Anda di halaman 1dari 52

 Bacaan (Tilawah) Al-Quran

 Hafazan Al-Quran
 Kefahaman Al-QuranBacaan (Tilawah) Al-Quran
 Hafazan Al-Quran
 Kefahaman Al-Quran
 Kaedah Iqra’
 Khatam Al-Quran
 Tajwid Al-Quran
 Hadis
STRATEGI

Strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat


perancangan dan pelaksanaannya terhadap semua  aspek
pengajaran dan  pembelajaran. Ini  termasuklah pemilihan
dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa
yang digunakan .
JENIS STRATEGI
Jenis Strategi
Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam  ialah :
 Strategi berpusatkan guru

 Strategi berpusatkan murid

 Strategi berpusatkan bahan


STRATEGI BERPUSATKAN
GURU
 Strategi ini melibatkan guru yang memainkan
peranan yang utama. Di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal
kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya
bertindak sebagai pendengar.
Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
 1. Komunikasi antara guru dan murid adalah
sehala.
 2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.
STRATEGI BERPUSATKAN
GURU
 Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran
guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan
berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi.
 Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid
dalam keputusanpeperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran
guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz.
Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi
sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial
yang positif kurang dapat dipupuk.
STRATEGI BERPUSATKAN
GURU
 Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila
guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-
kaedah seperti berikut;
 Demontrasi.
 Syarahan/ Kuliah.
 Bercerita.
 Penerangan.
STRATEGI BERPUSATKAN
MURID
 Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
 Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P
dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing
murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara
berkumpulan atau individu.
 Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak
masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi
kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras
kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah
melibatkan murid secara aktif.
STRATEGI BERPUSATKAN
MURID
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan
strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
 Kumpulan.
 Inkuiri penemuan.
 Perbincangan.
 Penyelesaian masalah.
 Bermain.
 Simulasi.
 Sumbangsaran.
 Projek.
 Main peranan.
 Penyoalan
STRATEGI BERPUSATKAN
MURID
 Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). 
 Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian
kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid.
 Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran
yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang
disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan
sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri
secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
STRATEGI BERPUSATKAN
BAHAN
 Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang
menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model,
komputer dan sebagainya.
 Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
 Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat
dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar
dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan
BBM yang sesuai.
STRATEGI BERPUSATKAN
BAHAN
 BBM memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan strategi ini guru dapat
menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah,
menarik dan berkesan.
 Murid pula boleh memahami pelajaran dengan
lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran secara individu atau secara kumpulan
tanpa kehadiran guru.
STRATEGI BERPUSATKAN
BAHAN
 Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi
ciri-ciri seperti berikut;
• Ketepatan
• Kejelasan
• Keluasan
• Kepelbagaian
STRATEGI BERPUSATKAN
BAHAN
Strategi yang dirancang perlulah:
 Dapat meningkatkan keberkesanan  pengajaran dan

pembelajaran
 Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid

pelbagai aras kebolehan


 Berpusatkan  murid.

 Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna,

kreatif dan inovatif.


 Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

 Pengajaran  secara kumpulan dan individu digalakkan


STRATEGI BERPUSATKAN
BAHAN
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila
guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-
kaedah seperti berikut;
 Audio-visual.
 Pengajaran terancang.
 Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
 Modul.
 Penggunaan buku teks dan rujukan.
PENDEKATAN
                   
 Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi

pelajaran supaya  objektif jangka panjang dapat


dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di
dalamnya mengandungi strategi,  kaedah dan
teknik.
PENDEKATAN
 Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam
anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan
asalkan ia  mengandungii  ciri-ciri berikut :
 Memberi ilmu - kognitif
 Menanam kepercayaan dan pegangan kepada
akidah Islamiah- afektif
 Membina kemahiran dan amalan  - psikomotor
 Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
  Mewujudkan hubungan mesra di antara
guru  dengan murid
 Menyepadukan faktor dan nilai
 Merentas kurikulum
 Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
 Memotivasikan  murid dalam pembelajaran
JENIS-JENIS PENDEKATAN
Berikut adalah jenis pendekatan yang sering 
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam.

 Pendekatan Bersepadu 
 Dalam pendekatan ini,  guru melaksanakan semua
unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara
bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan
cara saling berkaitan di antara satu  sama lain. 
PENDEKATAN INDUKTIF
 Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan
memperlihatkan bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai 
kepada   perkara-perkara besar atau umum.
 Contohnya : Guru akan meminta  murid- murid
menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian
meminta mereka untuk mengkategorikannya  pula mengikut
jenis-jenis  yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo
dengan air paip.  
Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli
dengan air mutlak dan  hukumnya. 
PENDEKATAN INDUKTIF
 Ciri-ciri pendekatan induktif:
 1.  Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
 2.  Mengutamakan pengantaraan deria untuk mendapatkan
 pengetahuan
 3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi
menguasai sesuatu kemahiran
 4.  Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
 5.  Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah
 bimbingan guru
 6.   Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
 7.   Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan
berkesan.
PENDEKATAN DEDUKTIF

 Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif


adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan
ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau
teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah,
azimah   dan kemudiannya murid-murid dikehendaki
memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori
yang dikatakan.
PENDEKATAN DEDUKTIF
Ciri-ciri pendekatan deduktif:
 1. Mementingkan pengetahuan yang akan
diperolehi
 2. Menggunakan pengantara fikiran untuk
mendapatkan ilmu
 3.  Memulakan penyusunan isi daripada
keseluruhan yang lebih kompleks
 4.  Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih
kekal daripada menghafal
PENDEKATAN EKLETIK

 Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan


kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak.
 Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan
untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. 
 Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran boleh bermula
menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh
ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep
dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. 
 Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar
yang mempunyai  ragam  belajar yang  berbeza.
PENDEKATAN PEMUSATAN
MURID

 Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan


dalam proses pengajaran–pembelajaran. Murid
aktif menyertai aktiviti pembelajaran. 
 Komunikasi berbentuk dua hala. Guru menyoal dan
murid menjawab dan sebaliknya. Suasana
kepimpinan bersifat demokratik. 
 Dalam pendekatan ini, pencapaian  objektif
pembelajaran murid diutamakan.
PENDEKATAN TEMATIK
 Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang
disampaikan melalui idea yang besar. Contoh tema-tema seperti
solat, perkara – perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-
lain.
 Satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-
komponan yang kecil dalam setiap komponan terdapat lagi topik
kecil yang boleh dibincangkan.
 Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang

hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa.


 Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur

pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan


beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut .
QUDWAH HASANAH

 Guru menjadi model kepada murid.  Tugas guru bukan


sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal
pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi
para pelajarnya (role model).
 Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika
baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan
sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan
yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran
kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa
mempamerkan perilaku yang baik.
 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN 
DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-
QURAN
DEFINISI KAEDAH
 Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan
sistematik.
 Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-
peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan
bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
 Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan
pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang
sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi
keperluan murid.
Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan
dengan cara-cara seperti berikut:
 Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan
digunakan.
 Tentukan bahan yang hendak disampaikan
mengikut peruntukan masa.
 Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang
diperkenalkan.
 Susun langkah secara berperingkat
DEFINISI TEKNIK

 Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung


dalam sesuatu kaedah atau cara menjalankan pelbagai
langkah dalam pengajaran.
 Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang
digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai
kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara
menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran.
 Ia memberi penekanan bagaimana menggunakan sumber-
sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah
pengajaran.
KAEDAH/TEKNIK
Dalam menjalankan apa sahaja kaedah / teknik
prinsip-prinsip di bawah boleh dijadikan panduan:
 Melibatkan murid secara aktif.

 Menggalakkan pengalaman secara langsung.

 Menekankan amalan dan penghayatan.

 Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.

 Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman

secara bersepadu
Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan
Pembelajaran Tilawah
al Qur’an
(Ayat Tilawah / Bacaan)
 Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat bacaan) ini. Di
antaranya ialah:

Talaqqi
 Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki

mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan


mulut guru. Kemudian secara beramai-ramai murid-murid
membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru sehingga
guru berpuas hati.
 Musyafahah
 Kaedah musyafahah dilaksanakan dengan guru
memberi contoh bacaan kepada seorang murid,
kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara
individu. Guru membaca dan kemudian seorang
murid mengikuti bacaan guru.
Tikrar
 Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi.

 Guru memperdengarkan bacaan kepada murid

berulang-kali supaya murid dapat menanggapi


sebutan dan bacaan guru dengan baik.
 Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan

bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul


sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan
bacaan murid
Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara;
 Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru

membaca, murid-murid ikut.


 Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang

murid membaca, murid-murid lain ikut.


 Murid membaca beramai-ramai mengikut
kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.
 Seorang murid membaca, murid lain mendengar

sahaja.
 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Tilawah Al-Quran
(Ayat Hafazan)
AYAT HAFAZAN
 Hafazan al-Qur’an merupakan suatu proses
mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an yang
dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang
berdasarkan panduan-panduan tertentu (Mohd
Yusuf Ahmad, 2004).
 Di antara beberapa panduan atau tatacara menghafaz al-Qur’an yang penting
ialah seperti berikut:
 -       ikhlas dalam niat dan amalan,
 -       menggunakan satu mushaf,
 -       memahami apa yang dihafaz,
 -       meninggalkan maksiat,
 -       hafaz secara berperingkat-peringkat,
 -       kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan
 -       kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang
berkemahiran.

 Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran


Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat hafazan) ini. 
Cuba Jaya
 Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-
murid diberi masa yang terhad (10 hingga 15 minit)
untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas
tempoh itu,  murid diminta membaca ayat secara
hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz,
guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut
sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dalam
bentuk kumpulan atau individu.
Sambung Bacaan
 Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca
satu ayat dan meminta murid-murid menyambung secara hafaz.
 Kumpulan A membaca ayat pertama secara hafaz, kumpulan B
menyambung ayat ke dua secara hafaz, kumpulan C
menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah
seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara
beberapa kumpulan murid.
 Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat pertama
dan meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke
dua secara hafaz. Begitulah seterusnya sambung-menyambung
bacaan hafazan dalam kalangan murid.
TASMIK
 Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas
menghafaz ayat tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah.
Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat yang sudah
dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik.
 Guru tasmik hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz
dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum
hafaz diminta menghafaz lagi.
 Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami
panduan dan teknik menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya
mereka dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan
TEKNIK MENGHAFAZ AL-
QURAN
 -     Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan (tartil). Jika
ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan mashaf]
 -       Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
 -       Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
 -       Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir
 -       Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau tersangkut barulah
lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan.
 -       Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut
langkah-langkah di atas.
 -       Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat pertama dan ayat
 kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah merujuk sekejap kepada mushaf.
 -       Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk mushaf.
 -       Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat.
 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Tilawah Al-Quran
(Ayat Kefahaman)
TERJEMAHAN

 Kaedah ini adalah dimulakan dengan guru


membaca keseluruhan ayat yang telah ditentukan.
Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat
penting di dalam ayat tersebut. Kemudian guru
menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah itu, guru
meminta murid menterjemahkan ayat tersebut
bergilir-gilir.
HURAIAN

 Kaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi


tugasan kepada dua orang murid (mengikut kesesuaian)
untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini telah
diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta
dengan buku rujukan. Pada hari pengajaran dan
pembelajaran, murid yang beri tugas menghuraikan
maksud ayat di hadapan kelas. Huraian tersebut
hendaklah disokong dengan ayat al-Quran, hadith,
pendapat ulama, ahli sains, ahli sejarah dan lainnya.
PERBINCANGAN

 Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru


dan murid berbincang mengenai istinbat (rumusan)
hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari
maksud ayat yang telah dihuraikan. Kaedah ini
boleh dilaksanakan secara kelas atau kumpulan
kecil.
 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Tilawah Al-Quran
(Kaedah Iqra’)
 Kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah yang disusun sebagai satu
usaha mengadaptasi atau mengubah suai kaedah lama (al-
Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar al-Quran dalam
waktu yang singkat dan cepat.
 Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani ini
berasal dari Indonesia dan mula diperkenalkan pada tahun 1984 di
sebuah taman kanak-kanak al-Quran di kota Gedo,
Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah al-Marhum Ustaz Haji As’ad
Humam yang mempunyai pengalaman mengajar al-Quran sejak
tahun 1950 dan mengasaskan kaedah ini melalui percubaan dan
penyelidikan yang mendalam.
 Buku-buku Iqra’ disusun untuk memudahkan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan
huruf hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran
dengan baik dan mengikut hukum tajwid.
 Ianya telah disusun dengan mengambil kira keupayaan
dan kemampuan murid menguasai asas kemahiran seperti
mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan menulis
serta diselitkan juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik
minat murid sepanjang enam bulan pertama persekolahan
mereka
 Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah
setiap orang guru hanya akan membimbing 5 atau 6 orang murid sahaja
bagi setiap satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama 60 minit.
 Pendekatan ini begitu sesuai dijalankan kerana menurut Abdul Halim El-
Muhammady (1990), sekiranya jumlah murid dalam suatu kelas terlalu
ramai akan menyebabkan guru tidak dapat memberi bimbingan berkesan
ke atas setiap murid dalam suatu sesi pengajaran. Kaedah Iqra’ ini
dikenal pasti juga sebagai kaedah yang dapat membantu mempercepatkan
kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik
melalui 3 peringkat iaitu
 1) Peringkat mengenal huruf,
 2) Peringkat mengenal baris dan,
 3) Peringkat membunyikan baris (Mohd Alwi 2003).
 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Tilawah Al-Quran
(Kaedah )

Anda mungkin juga menyukai