Anda di halaman 1dari 16

TAJUK: REVIU RPH DAN BBM DENGAN MENGULAS BERKENAAN STRATEGI, KAEDAH

DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (PDP) TERSEBUT.

1.0 Pengenalan

Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan RPH sebagai satu dokumen perancangan
pengajaran yang mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran
yang akan dilaksanakan oleh guru. Penyediaan RPH dikatakan nadi utama yang menggerakkan
seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Hal
ini kerana penyediaan RPH dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran bagi
mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan
merancang tindakan susulan untuk melaksanakan penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan garis panduan kepada guru bukan sahaja ketika mengajar malah
sebelum dan selepas mengajar.

Penulisan RPH perlu melalui empat peringkat berfikir:

1. Tentukan kurikulum iaitu apa yang perlu dipelajari oleh murid berpandukan kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajaran serta huraian sukatan pelajaran.
2. Fikirkan tentang pengetahuan sedia ada sebagai prasyarat untuk melaksanakan
pengajaran tajuk baru.
3. Renungkan sekurang-kurangnya satu kaedah yang sesuai untuk membantu proses
pembelajaran yang berkesan.
4. Fikirkan sekurang-kurangnya satu cara untuk membuat penilaian pencapaian hasil
pembelajaran.

Pada peringkat berfikir yang ketiga, guru perlu merenungkan sekurang-kurangnya satu kaedah
yang sesuai untuk membantu proses pembelajaran yang berkesan. Hal ini memperlihatkan
bahawa strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang diterapkan adalah penting untuk
menghasilkan RPH yang berkesan yang seterusnya akan menghasilkan proses pembelajaran
yang bermakna. Selain daripada kaedah yang sesuai, merujuk kepada peringkat berfikir kedua,
guru juga perlu memikirkan tentang pengetahuan sedia ada sebagai prasyarat untuk
melaksanakan pengajaran tajuk baru. Untuk proses ini, guru boleh menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang berkait dengan pengetahuan sedia ada murid. Dalam penulisan ini, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran serta BBM yang terdapat dalam RPH akan diulas berdasarkan RPH
RBT Sekolah Rendah yang dipilih.

1
2.0 Reviu RPH dan BBM dari segi strategi, kaedah dan teknik yang digunakan

RPH yang dianalisis adalah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5. Standard kandungan yang dipilih ialah 6.3:
menghias dan membungkus makanan. Standard pembelajaran yang dipilih pula ialah 6.3.1
sehingga 6.3.3. Manakala standard prestasi yang perlu dicapai ialah tahap penguasaan 2:
menerangkan dua maklumat pada label pembungkus makanan.

RPH yang dikaji mempunyai elemen-elemen yang diperlukan untuk menghasilkan rancangan
pelajaran dengan berorientasikan model dan teori pendidikan seperti tajuk mata pelajaran,
peruntukan masa yang diperlukan untuk melengkapkan pelajaran, senarai bahan bantu yang
diperlukan, hasil pembelajaran yang ingin dicapai pada akhir sesi PdP, set induksi, langkah-
langkah perkembangan iaitu turutan aktiviti yang dilaksanakan semasa pengajaran disampaikan
merangkumi arahan-arahan, latihan dan bimbingan guru serta rumusan dan penutup.

2.1 Set Induksi

2
Berdasarkan RPH, dapat dilihat bahawa guru telah menyediakan set induksi untuk
menarik perhatian murid. Walau bagaimanapun, jika diteliti isi pelajaran set induksi, guru
telah menggunakan standard pembelajaran 6.3.1: menyatakan bahan hiasan seperti aising,
coklat urai, jem dan kelapa parut kering. Hal ini bertentangan dengan definisi set induksi
yang merujuk kepada satu aktiviti berfokus untuk menarik perhatian murid, menyediakan
atau membentuk kesediaan fizikal dan mental murid ke arah pembelajaran (Normazidah
Mahmood, 2012). Oleh itu, guru perlu menyediakan aktiviti yang boleh dikaitkan dengan
standard pembelajaran, bukannya menyediakan aktiviti untuk standard pembelajaran yang
akan diajar.

Untuk set induksi, guru menggunakan strategi berpusatkan guru. Strategi ini
merupakan strategi guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus
pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru (Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah
Syed Ahmad, 2017). Daripada RPH, dapat dilihat bahawa guru memonopoli aktiviti
pengajaran dengan bertindak mempamerkan, menerangkan dan menyoal murid mengenai
biskut yang dihias dengan bahan hiasan. Murid pula hanya berperanan sebagai pendengar
pasif dan menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Strategi ini tidak menggalakkan
pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar
mempunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau
pengalaman hidup mereka sendiri (Ishak Ramly, 2005).

Kaedah yang digunakan pula ialah kaedah penerangan. Maksud kaedah ini ialah guru
memberi penerangan tentang sesuatu tajuk pelajaran atau isi pengajaran secara lisan
(Siow et al, 2005). Berdasarkan RPH, guru memberi penerangan kepada murid mengenai
biskut yang dihiasi dengan bahan hiasan. Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang
sememangnya berpusat kepada guru.

Terdapat aktiviti yang memerlukan murid menjawab soalan guru. Aktiviti ini sekiranya
dikembangkan boleh mengubah strategi dan kaedah bagi mewujudkan pembelajaran yang
lebih bermakna. Bagaimanapun tiada ulasan lanjut mengenai soalan yang akan ditanya
kepada murid.

Selain itu, bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan serta memberi
kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) di
samping dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran tersebut (Faizah Ja’afar, 2017). Oleh
itu, guru menyediakan biskut yang dihiasi dengan bahan hiasan sebagai BBM. Pemilihan
BBM ini sesuai kerana guru dapat menggunakan BBM tersebut untuk mengaitkan isi
pembelajaran yang dipelajari dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid yang
pernah melihat, memegang dan memakan biskut yang dihiasi dengan bahan hiasan.

3
Penggunaan bahan maujud sebagai BBM membolehkan murid melihat sendiri
pengaplikasian input pembelajaran dalam situasi sebenar dalam kehidupan mereka.
Pernyataan ini disokong oleh Zawawi Ismail (2005), yang menyatakan bahawa kewujudan
bahan maujud dapat membantu murid untuk membuat persepsi berdasarkan apa yang
telah dilihat secara realiti dan bukan suatu persepsi atas dasar andaian sahaja. Situasi ini
pastinya akan lebih memberikan kefahaman kepada mereka dalam proses PdP.

2.2 Fasa penyampaian

Terdapat tiga langkah dalam fasa penyampaian RPH yang dikaji. Ketiga-tiga langkah
mempunyai strategi, kaedah dan teknik yang berbeza untuk menyampaikan isi pelajaran.
Untuk langkah 1, guru menggunakan strategi berpusatkan guru dan kaedah penerangan,
seperti set induksi. Di sini, guru mengawal keadaan dengan membahagikan murid kepada
empat kumpulan. Guru juga memonopoli aktiviti pengajaran dengan mempamerkan dan
menerangkan jenis pembungkus makanan. Guru juga memberi peluang kepada murid
untuk menyatakan pembungkus makanan yang mereka pernah lihat.

Guru dilihat tidak merancang langkah 1 dengan baik. Hal ini kerana, walaupun guru
telah membahagikan murid kepada empat kumpulan, guru tidak menggunakan
pembahagian kumpulan tersebut untuk menyampaikan isi pelajaran. Sebaliknya, guru
meneruskan pengajaran dengan kaedah penerangan. Maka, masa yang digunakan untuk
membahagikan kumpulan murid hanyalah sia-sia dan tidak memberi impak kepada proses
PdP langkah 1.

4
Untuk langkah 2 pula, guru menggunakan strategi berpusatkan bahan dan murid.
Bahan yang digunakan ialah pelbagai pembungkus makanan yang dibawa dari rumah
untuk menerangkan mengenai label yang terdapat pada bungkusan makanan. Berbeza
dengan langkah 1, strategi berasaskan bahan dapat diterapkan pada langkah ini kerana
murid perlu meneroka bahan tersebut iaitu pelbagai bungkusan makanan untuk mencapai
objektif pembelajaran. Pada langkah 1 pula guru tidak menggunakan strategi berasaskan
bahan kerana guru hanya mempamerkan bungkusan makanan kepada murid. Strategi
berpusatkan murid pula dapat dilihat melalui penglibatan secara aktif murid dalam
kumpulan untuk mengelaskan maklumat-maklumat yang terdapat pada bungkusan
makanan. Malah murid turut perlu membentangkan hasil dapatan kumpulan kepada rakan-
rakan sekelas.

Aktiviti mengelaskan maklumat yang terdapat pada bungkusan makanan secara

berkumpulan menunjukkan guru menggunakan teknik perbincangan untuk langkah 2.
Teknik perbincangan adalah teknik yang menggalakkan pertukaran idea secara bebas.
Semasa proses perbincangan, guru perlu memastikan perbincangan tidak hanya
dimonopoli oleh seorang murid sahaja dan tidak juga terpesong daripada isi pembelajaran.

5
Seterusnya, untuk langkah 3, guru menggunakan teknik sumbang saran untuk
menjalankan aktiviti Round Table. Teknik sumbang saran adalah satu kaedah untuk
mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan
fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat
terhadap sesuatu topik yang dibincangkan (Indah Eyah Abu Samad, 2012). Guru
mengaplikasikan teknik sumbang saran dengan meminta setiap murid untuk menulis idea
dan pendapat masing-masing secara bergilir-gilir tentang kepentingan maklumat-maklumat
yang terpada pada bungkusan makanan. Melalui pengaplikasian teknik sumbang saran
serta aktiviti Round Table, dapat dilihat dengan jelas bahawa guru telah menggunakan
strategi berpusatkan murid untuk langkah ini dengan adanya penglibatan aktif murid dan
peranan guru sebagai fasilitator sahaja.

Daripada respons yang diberikan, guru dapat mengukur tahap kefahaman murid
secara individu terhadap penyampaian input pembelajaran yang diajar pada fasa dan
langkah-langkah sebelum ini. Daripada penilaian ini, guru dapat mengenal pasti mana-
mana pelajar yang masih belum memahami input pengajaran yang disampaikan dan
pelajar yang sudah menguasai dan boleh mencapai standard prestasi yang ditetapkan.
Daripada penilaian ini, guru boleh mengambil tindakan susulan sama ada ke atas murid
tersebut mahupun menambah baik aspek penyampaiannya bagi membolehkan
penyerapan input pembelajaran secara maksimum oleh para pelajar.

BBM yang digunakan untuk fasa penyampaian iaitu pembungkus makanan. Bagi
langkah 1, guru mempamerkan pembungkus makanan untuk menerangkan jenis
pembungkus makanan manakala bagi langkah 2, guru meminta murid membawa makanan
atau minuman yang dibungkus daripada rumah untuk digunakan semasa aktiviti
berkumpulan dan meminta murid meneroka label pembungkus makanan mereka. Guru
tidak menggunakan sebarang BBM untuk langkah 3.

3.0 Nilai tambah memperkasakan RPH dan BBM

3.1 Set induksi

Untuk memperkasakan RPH yang dianalisis, isi pelajaran bagi set induksi perlu diubah.
Hal ini kerana guru telah menggunakan standard pembelajaran 6.3.1: menyatakan bahan
hiasan seperti aising, coklat urai, jem dan kelapa parut kering untuk set induksi. Oleh itu,
semasa set induksi, guru boleh memperkenalkan konsep bahan hiasan kepada murid
menggunakan BBM biskut yang telah dihiasi dengan bahan hiasan. Di samping itu, guru
juga boleh membungkus biskut yang dihiasi dengan bahan hiasan menggunakan
pembungkus plastik bagi memperkenalkan juga konsep pembungkus makanan kepada

6
murid. Dengan ini, guru dapat memperkaitkan set induksi dengan standard pembelajaran
yang akan diajar dengan lebih jelas.

Selain itu, guru boleh menambah baik kaedah pengajaran yang berpusatkan guru
kepada kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Misalnya guru menggunakan kaedah
sumbang saran. Daripada menerangkan kepada murid secara terus tentang konsep bahan
hiasan menggunakan biskut yang dihiasi dengan bahan hiasan, guru boleh mendapatkan
idea-idea dan pendapat murid mengenai BBM melalui teknik penyoalan.

Semasa menyoal murid mengenai BBM, adalah penting bagi guru untuk
menggunakan teknik penyoalan yang betul. Teknik penyoalan akan membawa murid
berfikir sambil menganalisis BBM yang dibawa oleh guru. Dalam proses ini, bagi
mendapatkan jawapan, murid bukan sahaja menggerakkan aspek kognitifnya, malah deria
mereka turut bekerja bagi meneliti butiran-butiran yang terdapat pada biskut berkenaan
untuk menjawab soalan guru. Teknik penyoalan ini juga akan memberikan suatu indikator
kepada guru bagi menilai tahap pengetahuan sedia ada murid bagi proses PdP yang akan
dijalankan. Sekiranya respons bagi soalan yang dikemukakan baik, pastinya
kebarangkalian pencapaian objektif pembelajaran tinggi. Namun, jika sebaliknya, guru
pastinya harus memanipulasi sedikit sebanyak fasa pembelajaran seterusnya supaya input
yang disampaikan dapat diterima dan diserap oleh murid dengan berkesan (Rashid Azizan
& Abdul Razak Habib, 1995).

3.2 Fasa penyampaian

Seperti set induksi, isi pembelajaran langkah pertama juga perlu diubah. Hal ini kerana
standard pembelajaran 6.3.1 yang diajar semasa set induksi perlu dimasukkan ke dalam
langkah 1. Untuk itu, pada langkah 1, guru boleh menggabungkan standard pembelajaran
6.3.1 dan 6.3.2 sekali gus. Bagi memastikan isi pembelajaran bagi kedua-dua standard
pembelajaran ini berjalan lancar, guru boleh menggunakan BBM yang bersesuaian
misalnya penayangan video di samping turut menggunakan biskut yang dihias dan
dibungkus. Video yang disediakan perlulah mempunyai maklumat yang lengkap tentang
jenis-jenis bahan hiasan dan pembungkus makanan berserta fungsinya.

Penayangan video sebagai BBM ini yang menggabungkan unsur-unsur audio, video
serta grafik dapat membantu guru untuk mengekalkan perhatian murid dalam pembelajaran
dengan lebih baik. Hal ini kerana video yang dibina lengkap dengan elemen-elemen
multimedia seperti pergerakan animasi, visual dan gabungan audio membolehkan murid
lebih mudah membuat perkaitan mengenai isi pembelajaran yang diajar dengan konsep
yang bakal dibina dalam minda mereka. Guru juga akan memberhentikan video sekali
sekala bagi memberi peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan mengenai isi

7
pembelajaran yang tidak difahami. Proses ini sememangnya penting dalam sesi PdP
kerana ianya berguna untuk menilai pengetahuan pelajar atau kebolehan mereka untuk
menganalisis input pembelajaran (Kassim Abbas 2006). Sesungguhnya, kebolehan murid
untuk menganalisis sesuatu amat penting dalam pembelajaran abad ke-21 kerana ianya
merupakan salah satu elemen kemahiran berfikir yang perlu dilalui murid terlebih dahulu
sebelum mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi.

Selain itu, bagi mewujudkan pemusatan pembelajaran kepada murid, guru boleh
merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid daripada hanya menggunakan kaedah
penerangan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah Gallery Walk. Melalui aktiviti
tersebut guru dapat mengaplikasikan teknik perbincangan secara berkumpulan untuk
mengenal pasti jenis-jenis bahan hiasan dan pembungkus makanan berdasarkan biskut
yang diagihkan. Seterusnya murid boleh menampalkan dapatan perbincangan mereka di
dinding bagi menjalankan proses Gallery Walk.

Langkah 2 pula boleh ditambah nilai dengan menggunakan BBM bagi memberi
maklumat kepada murid tentang maklumat-maklumat yang terdapat pada pembungkus
makanan. Misalnya, guru menyediakan bahan bercetak berkisar tentang maklumat-
maklumat yang terdapat pada bungkusan makanan. Hal ini membolehkan murid meneroka
bahan yang diberikan iaitu bahan bercetak dan makanan yang berada dalam bungkusan
untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.

Selain itu, aktiviti langkah 2 boleh ditambah baik dengan penggunaan peta i-Think bagi
mengelaskan maklumat-maklumat yang terdapat pada bungkusan. Penggunaan peta
pemikiran dalam langkah ini dapat membantu murid untuk menjuruskan pemikiran bagi
mengorganisasikan maklumat-maklumat pada pembungkus makanan yang diminta oleh
guru mengikut kategori-kategorinya dengan betul. Hal ini kerana peta pemikiran dicipta
secara selari dengan cara otak manusia memproses dan menyusun maklumat (Tee et al.,
2009). Penggunaannya sememangnya membantu murid dalam proses pembelajaran
mereka kerana kebanyakan murid menghadapi kesukaran untuk menyusun idea-idea dan
pendapat mereka dalam bentuk penulisan mahupun jawapan pendek kerana mereka
hanya akan menyatakan perkara-perkara penting sahaja tanpa menyertakan hujah-hujah
yang menyokong pernyataan mereka. Namun, menurut Long dan Carlson (2011), dengan
menggunakan peta pemikiran, murid lebih berupaya untuk menyertakan detail-detail yang
relevan yang dikehendaki oleh soalan.

3.3 Fasa penutup

RPH yang dibina akan diakhiri dengan fasa penutup. Pada fasa ini, selain daripada
guru memberi rumusan seperti yang dinyatakan dalam RPH, guru juga boleh menyoal

8
semula murid mengenai apa yang dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh memilih secara
rawak beberapa orang murid untuk mengulang semula isi pembelajaran pada hari itu.
Pemilihan ini biasanya dipilih berdasarkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran.
Sekiranya murid tersebut kurang mengambil bahagian dalam proses PdP, kebarangkalian
untuk disoal pada akhir sesi PdP adalah tinggi bagi menilai bagi tahap kefahaman murid
tersebut. Fasa penutup amat penting untuk dilakukan pada setiap akhir sesi PdP bagi
membolehkan murid mengingati semula apa telah dipelajari pada hari tersebut.

Proses penutup pengajaran ini perlu diselarikan

dengan teknik penyoalan yang merangsang amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pada peringkat penutup pengajaran, pendekatan penyoalan dapat membantu pelajar

berfikir secara kritis dengan memberi fokus secara eksplisit terhadap proses pemikiran.
Semasa
soalan yang teratur dan berstrukutur, pelajar akan memperlahankan proses pemikiran
mereka
dan meneliti proses tersebut berasaskan keseluruhan kandungan pengajaran yang
telah
disampaikan (Robert Glaser, 1983; Zamri Mahmod et al, 2015). Penyoalan yang berfikrah
dan
teratur di dalam kelas berupaya mencapai matlamat akhir pengajaran dan pembelajaran
(PdP).
Secara keseluruhannya, kaedah penutup pengajaran yang bersandarkan amalan inkuiri

9

10

11

3.4 Fasa penilaian

Selain daripada set induksi, fasa penyampaian dan penutup yang terdapat dalam RPH
yang dianalisis, guru juga perlu memasukkan fasa penilaian. Fasa penilaian dalam RPH ini
penting bagi membolehkan guru melaksanakan penilaian terhadap keberkesanan
pengajaran dan bagi meninjau tahap penerimaan murid terhadap input yang disampaikan.
Murid yang berjaya menguasai input yang disampaikan akan diberikan latihan penggayaan
manakala murid yang gagal akan diberikan latihan pemulihan (Mohd Zuri Ghani & Aznan
Che Ahmad, 2011).

Penilaian dalam PdP meliputi aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Untuk aspek
kognitif, guru perlu menilai sejauh mana berlaku perkembangan intelek atau peningkatan

12
aspek pengetahuan dalam minda murid. Hal ini demikian kerana, objektif pembelajaran
perlu dicapai pada setiap akhir pembelajaran. Oleh sebab itu, guru perlu mengukur tahap
kefahaman murid terhadap sesuatu tajuk pembelajaran dengan mengagihkan lembaran
kerja di akhir pembelajaran yang membolehkan guru mengetahui perkembangan tahap
pengetahuan yang berlaku dalam kalangan murid.

Penilaian afektif pula meliputi aspek perasaan murid yang merangkumi perkembangan
minat, motivasi, rohani, dan emosi murid melalui proses PdP yang dilalui. Hal ini demikian
kerana, murid akan melalui pelbagai pengalaman sepanjang proses pembelajaran.
Sebagai contoh, kadang kala murid akan berasa malas, tidak bersemangat untuk belajar,
atau emosi murid yang terganggu. Oleh sebab itu, apabila guru melakukan penilaian, guru
akan mengesan sejauh mana perkembangan afektif murid berlaku. Jika perkembangan
memperlihatkan hasil yang negatif, guru akan melakukan tindakan lanjut bagi melakukan
penambahbaikan bagi aspek tersebut.

Yang terakhir ialah penilaian psikomotor yang meliputi aspek perkembangan sikap dan
tingkah laku murid hasil daripada proses PdP yang dilalui. Semasa proses pembelajaran,
murid akan didedahkan dengan pelbagai perkara dengan menggunakan kaedah-kaedah
pengajaran yang berbeza. Oleh itu, penilaian terhadap perkembangan psikomotor murid ini
penting bagi menilai tindak balas positif murid sama ada dalam bentuk tingkah laku atau
sikap semasa proses pembelajaran. Jika murid berubah menjadi seorang yang aktif dan
memberi kerjasama yang baik sepanjang proses pembelajaran, maknanya kaedah
pengajaran yang digunakan berkesan dan sebaliknya.

3.5 Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Salah satu anjakan transformasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 adalah untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa, peperiksaan dan pentaksiran sebelum ini akan dirombak
dan ditumpukan kepada bentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini kerana telah
dinyatakan bahawa satu daripada enam ciri utama yang menjadi keperluan seseorang
murid yang berkemampuan dalam persaingan pada peringkat antarabangsa ialah
kemahiran berfikir (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). KBAT ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu.

RPH yang dihasilkan bagaimanapun dilihat mempunyai kekurangan dari segi

penekanan unsur KBAT. Di bahagian catatan bagi RPH yang dianalisis, tidak terdapat
catatan mengenai elemen KBAT yang dicatatkan. Guru sepatutnya mencatat dengan jelas

13
elemen KBAT yang terlibat agar guru dapat menerapkan elemen tersebut dengan lebih
berkesan. Oleh itu, RPH yang dianalisis boleh ditambah nilai dari segi penekanan KBAT.
Salah satu cara menerapkan KBAT ialah melalui teknik penyoalan semasa proses PdP.
Pelaksanaaan kaedah penyoalan ini di dalam PdP berkemampuan untuk merangsang daya
pemikiran seseorang murid menerusi pelbagai bentuk pendekatan seperti penyoalan
secara terus, penyoalan secara kumpulan, penyoalan proses dan penyoalan penilaian
(Muhammad Sofwan Mahmud & Rosalinda Rosli, 2015). Mohd Che Noh, Mohd Fuad
Othman & Maimun Aqsha (2014) mencadangkan agar guru memilih pendekatan menyoal
pada peringkat awal pengajaran yang berperanan mencetuskan kefahaman awal di
kalangan murid malahan berkemampuan memberi impak kepada nilai penghayatan murid.
Oleh itu, guru perlulah menekankan teknik penyoalan dalam set induksi.

Fasa penyampaian juga perlu diselarikan dengan teknik penyoalan yang merangsang
amalan KBAT. Terdapat tiga kaedah penyoalan yang boleh diaplikasikan menerusi fasa
penyampaian iaitu (i) penyoalan semasa pengajaran, guru perlu memberikan soalan
dengan jelas dan bersesuaian dengan tahap umur murid (ii) guru memberi contoh
bagaimana jawapan kepada persoalan yang dapat membentuk kefahaman berkaitan tajuk
yang diajar (iii) guru membina soalan yang dapat mengaitkan jawapan yang akan diberikan
menerusi amalam kehidupan murid tersebut (Mohd Syaubi Othman & Ahmad Yunus
Kassim, 2017)

Pada fasa penutup, pendekatan penyoalan dapat membantu murid berfikir secara kritis
dengan memberi fokus secara eksplisit terhadap proses pemikiran. Semasa soalan yang
teratur dan berstruktur, murid akan memperlahankan proses pemikiran mereka dan
meneliti proses tersebut berasaskan keseluruhan kandungan pengajaran yang telah
disampaikan (Zamri Mahmod, Umi Nadiha Mohd Nor & Wan Muna Ruzanna Wan
Mohammad, 2015).

Selain itu, salah satu strategi yang juga boleh digunakan untuk meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi adalah melalui program i-Think yang memperkenalkan alat
berfikir iaitu peta pemikiran. Kajian Laura (2011) mendapati sebanyak 69% daripada
penggunaan peta pemikiran telah berjaya meningkatkan keupayaan pelajar dalam
membanding beza. Aplikasi peta pemikiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
telah dapat meningkatkan pelaksanaan aktiviti untuk KBAT (Zohar, 2004). Menurutnya lagi,
pelajar mempunyai kemudahan yang konsisten terhadap kemahiran berfikir aras tinggi.
Melalui cara tersebut, mereka akan cenderung untuk berkongsi apa yang difikirkan secara
visual.

3.6 Peruntukan masa

14
Masa yang diperuntukkan untuk proses PdP RPH yang dikaji adalah selama 1 jam dari
pukul 8.00-9.00 pagi. Peruntukan masanya yang agak pendek menyebabkan guru hanya
mampu memperuntukkan 15 minit untuk setiap langkah dalam fasa penyampaian, 5 minit
untuk set induksi dan 10 minit untuk fasa penutup. Maka, proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi ringkas dan kurang berkesan.

Menurut DSKP Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5, masa yang diperuntukkan untuk
standard kandungan 6.3 ialah selama 4 jam. Oleh itu, sepatutnya guru memperuntukkan 2
jam untuk mengajar standard pembelajaran 6.3.1 sehingga 6.3.3 dan seterusnya
memperuntukkan baki 2 jam lagi untuk standard pembelajaran 6.3.4. Dengan peruntukkan
masa 2 jam, guru akan dapat memperincikan lagi aktiviti-aktiviti PdP agar proses PdP yang
berkesan dapat dicapai.

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, RPH yang dikaji telah menggunakan strategi berpusatkan guru,
murid dan bahan. RPH tersebut juga menggunakan kaedah atau teknik yang pelbagai
seperti penerangan, perbincangan dan sumbang saran. BBM yang digunakan bersifat
maujud, pelbagai dan berkait dengan kehidupan seharian murid iaitu biskut yang dihiasi
dengan bahan hiasan, pembungkus makanan dan makanan/minuman yang dibungkus
dibawa dari rumah.

Bil Langkah Strategi Kaedah / Teknik BBM

1. Set induksi Berpusatkan guru Penerangan Biskut yang dihias
dengan bahan hiasan
Fasa penyampaian
2. Langkah 1 Berpusatkan guru Penerangan Pembungkus
makanan
3. Langkah 2 Berpusatkan murid Perbincangan Makanan/minuman
dan bahan dibungkus yang
dibawa dari rumah
4. Langkah 3 Berpusatkan murid Sumbang saran -
5. Fasa - - -
penutup

Walau bagaimanapun, RPH tersebut dapat diberi nilai tambah bagi memperkasakan
RBT dan BBM yang digunakan dari segi strategi, kaedah, teknik, aktiviti, pengintegrasian
dan juga peruntukan masa. Melalui nilai tambah ini, RPH yang lebih bermakna bagi
menyampaikan PdP yang lebih berkesan dapat dihasilkan. Diharapkan dengan proses nilai

15
tambah ini, murid akan lebih mudah untuk memahami standard pembelajaran 6.3.1
sehingga 6.3.3 serta dapat mengikuti proses PdP secara aktif dan ceria.

16

Anda mungkin juga menyukai