Anda di halaman 1dari 20

1|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

2.0 Pengenalan

Wanita mana yang tidak mahu,


Sempurna akhlak bagai Khadijah,
Wanita mana yang tidak cemburu,
Bijak bestari bagaikan Aisyah.

Apabila kita menyebut berkaitan peranan wanita di bawah payung ummah, pelbagai
sudut harus kita perincikan bagi memahami secara keseluruhan berkaitan konteks tersebut.
Hal ini dikatakan demikian kerana, konsep pembentukan ummah oleh golongan ini bukan
hanya dilihat berkaitan “aurat” dan “isteri” sahaja, malah melibatkan dalam konteks akidah,
ibadah, muamalat, nasab dan perkara berkaitan di peringkat institut kekeluargaan, negara,
mahupun antarabangsa. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, wanita memainkan peranan yang
terlalu besar, bermula sebagai seorang penjaga dan pengasuh seperti Ummu Aiman,
penyampai hadis seperti Siti Aisyah, dan penakluk negara seperti Puteri Balqis. Persoalannya
disini, adakah wanita kini mampu mencontohi keperibadian seperti Saiyidatina Khadijah
sebagai seorang isteri Muhammad SAW dan pejuang agama? Adakah mereka mampu
membentuk sifat keilmuan seperti perawi Siti Aisyah? Ramai lagi tokoh wanita Islam yang
boleh diteladani. Ya, sudah pastinya mereka mampu dengan berbekalkan pengajaran yang
dianjurkan dalam Islam itu sendiri.

Maka dengan itu, tugasan pada kali ini akan memperincikan dengan lebih mendalam
berkaitan elemen-elemen penting dalam kehidupan wanita pada peranannya dalam hal-hal
yang berkaitan seperti hak kewajipan wanita sebagai isteri, pendidikan wanita solehah, dan
keperibadian wanita solehah. Dalam perbincangan kita ini juga, kita akan memperlihatkan
tokoh-tokoh Islam zaman kenabian Rasulullah SAW dan zaman kini yang boleh dicontohi,
diteladani dan menjadi pembakar semangat bagi wanita sebagai penggerak ummah yang
bersesuaian dengan zaman masa kini.

Hasil daripada perbincangan elemen-elemen tersebut, maka segala perkara itu dapat
membuktikan bahawa golongan wanitalah juga sebagai “jentera” ummah dan masyarakat di
samping menjadi penghias dunia. Benarlah juga bahawa ungkapan “tangan wanita
penggongcang dunia” itu dapat diterjemah dan ditamsilkan secara syumul atau menyeluruh
melalui penerangan-penerangan berkaitan selanjutnya.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


2|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

3.0 Isi Penulisan

Seperti yang pada sesi pengenalan, terdapat beberapa isu yang akan diperincikan
sebagai wadah kepada peranan wanita dalam pembangunan ummah pada masa kini.
Perkara-perkara ini dilihat mampu menyulam sifat keperibadian wanita sebagai seorang anak,
isteri, ibu, dan ahli pemikir. Maka, elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut (rajah
3.0):

3.1 Hak
Kewajipan Isteri

3.5 Kerjaya
3.2 Pendidikan
Wanita Masa
Wanita
Kini

3.4 Ciri-ciri 3.3 Kegigihan


Wanita Islam Wanita Islam

3.1 Hak Kewajipan Isteri

Wanita merupakan agen terpenting dalam pembinaan sesebuah keluarga. Pada


insitutsi kekeluargaan inilah peranan wanita sebagai seorang ibu, isteri atau suri rumah
tangga cukup besar dalam membesarkan anak-anak mereka, menjaga kebajikan
suami dan sebagainya. Dalam pembentukan keluarga inilah, lahirnya pejuang-pejuang
Islam dan pemimpin-pemimpin di jalan Allah. Lihatlah, kuasa wanita yang dikurniakan
Allah SWT mampu mencorak keharmonian sebuah keluarga (Jaafar Salleh, 2002).
Ketika berlakunya tekanan Si Suami, merekalah menjadi pendamping dan penyejuk
hati di sisi. Lihat sahaja ketika datangnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah
SAW, Baginda begitu takut dan gerunnya apabila datang Jibrail As. Lantas, apakah
yang diperkatakan Siti Khadijah kepada baginda ?

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


3|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

“ Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu, Sesungguhnya engkau ialah orang
yang menyambung tali silaturahim, menanggung bebanan, dan tangunggjawab yang
berat, menyayangi orang yang lemah dan tertindas, sentiasa memberi bantuan
kepada orang yang memerlukan dan sentiasa membela kebenaran”
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘Ilaih)

Melihat pengorbanan dan peranan mereka itu, dalam sesebuah institusi


kekeluarga, para isteri memiliki hak yang harus dipenuhi oleh suami mereka seimbang
dengan kewajipan terhadap Sang Suami. Dalam Islam itu juga, kedudukan seorang
isteri dimuliakan dan diberi hak yang harus dipenuhi oleh pasangan hidupnya,
termasuk kebaikan agama yang membawa keadilan. Mereka layak menerima hak-hak
tertentu secara seimbang, bukan hanya dituntut untuk melaksana kewajipan dalam
kehidupan seharian sepertimana yang diungkap dalam hadis Rasulullah SAW, riwayat
Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah, yang bermaksud,

“Ketahuilah bahawa kamu memiliki hak terhadap isteri-isteri kamu dan mereka pun
memiliki hak terhadap kamu. Hak kamu terhadap mereka adalah mereka tidak boleh
membiarkan seseorang yang tidak kamu sukai untuk memijak lantai rumah kamu dan
mereka tidak boleh mengizinkan orang yang kamu benci untuk memasuki rumah
kamu. Sedangkan hak mereka terhadap kamu berbuat baik terhadap mereka dalam
hal pakaian dan makanan mereka”

Apa yang dimaksudkan dengan hak? Menurut Shayuthy Abdul Manas (2008), Hak
terdiri daripada beberapa makna. Antara, hak merujuk kepada perkataan berlawanan
bagi batil (salah). Hak juga merujuk kepada tetap dan pasti berdasarkan surah az-
Zumar, ayat 71. Selain itu, beliau menyatakan bahawa hak bermaksud menjelaskan
dan menetapkan sera membuat sesuatu. Perkataan hak banyak disebut di dalam
Quran. Walaupun penggunaan berbeza, maknanya tetap sama, iaitu:

Tetap, pasti dan


bertepatan dengaan realiti

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


4|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Maka dengan itu, berikut merupakan antara beberapa hak yang layak diterima oleh
seorang isteri berdasarkan gambar rajah 3.1:

3.1.2 Layanan
3.1.1 Mahar dan 3.1.3 Mendapat
Mesra daripada
Mas Kahwin Nafkah Asasi
Suami

3.1.4 Berlaku adil 3.1.5 Didikan


antara Isteri Agama

Rajah 3.1 : Hak dan Kewajipan Isteri

3.1.1 Mahar dan Mas Kahwin

Firman Allah, Surah An-nisa’ ayat 4,

Maksudnya:

“Dan beriknalah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin


mereka sebagai pemberian wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian daro maskahwinnya maka makanlah
(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya”.

Ayat di atas menjelaskan berkenaan kewajiban seorang lelaki dalam


pemberian mahar kepada bakal wanita yang dinikahinya. Mahar bermaksud
suatu pemberian yang disampaikan oleh pihak mempelai putera kepada
mempelai puteri sebagai penyataan persetujuan pernikahan tersebut (Mustafa
Kamal Pasha, 2009). Mahar merupakan milik peribadi pihak isteri. Mahar
tersebut boleh digunakan dan dimanfaatkan mengikut kehendak isteri dengan
baik dan berlandas syariat Islam. Bukan itu sahaja, pemberian mahar tidak
boleh digunakan oleh pihak lelaki sewenang-wenangnya (Surah An-Nisa:4:20).

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


5|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

3.1.2 Layanan Mesra daripada Suami

Teladan ini kita boleh mempercontohkan Nabi Muhammad SAW. Baginda


meletakkan kasih sayang yang cukup tinggi terhadap isteri-isterinya tanda lebih
dan kurang, diberikan kebebasan dan kepercayaan mengatur urusan rumah,
mengambil berat terhadap isteri-isterinya, menjadi pendamping tika isteri-
isterinya dalam kesedihan dan sebagainya. Berikut merupakan antara kriteria-
kriteria Baginda yang lain sebagai seorang suami yang boleh dicontohi dalam
menyulam cinta kasih sayang terhadap isteri, antaranya (rujuk jadual 3.1.2):

Kriteria Nabi Muhammad SAW


Petikan Hadis
yang Boleh Diteladani

Aisyah ditanya, apa yang dilakukan


Rasulullah dalam rumahnya? Aisyah
Membantu pekerjaan isterinya di
menjawab: Rasulullah selalu
rumah
melakukan apa yang dilakukan
isterinya "(HR.Bukhari).

"Kelebihan Aisyah dibandingkan dgn


wanita-wanita lain seperti kelebihan
Memuji-muji Isteri
makanan bubur dgn makanan
lain"(HR.Muslim).

Rasulullah dihadapan orang lain


menunjukkan cintanya kepada
Menyatakan rasa cinta kepada Isteri Khadijah, beliau bersabda: "Aku
sungguh telah mendapatkan
cintanya" (HR.Muslim).

Maka kesimpulanya, seorang isteri berhak mendapat layanan yang baik


daripada suaminya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab suami mencurahkan
kasih sayang dan belaian mesra sepertimana yang dianjurkan Rasulullah
SAW.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


6|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

3.1.3 Mendapat Nafkah Asasi

Apabila sesebuah pernikahan terjalin, isteri mendapat ak nafkah asasi yang


meliputi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta keperluan asas
yang lain seperti ubat-ubatan, keselesaan tempat tinggal, pakaian, dan
keperluan hidup. Dengan itu, kewajipan dan tanggungjawab seorang suami
adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sesuai
kemampuannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang
berbunyi,
َّ ٌ ْ َ ُ َّ ‫َ ُ ى‬ ْ َ ْ َّ ُ ُ َ ْ َ َّ ُ ُ ْ ُ ‫ َو َع ىَل ْال َم ْو ُل ى‬...
ۚ ‫س ِإَل ُو ْس َع َها‬ ‫وف ۚ َل تكلف نف‬ِ ‫ود له ِرزقهن و ِكسوتهن ِبالمع ُر‬ ِ
Maksudnya: “...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian
kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang
malainkan mengikut kemampuannya...”

3.1.4 Berlaku adil antara Isteri

Kehidupan berpoligami mewajibkan kepada para suami untuk berlaku adil


antara isteri-isterinya dengan memberi jumlah nafkah yang sama, pakaian,
rumah dan giliran bermalam. Sekiranya amalan ini tidak dapat dilaksanakan,
maka akan berlakunya azab ke atas suami tersebut di akhirat kelak,
sepertimana sabda Rasulullah SAW iaitu,

“Sesiapa yang memiliki dua isteri, lalu ia cenderung (melebihkan secara


lahiriah) kepada salah seorang darinya, maka ia akan datang pada hari kiamat
nanti dalam keadaan satu sisi tubuhnya miring (lumpuh).” (HR Ahmad dan Abu
Daud).

3.1.5 Didikan Agama

Seorang suami merupakan khalifah dalam sesebuah kelaurga. Peranan suami


ini melibtkan hal-hal kebajikan, kewangan dan termasuklah didikan agama.
Mereka harus menggilap penerapan agama pada isteri dan termasuklah anak-
anak mereka. Perkara ini dituntut dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT
dalam surah al-Tahrim, ayat 6 yang mewajibkan seorang suami mengajar
keluarganya tentang perkara yang difardhu-kan oleh Allah SWT.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


7|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Berdasarkan elemen-elemen tersebut, dapatlah kita memahami


bahawa hak seorang isteri itu menjamin kebajikan wanita dalam meningkatkan
pembangunan ummah dan masyarakat. Dalam pada masa yang sama,
tanggungjawab atau kewajiban mereka terhadap suami juga wajar dilaksana
yang sudah digariskan dalam syariat Islam, seperti:

 Mentaati perintah suami selagi tidak melanggar syariat Islam.


 Menguruskan rumah tangga dan keperluan batin suami
 Berhias untuk suami dan tidak tabarruj
 Menjaga lisan dan kemaluan
 Menjaga rahsua rumah tangga
 Menjaga kehormatan dan maruah diri

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


8|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

3.2 Pendidikan Wanita: Suatu Tuntutan

Islam sebagai al-Din berpegang kepada prinsip persamaan dan keadilan yang
merupakan dasar ajarannya sejak diturunkan. Islam memberikan hak kebebasan
kepada semua manusia dan warganegara dalam negara Islam sama ada hak
kebebasan itu merangkumi hak individu ataupun masyarakat (Khayyat, 1999: 43).
Prinsip persamaan bermaksud individu yang terdapat dalam sesuatu masyarakat
adalah sama dari segi hak, kebebasan tanggungjawab dan tugas-tugas awam yang
wajib dinikmati oleh semua orang tanpa rasa diskriminasi terhadap bangsa, asal,
bahasa atau kepercayaan (Al-Azhar, 1416H.;1930-1931).

Persamaan yang dimaksudkan ialah wanita juga diberi hak yang sama rata
dengan kaum lelaki untuk mencari ilmu malah meletakkan usaha menuntut ilmu
sebagai kefardhuan bagi golongan ini (Muhammad Qutub, 1986:152). Apabila Allah
SWT menurunkan ayat seperti surah al-Alaq (96:1-5), surah al-Taubah (9:122), surah
al-Tahrim (66:6) dan seumpamanya, majoriti para ulama bersepakat bahawa mana-
mana ayat yang berbentuk umum ditujukan kepada semua golongan tanpa perbezaan
jantina.

Begitu juga para ulama bersepakat bahawa dalil wajib menuntut ilmu yang
terdapat dengan jelas menerusi hadis nabi Muhammad SAW yang berikut melibatkan
kaum wanita Muslimah iaitu,

ُ ‫ٌ ى‬ َ ْ ْ ‫َ ى‬
‫طل ُب ا ِلعل َم ف ِر ْي ِضة َعَل ك ِّل ُم ْس ِل ٍم َو ُم ْس ِل َم ٍة‬
Maksudnya : Menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap orang Islam
(HR Ibn Majah)

Manakala terdapat juga arahan Baginda SAW agar memberikan penekanan kepada
pendidikan anak-anak perempuan. Antaranya sabda Rasulullah SAW (al-Bukhari,
1994: 95):

“Mana-mana lelaki yang mempunyai anak perempuan, kemudian dia memberikan


pendidikan yang terbaik dan mengajarkan adab sopan dengan sebaik-baik adab
sopan lalu membebaskannya dan mengahwinkannya, maka baginya dua pahala”

Di samping nas yang menegakkan hak-hak wanita mengenai pendidikan dan


pengajaran agar wanita mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik, masih
ada kaedah usul fiqh melalui kenyataan yang bermaksud, “Suatu kewajipan yang tidak
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
9|PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

akan sempurna kecuali dengan sesuatu perkara, maka perkara itu wajib kecuali
denganya, maka perkara tersebut (hukumnya) juga wajib”. Dalam hal ini, menuntut
ilmu menjadi tanggungjawab yang asasi bagi wanita supaya mereka dapat
melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjadi penggerak pembangunan
ummah berteraskan al-Quran juga As-Sunnah.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


10 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

3.3 Kegigihan Wanita Islam

Menyentuh peranan wanita dalam berdakwah secara khusus, kita sedar bahawa
wanita memainkan peranan yang begitu besar dalam pelbagai sektor kehidupan
mesyarakat. Potensi ini perlu dikembangkan dengan menghayati tanggungjawab
wanita sebagai pendakwah untuk memastikan Islam terus menjadi pegangan dalam
kehidupan setiap warga Muslim dalam erti katayang sebenarnya. Wanita mempunyai
pelbagai kekuatan seperti kekuatan minda, psikologi, pujukan, rayuan, senyuman, dan
emosi (Kamarul Azmi Jasmi et al, 2008). Dengan anugerah kekuatan ini, wanita
mampu menggerak dan menggegarkan jiwa setiap orang yang mendampinginya.

Menerima hakikat itu, dalam sejarah Islam terdapat banyak contoh yang
membuktikan bahawa wanita sangat berperanan dalam proses perkembangan
dakwah Islam. Kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum wanita yang menjadi
sayap kiri perjuangan Islam telah tercatat dan boleh diteladani. Antaranya adalah
seperti yang berikut (rajah 3.3):

Pejuang-pejuang
Wanita Islam

3.3.1
3.3.2 Sayidatina 3.3.3 Sumayyah binti
Khadijah binti
'Aisyah Khayyat r.a
Khuwailid r.a

Rajah 3.3 : Pejuang Wanita Islam yang Dijadikan Contoh

3.3.1 Khadijah binti Khuwailid R.A: Korban Harta Demi Agama

Siti Khadijah r.a sebagai isteri pertama Muhammad SAW mempunyai


keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri Nabi SAW yang
lainnya. Beliau seorang wanita rupawan, hartawan, dan golongan
terkemuka di Mekah. Beliau hidup bersama dengan Rasulullah SAW selama
24 tahun. Beliau dianugerahkan tujuh orang cahaya mata bernama
al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Ummi Kaltsum, Ruqaiyah, Zainab.
Beliau merupakan orang yang pertama beriman kepada Nabi SAW setelah
turunnya wahyu yang pertama. Mendamai, menggembira, dan
memotivasikan Nabi SAW dengan bertindak menemui sepupunya Waraqah
PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353
11 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

bin Naufal untuk meminta pandangan mengenai perkara yang dihadapi Nabi
SAW ketika turunnya wahyu yang pertama.

Beliau memberikan sokongan sepenuhnya kepada dakwah Nabi SAW


ketika Baginda diperlekeh, diherdik, dihina, dan diperkotak-katikkan oleh
golongan kafir Mekah. Belian sanggup meninggalkan segala harta dan
kekayaan demi keimanan dengan dibuktikan pada peristiwa penyingkiran
daripada kaum Quraisy di Syi’ib Abu Talib selama tiga tahun demi menjaga
agama dan iman, Masha-Allah (Syed Ahmad Semait, 1989:128).

3.3.2 Sayidatina ‘Aisyah: Ilmu Mencorak Peribadi

Ilmu Quran dan Hadis merupakan sajian utama beliau dalam


kehidupannya. Berbekalkan usianya yang muda, ‘Aisyah sangat pantas
memahami ilmu yang dipelajarinya daripada Rasulullah SAW. Beliau
mempelajari segala ilmu dan pengertian hikmah daripada Rasulullah
sebagai bekalan ketika ketiadaan Baginda SAW untuk membuktikan
bahawa suaminya itu nyata (Muhammad Ali, 2010).

Beliau memainkan perana penting dalam penentangan politik terhdapa


khalifah ketiga dan keempat iaitu Uthman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Talib,
bahkan memimpin tentera menentang ‘Ali di Basra pada tahun 656. Dari
sudut lain, beliau merupakan antara tokoh yang kaya dengan ilmu sarjana,
politik, dan ruang kemasyarakatan sepanjang kariernya. Walaupun diasak
dengan pelbagai penentangan, namun beliau tetap di hadapan
memperjuang syiar Islam atas nama Allah dan suami kesayangannya,
Muhammad SAW (Denise Spellberg, 1996).

3.3.3 Sumaiyyah binti Khayyat r.a: Iman Setinggi Langit, Seluas Lautan

Sumaiyyah binti Khayyat r.a mula dikenali daripada kisah penyiksaan


keluarga Yasir. Mereka menerima pelbagai penyeksaan dan penderitaan.
Sumayyah dahulunya seorang hamba milik Huzaifah bin al-Mughirah dari
suku Bani Makhzum. Beliau juga merupakan orang yang ketujuh beriman
kepada Rasulullah SAW pada awal penyebaran Islam. Abu Jahal
membunuh Sumaiyyah dengan pedangnya yang ditikam di pangkal hati
Sumayyah dengan penuh kejam, dan akhirnya beliau syahid. Lihat,

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


12 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

ketinggian iman yang disulam pada dirinya menjadi benteng untuk


memperjuang agama Islam. Hamba wanita itu jugalah membuktikan kepada
kita bahawa golongan ini juga menjadi pendorong kebangkitan iman dan
takwa yang bergerak seiring demi menjamin kebangkitan ummah (Syed
Ahmad Semait, 1989:244).

Daripada ketiga-tiga tokoh yang diperbincangkan ini, maka dapatlah kita


merumuskan bahawa peranan wanita dalam membawa umat manusia ke landasan
Islam yang benar, syumul dan berpandu. Tuntutan dakwah ini kepada seluruh umat
Islam, dan tidak terkecuali kaum yang dikatakan lemah ini, pada hakikatnya mampu
menggegar dunia. Keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi
juga kerana kepentingan hidup di dunia.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


13 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

3.4 Ciri-ciri Wanita Solehah Sebagai Pejuang Membangunkan Ummah

Apabila kita menghayati kisah-kisah pejuang wanita Islam yang diperjelas


sebelum ini, satu kunci utama dalam pembentukan peribadi mereka ialah sifat
dalaman yang diterap dengan akhlak mulia. Ciri-ciri insan solehah itulah juga menjadi
kayu ukur dalam pengukuhan akidah, ibadah dan akhlak pada setiap insan bergelar
‘Penghias Dunia’ ini. Keperibadian yang baik harus dicontohi dan diteladani, bukan
hanya ditujukan kepada kaum wanita sahaja malah sudah pasti kaum adam harus
mengaplikasi ciri-ciri tersebut, antaranya;

 Keimanan yang Teguh kepada Allah


Dalam setiap perkara yang kita lakukan, tujuan dan niat itu haruslah
berada di tempat yang betul dan meletakkan keredaan Allah sebagai
sasaran yang utama seperti sabda Rasulullah SAW dalam catatan
Hadis 40 Imam Nawawi, yang bermaksud,

“ Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,


dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Jika dia berhijrah kerana
dia dan mencari habuannya, atau kerana seorang perempuanyang
mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya
itu”

Seorang muslimah akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah SWT
sekiranya keimanan yang teguh dan niat yang betul. Dengan kelurusan
dan pemantapan akidah itu juga, seorang muslim akan menyerahkan
segala ketentuan kepada Sang Pencipta (Zawati Awang, Azman Arifin,
2015)

 Ketaatan kepada Rasulullah dalam Beribadat


Ibadah menjadi perkara penting sebagai seorang muslim. Dengan
beribadahlah kita menjalankan perhubungan dengan Allah. Sekiranya
ibadah itupun sudah tidak menepati kaifiat yang diajar Nabi SAW,
apakah ibadah kita itu yakin diterima? Sabda Nabi SAW yang berbunyi,

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


14 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”

 Akhlak yang Mulia


Siti Khadijah dikenali dengan sifat taatnya pada Baginda SAW,
Maimunah binti Harith al-Hilaliyah r.a yan terkenal dengan sifat
ikhlasnya, manakala Siti Asiah begitu sebati dengan sifat zuhudnya.
Maka, apakah yang kita mahu perhatikan? Ya, akhlak yang mulia
memberi cerminan keperibadian seseorang. Elemen inilah yang
menjadi indikator utama sebagai wanita solehah.

 Disiplin dalam Menguruskan Masa


Mari kita memahami persoalan yang cuba disampaikan pada pantun di
bawah iaitu,
Emas suasa, jadi idaman,
Cantik diatur, permata indah,
Demi masa, tuhan berfirman,
Hanya ditutur, mengapa tak endah?

Persoalan yang tersirat dalam pantun tersebut ialah, ramai dikalangan


kita, sama ada seorang muslim atau muslimah itu hanya melafazkan
“Demi Masa” dalam surah Al-Asr, namun pada hakikatnya nikmat masa
itulah yang kita sering abaikan. Maka dengan itu, disiplin masa
merupakan prinsip utama dalam perjuangan kita dalam membangun
ummah dan masyarakat.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


15 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

3.5 Kerjaya Wanita Masa Kini: Medan Pembangunan Ummah

Mari kita tinjau semula perbincangan yang kita rungkai sebelum ini seperti berkaitan
hak isteri dalam rumah tangga, kepentingan pendidikan bagi kaum wanita, ciri-ciri
wanita solehah dan tokoh-tokoh teladan wanita Islam, maka segala elemen itu dapat
melengkapkan keperibadian seorang wanita sebagai pembangun ummah melalui
kerjaya-kerjaya yang mereka ceburi.

Wanita berkerjaya merujuk kepada seseorang yang menceburi sesuatu bidang


dalam hidupnya sama ada berupa pekerjaan, hobi atau pengalaman semata-mata
(Zawati Awang & Azman Ariffin, 2015). Maka disini, skop kerjaya wanita boleh
dipecahkan kepada beberapa ruang dan cabang seperti yang diklasifikasikan pada
rajah di bawah (rajah 3.5):

Institusi
Politik Ekonomi Pendidikan Rumah
Tangga

Rajah 3.5: Antara Cabang Kerjaya Bagi Kaum Wanita

3.5.1 Politik
Wanita Islam hari ini dituntut menceburkan diri dalam bidang politik
sebagaimana lelaki. Mereka turut menyumbang tenaga dalam usaha
memajukan hidup masyarakat. Selain memberi nasihat, objektif ini juga boleh
direalisasikan dengan cara menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Maka medan ini adalah sebahagian daripada jihad yang besar
ganjarannya di sisi Allah selain dapat membantu menegakkan keadilan dalam
pemerintahan (Syayuthy Abdul Manas, 2008)

3.5.2 Ekonomi
Islam juga membenarkan wanita memiliki harta, mewarisi, mengusahakannya
dan bekerja mencari rezeki. Dalam sejarah Islam, golongan wanita amat
berperanan dalam aktiviti sosio ekonomi sejak zaman Rasulullah SAW dan

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


16 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

zaman Khulafa ar-Rasyidin lagi. Pasar Madinah pernah dipenuhi dengan


pedagan wanita, sehinggakan Khalifah Umar al-Khattab melantik seorang
wanita Islam yang bernama al-Shifa’ sebagai pengawal pasar ketika itu (Nooh
Gadut, 2006).

3.5.3 Pendidikan
Kerjaya sebagai guru dengan wanita tidak asing lagi dalam negara kita.
Fenomena itu sudahpun lama bergerak sejak era pramerdeka lagi. Wanita
sememangnya layak untuk menceburi kerjaya ini kerana sifat bagi seorang
guru itu bersesuaian dengan sifat seorang ibu yang tugasnya mendidik,
menegur, menasihat dan seumpanya (Sufean Hussin, 1996). Dengan kerjaya
ini, maka penerapan dakwah Islam sedikit sebanyak dapat diselit dalam sesi
pengajaran.

Meneliti fenomena kerjaya wanita kini, pada realitinya, pembentukan minat sesuatu
profesion itu berteraskan proses kehidupan seseorang wanita itu di alam rumah tangga. Hal
ini dikatakan demikian kerana, peranan wanita dalam membentuk pembinaan ummah adalah
bermula dari peringkat pembentukan keluarga. Merekalah sebagai seorang ibu, penyedia
makan dan minum anak-anak serta suami, kesihatan dan sebagainya. Wanita sebagai ibu
juga mendorong kepada kelahiran pejuang-pejuang Islam seperti seorang ulama yang
bernama Ar-Rabi’ah Ar-Ra’yi yang diberi didikan dari kecil oleh seorang ibu tunggal.
Kewibawaan ulama itu sehinggakan anak muridnya terdiri daripada Malik bin Anas, Abu
Hanifah, An-Nu’man, Yahya bin Sa’id Al-Anshari dan sebagainya (Muhammad Ali, 2010).
Maka, dapatlah dirumuskan bahawa seorang wanita itu berperanan dalam segala hal demi
menggerak ummah seiring memelihara kebahagian sebuah institutsi kekeluargaan secara
seimbang.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


17 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan perbincangan pada tugasan kali ini, dapatlah dirumuskan bahawa
wanita merupakan individu terpenting dalam penyebaran biah Islam ke seantero dunia.
Sejarah membuktikan bahawa dengan bangkitnya wanita dalam melaksanakan
tanggungjawab dakwah, tersebarlah ke utara dan selatan, timur dan barat dalam masa yang
singkat. Masalah yang perlu ditangani lelaki dalam aspek dakwah menjadi lebih ringan jika
kaum wanita pada zamannya berganding bahu dan menjiwai tanggungjawab mereka dalam
berdakwah dengan sebenar-benarnya. Dengan situasi itulah wanita dapat
mengaplikasikannya melalui alam kekeluargaan atau rumah tangga sebagai ibu, isteri atau
suri rumah. Pembentukan akhlak juga menjadi pelengkap keperibadian mereka sepertimana
yang dianjurkan oleh pejuang wanita Islam sejak dahulu. Kini, kerjaya mereka mampu
membawa panjar agama di puncak sekiranya mereka sedar akan hakikat tersebut. Akhir kata,
semoga dengan adanya kesedaran wanita dalam perjuangan Islam mampu terus
menyediakan sebuah kehidupan yang damai, makmur, dan kelahiran generasi cemerlang
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara holistik, Insha-Allah.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


18 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

Lampiran

Gambaran situasi urusan jual beli


yang turut sama golongan wanita
dalam aktiviti tersebut ketika
zaman kenabian

Dato’ Seri Vida, seorang usahawan


wanita yang boleh dicontohi dan
membuktikan bahawa golongan ini
mampu berdiri setanding di pentas
perniagaan.

Profesion guru juga merupakan


salah satu kerjaya yang
bersesuaian dengan personaliti
sebagai seorang wanita

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


19 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

Bibliografi

'Abd. Aziz Izzat Al-Khayyat. (1999). al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam: al-Nazariyyah, al-
Siyasiyyah Nizam al-Hukm. Al-Qaherah: Dar al-Salam.

Al-Allawi, M. A. (2010). Kemuliaan Tokoh Wanita Unggul Menjulang Martabat Wanita Ke


Mercu Gemilang. Selangor: Al-Hidayah Publisher.

Jaafar Salleh. (2002). Ciri-ciri Wanita yang Membawa Ke Syurga. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publisher.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd. Ismail Mustari, & Azhar Muhammad. (2008). Wanita dalam
Dakwah dan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Manas, S. A. (2008). Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik. Selangor: PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Ali Qutub. (1986). 'Aisyah Mu'allimah al-Rijal Wa al Ajyal. Kaherah: Maktabah
al-Quran.

Mustafa Kamal Pasha. (2009). Fikh Islam. Jogjakarta: Citra Karsa Mandiri.

Nila Agustina. (2012). Ciri-ciri Keperibadian Isteri Nabi SAW. Dicapai pada 13 Mac 2017,
daripada http://nila1708.blogspot.my/2012/03/nama-istri-rasulullah-dan.html

Rian Permana. (2012). Peranan Wanita dalam Islam. Dicapai pada 13 Mac 2017, daripada
https://muslim.or.id/9142-peranan-wanita-dalam-islam.html

Semait, S. A. (1989). 100 Tokoh Wanita Terbilang. Singapura: Pustaka Nasional.

Sulaiman An-Nadawi. (2009). Aisyah Ummul Mukminin- Keanggunan Sejati. 2009: PTS
Millennia Sdn. Bhd.

Zawati Awang, & Azman Ariffin. (2015). Fikrah: Makalah Ilmiah Pendidikan Islam. Kedah:
Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG Kampus Perlis.

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353


20 | P E N D I D I K A N I S L A M ( G P I 1 0 8 3 )

PENDIDIKAN ISLAM | PPISMP C8 980421106353

Anda mungkin juga menyukai