Anda di halaman 1dari 12

SOALAN PENGUKUHAN BAB 1 (GURU)

1. Profesion perguruan merupakan profesion yang disanjung tinggi oleh


masyarakat. guru memainkan peranan yang penting dalam
merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

a) Nyatakan definasi guru?


(2 markah)

b) Untuk meletakkan kerjaya perguruan sebagai satu profesion ia


mestilah memenuhi kreteria-kreteria profesion. Jelaskan bagaimana
perguruan boleh dikelaskan sebagai satu profesion.
(8 markah)

c) Sebagai seorang guru yang cemerlang, bagaimana anda


mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
(10markah)

2. Etika merujuk kepada suatu sistem dasar tingkah laku bagi suatu
kumpulan manusia atau organisasi. Profesion keguruan juga sama
seperti profesion yang lain, mempunyai kod etikanya yang tersendiri.
Terangkan kepentingan kod etika perguruan.
(10 markah)

3. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami


dan dilaksanakan oleh seorang guru. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Jelaskan
akauntabiliti guru terhadap sekolah.
(10 markah)
4. Sifat dan kualiti guru adalah merangkumi peribadi, sahsiah dan
profesion. Jelaskan sifat dan kualiti yang perlu ada pada seorang guru
berserta contohnya.
(9 markah)

5. Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional


yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

a) Berikan definisi Standard Guru Malaysia (SGM)?


(2 markah)

b) Terangkan tujuan Standard Guru Malaysia (SGM)?

(5 markah)

c) Merujuk kepada Model Standard Guru Malaysia di bawah. Jelaskan


elemen-elemen yang terkandung dalam model Standard Guru
Malaysia (SGM)?

(15 markah)
d) Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, perkataan
peranan membawa maksud tanggungjawab. Guru turut berperanan
sebagai pembentuk nilai, penyelidik dan agen sosialisasi. Jelaskan 3
peranan seorang guru berdasarkan pernyataan diatas?
(9 markah)

6. Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah


dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah
Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 adalah merupakan sebuah
pelan perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif, dan
menyeluruh serta memberi penekanan terhadap memartabatkan
profesion keguruan.
a) Senaraikan 4 strategi yang telah dikenalpasti oleh kerajaan Malaysia
untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia?
(4 markah)
b) Strategi untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia adalah
satu program yang sangat bernilai untuk melahirkan calon-calon guru
yang berwibawa. Berdasarkan kepada soalan 4(a) jelaskan mengenai
strategi yang telah di senaraikan di atas?
(12 markah)
c) Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh
mematahkan semangat guru.Guru sering berada dalam keadaan
dilema sama ada mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau
membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana
bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada rasionalnya.
Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin
terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan
menghadapi risiko. Nyatakan cabaran-cabaran yang terpaksa di
hadapi oleh para guru pada alaf baru ini?
(4 markah)

Jumlah markah: 100


Jawapan

1(a) Perkataan ‘Guru’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa


erti pengajar, pendidik atau pengasuh yang merupakan tenaga
pengajar dalam insitusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas
bimbingan). Merujuk kepada Kamus Dewan (2005) ‘guru’ dapat
diterjemah sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan
pengasuh. Manakala menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) guru
diertikan sebagai seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi
pendidikan atau menyedia atau mengeluarkan bahan pelajaran atau
memeriksa jawapan yang dikembalikan di bagi atau melalui pusat
pendidikan jarak jauh. Istilah ini termasuklah guru besar atau
pengetua.

(b) Guru boleh dikelaskan sebagai profesion kerana ia memenuhi


sebahagian besar kreteria-kreteria profesion. Pendapat ini disokong
oleh kriteria berikut:

 Guru merupakan orang penting yang diperlukan oleh masyarakat bagi


membentuk dan melahirkan insan yang berjaya.
 Seorang guru perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh guru perlu kreatif dalam
memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan pelajar.
 Sebelum seseorang layak dilantik sebagai guru ia perlu menjalani
latihan perguruan yang disediakan di insitusi pengajian bagi
membolehkan mereka menguasai teknik pengajaran yang betul.
 Seorang guru mempunyai kuasa atau autonomi untuk membuat
keputusan dan tidak perlu diselia. Sebagai contoh guru boleh
mempunyai autonomi dalam memilih strategi, teknik dan kaedah
pengajaran yang dianggap sesuai dengan minat dan kebolehan
pelajar. Kuasa autoriti seorang guru dibatasi oleh sukatan pelajaran
dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
 Guru harus bertanggungjawab terhadap arahan atau keputusan yang
telah diberikan. Keadaan ini boleh dilihat apabila guru yang mendenda
pelajar dan guru perlu bertanggjawab terhadap tindakan yang telah
dilakukan.
 Terdapat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Semenajung Malaysia (KPPK) yang memantau, selia dan menjaga
sosial dan ekonomi para guru. Persatuan guru yang ditubuhkan tidak
mempunyai kuasa untuk menetukan nasib ahlinya dari bentuk
perlantikan dan tindakan displin.
 Kod Etika Perguruan telah diatur bagi membentuk guru yang beretika
dan berketerampilan.

C) Sebagai seorang guru yang cemerlang, bagaimana anda


mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu berperanan dan menekankan perkara-perkara berikut sewaktu


sesi pengajaran dan pembelajaran:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Elemen-elemen FPK Implikasi


Pendidikan suatu usaha -Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
berterusan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.
-Merupakan pendidikan sepanjang hayat.
-Membolehkan menghadapi dan menangani
pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesa.t
Perkembangan potensi -Individu mempunyai keupayaan, bakat dan potensi
individu tersendiri.
-Fungsi utama pendidikan memperkembang dan
meningkatkan potensi individu.
Perkembangan individu -Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh
secara menyeluruh dan dikembangkan secara berasingan.
bersepadu -Perkembangan perlulah merangkumi aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Insan yang seimbang dan -Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek),
harmonis sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan
serta mempunyai aklak yang baik (rohani) dan
kesihatan diri yang baik (jasmani)
-Keseimbangan keempat-empat elemen mampu
menghasilkan insan yang mampu hidup secara
harmonis dan cemerlang.
Unsur intelek -Menguasai kemahiran asas 3M; membaca, menulis
dan mengira.
-Mampu menguasai ilmu dan menyebarkan kepada
orang lain.
-Dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Unsur rohani -Menyedari kepercayaan kepada Tuhan.
-Beraklak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai
murni.
-Bersyukur dengan pemberian Tuhan.
Unsur emosi -Tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan
kuat.
-Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
Unsur jasmani -Menyedari kepentingan kesihatan.
-Menggunakan bakat dan kemahiran dengan cekap.
-Menggunakan kemahiran dan kecerdasan fizikal
untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan -Mengakui kewujudan Tuhan dan pencipta kepada
kepatuhan kepada Tuhan alam semester.
-Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.
-Menyedari individu bertanggungjawab sepenuhnya
dengan perbuatan dan tindaknnya.
-Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
Rakyat Malaysia yang -Mencintai ilmu pengetahuan.
berilmu pengetahuan -Gemar membaca dan sentiasa menambah ilmu
pengetahuan.
-Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
Rakyat Malaysia yang -Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan
berketrampilan yang wajar bagi melaksanakan sesuatu tugas.
-Berupaya menjalankan tugas dengan cepat dan
sempurna.
Rakyat Malaysia yang -Mengetahui yang mana nilai yang baik dan mana
beraklak mulia yang buruk.
-Menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan
baik dan buruk.
-Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni.
-Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian
serta kewarganegaraan.
-Mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan
perbuatan buruk.
Rakyat Malaysia yang -Boleh dipercayai
bertanggungjawab -Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab
merupakan amanah dan harus dilaksankan dengan
baik.
-Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan
cekap.
-Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
-Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia yang -Memiliki jiwa yang tenteram.
berupaya mencapai -Daya tahan yang kuat.
kesejahteraan diri -Berfikiran waras dengan jiwa yang tenang.
Rakyat Malaysia yang -Berusaha memupuk perpaduan rakyat.
dapat memberi -Berusaha untuk memajukan ekonomi negara.
sumbangan terhadap -Berusaha mengekalkan kestabilan politik dan
keharmonian dan keamanan negara.
kemakmuran keluarga, -Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
masyarakat dan Negara -Mempertahankan maruah diri, profesion, agama,
bangsa dan negara.
-Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.
-Memupuk persefahman keluarga.
-Mematuhi norma masyarakat.
-Cintakan negara.
Falsafah Pendidikan Guru:

Elemen-elemen FPG Analisis


Berpekerti mulia -setiap guru perlu memiliki
sahsiah yang baik.
Berpandangan progresif dan -Berkembang mengikut peredaran
saintifik zaman yang kini member
penekanan kepada sains dan
teknologi.
-Berusaha tidak ketinggalan dari
segi proessional.
Bersedia menyanjung aspirasi -Menghayati aspirasi negara yang
negara dihasratkan.
-Memupuk sifat bangga terhadap
kepelbagaian budaya dalam
kalangan murid.
-Menyemai sifat patriotisme dan
cintakan negara.
Menjamin perkembangan individu -Peranan guru dari segi
perkembangan diri dan
perkembangan murid secara
menyeluruh dan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
Memelihara suatu masyarakat -Tanggungjawab guru sebagai
yang bersatu padu, demokratik, ahli masyarakat yang
progresif dan berdisplin menyumbang kepada
pembangunan negara
-Berusaha agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat
negara yang telah ditetapkan.

2. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku


dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh
guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di
negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di
negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama
ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk
dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod
etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam
mencapai matlamat pendidikan dan Negara. Etika kerja merupakan
nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.

3. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai
akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal
ini, selain tugas mengajar, guru juga hendaklah menjalankan tugas-
tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-
jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

4. Sifat dan kualiti guru merangkumi peribadi, sosial dan profesional. Dari
segi sifat dan tingkah laku peribadi adalah seperti baik hati. Sikap baik
hati dan bertimbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-
murid. Murid dapat belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan
senang hati. Di samping itu, sifat dan kualiti sosial/ tingkah laku bagi
seseorang guru adalah tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Antara
sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah seperti Budi pekerti, ramah
mesra, merendah diri, semangat berbakti dan sebagainya. Budi pekerti
ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dangan rakan-
rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti masyarakat. Seseoarng
guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjung
oleh orang ramai. Selain itu, guru seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti professional seperti ingin tahu, pengetahuan ikhtisas, suka
membaca, kemahiran bertutur dan sebagainya. Kemahiran bertutur
adalah penting kerana keberkesanan penyampaian pelajaran
bergantung kepada kemahiran bertutur. Guru yang menguasai
pertuturan dengan jelas dan tepat dan membolehkan murid mendengar
pelajaran yang diajar dengan berkesan, dengan penggunaan sebutan
dan tatabahasa yang betul, murid-murid tidak tersilap. Oleh yang
demikian, kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti professional
yang penting bagi seseorang guru.

5. (a) Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional


yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang
patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan (Keperluan).

(b) Tujuan SGM adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi


profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, mengenal pasti tahap penyediaan dan
pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan
tercapai.

(c) Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia


mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman
(Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard
3).  Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran
kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi
yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan
Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai
Standard.  Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan
prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan
1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan
2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan
4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5). Lingkaran besar yang memagari
Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan
iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia, Glob di tengah-tengah lingkaran
Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang
dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas
pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai
budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai
daya saing yang tinggi dan berwibawa. Rajah 2 mengambarkan
huraian diatas.
(d) Tugas guru sebagai agen sosialisasi ialah guru berperanan sebagai
penyebar ilmu kemasyarakatan, sebagai pembentuk sahsiah sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat. Sebagai pembentuk masyarakat
penyayang Sebagai role model kepada murid dan masyarakat.
Sebagai penghubung di antara guru, ibu bapa, pengawai kerajaan
dengan masyarakat. Sebagai penyumbang kepada masyarakat.
Manakala guru sebagai pembina negara berperanan sebagai Salah
satu tugas dan tanggungjawab guru ialah memainkan peranan
sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya, membentuk sahsiah dan
kelakuan mereka sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
Sebagai contoh model hidup, tingkah laku guru menjadi contoh
teladan kepada murid-muridnya. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan
oleh guru di sekolah, secara tidak langsung, akan diterapkan dalam
jiwa murid. Sehubungan ini, guru haruslah berusaha meningkatkan
nilai moral dan kerohanian diri sebagai perkembangan diri secara
berterusan.

Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan,


salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam
bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa
perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran
demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang
bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka.

6. (a) Menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantap latihan


perguruan, latihan ke arah memantapkan profesionalisme guru dan
pembangunan modal insan.

(b) i. Menambah baik sistem pemilihan calon guru

Program latihan perguruan telah diberi penambahbaikan dalam


pelbagai aspek seperti mengetatkan syarat dan kriteria pengambilan
guru. Calon-calon guru akan melalui proses saringan seperti
Malaysian Teachers Selection Test) M-Test, pencapaian Inventori
Sahsiah, Keguruan (INSAK), temuduga, ujian kesihatan, tapisan
keselamatan dan mendapat kecemerlangan pencapaian akademik.
Selain usaha mengetatkan syarat kemasukan calon guru, kementerian
juga sedang dalam peringkat akhir menyediakan Standard Guru
Malaysia (SGM) sebagai rujukan piwaian kualiti guru di seluruh
Negara

ii. Memantap Latihan perguruan

Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan


guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk
melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada
peringkat sijil dan diploma. Penaiktarafan maktab perguruan kepada
institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke
peringkat ijazah memartabatkan profesion keguruan. Guru yang layak
ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana
dan doktor falsafah. Peningkatan dari segi dana dan penstrukturan
latihan keguruan masih dilihat perubahan di atas kertas

iii. Latihan ke Arah Memantapkan Profesionalisme Guru

Bagi memantapkan profesion perguruan, penekanan diberi dalam


latihan aspek pedagogi, kokurikulum, ICT dan pastoral care. Dalam
bidang ICT, KPM telah melaksanakan program pembestarian sekolah.
Program pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah
pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program ini mengambil
kira semua inisiatif ICT utama yang sedia ada di KPM. BPG dengan
kerjsama KPM sentiasa berusaha memajukan bidang ICT da;lam
latihan perguruan. Sehingga tahun 2006, seramai 38 760 guru telah
diberi latihan ICT oleh BPG. Kementerian Pelajaran juga
bekerjasama dengan pihak swasta untuk memastikan guru diberi
bimbingan dalam bidang ICT. Antara syarikat besar yang membantu
melatih guru diberi latihan ICT. Antara syarikat besar yang membantu
melatih guru ialah Prestariang Teknology iaitu seramai 85, 894 orang
guru, Time Engineering Berhad seramai 69 686 orang guru, Intel
Technology seramai 19,494 orang guru dan Microsoft (M) Bhd
seramai 34,000 orang guru.

iv. Pembangunan Modal Insan.

Pembangunan modal insan menuntut pembangunan insan yang


memiliki kekuatan intelek, sosial, emosi dan jasmani, selari dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Modal insan adalah eset
penting untuk mengupayakan pembangunan negara ke arah
mencapai sasaran menjadi negara maju sejajar menjelang 2020
Membangunkan modal insan kelas pertama) telah menfokuskan
beberapa strategi iaitu menghayati dan mengamalkan profesion
perguruan, membudayakan kecintaan ilmu (Passion For Knowledge)
sebagai cara hidup ke arah memantapkan IPG, membangun insan
guru dengan pelbagai kemahiran insaniah (Soft Skills), membina jati
guru yang kukuh dan kental, memperkasa jiwa dan smangat
patriotisme insan guru, memupuk semangat muhibah dan perpaduan
dikalangan semua kaum dan memantapkan pengurusan pelajar.

(c) Antara cabarannya adalah cabaran sosial, keluarga, ekonomi dan


budaya.

Anda mungkin juga menyukai