Anda di halaman 1dari 16

EDUP3013: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN TAHUN 2012-2014

Mei 2012
Struktur

1. a) Empat bidang yang terkandung dalam Pendidikan Islam


Al-Imaniyah (Pendidikan iman)
Al-Khuluqiyah (Pendidikan akhlak)
Al-Jismiyah (Pendidikan jasmani)
Al-Aqiliyah (Pendidikan mental)
Al-Nafsiyah (Pendidikan jiwa)

b) Tiga implikasi Falsafah Pendidikan Islam dan Timur terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia.
Implikasi Falsafah Pendidikan Islam ialah:
Setelah Tanah Melayu merdeka dan membentuk negara Malaysia, Akta Pelajaran 1961
telah dikuatkuasakan yang mana seorang murid mesti diberikan pendidikan Islam
sepanjang ia berasa di sekolah rendah dan menengah. Hal ini akan dapat melahirkan
lebih ramai rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam.
Kurikulum menyaksikan pelbagai perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek
pendidikan Islam yang diwajibkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam
bagi murid-murid Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama
Islam berbanding sekolah menengah lain
Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi
dan Institut Pendidikan Guru sejak 1983 sehingga kini. Tujuan kursus ini didedahkan ialah
untuk memperkenalkan falsafah pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan
wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka secara tidak langsung falsafah
pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama dapat dicapai.

Implikasi Falsafah Pendidikan Timur terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah :


Penekanan aspek moral dalam pendidikan seperti menghormati orang lebih tua,
ketekunan, tolak ansur dan sebagainya. Hasilnya murid-murid diperkenalkan dengan
pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-
murid beragama Islam.
Falsafah ini sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai
murni mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai
penghayatan terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan
diri dalam KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya

1
kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum supaya
modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.
Dalam falsafah pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan
menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa
komited terhadap tanggungjawab serta mesti mengenali dan memahami setiap muridnya
supaya potensi para murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Selari dengan
pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak sebagai mentor di dalam kelas dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah membimbing murid dan
menganalisis kebolehan murid.

2. a) Dua prinsip utama dalam aliran Progresivisme.


Pendidikan dianggap sebagai proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran
serta masyarakatnya.
Pelajar lebih berperanan dalam aktiviti pembelajaran mereka, manakala guru hanya
bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator.
Masyarakat adalah bersifat demokratik dan ciri ini wujud di sekolah.

b) Tiga peranan guru mengikut mazhab Progresivisme.


Guru harus mencadangkan sumber pembelajaran daripada pelbagai sumber dan tidak
terhad hanya kepada buku teks.
Guru sebagai pemudah cara atau fasilitator iaitu dengan membimbing pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, di samping memandu pelajar dalam menjayakan
beberapa aktiviti projek dan penyelesaian masalah.
Guru harus menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan
pengalaman sedia ada untuk memperoleh ilmu.

3. a) Nama dua ahli falsafah barat dan sumbangan mereka terhadap implikasi sistem pendidikan di
Malaysia.
Socrates. Salah satu sumbangan penting telah dikembangkan daripada Socratic
Dialogues oleh Plato. Cara pengajaran Socratic adalah menggunakan pendekatan
berpusatkan murid yang mencabar pelajar untuk mengembangkan kemahiran berfikir
secara kritis serta mengambil bahagian dalam perbincangan analitik. Cara Socratic boleh
digunakan pada semua tahap untuk semua mata pelajaran serta pengajaran dan
pembelajaran boleh diadaptasi untuk masyarakat yang dinamik terutama pendidikan di
Malaysia yang mana akan dapat melahirkan rakyat yang berfikiran kreatif dan kritis sesuai
dengan matlamat pendidikan Malaysia.
Plato. Mengikut Aristotle, Plato mengembangkan asas metafizik dan epistemologi beliau
dengan mempelajari doktrin oleh Cratylus, Pythagoras dan Parmenides. Apabila
pendidikan di Malaysia menerapkan asas metafizik dan epistemologi dalam diri pelajar,

2
pelajar akan berpeluang untuk mencapai kemahiran berfikir aras tinggi seperti mana yang
disarankan didalam kurikulum pendidikan Malaysia dan pelajar mampu untuk menguasai
dalam bidang sains, matematik dan sebagainya sepertimana program yang telah
diwujudkan oleh pihak kementerian sekian lama iaitu program STEM.

b) Tiga sumbangan oleh tokoh pendidik Negara.


Aminuddin Baki telah memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab
Perguruan Idris.
Beliau juga telah mewujudkan Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Beliau juga telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

4. a) Dua ciri yang perlu dimiliki oleh guru untuk mengembangkan potensi murid
Guru perlu berfikiran terbuka iaitu dengan memberi peluang kepada murid untuk
mengemukakan pendapat mereka agar dapat memupuk nilai keberanian yang tinggi
dalam diri murid-murid.
Guru perlu menunjukkan sikap berkasih sayang iaitu dengan kerap berinteraksi dengan
murid agar murid tidak berasa kekok apabila ingin bertanya soalan dan juga dapat
mewujudkan suasana kelas yang kondusif.
Guru juga perlu berpandangan progresif dan saintifik iaitu penggunaan bahan p&p yang
menarik dan mengadakan sedikit aktiviti yang melibatkan semua murid di dalam kelas
agar dapat mengembangkan potensi murid sekaligus menguasai topik yang telah diajar
oleh guru.

b) Tiga peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan mata pelajaran, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan agar dapat menjadi seorang guru yang mempunyai
akauntabiliti yang tinggi kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara.
Guru perlu mengamalkan P&P dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru khasnya
mengembangkan individu dan memelihara sebuah masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin agar dapat melahirkan rakyat yang seimbang dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru seharusnya menyemai dan memupuk amalan nilai murni dan etika keguruan kepada
murid selaras dengan tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan agar dapat
melahirkan rakyat yang berpekerti mulia.

3
Esei

1. Misi Nasional yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
berjaya membawa perubahan pada sistem pendidikan di negara kita, buktinya:
Program bimbingan dan kaunseling dikukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor
bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada
tahun 2002.
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksana pada
tahun 2003, bayaran insentif subjek pendidikan (BISP) diperkenal pada 2003 termasuk
Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam Rancangan
Malaysia Kelapan (RMK-8).
Skim Baucar Tuisyen (SBT) memberi bantuan tuisyen kepada murid sekolah rendah tahun 4
hingga 6 yang miskin dan pencapaian rendah dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik mulai 2004.
Anugerah pengetua JUSA C dan guru gred khas C diperkenalkan pada 2005 bagi
meningkatkan peluang kenaikan pangkat kepada guru di sekolah.
Menaiktaraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh
menganugerah ijazah mulai 2006 serta perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah
menjadikan sekolah antarabangsa di Malaysia berdaya saing di rantau Asia.

2. Berdasarkan pendapat saya, aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah
bagi melahirkan modal insan yang harmoni dan seimbang dalam pelbagai aspek ialah:
Sukan dan permainan seperti 1Murid 1Sukan - Latihan rumah sukan, merentas desa / Road
Run, sukantara, kejohanan balapan dan padang - membentuk tubuh badan yang sihat dan
cergas
Kawad kaki mewakili unit beruniform, rumah sukan, - bagi memupuk disiplin dalam
kalangan pelajar dan
Program NILAM - Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk
membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini
dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan
dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai Rakan Pembaca (RP) agar berlaku
penghayatan dan kesedaran untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan murid.
Kem seperti :-
- kem kepimpinan - menguji ketahanan fizikal dan mental aktiviti yang mencabar memberi
pengalaman yang bermakna, pelajar akan berdisiplin dan menepati masa
- kem bestari solat menanamkan kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada tuhan,
Pengisian kerohanian mendapat pendedahan secara holistik dan seimbang.
- Perkhemahan di luar kawasan sekolah - murid akan mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram

4
3. Kelebihan dan kekurangan model yang dikemukakan oleh Stenhouse:

Kelebihan Kekurangan
1. Penekanan diberikan kepada peranan 1. Terlepas pandang mengetahui
guru dan peranan pelajaran yang aktif pengetahuan tertentu
2. Penekanan diberikan kepada kemahiran 2. Sukar diaplikasikan dalam sesetengah
belajar bidang pengetahuan
3. Murid mempelajari cara mempertahankan 3. Isu dalam evidens berkenaan kompetensi
hidup sehari-hari 4. Persoalan berkenaan dapatkah guru dan
4. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pelajar menguasai kemahiran dan menjadi
memudah cara pelajar memperoleh pengamal yang kompeten?
pengetahuan

5
Mei 2013
Struktur

1 a) Lima laporan pendidikan selepas kemerdekaan Ialah

- Laporan Razak
- Laporan Rahman Talib
- Akta Pendidikan (1961)
- Laporan Aminuddin Baki (1964)
- Laporan Jawatankuasa Kabinet (1974)
- Akta pendidikan (1996)

LAPORAN RAZAK LAPORAN RAHMAN TALIB AKTA PENDIDIKAN (1961)


(perpaduan)
- Bahasa melayu - Pelajar dinaikkan darjah - Bm sebagai bahasa
sebagai bahasa secara automatik pengantar utama
kebangsaan/pengantar dengan syarat ada
peperiksaan sekurang-
(b. Melayu dan b. - Kurikulum sama untuk semua
kurangkan satu
Inggeris dijadikan peperiksaan sepenggal sekolah
bahasa wajib di semua dan tahunan
sekolah, bahasa - Pengambilan peperiksaan
pengantar lain boleh - Bm bahasa pengantar awam yang sama oleh semua
digunakan) murid
- Penekanan kpd teknik
dan vokasional (Sm
- Mewujudkan SRK dan - Sistem pendidikan
pertukangan, sm teknik,
SRJK dan sl kampong kebangsaan menekankan
ditubuhkan perkara di atas untuk
- Merapatkan jurang menyediakan pelajaran membentuk satu identity
perkauman vokasional dan kebangsaan yg menyumbang
(mewujudkan hanya pelajaran perusahaan kearah perpaduan rakyat
satu jenis sekolah kampung)
menengah- semua
- Penekanan kepda
bangsa boleh pelajaran agama
memasuki sekolah (Pelajaran agama islam
tersebut dengan disediakan di semua
menggunakan sukatan sekolah bantuan yang
pelajaran dan mempunyai pelajar
kurikulum yang sama) islam tidak kurang
daripada 15 org)
- Untuk - Penekanan pendidikan
mengembangkan dan akhlak (hormat
memajukan sistem menghormati,
pendidikan selepas kepercayaan kpd
kemerdekaan (guru- tuhan)
guru menerima latihan
- Membentuk Jemaah
yang serupa, Nazir tempatan bagi
penubuhan Jemaah mengawal mutu
nazir-nazir sekolah, pelajaran
penubuhan skim
pekhidmatan yang
serupa bagi semua
guru)

6
LAPORAN AMINUDDIN LAPORAN AKTA PENDIDIKAN (1996)
BAKI JAWATANKUASA
KABINET
- Pelajaran menengah - Melahirkan sumber Implikasi kpd SPK
rendah selama 3 tahun tenaga manusia - Dasar pendidikan kebangsaan
selepas pelajaran berlandaskan FPK
sekolah rendah perlu - Melahirkan masyarakat
disediakan sejajar yang bersatu padu, - Sistem pendidikan
dengan dasar kerajaan berdisiplin dan terlatih dimantapkan meliputi semua
untuk menaikkan umur peringkat persekolahan
berhenti sekolah - Penguasaan kemahiran
kepada 15 tahun 3M - Pendidikan khas diberi
tumpuan
- Perlu menyediakan - Kenaikan darjah
pelajar menjawat automatik - Mengambil kira kepentingan
jawatan yang sesuai pendidikan semua kaum
setelah mereka tamat - Sukatan pelajaran
pengajian sekolah swasta yang
sama
- Mempelbagaikan jenis
kursus supaya dapat - Bahasa melayu sebagai
mengeluarkan pelbagai mata pelajaran wajib
tenaga manusia yang peperiksaan
berkemahiran
- Pelaksanaan kbsm dan
kbsr

b) Kesan-kesan pelaksanaan syor-syor terdapat dalam Laporan Rahman Talib:


- umur berhenti sekolah 15 tahun yang dicadangkan memberi ruang kepada pelajar supaya
lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menjawat pekerjaan.
- Pendidikan sekolah rendah percuma membolehkan setiap kanak-kanak berpeluang untuk
belajar di sekolah agar dapat meramaikan rakyat Malaysia yang berpendidikan standing
negara maju lain
- Penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dapat memperkasakan
kedudukan bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama memelihara bahasa dan budaya
kaum lain supaya perpaduan dapat dipupuk antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.
- Sistem naik kelas secara automatic di sekolah rendah dan menengah menjamin pelajar agar
tidak tercicir daripada sistem persekolahan terlalu awal. Peperiksaan tahunan yang diadakan
adalah untuk menjamin mutu P&P
- Bantuan separuh kepada sekolah menengah yang tidak mematuhi peraturan adalah untuk
menjamin pencapaian matlamat pendidikan kebangsaan agar pelajar dapat meneruskan
pengajian dan sekolah tersebut masih boleh beroperasi.
- Semua peperiksaan di sekolah menengah diadakan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
inggeris. Matlamatnya untuk mewujudkan perpaduan

7
2 a) Lima prinsip FPI dalam membentuk individu soleh, bertakwa berdasarkan nilai-nilai islam
- Sesuai dengan roh islam, akidah, dan undang-undang islam
- Bersifat memilih supaya sesuai dengan roh islam
- Bebas daripada sebarang percanggahan
- Berkaitan dengan reality masyarakat
- Didasarkan dengan contoh yang jelas
- Dinamik dan mempunyai contoh-contoh yang jelas
- Bersifat universal didasarkan kepada faktor sosial, budaya, spiritual, ekonomi dan lain-lain
- Pembinaannya berkaitan dengan aspek kehidupan manusia yang berteraskan ilmu
pemgetahuan dan pengalaman kemanusiaan

b) Cara konsep FPI dapat diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia

(Mohd Kamal Hasan 1989)

- Pendidikan seumur hidup kuliah diberikan kepada murid-murid serta ibu bapa
- Pembangunan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek - terapkan sunnah sukan nabi,
kempen solat awal waktu
- Menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba(abid) dan khalifah melatih pelajar dengan
kemahiran kepemimpinan
- Memakmurkan alam - program kitar semula, jaga amanah Allah
- Kesepaduan iman, ilmu dan amal soleh - membuat program amal, sedekah, sukarelawan
- Al-falah pertandingan sempena ihya ramadhan spt kuiz, azan - solat awal waktu

3 a) Dua aspek reka bentuk kurikulum KSSR

- Kerohanian, sikap dan nilai


- Sains dan teknologi

b) Enam tunjang reka bentuk kurikulum dapat membentuk keperibadian dan keterampilan diri murid:

Komunikasi
- Penggabung aliran kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dapat
meningkatkan kemahiran berbahasa dan keyakinan dapat dipupuk secara tidak langsung
Kerohanian, sikap dan nilai
- Penghayatan amalan agama dapat memberikan nilai2 yang baik dalam diri seseorang murid untuk
membentuk keperibadian yang mulia supaya disenangi masyarakat.
Kemanusiaan
- Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan
global dapat meningkatkan persefahaman dan memudahkan murid bergaul dengan masyarakat
sekeliling.

8
Keterampilan diri
- Pemupukan kepemimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kurikulum di sekolah

Pembangunan fizikal dan estetika


- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
- Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Sains dan teknologi


- Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik dan berasaskan teknologi

4. a) Tujuan penubuhan sekolah cluster dalam sistem pendidikan di Malaysia

- Melonjakkan kecemerlngan sekolah Menerusi lonjakan saujana dalam aspek modal insan dan
kepemimpinan
- Menggemilangkan yang boleh dijadikan role model dan showcase
- Mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah sehingga mengharumkan nama negara di arena
antarabangsa.

b) Impak positif sekolah kluster kepada perkembangan sistem pendidikan negara Malaysia
- program kecemerlangan kokurikulum
- program kerjaya
- pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan
- lepasan sekolah cluster diterima masuk university ternama luar negara
- badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
- menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
- sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% 9663 sekolah)
- model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
- pemimpin berkualiti (3.1% 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
- melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

9
Esei

1) Peranan sekolah agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan,


berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan masyarakat dan negara serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga.

- Mewujudkan suasana yang memberansangkan dan budaya sekolah yang positif (sekolah yng
selesa, tenteram, mesra, riang, bersih)- buat program gotong royong, keceriaan kelas
- Guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
seharian
- Sekolah perlu mengadakan program yang dapat menggalakkan budaya membaca dalam
kalangan pelajar- program nilam, memberi pengisian di dalam perhimpunan(dapat
membentuk kemahiran 3m) sekiranya mereka mengamalkannya, mereka akan sentiasa
berusaha memperoleh ilmu, mengembang, dan memperbaharui ilmu malah ilmu tersebut
dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Lama kelamaan, mereka dapat berfikiran secara
kreatif, kritikal, dan reflektif.
- Guru perlu mendedahkan murid dengan ilmu pengetahuan dengan mencadangkan bahan
bacaan yang sesuai untuk mereka baca bagi memupuk minat membaca.
- Mengaplikasikan cooperative learning dalam kelas
- Memberikan latihan kepada pelajar sama ada secara formal atau tidak formal untuk melatih
kepemimpinan pelajar. Formal spt; kursus, seminar, bengkel tidak formal; kem persatuan,
kem badan beruniform- guru boleh menjadikan pelajar2 ini contoh kepada pelajar yang lain.
Jika seorang pelajar berjaya dilatih, maka mereka sentiasa menyedari tugas tanggungjawab
yang mereka pikul adalah suatu amanah yang perlu dijalankan dengan baik, bersih, telus, dan
cekap. Dengan itu mereka sentiasa berusaha meningkatkan diri, keluarga, masyrakat,
agama, bangsa, dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara pada masa akan
datang.
- Kesejahteraan diri dapat dicapai melalui sifat kepemimpinan seseorang pelajar kerana mereka
dilatih untuk berfikir secara waras dan logic dalam membuat sebarang keputusan untuk
kepentingan bersama. Scr tidak langsung daya tahan mental dan fizikal juga dapat dibentuk.

10
2) Tanggungjawab guru dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang.

- Para guru meningkatkan profesionalisme dengan menyedari amanah yang dipikul untuk
mendidik generasi muda. Oleh itu segala kemahirang dan pengetahuan mengenai bidang
pendidikan perlu dikemaskini dan berusah mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang
terkini. Para guru seharusnya menyambut baik kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak
berwajib bagi mempertingkatkan keupyaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran
yang makin kompleks saban hari.
- Para guru juga perlu memahirkan diri dengan kemahiran dalam penggunaan ICT selari
dengan FPG yang memerlukan guru berpandangan progresif agar dapat meransang minda
murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam mencorakkan pemikiran futuristic
- Para guru perlu meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi murid seterusnya
memperkukuhkan integrasi kaum.
- Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.
- Perlu melengkapkan diri sebagai pendidik pengasuh pembimbim penasihat pencetus idea
- Guru perlu membentuk personalitI unggul dalam membina kepemimpinan yang
kental(peribadi mulia sifat amanah berdisiplin)
- Meningkatkan keupayaan, minat dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran

3) Cara guru dapat mengaplikasikan pencapaian elemen EMK iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi dengan berkesan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

- Menggunakan frog vle dalam kelas (Online Learning)


- Menarik minat pelajar dengan penggunakan powerpoint dalam pengajaran- dapat
menjimatkan masa
- Guru merancang pelajar untuk mengendalikan perniagaan kecil seperti menyertai jualan hari
kantin bagi melatih sifat keusahawanan dalam diri pelajar
- Membimbing murid untuk menjadi fasilitator

11
Mei 2014
Struktur

1. a) Syor-syor dalam Laporan Razak yang telah dikaji semula oleh Jawatankuasa Laporan
Rahman Talib
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib di semua sekolah. Jika perlu
bahasa pengantar dalam bahasa lain boleh digunakan.
Didalam Laporan Razak terdapat : penyusunan semula pelajaran Teknik manakala yang
terdapat dalam Laporan Rahman Talib.
Sekolah Pertukangan & Sekolah Teknik diwujudkan.
Pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.
Pelajaran Menengah Lanjutan dan sambilan terancang.
Penubuhan Jemaah Nazir sekolah.

b) Implikasi-implikasi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) kepada sistem pendidikan di


Malaysia
Berlaku peningkatan penubuhan sekolah teknik dan vokasional seperti politeknik ditubuhkan
bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir di peringkat pertengahan.
Penubuhan Institut Teknologi MARA oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar
(RIDA) dan melatih bumiputera.
Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam adalah diwajibkan kepada semua murid beragama
Islam agar dalam memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al-quran dan As-Sunnah
sepanjang hayat dalam diri murid sepertimana yang telah dinyatakan didalam Falsafah
Pendidikan Islam.
Memansuhkan penjurusan dan diadakan pendidikan umum dengan menyusun kurikulum yang
bertujuan untuk membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar cedas
lebih maju
Sistem persijilan terbuka untuk SPM dan SPMV dimana pangkat pencapaian bagi setiap mata
pelajaran yang lulus dicatat agar dapat membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar
untuk melanjutkan pelajaran mereka diperingkat pengajian tinggi sama ada Institut Pengajian
Tinggi Awam ataupun Swasta.

12
2. a) Potensi individu yang perlu dikembangkan seperti mana digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Unsur intelek
Unsur rohani
Berkaitan dengan jiwa
Unsur emosi
Unsur jasmani

b) Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Menyampaikan ilmu serta dapat membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Mumupuk penghayatan islam dapat membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Membentuk kemahiran dapat melahirkan rakyat malaysia yang berketerampilan
Membentuk sikap dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Membentuk keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah. Hal ini dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran kepada keluarga, masyarakat dan negara.

3. a) Beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam KSSR


Hands On Learning
Pembelajaran berpusatkan murid
Murid terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut
Pembelajaran berasaskan projek
Contoh : Subjek sains tentang ekosistem. Guru boleh meminta para pelajar untuk menangkap
seekor haiwan dan terangkan habitatnya.
Memberikan peluang kepada murid untuk membuat amali didalam kelas
Contoh : pembelajaran bagi subjek sejarah, melibatkan lakonan oleh murid-murid.
Sesi pengajaran dan pembelajaran mestilah tidak terhad dan menyeronokkan.
Sesi p&p tidak terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata.

b) Penambahsuaian yang dibuat ke atas amalan-amalan pentaksiran dalam KSSR


Reka bentuk organisasi digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard
pembelajaran.
Pedagogi hands on learning
Penegasan kurikulum Tahap II : pengukuhan 3M & Tahap I : penguasaan
Peruntukan masa KSSR mengikut minit seminggu, KSSR semakan mengikut jam
seminggu
Pentaksiran sekolah KSSR Sumatif dan Formatif, Pentaksiran berasaskan sekolah KSSR
semakan Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum,
Pentaksiran Psikometrik, Pentaksiran Sekolah.

13
4. a) Satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang sesuai ditempatkan dalam
pendidikan insklusif
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti masalah pranatal yang kurang sempurna
kerana penyakit, kekurangan zat makanan atau dadah.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacatan fizikal, lembab, ADHD, masalah
pendengaran.

b) Cara seorang guru aliran perdana dapat meningkatkan pembelajaran kanak-kanak


berkeperluan khas melalui pendidikan inklusif.
Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar untuk memudahkan proses p&p
dijalankan
Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai
Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah
pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan
Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan
pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.
Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar
Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai.
Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah
pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.
Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan
pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

14
Esei

1. Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Timur yang dapat dilihat dalam perkembangan


pendidikan di Malaysia hari ini
Peranan guru - Guru sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid
dna penjana idea yang bernas dalam kalangan murid.
Konsep pendidikan - Pendidikan merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk
sara kehidupan masing-masing kelak.
Kurikulum - Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara matapelajaran yang disyorkan
termasuklah muzik, seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah dan pendidikan alam sekitar.

2. Kerja Guru Sebagai Satu Ibadah


Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan
murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang
mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai:
Al-mu'allim - menyampaikan ilmu yang benar
Al-murabbi - menjayakan proses tarbiah
Al-mu'addi - mengajarkan adab dan budi pekerti
Al-mursyid - membentuk kepimpinan insan
Al-mudarris - menitipkan pelajaran dan kemahiran
Qdwatun hasanah - beri contoh yang baik
Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka
mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan,
kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas
dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan
guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan
dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.
Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu
diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai
tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.Tugas dan tanggungjawab guru
bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan
menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa
merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan.
Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-
prinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal,
nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan,
ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.
3. Berdasarkan pendapat saya terhadap bentuk penambahbaikan yang telah dilakukan dalam
program LINUS dan implikasinya kepada pengajaran dan pembelajaran
Berpusatkan murid
15
- memberi galakkan kepada murid untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung
- Pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi pelajar ketika belajar.
- Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang utk belajar
berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran.
Berpusatkan guru
- guru rancang aktiviti yang perlu dilakukan seperti aktiviti bersyarah, berbincang, bersoal jawab,
demonstrasi, main peranan, sosiodrama, permainan, simulasi dan lain-lain.
Berpusatkan bahan
- bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku seumber
- bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar (ABM) untuk digunakan oleh guru semasa
mengajar kad berwarna
- bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat yang digunakan oleh murid untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan berkualiti oleh
guru-guru sangat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan
membaca.
Penilaian keupayaan penguasaan literasi murid dapat dinilai melalui tiga ujian saringan yang
dilaksanakan dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September untuk melihat
penguasaan literasi murid. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas literasi akan
dimasukkan ke dalam kelas pemulihan jika mereka gagal menjalani ujian saringan kedua. Murid
yang masih di dalam proses pemulihan akan diasingkan kela bagi mata pelajaran bahasa bagi
memastikan perhatian yang istimewa dapat diberikan oleh guru-guru LINUS dan guru pemulihan
berdasarkan kemampuan mereka.

Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran


Meningkatkan keupayaan membaca dan menulis jika guru dapat menggunakan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Dapat menarik minat murid untuk belajar
Murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dapat
mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun awal persekolahan.
Mengenal pasti masalah dan memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid
yang tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai pembelajaran
secara keseluruhan.
Menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lemah.
Murid dan guru dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran asas literasi yang lebih padu dan penggunaan teknik yang lebih berkesan
berdasarkan modul LINUS dan keupayaan setiap murid.

16

Anda mungkin juga menyukai