harus
dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pencapaian atau hasil pembelahan
(outcomes). Strategi dimaksudkan ialah pembelajaran berpusatkan pelajar

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


2. STRATEGI BERPUSATKAN MURID

2.1 DEFINISI STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Carl Rogers (1994) adalah di antara ahli psikologi yang berpendapat pendidikan yang bermakna
bagi seseorang murid ialah pendidikan yang murid itu sendiri tentukan apa yang ia perlukan,
merancang sendiri, belajar mengikut gayanya sendiri, dan menilai sendiri hasil apa yang
dipelajarinya.

Rogers mengutarakan konsep freedom to learn menamakan pendekatan pendidikan ini


pendekatan pembelajaran terarah-kendiri (self-directed learning), kerana semua aspek dalam
proses pembelajaran seseorang murid ditentukan oleh murid itu sendiri, bukan oleh guru atau
kurikulu badan luar seperti Kementerian Pelajaran.

Ini bererti kurikulum, kaedah pembelajaran, alat pembelajaran seperti buku teks, bengkel
dan keadah penilaian dan tafsiran hasil pembelajaran ditentukan oleh murid, yang kerap dilabel
sebagai pembelajaran berpusatkan murid. Tugas guru dalam konteks pendekatan pembelajaran
terarah-kendiri ini adalah untuk memudahkan (faclilitate) murid belajar sendiri; bertanya, berfikir,
menyelididk dan mencari sendiri jawapan supaya jawapan itu bermakna kepadanya.

Seorang lagi ahli psikologi di United Kingdom, N.S.Neill (1960) juga berpegang kepada
falsafah yang hampir sama, iaitu setiap murid harus diberi kebebasan kepadanya untuk belajar
sendiri apa yang ia mahu: setiap murid bebas untuk belajar apa saja, dengan cara apa yang dipilih
sendiri dan dalam masa yang ditentukannya. Pendekatan strategi ini dilaksanakan di Summerhill
School, di United Kingdom oleh Neill sendiri.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


2.2 KONSEP STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid adalah satu pendekatan pendidikan di mana
kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokus kepada murid. Murid
merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan murid. Bagi model
pembelajaran berpusatkan murid, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh
dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar. Peranan guru pula berubah daripada
berperanan member kepada menjadi faslilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah
daripada guru kepada murid.

Dalam pendidikan Bahasa Melayu pula, strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid diharuskan bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Selari dengan pembelajaran masteri, pendekatan berpusatkan murid adalah
memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Dan melalui pembelajaran
masteri ini juga, akan member peluang kepada murid untuk maju mengikut kadar keupayaan
mereka sendiri.
Murid bertanggungjawab atas pembelajarannya. Ini melibatkan pelajar secara terus dan dalam
menemui pengetahuan menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman
konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial dan menggunakan
aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Ia menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan
komuniti sebagai sumber pengetahuan.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


2.3 CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID
Antara ciri-ciri strategi berpusatkan murid adalah seperti berikut;
i)

Strategi berpusatkan murid menjurus kepada satu idea asas iaitu murid memainkan
peranan penting. Pendekatan ini juga menjadikan murid diistilah sebagai pasangan
dengan guru sebagai sebahagian proses pembelajaran (Alley, 1996).

ii)

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid akan mengubah peranan guru iaitu;

Daripada

kepada

Sebagai sumber utama maklumat yang Sebagai penyokong, pemberi kerjasama,


sentiasa menyampaikannya kepada murid.

dan jurulatih di mana murid belajar


bersama-sama

dan

menilai

sendiri

maklumat berkenaan.
Sentiasa bertanyakan soalan dan mengawal Melatih
fokus pembelajaran.

murid

mengeluarkan

membina

soalan

dan

dan
mencari

penyelesaian sendiri melalui pelbagai cara.


Mengarahkan murid melakukan latihan Menggalakkan
langkah demi langkah supaya semua pengetahuan
mencapai keputusan yang sama.

individu
dan

menggunakan

kemahiran

sendiri

mencapai penyelesaian.

Dalam pendekatan ini, guru menyediakan murid peluang belajar secara bebas.

iii)

Csete dan Gentry (1995) menggunakan istilah pembelajaran berpusatkan murid sebagai
pengajaran yang dikawal oleh murid. Kawalan ini bermaksud murid mengawal prosedur,
masa, dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza dan secara tidak
langsung ini akan mempengaruhi perkembangan murid secara menyeluruh. Oleh yang
demikian, objektif pencapaian murid diutamakan.

iv)

Richard M. Felder (1999) menyatakan bahawa beban komunikasi akan terletak pada
murid dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, iaitu satu pendekatan
pembelajaran yang meluas termasuk teknik-teknik seperti menukarkan pengalaman
belajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran kreatif,
melibatkan murid dalam simulasi dan main peranan, menggunakan teknik kadar kendiri
dan pembelajaran koperatif. Dan ini akan mewujudkan peluang interaksi di antara

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


murid adalah positif, yang mana nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur
dan tolong-menolong dapat diterapkan dalam kaedah kumpulan. Pembelajaran
berpusatkan murid akan meningkatkan motivasi, pemahaman, dan murid akan lebih
meminati pelajaran yang diajar (Meyes dan Jones, 1993).

v)

Strategi berpusatkan murid mengandungi pelbagai kaedah dan teknik yang mampu
membina sosial murid. Antara kaedah dan teknik tersebut ialah projek, inkuiripenemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan,
sumbangsaran, kumpulan, dan pembelajaran melalui pengalaman.

vi)

Secara umumnya, pembelajaran berpusatkan murid akan dapat membina individu yang
akan memiliki fikiran berdaya tinggi dan kreatif

kerana pendekatan ini melatih

murid tentang kemahiran menyelesaikan masalah, penggunaan teknik-teknik seperti


simulasi, inkuiri-penemuan, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif yang boleh
membina kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan pelbagai sumber pengetahuan
seperti teknologi, media, pendidik, dan komuniti sebagai cara untuk penyelesaian
masalah.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


3. BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima


daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya
akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini
amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggap oleh manusia.
Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman.
Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan,
ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu
mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangan kecerdasan
dan pengalaman. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian
dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan
terhadap prestasi para pelajar.

3.1 DEFINISI BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

Bahan bantu pembelajaran adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan ransangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk
dijadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981:2), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Bahasa, alat
bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan
untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama
murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Ini disokong oleh Edger Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk Cone Of Experince di
mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada lebih abstrak.
Penggunaan bahan bantu pembelajaran juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang
disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya dan sebaliknya.

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep
kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria
pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada dera rasa, 3% daripada
deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee 1986)

Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan dengar
merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutama bagi muridmurid di sekolah sendah. Bagi murid-murid dalam lingkungan umur 6 12 tahun, mereka masih
banyak bergantung kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan banyak menggunakan deria
pandang dan dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan. Oeh yang
demikian sumber pengajaran dan pembelajran, khasnya alat pandang dengar, memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pembelajaran di
dalam kelas.

3.2 KONSEP BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

Bahan bantu pembelajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan pembelajaran bukan
terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera
melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh
murid-murid.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


Atan Long (1981: 179-203) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat
pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981)
membahagikan bahan bantu pembelajaran kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan
elektronik.

Manakala, Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G (1963) ...hanya alat bantu pembelajaran
yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman
belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan
daya penghargaan,

Ngui Kuen Sang (1981:35)


mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya
ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran
adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

3.3 CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


Pemilihan bahan-bahan pembelajaran bahasa, sama ada bahan teks atau sumber-sumber lain,
yang dilihat daripada tiga perspektif:
i)

Perspektif komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media


komunikasi antara manusia. Perspektif ini menekankan kepentingan pembelajaran
melalui penggunaan bahasa yang membolehkan murid-murid mendapat peluang secara
kerap untuk berinteraksi sesama sendiri dan guru dalam situasi yang semulajadi.

ii)

Perspektif structural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa dan
perbendaharaan kata. Perspektif ini menekankan persembahan dan latihan asa struktur
bahasa murid-murid akan diajarkan sistem tatabahasa tersebut.

iii)

Perspektif kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar,


kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Antara ciri-ciri pemilihan bahan bantu pembelajaran ialah


3.3.1

Bahan pelajaran yang bersesuaian

10

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pembelajaran. Pemilihan bahanbahan harus menitikberatkan objektif dan matlamat pembelajaran murid. Objektif harus ditentukan
dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pembelajaran, dan kemudian bahan-bahan
diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut.
3.3.2

Bahan pembelajaran yang mencabar

Bahan bantu pembelajaran yang dipilih mesti sesuai dengan murid iaitu memberi rangsangan
untuk murid berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Pemilihan bahan bantu
pembelajaran harus dapat mencabar pemikiran murid iaitu bahan-bahan yang mengandungi cirri-ciri
seperti berikut.
a) Bahan konkrit kepada bahan abstrak;
b) Bahan mudah kepada bahan kompleks;
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada yang mempunyai hubungan bersepadu;
d) Bahan khusus kepada bahan umum (induktif);
e) Bahan umum kepada bahan khusus (deduktif);
f) Bahan umum kepada bahan teori; dan
g) Bahan masa kini kepada bahan masa akan datang.

3.3.3

Bahan pembelajaran yang menepati


Ketepatan bahan pembelajaran dengan kurikulum pembelajaran bahasa adalah berdasarkan isi

kandungan bahan itu sesuai dengan peringkat kebolehan, minat, dan pengalaman murid. Bahan
pembelajaran itu juga harus memgikut prinsip pengajaran dan pembelajaran, iaitu daripada sudah
diketahui kepada belum diketuai, mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak, khusus kepada
umum, dan sederhana kepada rumit.

3.3.4

Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan


Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran

mereka. Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat
mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak
diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat
murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap
perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan
perkara-perkara yang diminatinya.

11

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


3.3.5

Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif.


Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh

membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu
haruslah mengandungi unsur-unsur intelek (pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai
Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan
haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan
bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

3.3.6

Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui
kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap

bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran
bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan
yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pembelajaran boleh
membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi
perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi
pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus
dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah
jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran
yang diperuntukkan kepadanya.

3.3.7

Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,

dan

sebagainya.
Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran
dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pembelajaran tidak sepatutnya hanya
menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira
tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang
terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap
menukar strategi dari semasa ke semasa.

12

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


4. FAKTOR DAN CARA SESUATU BAHAN BANTU PEMBELAJARAN SESUAI
DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID
4.1 Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran:

Bahasa Melayu

Kelas

3 Amanah (38 orang)

Tarikh

04/01/2012

Masa

12.20 1.20 petang

Unit/Tema

Unit 1: Sekolahku Rumahku

Tajuk/Tema

Alam Sekitar : Kebersihan

Kemahiran

Hasil Pembelajaran (Fokus Utama)


1) 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.
2) 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan
intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu
permintaan.
3) 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks
tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

Hasil Pembelajaran (Fokus Sampingan)


1) 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang
terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.
Aras 1 Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

13

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


Objektif Eksplisit
Sebelum pelajaran ini berakhir
1.

Secara berpasangan atau bertiga pelajar berbual tentang kebersihan sekolah di hadapan
kelas dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal yang sesuai dengan
situasi. (Hasil Pembelajaran 1.1)

2.

Pasangan daripada setiap kumpulan dapat melakonkan situasi anak meminta kebenaran
daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong di sekolah dengan menggunakan
sekurang-kurangnya dua ayat tunggal. (Hasil Pembelajaran 1.4)

3.

Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang
pengurusan grafik tentang keadaan bersih dan kotor tiga tempat di kawasan sekolah.
(Hasil Pembelajaran 8.2)

Objektif Afektif
1.

Murid mengamalkan kebersihan mental dan fizikal, iaitu kebersihan tempat tinggal dan
kebersihan persekitaran.

2.

Murid mengamalkan kesopanan berbahasa semasa berbual.

Pengetahuan Sedia
1.

Murid pernah terlibat dengan program kebersihan dalam komuniti sendiri atau telah
mendapat maklumat ini melalui media massa

2.

Murid telah mempelajari kata nama, kata adjektif.

3.

Murid telah mempelajari ayat tunggal.

Bahan Bantu Belajar


Teks Sekolahku Indah, gambar digital (kawasan rumah dan kawasan sekolah yang bersih dan
kotor), rakaman dialog Cikgu Normah dengan Wahida, lembaran kerja.
Sistem Bahasa
1.

Morfologi: kata adjektif seperti bersih, kemas, segar, kotor, busuk, dan cemar.

14

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


2.

Sintaksis: ayat tunggal

3.

Sebutan dan Intonasi: kesantunan berbahasa untuk menyatakan permintaan.

4.

Kosa Kata: malaria, jangkitan, virus, taun.

Pengisian Kurikulum
1.

Nilai : Kebersihan mental dan fizikal: kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan
kebersihan perlakuan (kesantunan semasa berbual)

2.

Kemahiran Berfikir
(a) Membandingkan dan membezakan: sekolah-sekolah yang bersih dengan yang kotor.
(b) Mencirikan kawasan kampung/taman perumahan dari segi kebersihan.

3.

Ilmu:
(a) Sains: Kepentingan menjaga kebersihan untuk mengelak merebaknya penyakit
(b) Agama/Moral: Mengamalkan kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian
daripada iman.

4.

Kemahiran Masa Depan: Pelajar dapat membuat ramalan akibat bersih dan kotor.

Langkah Pelaksanaan

LANGKAH
DAN
MASA
Set Iduksi
3 minit

HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

(HHP) DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

KANDUNGAN
1) Kepentingan
membuang sampah
secara teratur.
2) Penggunaan tong
sampah.

1. Murid memerhatikan tong sampah

yang dibawa oleh guru.


2. Murid memerhatikan

BBB: tong sampah,


LCD, video

Nilai: peka terhadap

pemandangan sampah di luar tong

kebersihan

sampah.

persekitaran

3. Murid menjawab soalan guru.

Jika ada sampah di

Di manakah kamu perlu

dalam kelas, murid

membuang sampah?

diminta mengutip

Apakah keburukan jika sampah


tidak dimasukkan dengan baik ke

15

dan membuangnya

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


dalam tong sampah?

ke dalam tong

Jika kelas kamu kotor dan berbau,


apakah perasaan kamu?

sampah

4. Guru mengaitkan aktiviti ini


dengan tajuk pelajaran.
Langkah 1

1.1, Aras 1: Berbual

15 minit

tentang sesuatu perkara


yang dialami dan

1. Guru bersoal jawab dengan murid

berpandukan gambar digital.

BBB: LCD, gambar


digital

2. Dua orang murid menceritakan

bilik/kawasan

didengar dengan

pengalaman mereka

rumah bersih dan

menggunakan bahasa

membersihkan kawasan dalam

kotor.

yang sesuai.

rumah seperti bilik sendiri.

Keadaan bersih dan

3. Dua orang murid lagi

Nilai: Kebersihan
tempat tinggal dan

kotor: rumah

menceritakan pengalaman mereka

persekitaran,

sendiri.

membersihkan kawasan luar

bertanggungjawab

Latihan menyatakan

rumah seperti halaman rumah dan

dan rajin.

pengalaman sebagai

longkang.

asas berbual

Langkah 2

1.1, Aras 1: berbual

13 minit

tentang sesuatu perkara

rumah masing-masing.

asas untuk berbual.

1. Membaca dialog Wahida dengan

menggunakan bahasa

dalam teks.

tentang keadaan sekolah,

perkataan, istilah dan

terutamanya dari segi kebersihan.

buku teks (m/s 2)

menceritakan keadaan sekolah, di

Keadaan bersih dan

hadapan kelas, terutamanya dari

kotor: kawasan

segi kebersihan.
5. Secara berpasangan atau bertiga,
murid berbual tenang kebersihan

16

System Bahasa:
kata Adjektif

Nilai: kesedaran
tentang pentingnya

4. Beberapa orang murid

dan puisi yang dibaca.

BBB: Teks
Sekolahku Indah

3. Guru bersoal jawab dengan murid

7.2 Aras 1: Mengecam

Kata adjektif:

Shanti.

tentang kata adjektif yang terdapat

sekolah

menyatakan
pengalaman sebagai

didengar dengan

ayat dalam karya prosa

Kontekstual:

murid berbual tentang kebersihan

2. Guru bersoal jawab dengan murid

yang sesuai.

4. Secara berpasangan atau bertiga,

yang dialami dan

kebersihan sekolah.

Pengelolaan:
berpasangan

Pencapaian objektif
1

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


gembira, cantik,

sekolah.

subur, indah, dan


ceria.
Langkah 3

1.1 Aras 1: Berbual

15 minit

tentang sesuatu perkara

Cikru Normah dengan wahida

yang dialami dan

tanpa merujuk dialog.

didengar dengan
menggunakan bahasa
yang sesuai.

1. Mendengar rakaman dialog antara

dialog

2. Guru dan murid berbincang


tentang lembaran kerja.

BBB : rakaman

Sistem Bahasa:
Kosa kata

3. Aktiviti kumpulan: kumpulan 4

Teknik: Main
peranan

1.4 Aras 1(i): Memilih

5 orang murid berbincang tentang

dan menggunakan kata

cara meminta kebenaran daripada

semasa bercakap

dan ayat yang sesuai

ibu bapa untuk menyertai gotong-

dengan ibu bapa

untuk menyatakan

royong.

sesuatu permintaan.

4. Main peranan: pasangan setiap

Bergotong-royong

kumpulan melakonkan cara

menjaga kebersihan

meminta kebenaran daripada ibu

sekolah.

bapa untuk menyertai gotong-

Kosa kata: (umum)

royong.

Nilai: kesantunan

Kecerdasan
pelbagai: Verballinguistik

Pencapaian objektif
2

kuman, jangkitan;
(istilah) taun, virus.
8.2 Membina dan

10 minit

menulis ayat tunggal

kurangnya empat ayat tunggal

dan ayat majmuk dalam

dalam borang pengurusan grafik

sesuatu penutlisan teks

tentang keadaan bersih dan kotor

tempat tinggal,

tentang sesuatu tajuk.

tiga tempat di kawasan sekolah.

kerjasama

Aras 1(i): membina

1. Setiap murid menulis sekurang-

Langkah 4

2. Aktiviti pengayaan untuk

dan gambar digital

3 minit

Nilai: kebersihan

KB: membanding

ayat tunggal

kumpulan yang siap awal dan

beza keadaan bersih

berdasarkan pelbagai

aktiviti pemulihan untuk pelajar

dengan kotor

bahan rangsangan yang

yang telah dikenal pasti lebih awal.

Pencapaian objektif

diberi.
Penutup

BBB: lembaran 1

3
1. Berpandukan situasi yang

BBB: Gambar

dinyatakan oleh guru, murid

digital situasi bersih

membuat ramalan akibat bersih

dan kotor

17

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


dan kotor.
2. Guru merumuskan kandungan

KMD: meramalkan
sesuatu situasi.

pelajaran hari ini.

Pengayaan

Lembaran Kerja 2

Pemulihan

Lembaran kerja 3

Catatan/Refleksi :
Kekuatan : Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Murid-murid menunjukkan sikap
positif sepanjang sesi pembelajaran. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk media
menarik minat murid untuk belajar. Dalam aktiviti berkumpulan, murid masing-masing ingin menonjolkan
kebolehan. Objektif juga telah tercapai.
Kelemahan : LCD tidak berfungsi dengan baik dan sering terpadam dengan sendirinya, ini membuatkan
murid-murid merungut. Dalam aktiviti berkumpulan pula, ada beberapa orang murid yang sukar dikawal
dan ini menimbulkan kebisingan.
Penambahbaikan/strategi:
Guru harus memastikan terlebih dahulu peralatan yang digunakan atau meminta pertolongan dari
juruteknik sekolah bagi memastikan peralatan itu berfungsi dengan baik. Dalam pengawalan kelas, guru
harus mahir mengawal kelas agar kebisingan ini tidak menjadi penghalang sesi pembelajaran atau
menganggu murid yang lain.

18

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


4.2 Huraian faktor-faktor dan cara-cara sesuatu bahan bantu pembelajaran dapat disesuaikan dengan
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan strategi berpusatkan murid.
Antara faktor-faktor dan cara-cara sesuatu bahan bantu pembelajaran dapat disesuaikan dengan
strategi berpusatkan murid ialah;
4.2.1

Objektif Pelajaran
Bahan hendaklah menepati matlamat dan objektif pengajaran. Guru seharusnya memilih

bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu ke arah pencapaian objektif tersebut. Pemilihan
bahan pembelajaran seperti buku teks, gambar digital, rakaman dialog dan lembaran kerja adalah
bersesuaian dengan objektif yang dirancang oleh guru dalam Rancangan Pengajaran Harian.
4.2.2

Tema Pelajaran
Selain itu, bahan pembelajaran harus berkaitan dengan tema pelajaran yang dirancang oleh

guru serta sesuai dengan pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran. Antara bahan pembelajaran
yang digunakan oleh guru ialah gambar digital yang berkaitan dengan tema pada langkah pertama
serta aktiviti kumpulan pada langkah ke-2.
4.2.3

Penggabungan kemahiran
Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Penelitian sangat penting dalam menentukan
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid agar objektif pengajaran dapat dicapai.
sebelum bermulanya proses pembelajaran, guru harus menyediakan bahan-bahan pembelajaran
yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif
mata pelajaran.
4.2.4

Sistem bahasa
Bahan pembelajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan

dan bahasa, proses pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan sesuatu bahan pembelajaran dari segi
perbendaharaan kata mestilah sesuai dengan peringkat umur murid. Bahan pembelajaran seharusnya
sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi
sebenar.

19

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


4.2.5

Murid
Pemilihan bahan pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan keadaan murid yang

mengikuti mata pelajaran bahasa. Latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi,
peringkat umur, dan taraf pencapaian murid harus diambil kira semasa penyediaan bahan
pembelajaran. Pada set induksi, guru menyediakan bahan maujud dan gambar digital. Penggunaan
bahan pembelajaran iaitu lemabaran kerja yang disediakan juga adalah bersesuaian dengan taraf
pencapaian murid.
4.2.6

Sekolah
Selain itu, guru juga harus mengambil kira kemudahan yang ada di sekolah semasa

penyediaan bahan pembelajaran. Sebagai contohnya, kemudahan seperti LCD, makmal komputer,
bilik pandang dengar, Pusat Sumber dan sebagainya. Penyediaan kemudahan-kemudahan ini adalah
bergantung kepada kewangan pihak sekolah. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah
menggunakan LCD, komputer, media dan menggunakan bahan cetakan yang ada disediakan oleh
pihak sekolah.
4.2.7

Nilai
Pemilihan bahan pembelajaran juga harus mengambil kira nilai-nilai murni yang hendak

diterap dalam mata pelajaran tersebut. Setiap bahan pembelajaran yang oleh guru, mempunyai nilai
murni yang tersendiri seperti penggunaan bahan maujud, gambar digital dan lembaran kerja.
4.2.8

Bentuk aktiviti
Bahan juga harus disesuaikan dengan bentuk aktiviti yang akan guru jalankan, sama ada

aktiviti secara kelas, berkumpulan, berpasangan, atau individu. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran ini, guru telah menggunakan lembaran kerja bagi aktiviti pengukuhan.
4.2.9

Ketahanan bahan
Alat dan bahan pembelajaran yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan murid atau

kelompok murid yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka
masa panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
4.2.10 Cara bahan diperolehi
Contoh bahan pembelajaran yang sedia ada di sekolah ialah buku teks dan buku aktiviti.
Namun begitu, bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, guru

20

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


seharusnya kreatif dalam penyediaan bahan pembelajaran yang mempunyai sifat-sifat yang dapat
memenuhi keperluan pancaindera murid. Cara bahan diperoleh adalah bergantung kepada guru
sama ada menggunakan bahan pembelajaran sedia ada, atau bahan sedia ada itu perlu diubah
mengikut keperluan murid, atau membina sendiri bahan pembelajaran tersebut.

21

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


5. RUMUSAN
Strategi berpusatkan murid di sekolah membolehkan murid memainkan peranan yang aktif dalam
proses pembelajaran dengan bekeraj secara berpasukan, menggunakan pelbagai sumber dan belajar
cara menyelesaikan masalah. Jika strategi berpusatkan murid ini dilaksanakan dengan betul, ia
boleh menukarkan corak pendidikan kepada proes pembelajaran sepanjang hayat. Ini adalah kerana
murid berkemampuan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bergantung sepenuhnya kepada
guru. Namun begitu, sumber pembelajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh murid
untuk membantunya dalam pembelajaran di dalam kelas. Bahan bantu pembelajaran bukan terhad
kepada buku-buku teks, lembaran kerja dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,
mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh muridmurid bagi merangsang keinginan untuk belajar.

22

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


6. LAMPIRAN

23

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


7. RUJUKAN

1) Brunner, J.(1960). The process of education. New York : Vintage


2) Carl, R.(1994). Freedom to learn (3rd ed). New Jersey : Prentice Hall, Inc.
3) Bloom, Benjamin.(1976). Human Characteristics and Schooling learning. New York :
McGraw-Hill
4) Bloom, B.S, Engelhart, M.D.,Frust, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.R.(1956). Taxanomy
of educationa objectives. Handbook 1: Cognitive Domain. New York : McGraw-Hill.
5) Neill A.S.(1960), Summmerhill : a radical approach. New York : Hart Publication Co.
6) Kamarudin Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur:Longman (M)
7) Raminah Sabraum Rahim Syam (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling :
Fajar Bakti.

24

Anda mungkin juga menyukai